Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, June 29, 2007

Friday is Friday.

Friday adalah hari favoriteku. Monday adalah hari disasterku. Sejak sekolah lagi aku sudah sedap menggelarkan Monday sebagai Monday Monster. Sememangnya bencana kehidupan sering berlaku pabila Monday. Dan Friday pula aku suka gelarkannya sebagai Freaky Friday. Hari yang sentiasa aku nanti-nantikan setiap minggu.


Kenapa aku suka Friday?

  1. Friday mendatangkan Saturday. Saturday adalah hari liburan dimana aku boleh duduk atas sofa sedap, tanpa perlu menyumpah-nyumpah kepada kerusi kantor yang tidak sedap.
  2. Friday hari liburan ayahanda. Friday juga Zirul balik rumah. Maka, keluarga menjadi sempurna. Kesempurnaan menerbitkan kebahagiaan (ini ayat iklan komersial produk pelansing badan tempatan)
  3. Friday kebiasaannya merupakan hari yang lapang, selesa, tidak sebok dan semuanya tenang.
  4. Lelaki Islam akan pergi solat Jumaat. Bukahkah ini sangat istimewa? Kerna kita tidak akan dapat merasakan peristiwa berkumpul beramai-ramai itu pada hari selain Friday.
  5. Friday adalah hari 'makan besar' buat keluargaku.
  6. Friday adalah hari merancang program bersiar-siar bersama keluarga
  7. Friday adalah hari keluarga!
  8. Kalau di sekolah, Friday balik awal. Kalau di kampus, Friday kelas separuh hari sahaja. Selebihnya boleh merambu-ramba bersama sahabt handai, rakan dan taulan. Kalau di kantor? Friday dapat lunch break 2 jam rather than i jam pada hari-hari lainnya. Seterusnya... apabila lunch break menjadi panjang, kaki pon tiba-tiba terpanjang... maka... terjadilah ini :

yaaa... selepas bersantai di A&W, singgah menyinggah dari kedai ke kedai pula. Dan oleh kerana aku memang suka mengayakan orang (bak kata bunda), aku membayar RM15 (sahaja) untuk sehelai short yang kupikir imut sekali dipandangan mata.


buat pengetahuan semua, aku adalah pencinta ribbon.Selain aku tertarik dengan warna coffe short ini, aku pastinya sukakanya ribbon sebesar gajah afrika itu. Tetapi, aku musykil. Bilakah aku akan memakainya? Kerna jikalau aku memakainya ketika bersiar-siar, pasti kaki aku dikerat 18 oleh ibubapa. JIka aku memakai di dalam rumah, pasti cupingku nipis dileteri seisi keluarga. (Akta rumah menyatakan anak perempuan tidak boleh berseluar pendek di hadapan adik-beradik lelaki) Tak apa. Aku boleh gantung seluar ni dalam almari. Bila aku rasa teringin, aku akan bukak almari dan membelek-belek sampai juling.


________________________



Dearie, Farah Diana
Selamat Berusia 21!
(30 June 2007)


________________________



LAPORAN LALU LINTAS

Tadi petang aku hanpir melanggar sebuah motosikal. Semalam petang juga aku hampir merempuh sebuah motosikal. Kerana apa? Kerna mereka buduh. Mereka pikir motosikal mereka ada jaminan nyawa. Mereka pikir kehidupan yang nyata ini adalah sama seperti dunia di alam video game, dimana mereka boleh main cilok-cilok dan mengumpul points setiap kali berjaya memintas. Mereka tak sayang nyawa. Mereka juga buduh kerna menganggap pemandu wanita boleh dibuli. Oh, nak buli aku? Sekali aku kejar semalam... melezup hilang.Ketika dia berada di sebelah kenderaan aku, dia toleh memandang ke lain. Langsong tak mau toleh ke aku. Nak jugak aku buat miming laungan 'buduh' beberapa kali kat dia. Tapi tak berkesempatan.


Kepada semua penunggang motosikal, sayanglah nyawa. Dan pikirkan sekali betapa pemilik-pemilik kenderaan (seperti aku) sangat takut kalau keretanya dicalarkan kerna tergesel dengan motor engkau. Aku bukanlah sayangkan sangat nyawa engkau. Tapi aku sayangkan keretaku.Maaf. Aku serius emosi tinggi petang tadi.

Labels:

 

Thursday, June 28, 2007

Al-Khinziiiirun


Tiga ekor khinzirun diperdagangkan.
Comel-comel juga khinzirun-khinzirun ini.
Siapa membeli mahupun terbeli,
bersaksilah dia telah mempunyai 'sepasang' khinzirun.







bukan tak ada modal untuk diconteng.
tapi aku sememangnya mahu membangkitkan kisah 'khinzir' di dunia fesyen.
Jangan keluar tetikus jenis 'kekhinzir' sudah.

Labels:

 

Wednesday, June 27, 2007

Aku cuma inginkan kerusi sedap!



Tadi aku keletihan. Masa aku on desktop, muka aku toya je. Sebaik saja aku menyemak komen-komen terbaru dalam entry lepas, aku mengekek mak iloi-iloi. Terus, aku wonder. Dari mana dia dapat ilmu filosofi tersebut? Kalau masa kecik engkau comel, semasa besar engkau BURUK tetapi engkau kembali comel di usia tua. Aku berpendapat ... semua kanak-kanak adalah comel. Buatlah aksi buruk mana pon, kalau namany akanak-kanak, tetap nampak comel. Tapi kalau engkau seorang dewasa, berkelakuan buduh dengan memek muka yang buduh, nescaya keburukan engkau terserlah.



Tapi arwah opah aku memang comel orangnya. Semasa muda, dia seorang yang cantik. Sayangnya aku tidak tahu keadaan ketika bayinya.



Kantor hari ini merupakan sarang kerja yang sarat. Pinggang aku sakit. Kerna rekabentuk kerusi kantor untuk para pekerja tidak disertakan dengan konsep "humanising technology". Aku cadangkan kesemua bakal boss di masa akan datang, sediakan kerusi empuk bersofa untuk para pekerja. Untuk kemajuan kompeni juger.Pekerja sehat, pekerja efisyen.
 

Tuesday, June 26, 2007

The Big Baby

Nashrex dan Ikoko dengan beraninya menjebak aku kembali ke kancah tag-mengetag. Terima kasih kerna sudi menamakan aku sebagai calon. Maaf kerna fikiranku kurang intelek tentang perkara-perkara sebegini.Aku asyik terlupa je. Aku pon tak tau apakah motif tag kali ini. Tapi aku diminta untuk tayangkan gambar aku semasa kecil. Puas aku selongkar desktop aku. Cuma jumpa dua keping je. Seingat aku, aku ada scan beberapa keping. Tapi tak ditemui. Maafkan aku atas kegagalan menyediakan khidmat paparan objek comel dengan baik.


