Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, January 31, 2006

Seni Mahal


Pagi tadi ke Central Market.
Kalau dah namanya letak kat tengah-tengah perot naga, tekak buaya Kuala Lumpur....
Dah memang sesak al pitam la jawapnya.
Tadi siang aku pening,
Tadi petang aku mula pitam,
Sekarang.... malam,
Aku mula rasa mabok.
Memang dasar perot naga tekak buaya!


Bukan aku pegi sbb aku suka nak pegi. Aku pegi sbb aku nak carik client. Kecik-kecik da carik client. Kecik-kecik dah bisnes besar nak buat pelaburan dalam saham Central Market (CM). Kecik-kecik jugak dah meeting dengan bisnes partner kat Secret Recipe. Apa nak buat.... aku dilahirkan sebagai korporat... *mengeluh kunun-kunun insaf*


Aku bohong je.


Client yang aku maksudkan bukan client dlm bisnes. Client yg aku carik sampai aku ditelan dek perut naga tekak buaya harini hanyalah seorang artist. Untuk apalagi kalau bukan untuk projek arkitek UKM tu. Malas nak berbual pasal projek. Percuma cerita tentang tu sbb aku tak mendapat apa-apa untung kalau aku terangkan seratus perenggan sekalipun ttg projek aku. Sbb kamu semua pon tak nak tau. Next!


Meeting di Secret Recipe memang benar terjadi ptg tadi. Tapi bukan meeting dgn bisnes partner. Cuma meeting ringan-ringan bersama hulubalang-hulubalang yang jugak arkitek UKM macam aku. Arkitek UKM tidak membawa maksud yang kami adalah arkitek berdaftar di Persatuan Arkitek Msia. Kami cuma golongan minoriti warga UKM yg obsess dgn senibina dan dihentam dgn projek mega-megawan. (tensi dan emosi)


Tak jumpa artist. Sbb pelukis-pelukis melayu itu masih bercuti sempena CNY merangkap Maal Hijrah. Niat kami nak interview artist tak tercapai. Yang berjaya dilakukan hanyalah interview dengan beg dan bracelet.


Aku shopaholic : Encik Beg Converse Coklat, saya dari UKM. Student 1st year architecture.
Beg Coklat : Apa mau? *nada seorang kaki seni tiruan*
Aku shopaholic : Sudikah Encik diinterview oleh saya?
Beg Coklat : Hmm *seniman sombong*
Aku shopaholic : Adakah design tubuh badan Encik cukup muat utk disumbat dgn laptop saya?
Beg Coklat : Muat! Muat! *ter-uja spontan*
Aku Shopaholic : Saya beli Encik sebagai client saya!


Jadinya... client yang aku dapat harini adalah beg sandang converse *tiruan* yang tak lawa sgt buatannya (nama pon tiruan). Dan juga sebijik gelang yg aku namakan sbg gelang Rock Uuuu! Apa-apa laaaa....


Harini hari pusing2 KL lagi. Terasa macam pelancong asing. Terasa macam melancong ke Bangladesh. Bau Kuala Lumpur dah jadi sama dengan bau Bangladesh. Aku rasalah sbb aku pon tak penah ke Bangladesh. Tapi aku tau itu bau Bangladesh. Rasa koyak hati aku melihatkan Kuala Lumpur yang telah diBanglakan.


Seni Mahal.
Ini sekadar satu ideologi aku. Yang aku pandang dgn mata aku yg berkualiti tinggi ni.

Masuk je CM, aku rasa macam aku bukan di Msia. Tapi aku kat pusat nusantara. Sbb macam2 rupa manusia ada. Ada muka Asia, muka Omputeh dgn hidung pinocchio, ada muka Arab,dan macam-macam muka. Bermuka-muka. Tapi yang paling kurang nampak ialah muka melayu. Muka warga tempatan. Muka warga indonesia aku bilang lagi ramai (aku tak bilang, aku rasa je). Sbb apa eyh?

ada ke sbb org Malaysia tak hargai seni? Atau seni yang tak menghargai orang Malaysia? Lalala... Melihatkan harga-harga seni tempatan yang mahal, aku tiba-tiba rasa seni tempatan ni tak mesra rakyat. Harga semua hasil seni bukan sikit punya mahal. Ada tu, harga sebijik lukisan gambar kepala kucing (yang boleh dihasilkan lima minit dengan Adobe Photoshop CS2) sama harga dengan kasut aku. Bagi orang kepala 'beli-belah' macam aku ni, mesti aku berbesar hati kalau dapat memiliki kasut Converse ratusan ringgit daripada membeli kepala kucing itu walaupon rasa suka terhadap lukisan kepala kucing itu sgt tinggi jugak. (suka tapi tak tergamak tengok harganya yg supermahal)


