Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Wednesday, April 11, 2007

The Interview

aku naik histeria tadi bila access ke blog aku asyik fail. Akhirnya aku tersedar dari kebodohan yang kecil. Aku telah menaip nuruloveme.com rupanya dan tercicirkan address blogspot. Memang nak kena tendangan penalti dari Blogger. Ampun!


INTERVIEW!
yeay!
belum dapat...
belum....
firm tu akan call aku as soon as possible.


TAPI!
aku suka firm tu. Based on few reasons la.
  1. Dekat dengan kediaman
  2. Office bersih (which is you have to leave ur shoes outside. aku sukakan tradisi membuka kasut ini) Oleh itu rasa jijik dan geli-geleman akan berkurangan sebab aku mmg ada sindrom geli-geli. Selalunya pada lantai dan aku sentiasa benci nak pegang benda2 yg dah jatuh ke lantai. (sometimes aku buang few barang yang dah jatuh tu dan yang aku syaki dah kena pijak-pijak)
  3. tak ramai staf (adalah 5, 6 orang)
  4. firm kecik, keje tak banyak. Jadi tak perlu over nite mengalahkan arkitek hebat ala-ala Calatrava atau Frank Gehry maupun Zaha Hadid.
  5. Office hour bermula jam 9 pagi. Syukur.
  6. Assistant architect (yang aku baru kenal so far) agak sporting. Aku benci boss/ ketua/ atasan yang garang dan budget hebat. Sbb aku kuat melawan. Kalau boss garang, pasti aku lawan. Lepas tu, pasti boss akan geram. Bila geram, dia pasti report pada lecturer dan siapkan laporan LI aku yang tidak baik. Maka, aku akan fail. Oh, natijahnya sgt melankolik. Oleh itu, boss yang terbaik buat aku adalah boss yang tidak garang. (aku demand mengalahkan aku ni seorang Zaha Hadid eyh?) Siapa Zaha Hadid?
  7. Kurang staf, kurang projek dan menjadi satu-satunya budak praktikal pasti memberikan fokus yg lebih ke aku. Dan aku dapat belajar lebih banyak! Semangat ni! Target aku adalah seperti apa yang dah aku lafazkan pada kedua-dua lelaki peng-interview tadi. Aku mau belajar working drawing, design process dan presentation.
  8. Amoi secutary tu cun

Kalau ada rezeki, adalah...
Dan kalau ada rezeki...
Aku tidak berminat untuk berusaha ke Ken Yeang. (aduh, bongkak btol aku). Berani aku buat statement berlagak ni. Apsal aku menulis macam aku ni arkitek hebat sgt eyh malam ni? Ampun lagi! Tak.. maksud aku, priority aku pada NK @ Ngai Architect ni so far. Since prof tgh tolong apply kan aku ke TR Hamzah & Yeang Architect, tapi aku tak sure lagi keadaan kat sana. Entah aku entah tidak. Kalau dapat, entah aku suka atau tidak situasi gila kerja dan sebok kat sana. So, samada dapat atau tak, aku tak kisah sgt. I wanna try in NK. Lagipon aku mmg takutkan kejutan budaya yg bakal aku jumpa kalau aku pergi Ken Yeang. Company gergasi okay! Tapi macam bunda kata, Ken Yeang mungkin satu experience yang sgt besar. Yer, besar la sangat. Tapi mungkin peluang belajar akan terbantut dek anasir-anasir kejutan budaya dan juga ketakutan dan rasa rendah diri yang extreme nanti. Sorry Syah, you go working with Ken Yeang alone la eyh. uhuhuhu... Congratz sbb dapat praktikal kat kompani hebat.

Doakan saya. Terima kasih atas doanya.




Jual Air!

Ye, kawan-kawan...
Sejak saya tenggelam timbul dari arena blog ni, macam-macam perkara aneh dah saya lakukan termasuklah menjual air tin di tepi tasek Kejut dan juga sekitar Stadium UKM. AHAHA! Bayangkan camner aku jual air tin. Aku tak jual sebenarnya. Aku paksa orang beli dan mereka rata-ratanya terpengaruh. Entah camner aku leh terjerumus aku pon tak tau. Aku bukan dok bawah group jual air. Aku group jual T-shirt. Tapi pa8 (boss air) dah pengaruh aku supaya jadi pelaris katanya. Bingai. Disebabkan nak assist dia melariskan air-air dia yang tak berkhasiat tu, dua high heels aku rosak. Aku harap dia akan sedar tanggungjawapnya terhadap kebajikan staf. Lalu membelikan aku 4 high heels baru (kantoi jual air pakai high heels)