Yang mana aku? Yang baju orenlah.Aku sememangnya seorang perempuan dari dulu hingga kini. Si lelaki tu, aku tak tahu-menahu tentangnya. Cuma aku diberitahu oleh bunda, namanya Hafiz (such a good name huh?) Dan kata bunda lagi, dia tu antara member baik aku waktu tu. 20 tahun yang lalu. Sekarang, tah kat mana tah dia. Ada sesiapa yang merasakan... dirinya adalah kanak-kanak lelaki di dalam gambar tersebut? Jika andalah lelaki itu, HELLO and HI! Merasa kau kena peluk ngan aku eh.


Usia 8 bulan. Duduk atas roof kereta. Nanti usia 80 tahon, entah atas roof apa pulak aku duduk kan? HAR HAR HAR! Beberapa fakta menarik tentang aku semasa kecil :

  • Menjelang waktu Maghrib, aku akan mulakan operasi melalak sakan sampai menggemparkan jiran tetangga. Akhirnya ahli keluarga memutuskan supaya aku diubati secara tradisional. Berkesan.

  • Mulut aku hanya berhenti mengeluarkan suara semasa tidur SAHAJA. Sangat becok.

  • I'm the sexiest baby girl on Earth! Bila diselak-selak album ketika kecil, jarang sekali aku kelihatannya berpakaian sopan. Semua pakaian aku adalah tidak seopan memanjang. Sengteng mentang, sendat-mendat, dan bertali halus sana sini. (aku kata masa aku kecik! bukan sekarang!)

  • Ada dua perkara paling attractive pada fizikal aku time baby cerita bunda. Pertama, mata aku yang bulat sebulat-bulatnya until semua orang akan wonder kenapakah mata aku memiliki bentuk sedemikian rupa. Keduanya, rambut aku sangat lebat dan sangat hitam.

  • Sebaik sahaja dilahirkan, aku telah 'dituduh' oleh petugas-petugas hospital yang kononnya aku ni campuran 'chinese and banggali'. What the heck? Tak de pon... mana..mana...?

  • Paling aku pilu... bunda selalu menyebut-nyebut sehingga ke hari ini... bahwa aku naturally kecik tetapi bulat dari kecil hingga dewasa. Apakah?

  • Semua orang kata aku sebijik muka abah masa kecik-kecik. Dan semua orang jugak kata...tiada perubahan yang terlalu ketara yang membezakan muka aku semasa kecik dengan wajahku ketika dewasa kini.

  • (cukuplah tu)

Terlalu banyak fakta menarik sebenarnya. HAHAHAHA!



[ KANTORISM ]
Hari ini di kantor saya main game sampai lebam.
Bila boss lalu, saya pura-pura hentak keyboard main Autocad.
Bila boss tak lalu, saya sambung main game Pokemon.
Hatiku senang.
Tak lama lagi, gemok dan gemok lagi lah aku!
Riangnya menjadi gemok....



[ KEK ]
Dah dua hari aku bersahur makan kek coklat 1 Kilo free tu. Tiba-tiba terasa nak makan kek kukus percuma pula. Berat kek boleh runding. Harap maklum kepada yang berkenaan.

dear Astri, sorry tak dapat simpankan kek untuk kamu. Kita tunggu kek kukus eh :p And sorry jugak tak dpt tunggu kamu untuk pergi jalan-jalan. :( Next time, insyaallah.

Labels:

 

Monday, June 25, 2007

Bijaksana

Semalam adalah hari liburan wanita sejati. Aku sempat menunjukkan bakat terpendam aku sebagai seorang belanjawan bijaksana. Buat kali pertamanya, aku benar-benar menjadi seorang bijaksana yang tahu menguruskan nafsu.


Kami berlumba. Aku dengan Aiza berlumba dengan Farah. Barangsiapa lambat, dia akan membuat aksi ketok ketampi depan 7E. Tapi memandangkan aku dengan Farah ni seorang penggiat tamadun nusantara yang berhati dan berperut, kami tutup mata sebelah je atas kelewatan yang disebabkan oleh Aizar. Tapi kalau dibilang-bilang, aku juga lewat.


Destinasi : Sg Wang Plaza + Berjaya Times Square.

Kenangan Lalu Menusuk Kalbu
Kedua-dua shopping complex ini dah lama aku tak jejak. Selepas aku mengalami kompilasi nyawa akibat radang emosi terhadap seseorang beberapa tahun yang lalu, minatku terhadap tempat-tempat ini jadi pudar. Sebab setiap kali aku melangkah masuk ke dalam bangunan Times Square, otak aku jadi super-intelek. Otak aku jadi laju semacam je memproses semua data-data silam yang menyayat hati. Walaupun dah lebih 3 tahun, tapi kesan-kesan kompilasi perasaan yang kronik masih ada. Sebab itulah aku sebolehnya mahu mengelak dari bersiar-siar di ibukota yang kaya dengan sentimental value ni. Tapi semalam, aku menjejak lagi ke alam fantasi.


Aku yakin Aizar boleh perasan yang kesan-kesan radang emosi yang lalu masih aku rasai secara tiba-tiba. Arght! BERJAYA TIMES SQUARE! Arght!


Kenangan Lalu 2
Dipendekkan cerita yang sangat panjang sirinya mengalahkan drama Oshin, semalam juga kami bertemu dengan seorang budak yang ghaib tiba-tiba. Tetapi dia muncul secara tiba-tiba pula minggu-minggu lepas. Aku sangat gembira dan surprised dengan kemunculannya. Dia penah menjadi bestfriend aku waktu zaman kanak-kanak. Fazila, glad to see u again! Muahx! She looks adorable. Dan tahu je lah kan, bila jumpa balik setelah bertahun-tahun tak jumpa. Kami pon main korek-korek cerita lama. And the most interesting section adalah sebaik sahaja headline 'ESCALATOR' terkeluar. Oh my god! Kitorang yang mula-mula tu malu-malu ayam, terus jadi hyper. You guys memang siot! Aku siot juger.


Belanjawan Bijaksana.
First time woo aku berjaya pulang ke rumah selepas seharian bershopping gila dengan purse yang masih berisi wang ringgit. Biasanya, aku akan hanya membawa pulang selonggok dua resit-resit pembelian. Kenapakah fenomena kali ini berbeza? Yes, guys. Peoples changed :p

Semalam aku berbelanja secara bijaksana. Tidak hilang pertimbangan seperti kebiasaannya. Aku tidak lagi jadi mak nenek gila yang sesuka hati dan perasaan membeli berbotol-botol perfume mewah. Aku juga tidak tergedik-gedik menyelit ke MNG dan terkinja-kinja menikmati pakaian MNG RM100 yang kukira sangat RUGI kalau tak dibeli.Kali ini, nope! Nurul, u have to be matured. You have to understand the value of every RM u gonna spend. (ye la tu... tah sampai bila je agaknya philosophy ni dapat bertahan)

Tapi sungguh ni! Aku rasa sangat gayat kerna wang ku masih berbaki hampir separuh dari yang bunda kasi. Whoaa... kalau kebijaksanaan ini berterusan, aku bakal kaya! Aku bisa menabung. Terus, account bank ku bakal melonjak. Aku juga lebih untung. (angan-angan). Actually aku boleh kalau mendapat supervision dari masyarakat umum. Sebab kalau aku sendirian menikmati hasutan nafsu ketika bershoppingan, aku jadi lemah. Nafsu merajaiku. Aaaa.