Byk kali aku jatoh chenta dengan lukisan-lukisan yang dijual di mana-mana pameran seni. Banyak kali aku rasa nak...... amat memiliki lukisan-lukisan yang punya nilai seni yg tinggi. Tapi tiap kali tu aku terencatkan keinginan aku sendiri. Sbb aku rasa lebih rela menyalurkan wang aku untuk makan besar di Secret Recipe. (sama mahal, lebih berpatutan)


Banyak kali aku pegang-pegang objek hasil kraf tempatan. Byk kali jugak aku letak balik setiap kali ada pameran seni. Sbb harganya masyaallah! Ditambah pulak dgn sikap aku yang lagi suka menyalurkan wang demi memenuhi nafsu makan dan pakaian aku. Macam mana kalau ada 90% rakyat Msia yg sama macam aku? Tak ke mati seni Malaysia?


aku bebel apa nih?

Aku cuma nak kata.... aku kempunan banyak seni mahal! Sbb seni tu mahal, aku makin kempunan. Byk yg aku inginkan. Aku ingin lukisan-lukisan cantik yang bernilai ratusan hingga ribuan ringgit tu. Tapi aku tak mau berbelanja lebih. Aku mau pensel-pensel kayu yang ada kepala perempuan dengan lelaki patong. Aku mau penanda buku made in sarawak yang berharga belasan ringgit setiap satu. Aku mau selipar kayu yang berharga puluhan ringgit. Aku mau gelang, rantai dan cincin yang artistic yang mahal-mahal itu. Tapi kenapa mahal? Seni mahal... sbb tu rakyat Malaysia malas nak layan seni. Baik layan mata. Buat taik mata, percuma! Babai! Seni mata sudah datang....
 

Monday, January 30, 2006

Diari - Satu kisah syahdu

Dulu.... zaman kecik-kecik...
Zaman sekolah-sekolah...
Aku suka tulis diari.
Aku suka tulis tentang macam-macam.
Tentang orang tu aku nampak jatoh tergolek....
Tentang orang ni aku dengar berpacaran dengan orang tu....
Tentang orang tu macam ni...
Tentang orang ni macam tu...
Tentang macam-macamlah!
Termasukla tentang yang entah apa-apa...


Aku bergiat dlm arena menulis diari bertahun-tahun lamanya. Sampaila hujung tahun lepas, kegiatan aku dibanteras oleh semangat aku sendiri. Aku sudah tidak menulis diari peribadi lagi! Sudah tidak! Aku sudah bosan mau menulis untuk bacaan sendiri. Sebab tak ada peningkatan baik psikologi atau pon mental. Membazir ink pen dengan menulis berjuta-juta huruf, membazir tenaga sampai mencederakan tangan, dan membazir ringgit-ringgit msia aku demi mendapatkan diari yang mahal-mahal belaka (sbb yang cantik itu mahal). Sekarang, aku senang sekali menconteng blog. (dan aku sudah terjerumus dlm gejala berblog sejak aku sekolah lagi. Tapi masa tu, aku blog sambil juga berdiari)


Conteng Blog membuatkan aku rasa lagi gembira. Sbb at least aku tak seronok sendiri dan menyimpan rasa. Sekurang-kurangnya ada tangan-tangan gatal prihatin yang mau conteng nasihat dan pandangan buat aku. Simple and works! Walaupon aku maseh tak nafikan, ada byk lagi perkara yg aku terpaksa simpan sampai basi lemau tanpa boleh dikontroversikan di sini.


Ngomong apa nih?


Semalam aku kemas-kemas meja study aku. Tiba2 terjumpa diari-diari lama. (baca: diari-diari. Byk diari). Semuanya tersimpan dalam dua beg plastik yang dah aku lilit cantik-cantik sbb aku tak mau bukak lagi diari tu! Tapi semalam, aku bukak juga. Selak-selak... baca-baca...



