feed back : Klasik ke?
Bismillahirrahmanirrahim... Sejuk.Gigil.Teka aku camner sekarang?Camni la..camnih...yer, camnih!Grrrr...berstokin, dan bersweater.Ala-ala holiday kat overseas gitu.Tapi selagi gigi belum berlaga (tanda kesejukan maksimum) belum terjadi...aku akan bertahan duduk dalam bilik ni. Bukan aku nak tulis pasal sejuk.Sbb korang boleh mencari maksud sejuk di dlm kamus Dewan dgn sendirinya.Aku nak cerita pasal aku.Aku tengah sejuk.Agagaga....aku sejuk la! Sejuk sangat.Sangat sejuk.Sejuk...Umak ai...sejuk sangat neh.Aku rasa sejuk yang sangat sejuk.Hmm...gila ke apa aku neh?Tak..tak gila.Cuma agaknya aku ni dah taksub kot sebab dapat cuti lama.Lama gila.Berapa lama?Adalah dalam 12 hari...uishh... lama sungguh.Nak mimpi pon tak sempat.Kenapa kolej kasi cuti yang sangat lama [baca : pendek ].Tak praktikal jika dibandingkan dengan tempoh belajar seolah-olah tanpa henti.Kuliah dari pukul 8 pagi sampai 5 petang.Lima hari dalam seminggu.Tiba-tiba bila tang cuti, sikit je dia kasi.Elok ke camtu?Elok ke?Tak elok...tak elok-elok...elok!tak...tak elok...elok jer.Uhuhu... aku tak la kesah setakat kena pergi kuliah.Sbb best jugak kuliah.Best jugak duduk kat kolej.Best jugak basuh baju [errkkk??]..best jugak kacau-kacau rumet aku yg DRUMSTICK tuh.Tapi aku tak suka takde ma...tak de abah...tak de adik-adikku sayang.Sungguhpun aku selalu je gadoh ngan adik aku, terutamanya Dek Kal Si Mulut Murai, tetap je aku rindu kat dia.Walaupon aku selalu bengang dengan Zirul yang aku ckp sepatah, jwb sepatah tu, ttp je aku ingat kerajinan dia tolong aku.Aku selalu sound Ijat dan takut-takutkan dia supaya jgn makan banyak-banyak.. badan dia cam gergasi nanti...tapi aku tetap ingat dia bila aku makan.Nak je aku share ngan dia.Camtu jugak dengan Adik Zdel.Bila aku beli coklat, rasa nak je suruh posmen poskan tuk dia.Uhuhu...camtulah rindu aku yg amat hebat dan berkuasa-kuasa ni. Selebihnya..aku rindukan kawan-kawan aku.Tak kiralah samada aku diingati atau tak, aku ttp ingat semua kawan-kawan aku.Aku rasa, klu suruh aku senarai semua nama dorang pon aku mampu lagi.Aku rindu seorang teman yg pernah bertahun lamanya jadi pendengar setia aku.Ada kat sebelah aku setiap 20 saat.Tapi tak tahu mana dia.Eh, aku tahu dia di mana.Tapi aku tak tahu ingatan dia pada aku ada di mana.Semoga bahagia...dgn hidup baru. Rindu jugak bodyguard sepanjang hayat aku,Aizar.Lama tak ejek dia Bazooka Impian.Lama tak buli dia suruh belikan nugget.Lama jugak tak dengar suara dia menjerit tengking bebudak lelaki kat sekolah.Ngeehee...Mimi?Aku tak rindu Mimi.Yeay yeay...aku tak rindu Mimi. Apa barang nak rindu dia kalau dah hari-hari aku jumpa dia kat bumi Tangkak yang kaya raya dengan kain tu.Hani?Waaaa...rindu sangat kat shopping spree partner aku yang slim tu.Kawan paling slim penah aku ada.Masih slim ke?Masih cuai ke dia?Tak abis-abis ilang barang.Ye... masih dan masih lagi menjadi-jadi cuainya.Kisah terbaru yang aku dengar, dia dah hilang handset pulak.Apa daa.... Jugak aku merindui Astri Fadhilah yang sangat simbolik orangnya.Enigma betul kawan aku yang sorang ni.Aku rindu nak kuar makan ngan dia.Sebab aku suka bila aku boleh ketawakan kedaifannya yang tak kenal taugeh. Uhuhu....semuanya kenangan je.Dah jadi satu kisah klasik yang bila-bila je boleh lesap dari ingatan semua orang.Aku tak jamin tuk ingat semua yang dah aku lalui dengan kawan-kawan aku ni semua, sebab aku pun cepat hilang ingatan.Tapi aku cuba tuk takkan lupakan nama-nama semua orang.Silalah cuba...cuba....cuba...mesti cuba...Dan yang pasti ada satu nama yang tidak akan aku lupakan.Takkan...Satu je?Bukan dua?Eh...tigalah...eh, empat!Eh... eh... eh...Hmm...berapa-berapalah... Sejuk lagi.Membuatkan sistem kepala tak boleh berfikir baik.Otot pon tak boleh bergerak pantas.Sbb impuls pon lambat kena proses kot.Apa-apalah...ilmu biologi aku dah banyak terluak.Senang kata, aku nak berhenti,TITIK.
mood : sayup...bernostalgia
0 Congteng-conteng:
Post a Comment