Inilah yang dinamakan kebijaksanaan dalam belanjawan :


Belts : the red one cost me only RM10! Normal price is RM29.90. Green and pink itu cuma RM7.90 each! AHAHA.



Shoes : RM36.90. Murah dan berpatutan kan? Rasa nak gila tengok kasut murah-murah kat Sg Wang and Times Square. Lepas ni, tak mau beli kasut dekat butik-butik tidak bijaksana lagi. (excuse me, i tak janji. I motivate diri sahaja)



This jacket dijual pada normal price at RM79.90. Tapi semalam aku dengan Aiza grab dengan hanya ... guess what? around RM24 only guys! Harga gila untuk sepasang jacket yang comfy.


i love the design. Rasa nak alter sket dan nak tukar button dia untuk bagi dia nampak not too serious :p


This polkadots blue bag? RM17.90 only. Mana nak dapat, babe!



Seperti dalam gambar, this necklace cost me RM9.90. Rasa nak tukar rantai dia yang tak berapa gerek tu.


Okay.
Wish to be more bijaksana next time.
we will see kalau aku bercakap benar ataupun ini kata-kata kosong semata-mata.
AHAHA!


*************** the end



Sebelum aku terlupa lagi, tq kepada Adian sebab dah tolong activate kan Msjbox aku. Tq very much. Kepada semua, bolehlah kembali jadi mulut murai kat Msjbox. Lagipun aku tahu, ramai yang tak berapa berselera nak guna Shoutbox tu. Old fashion. Apapon, tq again Adian. I'll repay.


Kakiku sakit dan bengkak amat. Kejadian ni adalah biasa berlaku setiap kali kami mengadakan sesi menjadi wanita sejati. Tadi pagi aku rasa semuanya sakit. Sampai macam ada hati tak nak ke kantor. Tapi.. kantor tu bukan ayah aku punya. Kantor tu ayah orang lain yang punya. So, aku kena ikut perintah dan berkelakuan sopan. Abah, bilakah mahu membuka architect firm sendiri? Dapatlah Ay praktikal dengan senang hati. AHAHA! Bapaku bukan arkitek, nak bukak architect firm apa kejadahnya?

Labels:

 

Saturday, June 23, 2007

My Life As A Me

My Life As A Me?
sounds familiar?
CREDITS TO ADIAN.

Pelbagai aktivitas dilakukan hari ini. Sabtu yang baik buat aku. Kerna aku tidak lagi menjadikan hari liburanku sebagai sia-sia. Tetapi aku juga kurang pasti kalau-kalau terdapat aktivitas yang aku lakukan adalah sia-sia. Jangan worry, Beylo. Perkara sia-sia memang kerap berlaku.


  1. Meeting Alumni

    10 pagi, aku sudah menjemput Aizar ke Seraya. Menghadiri meeting Alumni sekolah. Kehadiranku adalah sekadar dipinggiran. Sekadar meramaikan jumlah jasad yang hadir. Sekolahku yang dulunya dirimbuni tumbuh-tumbuhan telah mengalami perkembangan sehat menjadi sebuah taman rekreasi yang diHUTANI tumbuh-tumbuhan. Sekolahku makin cantek. Aku akhiri segmen Alumni dengan jutaan teima kasih kepada teman-teman yang sudi menjemput aku yang veteran ini. Good luck kepada pengasas Alumni.

    (terima kasih atas pemberian yang memalukan i :p Rasa malu-malu ayam aku tadi. Malu yang ditambah dengan rasa tak percaya)

  2. Satu Kilo Kek Coklat Percuma.

    Benda percuma selalu sedap. Lebih sedap lagi kerna kek coklat itu dibuat sendiri oleh seorang lelaki comel yang memiliki sepasang mata yang bulat. Terima kasih encik saifuddin kerana dengan paksarelanya sudi membuat sebijik kek besar yang enak untuk saya. Malu i tadi tau u buat semua orang tau pasal u buat kek tu untuk i. Mana i nak letak muka i yang 'cannot go' ni? Apa i nak jawap kalau paparazi tempatan bertanya? wink! No lah. The cake taste good. Kau memang seorang chef yang hebat. Nanti bolehlah apply jawatan kitchen manager kat rumah aku eh. HAR HAR HAR! Tak sangka penantianku yang sangat lama berhasil juga. Tak sangka si mata bulat ni sanggop jugak buat kek untuk aku. Terima kasih eh Budin :p Susah payah aku dengan Aizar menjaga kek tu tadi sepanjang perjalanan ke Bangi.

    (kek percuma hasil pujuk rayuku yang panjang. Rasanya sedap, sesedap kek yang Aizar buat)

  3. UKM

    Minggu ni pergi UKM lagi sekali. Untuk hantar borang LI untuk rekod pensyarah pelawat. Universitas sedang mengalami beberapa pengubahsuaian. Antaranya, tar jalanraya depan fakulti aku telah ditebuk dengan huduh sekali untuk diubahsuai. Terdapat juga abang/pakcik guard yang baru. Dulu pakcik guard terdiri daripada golongan veteran, sekarang musim sudah berubah. Universitas telah memberi peluang pekerjaan yang meluas kepada mereka yang bertubuh bulat-bulat pula menjawat tugas sebagai guard. Oleh kerna itu, aku dan Aizar tergelak sakan seperti seorang gila kentang. Kenapa gelak? Sebab kami rasa aneh melihat terlalu banyak objek bulat di hadapan main entrance universitas. Ya ampun sekali! Mulutku kok laser banget.


  4. Yahoo! Messenger Skin

    Aku mendapat ketagihan baru terhadap YM skin making. Sepanjang hari aku men-design skin untuk messengerku. Aku memang sangat sukakan kesemua jenis seni kecuali seni bina badan. Aku sangat obseskan sesi grafik. Aku bisa mati akibat kegilaan yang melampau ini.


    (Ini skin yang saya buat sendiri.Ini merupakan sebuah kerja separuh jalan sebelum menemui kemalasan agong)


  5. Muat turun muka taip.

    Muka taip itu artinya FONT. Bagi mencapai penghasilan kerja design mahupun grafik / photo editing yang memuaskan nafsu, aku perlukan pelbagai muka taip yang gerek. Oleh itu, malam ini aku memuat turun beberapa muka taip dengan rakus sekali. Untuk pengetahuan masyarakat di luar sana, aku sememangnya seorang pe-muat turun muka taip, photoshop brushes dan theme yang berjaya. Tidak lama lagi, desktop ini bisa mengalami obesiti lantas boleh meletop. Nauzubillah...