(sebahagian dari selonggok lagi diari)

Kadang-kadang tulisan aku cantik....
Kadang-kadang tulisan aku sangat cantik....
Kadang-kadang tulisan aku huduh amat!


tak spt aku menconteng Beylo.... tulisan aku anggun sentiasa. AHAHA... Banyak sebenarnya diari dalam koleksi aku. Boleh jual kat pusat pengumpulan barang antik. (dah tentu tak laku! aww!). Tapi kalau dibuat pembungkus nasik lemak, banyak jugak nasik lemak dapat dibungkus dgn helaian-helaian diari yg dah bertulis ni. Hek ele... serendah tu martabat diari aku?


Mulanya aku gelak sampai kembung perut baca cerita sekolah aku. Aku bengang ngan member tu la... Aku bergosip liar la... Aku dajalkan orangla... aku gaduh dengan cikgula.. semuanya buat aku rasa sgt lucu. Tiba-tiba masuk bab tragis, dramatik dan spastik. Membacakan hal-hal ini membuatkan aku rasa mau mengoyak semua isi yang ada. Dan dengan tu aku tekad! aku mau buang kesemua diari yang punya kisah-kisah bodoh itu. Aku benci mengingat cerita tu. Dah la sebuah kisah yang panjang dan berlarutan bertahun-tahun lamanya. Mengalahkan siri telenovela. Aku tekad!


AKU AKAN BUANG KESEMUA DIARI ITU!
AKU BENCI MAU INGAT!
AKU TAK MAU SIMPAN CERITA TENTANG DIA.
SEBAB AKU RASA ITU SATU KEBODOHAN
Tak ada lain kecuali kebodohan semata-mata....



Tapi.... ada satu yang aku takkan sesekali bakar, buang atau rosakkan. Yang berwarna biru tu. Dalam tu la tersimpan sesuatu yang paling bahagia dlm hidop aku. Jugak bukti kepada simbol kegilaan aku yang tak bertepi lagi. Eheh. Dari helai pertama, sampai ke helai yang terakhir, penuh dengan nama ... Opppss.. (terlanggar batas pulak!) Membaca isi diari biru tu buat aku kagum dgn diri aku. Semuanya lengkap aku semadikan kat situ. Macam pusara. Ha ah...ye la tu. Mmg pusara pon. Tu la pusara aku sebenarnya. Walaupon punya jalan cerita yang membahagiakan, endingnya tetap sebuah pusara pejuang tanah melayu (acah je.aku tiada penglibatan dlm pejuangan tanah melayu.Terima kaseh) Tapi mmg macam kuburlah! Kubur insan-insan kena bunuh. Huwaaa... tapi sekarang aku tak menganggapnya kubur lagi. Aku anggap ianya sebagai sebuah taman mainan kanak-kanak. Di mana aku hanya terjatoh beberapa kali ketika leka bermain di situ.Dan aku bangkit dgn sendirinya.


Berfikiran positif kan lebih baik. Walaupon kesemua diari itu tiada ending seperti sebuah pusara kematian, aku akan buang diari-diari itu. Aku akan hanya menyimpan diari biru yang bagaikan pusara, kubur atau pon Nilai Memorial Park tu. Walaupon ianya ada ending yang macam kubur, tapi aku suka.....


Malas nak berbelit cerita lagi.Abes dah cerita diari! Kejap lagi atau esok, keje-keje membuang akan aku lakukan.


**************


Nak promote nih. Semalam aku donlod la VoipStunt. Aku jumpa benda ni kat blog Nash. Tak tau la nak kata benda ni best atau tak tapi bagi aku, benda ni buat aku jakun. Sekarang ni pon aku tengah layan jakun aku ngan Totin. Nak tau apa itu VoipStunt? Lekas pergi masuk blog Nash. Donlod la... nanti boleh bersara dari YM dan pelihara jari jemari dari keje-keje menaip yang tak menguntungkan ini. (ishk, YM tetap best!) Boleh bercakap je percuma. Malas cakap banyak. Nash dah cakap banyak pasal VoipStunt.Aku sarankan Farah, Adian, Astri dengan Aiza donlod. Yang lain... terserah kamu!



Salam maal hijrah. Untuk ini, aku punya azam. Esok saja berbual tentang azam.
 

Sunday, January 29, 2006

Bintang Hati


Tadi pagi aku bangun dgn riak 'kunun-kunun terkejot'.
eh, kat rumah?
Eh, tak payah gi studio?
eh, tak payah main kejar2 dgn masa...
demi menghadiri kelas ilmu?
eh....! eh...!