Demi trip ke Bandung yang menelan ringgit malaysia yang agak banyak, kami satu studio pakat-pakat buat kerja amal mencari wang halal hasil keringat kami rather than MEMINTA-MINTA. Come on la! Kami bukan pengemis okay nak kena merayu pada jabatan-jabatan yang ... yang... (ops.. terlajak kata binasa.... )Tapi begitulah... Oho.. bangga tau tgk effort yang ada. Antara aktiviti yang kami lakukan untuk mengisi dana :

  1. Basuh kereta (Farah la boss nyer)
  2. Jual air
  3. Jual Rose & Chocolate to dedicate kepada kekasih-kekasih sejati
  4. Banner and multimedia
  5. Jual dan design T-shirt
  6. Jual cekedisssssss (part ni memang enjoy! macam tadika asuhan kanak-kanak. Memang happy melihat proses jualan)

Aku pon nak amek kesempatan nak promote ni. Kalau ada readers dari UKM, meh la beramal jariah bantu kami ni. Pi la hantar kenderaan2 anda samada yang kotor maupun bersih ke kami untuk dicuci. (Kalau yang sedia bersih lagi bagus). Murah dan sgt berpatutan. TAK PATUT sebenarnya harga serendah yang kami tawarkan ni. Cuma RM4 bagi kereta dan RM2 bagi motosikal. Lori? Ih... tak ada student pakai lori kan...??? Untuk perkara2 lain ataupun maklumat lanjut, silalah ke Fakulti kejuruteraan UKM, kat ruang legar, ground floor. Studio kami adalah yang paling RUNSING di situ. Di mana kalian terperasan ada sudut yang SANGAT SEBOK dan SESAK, di situlah studio kami. :D


Selamat membantu kami! :p



 

Tuesday, April 10, 2007

Wish me luck!

Alhamdulillah.
Semalam, submission untuk projek landscape. Sekaligus bermaksud... tamat sudah DESIGN untuk sem ni. I have the feeling of me... repeating the 4th sem for design. OMG! wut does it means? yer, begitulah... aku sangat takut. Kalau fail camner? *gigit kuku tangan dan kaki sampai hancur!*


its 3.22 pm now. I have the interview at 5pm. Ahaha. Nak carik keje. Bukanlah. Interview untuk LI (Latihan industri) or we used to call it PRAKTIKAL. Saya bakal bekerja awal bulan Mei ini. Sungguh dramatik, tentu! HAR HAR HAR! Interview kat firm architect tak jauh dari area saya, NK Architect. Everybody, wish me luck. TQ for the wish. TQ :p


Okay, nak pergi make up satu jam, dress up setengah jam dan relax minda beberapa minit. AHAHAH. No lah, but i should do some preparation maybe. So, bye!
 

Sunday, April 01, 2007

warm up.

Dear, Beylo...
Aku macam sering hilang ingatan tentang kamu kebelakangan ini. Keterujaan untuk menghasilkan contengan-contengan cemerlang semakin pudar. Barangkali aku makin relevan. Hidup bukan hanya untuk menulis blog. BUKAN. Kalau dulu aku sanggup bergolok bergadai demi sebuah contengan hebat, sekarang tidak lagi. Aku lebih sanggup berkorban jiwa, masa dan tenaga untuk mengisi slot-slot tidur aku yang banyak tertunda. Aku serius ni. Baca dengan serius juga. Jangan pernah ketawa.


Aku tak pasti kalau aku masih larat nak buat contengan super saiya (seperti waktu dulu). Sbb pengaruh usia membataskan kemampuan (pergh.... ayat berkualiti tempatan). Tapi tak pe. Kasi chance aku warm up malam ni. Kita tgk sejauh mana usia membataskan kemampuan aku untuk conteng blog. (memandangkan tanpa aku sedari, usia aku makin menjadi-jadi banyaknya)




Final Project : Aromatherapy Healing Center.

Alhamdulillah. Projek final dah selesai. Puas hati? Bolehlah... Sbb kali ni aku sempat siapkan 10 panel dalam masa satu malam. Memang marathon separuh nyawa. No wonder kalau jangka hayat aku bakal terjejas kelak. Architecture mmg pembunuh. Pembunuh bersiri yang thrill tetapi seronok dibawak main. Tapi sem ni mmg sem paling UNBELIEVABLE. First, aku histeria betul sbb cuma ada tempoh 2 minggu untuk final project. (Tak penah dibuat-buat). Second, aku histeria dengan keberanian aku nak amek risiko dengan memilih jalan pintas tapi menjerut leher kalau tersilap budget masa. Maksud aku... kali ni aku berani2kan diri yang sengal untuk memulakan proses kerja dengan menyiapkan 3D dahulu. Berkali-kali lecturer ingatkan, guna sketchup buat 3D sbb lebih cepat. Tapi demi merealisasikan agenda untuk main-main dengan risiko, aku tekad juga nak mulakan kerja dengan 3D autocad. Memang bahana. Rasa nak mati. Mati sbb ter-saiko dek surrounding. Okay imagine...