    (sebahagian daripada zipfile muka taip yang dimuat turun dengan rakus. Aku sebenarnya hampir histeria kerna aku berasa tamak haloba mahu memeiliki kesemua jenis font)


  6. ESOK

    Aku tidak sabar menanti esok. Kerna esok adalah hari menjadi wanita sejati :)


Labels:

 

Friday, June 22, 2007

... dalam rinai hujan ...

ketika ini hujan.menenggelamkan latihan vokalku yang bersepadu.aku gemar melakukan latihan vokal di waktu lapang.Di waktu tidak lapang juga. Kadang-kadang vokalku hebat. Macam primadona. Kadang-kadang vokalku tidak elok sekali diperdengarkan kepada orang ramai. Bercakap tentang vokal, sudah lama aku ingin mengadu nasib. Tentang aku di kantor. Tentang betapa sulitnya aku untuk menahan daripada terlepas berdondang dendang tatkala lagu-lagu kegemaran keudara. Setiap kali aku mula hendak ter'menyanyi di kantor, lekas-lekas aku tekup mulut yang tidak berdosa. Tenat rasanya begitu.



Kebelakangan ini, aku gilakan lagu-lagu Melayu Asli. Aku hanya memutarkan lagu-lagu melayu sahaja secara berulang-ulang kali. Lagu-lagu dari versi bukan melayu tidak berapa hingin aku dengari ketika ini. Ini adalah sempena menyambut bulan kemerdekaan kelak. Kita harus cintakan nusa dan bangsa walaupon sehingga kini aku masih tak faham-faham lagi apakah ertinya nusa. *sekejap. aku kunyah crunchy milo aku sebentar*....



Tentang apa tadi? Bulan kemerdekaan. Yer. Sebenarnya aku temberang sahaja. Aku ketagihan lagu melayu bukan kerna semangat nusa dan bangsa. Tapi aku mendapati bahawa lagu-lagu melayu lewat kebelakangan ini agak gerek dan bukannya 'cap ayam'. Aku play lagu-lagu di bawah ini secara extreme tanpa jemu. Kalau ibu mengandung duduk dengan aku ketika ini, bisa mengakibatkan kelahiran bayi tidak cukup bulan. Kerna bukan sahaja menjadi trauma akibat putaran lagu yang sama dan berulang-ulang, tetapi juga dek penangan vokal aku yang meletops-letus! Dan juga kerna lagu-lagu yang aku dengar jugak terdiri daripada jenis-jenis yang tidak relevan. Tapi sukahatiaku.com.my.


ini antara putaran lagu-lagu melayu yang diulang berkali-kali seperti seorang gila.
  • Ada Cinta - Acha ft Irwansyah
  • Sesuatu Janji - Taufik Batih
  • Persis Mutiara - Mila
  • Gantung - Melly Goeslow
  • Angan dan Sedar - Mawi
  • Sejuta Nafas Cinta - Fazli Zainal
  • Inginku Miliki - Dayang
  • Jatuh Cinta - Project Pop

Sebenarnya aku dalam kondisi hilang pertimbangan. Maka, aku boleh jatuh suka pada apa-apa jenis perkara pon. Termasuklah jatuh suka kepada lagu-agu 'cap ayam'. Kenapakah aku conteng pasal lagu? Sebenarnya aku terconteng. *Kunyah lagi sebijik milo crunchy*



The Kantorism.

Sampai je kantor, ada dua notes aku dapat. Notes yang sangat menyeronokkan. Sampai aku terkebil-kebil kegembiraan. Banyak ar kau punya gembira. Alangkah serangan jantungnya aku bila ditugaskan print presentation drawing sebanyak 16 A2. Guna plotter yang letaknya sebatu jauh dari meja aku. Bersenam aku pagi tadi kehulu ke hilir menyiapkan printing. Luut aku rasa nak berpisah dengan badan dibuatnya. Rasa nak termuntah tapi aku terus bertahan seperti seorang bestworker award winner. Dahla plotter terhegeh-hegeh macam mak nenek. Tapi disebabkan aku ni mudah teruja dan mudah berhibur dengan semua kesengsaraan, aku rasa seronok pula main print-print. Kalau ikutkan hati, semua benda aku nak print. Tapak kaki sendiri pon rasa nak print saiz A0.



Mr boss pon klip note kat meja aku sebab semalam aku EL pukul 4 kan. Dia suruh aku print proposal 1 dan siapkan layout untuk proposal 2. Aku sebenarnya tak berapa arif nak design warehouse ni. Kalau design Aromathic Centre aku tau lah.Nak suruh design kebaya lagilah aku tau! HAR HAR HAR. Tapi actually, paling susah ialah housing. Aku dah rasa dah. Paling senang ialah warehouse. Buat bungalow last time dah cukop meloyakan tekak-tekak yang ada. (cepat teka aku ada berapa banyak tekak)


Sejuk pulak.
Tulang aku macam nak mereput rasanya.
Sebelum aku kereputan, ada baiknya aku keluar dari bilik ni buat sementara waktu dan bersiar-siar ke bilik orang lain. Sambil mencari rezeki untuk santapan malam ini. Dah, semua boleh bersurai. -tamat-

Labels:

 

Thursday, June 21, 2007

I'm Not a Plastic Bag

I got this bag designed by British stylist Anya Hindmarch in my shopping list for June. They woo me last morning when i got to read them from NST. I don't know if i really like the bag or... i just wanted to have one since... its like a great phenomenon.Dijual di London pada harga £5. Available di KLCC at RM55. Limited edition, yes i can say. Apakah motif kewujudan bag ini? Yes, as you know ; sebagai inisiatif mengatasi isu alam sekitar yang disebabkan oleh penggunaan plastic bag.

* Reservations for the “I’m Not A Plastic Bag” can be made at Anya Hindmarch Malaysia, Lot 105B, 1st Floor, Suria,KLCC, Kuala Lumpur.

Tel: 03-2382-0877.





Latihan Industri.

Semalam En. Mazlan dan En. Zabidi datang menziarahi aku di kantor. Untuk buat assessment. Glad that i got them visiting me. Selepas tamat lawatan, dia call aku. Dia kata, dia suka my office. Encik Zabidi pon berulang-ulang bagitau aku... how lucky la aku dpt praktikal kat situ. Based on several reasons :

  • Office selesa + besar
  • Boss baik + tak kedekut
  • Kalau aku betul-betul bijak guna peluang, aku akan dpt banyak ilmu since aku punya supervisor adalah seorang profesional yang sgt bersungguh nak train aku.
  • They love the way i can communicate well with supervisor which is owner firm tu sendiri.
Encik Zabidi kata, firm tu sgt sesuai utk buat praktikal Syukur alhamdulillah. Seronok tgk mereka puas hati dengan firm tu. So now, bergantung penuh kepada aku sejauh mana aku dapat mencari sendiri peluang-peluang yg ada.