Ah, menyampah!
Macam tak tau-tau je otak aku ni.
Sekarang, cuti!
Cuti tu samalah ertinya dengan gembira sakan...
Macam dunia aku yang punya!


Kenapa aku tak update berbulan-bulan lamanya?
(baca : beberapa hari lamanya)


Sebab aku masuk hospital berikutan kemalangan aku kemarin.Ye, kemalangan yg aku jatuh dan tak ada orang sambut tu. (Bukanlah!Tipu je...) Aku tak update sbb aku sgt sebok. Kan dah aku war war kan jawatan baru aku. Aku ulang tulis. Jawatan baru sebagai Juru Kumpul Projek dan Assignment diRaja menuntut terlalu byk komitmen dari aku yang tidak berdosa. Demi mengekalkan kestabilan pointer (yang aku tak tau kenapa ia dinilai dlm point dan bukannya A, B atau C.. atau jugak dengan pemberian bintang-bintang spt zaman kita sekolah tadika dulu) dan juga demi menjadi sorang arkitek yang boleh berlagak sgt bagos, aku kena jugak tumpahkan seluruh komitmen aku yg tak seberapa ni.

Banyak sangat keje sepanjang minggu lepas. Menjadikan aku dan mereka hulubalang-hulubalang yang lain terpaksa pulang terkedek-kedek buat pendakian pada jam 3-4 pagi. Tak pasal2, aku dah terlibat dlm sukan mewakili UKM dlm acara 'mendaki kuak cungap-cungap'. I'm an athlete finally!

1) Color wheel.



(Edisi percubaan : berhempas pulas hingga ke titisan peloh yg terakhir. Dan untuk yang terakhir kalinya, aku akur je dgn kemampuan aku mencampur warna. Dan at the end of the day, aku dengan Farah mula berpegang pd prinsip paling berpuaka yg kami miliki. Tak kira apa, submit mesti on time! Dateline mesti kena kejar laju-laju. Dan buat masa ni aku bangga dgn diri aku sbb masih berupaya kejar dateline. Tak macam..... Oppsss.... (zuara tak zedap... ada hati nak mengata orang!) wakaka....



(siap! rasa nak lompat si katak lompat biar satu studio nampak betapa kataknya aku akibat kegembiraan menyiapkan color wheel aku. Walaupon aku tak buat tahap bombastik macam Babe (bukan setakat roda warna, dah macam taman bunga tasek titiwangsa pon ada assignment dia tu.Sgt kekaguman kami dibuatnya. Bersinar-sinar mata kami yg memandang sambil hati keruh kedengkian)... tak jugak kemas macam A'ai... (yg sgt ekspres) atau Hafiz (manusia pertama yg menyiapkan color wheel sambil mengendeng seblah aku. Mungkin saja nak psycho aku kot. Punyalah aku bersabar tgk dia main-main dgn poster color sedangkn aku time tu belom sentuh apa pon) Tapi aku puas hati sbb aku on time, tak macam orang tuh.... Opsss... (zuara tak zedap... ada hati nak mengutuk orang lagikhh!)

2) Perspektif drawing.

Beylo oh Beylo! Punyalah banyak perspektif kena draw, aku cuma mampu siapkan satu je. Punyalah tak beretika aku ni kan? Tapi sekurang-kurangnya aku tak lari dateline macam orang tu... opsss lagi! (aku tak mau kata suara aku tak sedap! Aku mmg nak mengutuk Orang Tu!)

3) Report.

Oh my god dot com dot my! Sangatla dahsyat rupa-rupanya menyediakan architectural report. Kami mula-mula pikirkan benda alahnya biasa aja. Setakat type-type guna words. Sekali kena buat balik guna Power Point, ikut format. Sib baik group aku ni bagaikan sebuah pusat terkumpulnya pakar2 komputer dan grafik. Maka... dengan sgt riaknya aku katakan, dari segi grafik, group aku sgt berjaya. Bukan aku syok sorang-sorang! Lecturer pon dah sah kan kenyataan yg perit utk ditelan oleh kumpulan lain ni. Dan demi sebijik report bersama seketul presentation (utk trip ke Lumut), kami terpaksa bersengkang mata sampai ke pukul 3, 4 pagi. Dah biasa dah....!

Untuk kempen 'berumah-tangga kat fakulti' ni, aku pon menyusun tiga buah kerusi berderet-deret utk dijadikan katil. Kepenatan dan kesakitan tulang temulang menyebabkan psikologi aku menerima kerusi-kerusi keras tu sbg sebuah tilam queen size yang sgt enak. Jadinya, tidurlah kami secara bergilir-gilir kat Tilam Enak tu. Dan tiba-tiba! Farah terkeluarkan satu idea.