Lepas siapkan floor plan, kaedah tradisional yang kami lakukan ialah proceed ke elevation. Tapi aku try break the tradition myself dengan proceed ke 3D. KONONNYA... dengan siap sahaja 3D tu nanti, aku bakal mendapatkan 4 elevation, 2 section, roof plan, site plan dan perspective drawing SEKALIGUS! (sebagaimana requirement) disamping mendapatkan interior perspective. SANGAT TAMAK okay! TApi aku tau memang risky kaedah anti-tradisi yang cuba aku lakukan ni. Kaedah ni sgt menarik dan bijaksana kalau kami diberi masa panjang macam kebiasaannya untuk final project. Tapi kaedah ni adalah sgt buduh dan keji untuk dipraktikkan untuk projek gopoh gapah 2 minggu mcm ni. Dalam pada aku tengah tungkus lumus naikkan 3D, aku mmg hosteria mak nenek la. Aku rasa cam tengah telan ketulan-ketulan RISIKO yang langsung tak sedap. SEBABNYA... kalau ditakdirkan aku tak berjaya siapkan 3D yang complete interior and exterior sepantas-pantasnya... aku bakal FAIL dan tak akan berupaya submit panel aku on time. Jadinya, risiko yg aku maksudkan adalah, samada aku berjaya siapkan 3D dan dapat semua sekaligus atau aku tak dapat siapkan 3D dan melopong tak ada satu haper pon.


Alhamdulillah. Aku berjaya. Bukan maksud aku berjaya hasilkan design yang super duper hebat, tapi at least i got my panel done on time dengan sesuatu yg agak memuaskan ati. I mean, aku ada 10 panel A1 dengan memenuhi requirement (kecuali detailing. Buahaha...). Dan panel saya diprint berwarna. (bcoz kami semua dah macam mabuk-mabuk tak tentu arah sampai indecisive tentang cara apa nak print).


all i can say - i like the review we've done last week. Mcm tu baru kaw-kaw architecture babeh!



The Darling Stories.

Aku tau aku byk susahkan dia. Tapi aku lagi tau dia sayang aku. Sebab tu aku asyik membuta je mengikut suka dan suki hati aku. Dengan harapan dia akan continue sket kerja aku everytime aku pegi tido. Kasihan dia. No wonder kalau dia naik hangin last week and lastly we kept on fighting. Maka perang Teluk pun berlaku sampai mencetuskan kontroversi dlm studio. Bongoknya saya...


Okay, settle! Kami tak gadoh dah. Tq kepada my dear sbb sgt sayangkan saya (but please la, i besar kepala tau kalau org syg-syg ni). Sorry kat my frens yang pening runsing dengan masalah antara aku dan dia. Farah and A'ai - tq babeh sbb meminjamkan telinga menerima lontaran bahasa-bahasa sastera aku sepanjang peperangan aku dan si dia tu.


Oyya, last week juga aku buat surprise birthday party utk dear. Lucu gila arght! Bila aku kenangkan balik, perkara pertama yg aku ingat ialah FARAH. Dia sebenarnya pencetus DRAMA PANAS itu. Kalau bukan dek kerana si Farah yg tersilap taktik menipu, pasti birthday party tu tak se-hot yg terjadi.Buahaha... Good job Farah. Terima kasih kerna membantu aku menipu. Tq juga buat A'ai sbb bantu jadi pakar runding jiwa. MIAHAHAH!


Kepada dear (leceh btollah tak dapat sebut nama dia kat sini. aku blom berani nak expose siapa dia sebenarnya. ececeh...)... you macam nak telan i kan that day? Farah pon hampir2 kena telan ngan you. Padan muka, kena tipu hidup2. Not meant to bodoh2kan sesiapa tapi alang2 kamu tengah marah tu... kami pon simbah api kasi marak arr. Kan sonok main api. Pas terbakar lagi seronok.... rentung!


Hope dia suka my present. Oh, ya.. dia mmg suka. Kalau tak, tak de lah dia sampai hantar msg kat friendster just to luahkan perasaan terharunya. Hohoho.Selama ni tak pernah hayat dia send msg kat fs aku. Okay, syukur that world war 3 dan tamat. Semua orang boleh hidup dengan damai. Saya tidak akan baling handphone dalam studio lagi. Saya juga tidak akan lepas marah tentang dia pada teman2 dia lagi. JANJI (janji adalah pekara yang boleh dimungkiri. dun worry.)


Me myself.
apa ye tentang aku lately? Mmm.. tiada apa yang menarik. Kecuali aku tengah histeria tentang usia. Kalau usia tu boleh dibekukan kan bagus.




yibba... nak pergi tidur. Esok nak balik ukm. Byk perlu dilakukan esok hari termasuklah mencari jalan keluar menyelamatkan diri dari project lanscape yg blom ada apa2 progress. Semoga berjumpa lagi. Nah, ciuman!


 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."