Lepas lecturers balik, mr boss brief aku about authorities. Dan dia juga kasi aku senaskah majalah Architecture Asia untuk isu Good Housing. Semuanya disebabkan kata2 encik mazlan yang meminta supaya aku ditekankan tentang housing since kami akan buat projek tu next sem. Alhamdulillah.


Hospital.


Lebih kurang pukul 4 petang tadi. Semasa aku khusyuk tolong Ismail buat coloring untuk submission esok, tiba2 one of my uncle call. Dia suruh aku balik rumah sbb semua orang dah berkumpul nak ke hospital. I was like... what?! Terus aku tinggalkan keje macam tu je. Pukul 4 aku keluar tinggalkan office. Dengan ajaibnya, tanpa kuasa bulan, pukul 4.08 aku dah sampai rumah. CAN YOU IMAGINE? CAN YOU? aku pon tak boleh imagine. Magiknya saya. Mungkin kondisi kecemasan memberikan saya extra kuasa luarbiasa. Dan waktu ketibaan saya yang sangat pantas mengalahkan Superman membuatka seisi rumah terpinga-pinga. Akukah bakal sailormoon tempatan? 8 minit?


Mak teh saya sakit tiba-tiba. Sangat sedih melihat dia. Lebih sedih dengan kerenah adik Putri tadi. Ingat nak kidnap Putri tidur satu malam dengan aku tapi babah dia pulak tak kasi. Takot dia buat hal tengah-tengah malam. I love you all my dearie kids. Ahad ni rasanya macam nak pergi shopping sebarang dua untuk Putri.


Mak Teh, get well soon. You should be one beautiful lady macam dulu-dulu. Masa saya kecik, kamu yang jaga saya. Selalu beli hadiah untuk saya. Selalu dandankan saya comel-comel. Selalu jugak saya menjadi proxy lelaki-lelaki yang ingin mengorat kamu. Saya sayang kamu. Kamu sakit, bunda pon susah hati. Because bunda pon sayang kamu. Bunda selalu cerita. Kamu adalah adiknya yang paling baik. Ateh, get well soon! Insyaallah.


Alhamdulillah.
Dah 6 hari aku berpuasa.
Aku berniat nak terus berpuasa sehingga munculnya Ramadhan.



Contengah Jiwa-Jiwa.
He text me tadi selepas aku berbuka puasa.

"I'm on da way to Singapore. You take care"

aih,
kalau keadaan masih seperti dulu,
i'm very sure to hit you up dengan pelbagai soalan-soalan subjektif. Pasti aku akan keluarkan pelbagai peringatan dan notis untuknya. But now, semuanya dah berubah. Aku hanya boleh mengeluarkan ucapan 'take care' sahaja secara berulang-ulang. Tidak boleh lagi mengeluarkan apa-apa notis.


wish dia happy di singapore.

Labels: , ,

 

Tuesday, June 19, 2007

Edisi Kasut

these are all what i want.

ONE : Flat Leather Boots.

Semasa singgah ke Glamor'izes Boutique waktu lunch tadi, aku berhasil menemukan sepasang boots seperti yang aku tergila-gilakan. Tapi ternyata aku menjadi betul-betul gila. Boots itu terlalu besar buat aku dan terlalu kecil pulak buat bunda. Aku paksa-paksa amoi tu fikir sedalam-dalamnya if the boutique memang ada SATU sahaja boots tersebut. Imported shoes katanya, one design, one pair. Punyalah frust menonggeng.




TWO - Velvet Heels Boots

Ini adalah pair yang paling aku idam-idamkan. Padankan dengan skirt kembang yang senteng. Oh my god! Aku akan mendapatkan sepasang boots buat diri sendiri. Actually aku suka yang velvet. Comfy. Kaki rasa terbelai sikit.

THREE : Polkadot Pumps With Ribbons

Aku yakin jenis yang ini mudah didapati. Aku akan try carik di Sg Wang weekends ni insyaallah. Hopefully Farah mau join aku jalan-jalan makan kasut. AHAHAHA. Joking...joking. Hey, pumps polkadot akan membuatkan dirimu tampak comel (wallauweih... macam ayat majalah Remaja). Dah lama aku tidak memiliki one pair of polkadots. Aku sebenarnya lebih sukakan ribbon pada kasut itu. Pakai dengan jeans pon lawa. And of course with my BIG mak-datin-wannabe sunglasses . Like a retro chick i tell yuh!



FOUR : Pink Retro Pumps

Aku benci ! Aku jumpa this pumps dekat ebay. (Ebay lagi. Kantoi aku ni kaki ebay). Punyalah aku rasa nak melompat si katak lompat bulan lepas bila aku terjumpa kasut ni (memang sebijik design dia) kat Glamor'izes Boutique. Macam mimpi comes true, kaki saiz 4 aku pon melompat menyelit ke dalam mulut kasut. Hello dunia! Kenapakah kaki aku ni? Tak cukup zat ke? Kasut itu hanya dijual dengan saiz bermula dengan 5. Amenda la lu. Tapi aku tak give up. Tadi aku try lagi sekali. Ternyata kaki aku masih belum membesar mencapai saiz 5 walaupon aku dah bagi masa sebulan kepada kaki aku. Kakiku kenapakah begini?


FIVE : Retro Heels

I love retro. Betul. Aku pernah jugak ada impian nak bukak boutique one day. Dengan konsep... RETRO! But i'm an architect wannabe okay. Insyaallah. Siap la kau! Akan aku adaptasikan konsep Retro ku kepada bangunan-bangunan di tanah air. Weehuu. Imagine sekarang... bangunan-bangunan retro dengan facade treatmentnya yang polkadots... and you can see Audrey Hepburn di segenap ruang dimensi bangunan. Tak siuman.



Tamat edisi kasut.
Maaf sekiranya edisi ini mengecewakan pihak lelaki.

Labels: , ,

 

Monday, June 18, 2007

Dear Diary

Dear diary
aku sehat sahaja.
cuma sebahagian kecil dari aku sahaja yang sakit.
tapi sakit kuat.
tak apa. biar. *senyum*



Kantor
Aku sedang memikul kerjaan untuk projek Elken Warehouse di Subang Jaya. Mula-mula aku cuak jugak bila je mr boss kata.. "Nurul, you tolong ismail design untuk Elken Warehouse". Yang ada waktu tu hanyalah site layout. Tu pon aku kena buat sendiri. Nasib la kak Liza dengan Ismail tu banyak tolong.Pendekkan hujah, ini semua lebih kurang la macam proses design untuk projek-projek studio. Di mana kita memulakannya dengan sifar. Dan alhamdulillah. Layout plan makin meriah :p Membuatkan aku rasa seronok walaupon aku sering mengantuk kebelakangan ni kat office. Tak sporting betul mata ni. Kalau dibuatnya mengantuk tu, rasa nak je aku cungkil keluar, bilas-bilas seminit dua dengan cecair mengandungi mint. AHAHAHA! TAPI! Office
dengan studio adalah dua dunia berbeza. Atas faktor komersial, aku rasa architecture ada kalanya dirosakkan. Dan aku tak suka situasi itu. Mungkin aku terlalu kecik dalam dunia senibina. Mungkin selepas aku hidup sebagai profesional di alam nyata nanti, barulah aku faham apa sebenarnya yang sedang berlaku kini.


Shopping!
Last week beli new pumps. Tadi beli lagi one pair of shoes. Tak berniat nak beli. Cuma nak buat tinjauan sulung je kat one boutique satu row dengan office aku. Tiba-tiba terfalling in love. Aku kan cepat terjatuh. Memandangkan aku pergi seorang diri, tiada orang tolong sambut ketika aku kejatuhan. Maka, aku benarkan saja diri aku kejatuhan. Jatuhla.. jatuhla... Histeria aku sebaik sahaja kaki saiz 4 aku menyarung one pair kasut ni. Aduhai.. lantas aku menjerit trauma di tempat kejadian.. "arght... i love the design!" apalagi, melompat katak, lompat galah dan melompat tinggi la hati Amoi tukang jual tu. Jarum dah masuk...


Dalam tragedi membeli belah, lagi2 yang melibatkan kasut, pakaian, handbags, maupun perfume, bukanlah perkara sukar untuk mencucuk jarum ke aku. Maklum sahjalah jiwa ku ini lembut lagi dramatis. Alahai...


So, this is the pair. The design was cool, as for me. Extreme sket. Actually aku ternampak sepasang kasut yang macam ni dekat ebay last few days. Aku hilang pertimbangan. Ada jugak hati nak pergi shopping di ebay. Tapi no Nurul no! Jangan didik diri. Don't! Tuup-tup ternampak dekat boutique tu tadi yang lebih kurang la macam yang dekat ebay tu.... terkinja-kinja la i kan macam sotong. (abes la aku jadi sotong!)









Bila bunda tengok je kasut ni, bunda pulak hilang pertimbangan. Bunda kasi wang. Esok aku akan ke situ lagi. Mencari sepasang lagi. Bukan untuk aku la. Untuk bunda. Bukan yang ini lah. Yang lain. Bunda saya taste dia rock sket :p Untuk itu, kita nantikan episod Kasut yang akan




Puasa
Alhamdulillah. Last week aku dapat puasa 3 hari. Esok pon insyaallah akan puasa. Aku target 3 hari minggu ni. Kena puasa pantas-pantas. Sebab tak lama lagi, bulan-bulan baik akan muncul. Waktu tu, dah sepatutnya aku kerjakan puasa sunat pulak. Malu kat orang kalau puasa ganti pon tak abes-abes. Seronok puasa. Save duit, save tenaga, boleh menabung pahala disamping mengurangkan dosa-dosa dunia. Insyaallah.




Cinta
Aku pasti tidak kuat nanti. Bila aku tidak lagi istimewa pada dia. Bila dia bersikap biasa dengan aku... sama seperti dia bersikap biasa dengan orang lain. Aku pasti tidak kuat. Tapi to my dear... besides all of the reasons that i've told u last time, ada lagi satu big serious reason that u won't understand. I was seriously in pain bcoz u seemed like don't understand it. Dah lah. Kita tamat.



Okaylah.
nak pergi menangis setempayan dua.

 

Sunday, June 17, 2007

Ai hen jian dan. Really?

Kami pernah nyanyi sama-sama.
sebuah lagu yang sama, dalam versi yang berbeza.

Aku menyanyi versi Melayu.
Dia menyanyi versi Mandarin.


Versi melayu bertajuk Haruskah Diuji nyanyian Farish.
Versi Mandarin bertajuk Huang Hun yang ertinya senja.


Aku tak pernah lupa saat tu. Kami nyanyi bersama. Dia tak tahu versi melayu. Saya tak tahu versi mandarin. Jadi kami menyanyi dengan versi masing-masing. Aku rasa gembira betul waktu tu. Sampai kini, aku jadi takut nak dengar lagu-lagu tu. Sebab nanti aku menangis lagi. Setiap kali aku menyanyi lagu tu, dia pasti ikut menyanyi. Dan terngiang-ngiang jugak kat telinga aku... suara dia menyanyi lagu Ai Hen Jian Dan. Aku sangat sukakan lagu tu.


Ai Hen Jian Dan

Love, So Simple (David Tao)

I've forgotten how it started
Maybe it was because I had some sort of feeling for you
And suddenly, I realized that I
Already love you deeply, really quite easily

I don't mind love's dark heaven and earth
I can't choose between right and wrong
I have no regrets regarding the love I've already followed
That crazy person is me, oh...

I love you, I can't not love you baby
Say you love me too
I love you, I'll never be willing baby
To lose you

I can't be happier, as long as we're together
Doing anything is okay, though this world is always changing
I'll use my most honest heart to let love become easy

I love you, I'll always be here
I'll always love you
I love you, oh yes I do
I'll never let go of the right to love you

If you ever have any troubles, oh no
Please stick to me, I'll listen; listen to me say I love you
Yes I do, I love you



I LOVE YOU
Wu fa bu ai ni BABY
Shuo ni ye ai wo
I LOVE YOU
Yong yuan bu yuan yi BABY
Shi qu ni

Labels:

 

Tiada Lagi

Malam tadi, i can't sleep. I can't get him out from my head. Like I always did ketika mula-mula falling in love dengan dia. Everything datang menyerbu. Semua cerita tentang aku dan dia terimbas-imbas macam satu tayangan gambar yang besar. Aku seperti seorang penonton yang menangis terseu-sedan dalam satu cinema agong. Seorang.


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat disaat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa


Pagi-pagi lagi, aku dah sms dia. Terasa lama tak buat macam tu. Kebiasannya, bila aku sms dia nak kejutkan dia bangun pagi, aku akan mulakan the text by shouting out the word DEAR! but i have to tell myself that i should not keep goin with such words anymore.


Hey, guys!
Funny... rasanya sakit amat bila kita berpisah ketika cinta masih ada. Kan lebih baik berpisah ketika sama-sama sudah benci. Sama-sama sudah tidak mahu melihat satu sama lain. Sebab ia lebih memudahkan kondisi. Tapi, untuk kebaikan banyak pihak, this is all we can do.


Aku sudah tiada lagi dia to help me up. I have to stand on my own. And the most melancholic part is to know that dia tidak akan marah aku lagi bila aku buat benda yang bukan-bukan dan dia tak suka. Dia tak akan beritahu aku lagi apa yang patut dan tidak patut aku buat. Aku juga tidak akan boleh melihat dia datang ke kelas dalam keadaan sebagaimana yang aku ingini. Because i've lost all my rights on him. Sangat menyedihkan. Cepatnya masa berlalu. 2 tahun mengenali dia. Setahun lebih bersama dia.


i miss u sangat....
sangat...
sangat...


Enough la Nurul...
 

Untuk Terakhir Kali

Suatu masa dulu...
kami pernah sama-sama mendengar putaran lagu Hurt nyanyian Christina Aguilera.
"awak, lagu ni kalau orang break up dengar mesti sedih gila. lagu ni paling sesuai dedicate kepada ex-lover"
aku pernah kata begini pada dia.
And now...
this is the moment where the HURT song suits me best.


i dedicate this song to you...

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I wanna call you
but I know you won't be there


I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye
when it comes to this ...


Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line to try and turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
By hurting you


...


we're finally have reached an end.
peacefully with the love remains.
and me?
i lost interest in almost everything.



Our stories had just reached one sad ending.
The game of love was over.
we broke up.... past few hours .

Here comes our lesson in life.
We can neva against reality.
We've tried badly hard to stand strong but...
We can neva against reality.


I'm very sorry for everything i've done. Thank you for the loves yang sangat banyak until unconciously, semuanya unfair on ur side.
I have no comment.
We don't fight.
Dia tidak curang. Aku juga tidak curang.
We ended up the stories peacefully with the love remains.
Tak biasa tanpa dia.
Tak akan biasa.
Biar waktu membiasakan.
no comment.
aku sedih secara kritikal.




Nurul Haizum & Lim Chee Way ,
the end.
 

Friday, June 15, 2007

Aku berhutang rupanya

[ WARKAH ] Sepucuk warkah diutuskan oleh universitas ke kediaman. Warkah melafazkan bait-bait hutang lapokku di musim yang lalu. Lantas, aku mengalami transformasi menjadi bengang. Tak semena-mena aku dituduh sebagai berhutang. Angka bertuah kita hari ini adalah... RM375.Buffalo!



[ KANTOR ] Pagi tadi aku tergedik-gedik ke kantor. Semangat bukan main. Sebab sepanjang minggu ni, aku diserang wabak malas ke kantor. Kerna minggu ini, sungguh sedikit kerjaan yang diberikan. Maka aku menjadi bosan di kantor. Kalaulah aku ni jenis suka gigit kuku di waktu lapang, tentu kuku-kuku kaki dan tangan aku sudah habis digigit. Tapi pagi tadi aku rasa semangat dikembalikan setelah semalam aku diberi kerjaan bagus oleh Ismail dan supervisor. Aku disuruhnya menyiapkan massing layout, pelan dan sebagainya untuk projek Elken warehouse. Aku akan riang ke kantor jika aku punya kerjaan tetap. Setelah projek banglo di Penang dihentikan, aku jadi kurang sebok.



[ GELISAH ] Mood baik aku pagi tadi terbunuh kerana aku diganggu oleh satu kejadian. Ketika aku online di kantor pagi-pagi tadi, aku menjadi sangat marah. Kerna nombor bertuah RM375 telah bertukar menjadi RM450. Wak lu lah! Aku sangat bengang. Bukanlah bengang sangat sebab disuruh melangsaikan hutang, tapi yang buat aku menyinga tu sebab amount dia mengelirukan. Ditambah lagi dengan warning yang terpampang kat website ukm. KONONNYA hutang mesti dijelaskan sebelum 15 Jun. Kepala hohohotak betol. Baru semalam dapat surat. Maknanya aku kena bayar hari ni jugak, kalau tak keputusan exam akan dibekukan. Maaf. Sekali lagi aku nak melafazkan kepala hohohotak kau.


[ HISTERIA ] aku call Farah untuk meluahkan perasaan terpendam tentang hutang tersebut. Aku cari nombor telefon jabatan bendahari. Aku call banyak kali. Semua staf pekak rupanya. Akhirnya aku pasrah dengan ketentuan dan menyambung kerjaan autocad. Tapi fikiran aku jadi bertambah kacau dan bilau. Berbilau-bilau rasanya. Aku pergi luah perasaan kat Kak Liza pulak.Hal ni memang kecik je. Tapi aku tak puas hati sebab aku baru je terima warkah berlagu pilu tu semalam. Tup-tup hari ni dikatakan dateline sebelum result ditahan. Memang tak siuman.


[ AKHIRNYA ] aku call boss. Aku mintak leave office untuk ke ukm. Aku kata, kalau sempat aku kembali ke kantor. Sebenarnya memang sempat. Tapi jangan harap aku akan dapat parking petang-petang kat area office tu. Maka, daripada aku membazir waktu, petrol, tenaga dan kata-kata tidak baik akibat sukar mendapatkan parking, adalah lebih baik aku terus tak balik ke kantor. Lagipon aku dah maklumkan pada boss awal-awal lagi. Aku ke ukm dengan bunda setelah Aizar gagal dihubungi. Macam biasa. Kalau cap ibu dan anak ni dah keluar, mesti sedikit sebanyak akan buat aktiviti membeli-belah. Dapatlah aku sepasang pump baru. Bunda beriya-iya nak aku pakai heels lain kerna dia sangat bencikan heels yang aku suka pakai sekarang ni. Aku faham. Bunda memang anti kat kasut aku yang veteren tu. Tak mengapalah. Asalkan aku dapat pump baru.


[ APARTMENT ] Lepas ayahanda balik solat Jumaat, kami pergi ziarah apartment. First time aku naik apartment tu. Neighbor next door kami tu friendly juga. Baru ku tahu. Chinese mereka semua. Maka...terjadilah satu perbualan :



Encik N : Chinese next door ni friendly. Neighbor kamu ni semua friendly don't worry. Rumah sebelah ni anak dia dah besar-besar. Anak-anak dara dah semua.

Bunda : Kita pon ada anak dara ni ha. (sambil kerling ke aku)

Encik N : Eh, ni kira baru-baru remaja. Yang sebelah ni memang anak dara. Dah dewasa.


Hati aku : apakah maksud encik ye? Remaja dengan anak dara berbezakah? Saya tidak dewasakah?


Bunda : Dia ni pon dah besar dah ni (kata bunda lagi)


Encik N : Tak de lah besar sangat. Budak lagi. Sebelah ni memang betul dah anak dara. Yang ini masih sunti lagi kata orang.


Hati aku : Aik? Apa sunti-sunti? 21 tahun masih boleh dikatakan sunti ye encik? seronoknya aku kalau semua masyarakat fikir begini. Syukur...


Bunda : Budak apanya. Dah 21 tahon.


Encik N : Gulp???! 21 tahon?!!! (separoh menjerit)


Hati aku : apakah???


Encik N : Ingatkan 15 atau 16 tahon!


Hati aku : Cis! Jangan adili buku kerna kulit buku.

Bunda : (Gelak)
Ayahanda : (Senyum)
Adek Dell : (Terbahak-bahak)
Aku : (Senyum menutup hati yang remuk redam)




Kesimpulan hari ini : Aku adalah seorang gadis berusia 21 tahun yang dituduh sebagai budak-budak 16 tahun dan sekaligus didakwa berhutang kepada universiti . Entah apa-apa.
 

Thursday, June 14, 2007

Mabuk Cendawan

sekarang!
i mean sekarang...
tolong beritahu saya kenapa tidak saya tergila-gilakan drama EmilEmilda? Why not?


Satu dunia dah tau saya ni mabuk cendawan pada Fahrin Ahmad. Mengimbas kembali nostalgia silam, blog saya pernah menjadi medan cinta agong tergolek terlentang tak berkesudahan. Oh betapa ketika itu saya sangat angaukan dia. Maksud saya Fahrin Ahmad. Sekarang juga masih angau. Ditambah lagi dengan adanya Aaron Aziz yang juga menjadi kegilaan saya sejak beberapa tahun yang lalu. Kemunculan kedua-dua spesis kumbang tampan tersebut mengukuhkan alasan kenapa saya tidak boleh tidur awal.Hanya tidur selepas tamat bercengkerama. Astaghfirullah... (dan esoknya pasti curi tulang-temulang untuk lelap di office disetiap kali boss tiada)



Saya tahu Tom Cruise handsome orangnya. Saya juga tahu Brad Pitt itu boleh buat gadis di dunia ini histeria. Tapi saya tidak pernah histeriakan superstar-superstar grad A tersebut. Tapi saya memang relahati jadi mabuk cendawan gara-gara Fahrin Ahmad. Aaron Aziz juga.


dan...


Jehan Miskin juga. Ye, mabuk yang baru nak menjadi iaitu sejak-sejak sebok gilakan drama Manjalara. Okaylah, personally aku cakap... Jehan Miskin not bad juga. Sesuatu yang baru aku sedari setelah sekian lama aku tidak berapa gemar menyaksikan aksi-aksi beliau di kaca tv. Aku juga sebelum ini tidak gemar langsung dengan wajahnya. Opss... tersasul pulak. Walau apapon, mereka semua hanyalah spesis kumbang di alam fantasi sahaja. Jangan worry. Linda Onn pergi tidur nyenyak-nyenyak. Wife kepada Aaron Aziz juga jangan khuatir. Rampasan kuasa tidak akan berlaku kerana ini hanyalah perasaan di alam fantasi.



HAR HAR HAR!
Sebuah lagi entri sia-sia dariku buatmu....




mabuk cendawan tu... ertinya apa ye?

Labels: ,

 

Friday, June 01, 2007

Kompilasi sengal.

KISAH SATU

semalam. dekat office. Amoi secretary office aku ni agak sengal orangnya. Kesengalannya berkadar songsang dengan rupa parasnya yang cantek menawan. Dia selalu sengal. Lebih kerap membuat sengal dari aku. Sekurang-kurangnya tahap sengal aku berkurangan tanpa supervision teman-teman sengal yang lain. Tapi amoi ni boleh bangkit sengal dengan sendirinya.


Dia duduk depan, terpisah dengan kami semua. Bila bosan dia akan menziarahi zon kami dan mengubah zon kami yang gila hentak keyboard main autocad ni, kepada zon sengal sensasinya. Semalam... dia muncul dari bilik arkitek kanan ke zon kami dengan mengucapkan sesuatu yang sangat IMPRESSIVE.



amoi itu : Cilakak!
kami : HUH? (kami tecengang dibuatnya bila tiba2 saja dipekikkan sebagai cilakak)
kakak autocad : tak baik cakap macam tu. mencarut. berbahasa kesat boleh buat orang rasa lain dan buat orang berpandangan buruk kat you.
arkitek kanan : you tau ke you cakap apa?
amoi : tak tau. i dengar sedap. i ikut je.
arkitek pembantu : sukati you je
arkitek kanan : you orang kasi tau dia.Jgn kasi dia cakap lagi.
amoi : hahaha! (gelak gila) cilakak! (dia ulang lagi sambil gelak sakan).


kami semua pon tak tahan nak gelak. sebab dia bukan bercakap dengan gaya carutan, tetapi bercakap dengan enjoy dan bergembira sekali. Dan sebelum kembali ke tempat kerjanya, dia ulang lagi sekali carutan tersebut. Aku dah tak tahan nak gelak tergolek-terlentang.


Tak lama lepas tu, dia muncul lagi ke zon kami...


amoi : hey, baru i perasan. i kan orang cina. i boleh mencarut bahas melayu punya. sebab tuhan i mana faham bahasa melayu. dia faham mandarin je. AHAHAHA! i boleh la cakap cilakak sukati i. AHAHAH!

kakak autocad : oh, tuhan u tak tau bahasa melayu ke? alamak.. tuhan i tau semua bahasa. so kitorang tak boleh mencarut versi apa-apa pon la.


dalam otak aku : aku terbayang diri aku tengah gelak tergolek-golek sampai perut kembung.




KISAH DUA

dulu-dulu. masa tahun satu. masa bulan puasa kalau tak silap aku. aku dan kawan-kawan bersahur kat mapley. Kami pon main-main sms. Sebab waktu tu ada sms free. Seperti biasa, kebanykan sahabat handai aku ni memang kaki 'carutan' pelbagai gaya dan format. Kebiasaannya mereka menggunakan format lucu bagi tujuan hiburan semata-mata.


Sementara tunggu makanan sampai, kami main sms sesama sendiri. Entah apa tah yang aku cakap kat Ainul, kalau tak silap aku, aku terbahankan dia. Dia pon nak balas balik. Dia sms aku. Sebelum sms dia sampai, dia bitau aku..

"tengok henpon tu, kang sms aku sampai"
Aku : (excited tunggu sms dia)

tunggu punya tunggu...
tak sampai.
tunggu punya tunggu...
tak sampai...


rupa-rupanya....


member aku ni punyalah sengal terhantar sms tu kat ayah dia! Dia punyalah menjerit kat khalayak ramai tu. Sampai aku jadi bertambah excited nak tau apa yang dia nak send kat aku tapi ter'send kat ayah dia. Dia sua handphone dia kat aku. Aku pon baca apa yang sepatutnya dia nak hantar kat aku...


'KAU MEMANG HINA!...'


Ok, imagine apa perasaan ayah dia setelah menerima sms tersebut dari anaknya.Mesti shock.
kami pon apa lagi.. pakat gelak sakan. Dia pulak pucat-pucat lesi. Aku masih ingat macam mana reaksi dia terketar-ketar time tu.


esoknya mak dia call. Dan menyoal... apa punya bahasa dia hantar kat ayah dia.


dan aku masih ingat kes tu sampai hari ni. Bila ingat je, aku gelak sendiri.






Kejadian sengal kadang-kadang berlaku di luar kawalan. Dan kesengalan orang lain selalunya menjadi bahan jenaka buat kita. Aku senang punya teman-teman sengal seperti ini.



entri ini tiada motif.

Labels:

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."