"Nurul!" Farah bisik2 kat aku. Hmm.. cerdik! Dan masih mampu jugak otak si Farah ni kuarkan idea-idea hyperbolanya walopon dah pukul 3 pagi. Aku yg sentiasa menyokong semua idea gila pon bersetuju. Kami pon berlari-lari ke Pintu Kontroversi yang jugak dinamakan sebagai Pintu Bilik Seludup oleh student architecture 1st year dan 2nd year!

Aku ngan Farah cuba nak bukak pintu tu tapi keciwwwa sgt. Sbb Abang Tu dah kunci seblom dia balik. Sampai hati dia buat camtu. Habis madu sepah dibuang. Melepaskan anjing tersepit. Lepas dia da puas-puas guna studio secara haram (sbb studio tutup kul 10 mlm skang ni), dia pon kunci pintu tu. Langsong tak pikirkan kami yg junior ni. Ataupon abang tu bengang lepas aku dengan lemah gemalainya dah ingatkan dia jgn buat sembarangan sampai kami bebudak 1st year yg kena cekup ngan lecturer nanti.

Jadinya.... idea Farah nak pasang khemah kat tengah fakulti tak menjadi. Kalaulah menjadi mlm tu pasang khemah, mesti seronok yang amat. Atau mungkin jugak mencetuskan kontroversi of the year utk fakulti kejuruteraan.Sampai kuar paper! Kuar tv3! ntv7, edisi siasat dan segala macam rancangan lagi. Sbb... kami mungkin akan tido dengan lenanya sampai ke pagi. Sampailah semua warga Fakulti Kejuruteraan tu dok mengelilingi khemah kami. Kami pulak mungkin blom terjaga dari tdo yg nyenyak. Sedar2 je, kami bertiga pon jenguk ke luar khemah dan terpamerlah wajah huduh baru bgn tdo kami kat seisi fakulti. Akhirnya ditarik ke bilik dekan sbb menyalahgunakan fakulti. Juga berkelakuan tidak bermoral di tgh2 kawasan fakulti. Miahahaha... aku suka berfantasi tidak waras camni.


Balik! Dah pukul 4 pagi kami pon pulang. Waktu balik kami gembira kembali dan membuat gegaran frekuensi kat segenap ruang menuju ke Kausar. KL Menjerit!



(aku ada helmet... tak ada motor. Aku fobia dengan motor. Aku takkan pernah berjaya menghidupkan enjin moto dan aku takkan penah bercita-cita membawa moto apatah lagi punya moto sendiri. Keseluruhan sokongan buat Farah Diana yang sgt meronta-ronta mau belajar bawak motor)



Bintang Hati
Studio aku tengah buat tayangan perdana Bintang Hati tanpa henti. Menyebabkan kami semua punya sindrom pengaruh filem yg sgt kuat. Beberapa scene dan kata-kata dalam Bintang Hati dah jadi satu mainan kat mulut semua orang. Sampai kalau ikutkan hati, mau je pecah studio tu mendengar Ainul menyanyi lagu versi gedik Amy Mastura. Mau jugak studio tu terbalik akibat lagu Sesedang yg asyik berkumandang dengan sumbangnya.

Skrip pilihan (yg dilakonkan dgn sgt gedik):
  • Dah berapa lama jadi wartawwan?
  • Kurang ajaarh! Mereka hanta wartawwaan berhingus ni untuk intervieww akuh??
  • Ok, waits! Anytimes ; I nak bodigads!
  • Oppss... sorry...
  • Zuara tak zedap... ada hati nak bla..bla...
  • Suara mesin, mesin tebu, mesin jahit, mesin- gun, semualah!
Ahhh! Banyak sangat la! Sbb kami menghafal hampir kesemua skrip filem tu. Kalau suruh kami berlakon balik pon boleh. Anytimess.... ekekeke...

Siapa punya wabak? Yes... Adian! Dia yg dok ngajar kami nonton Bintang Hati. Tapi kenapa baru sekarang? Kenapa tak dari dulu? Kenapa tak kau bilang dengan seseungguhnya yg filem ni sgt bombastik punya best? kenapa? kenapa? *salahkan Adian!*


Presentation

Dah selesai... Dah present hasil kami pada pagi Jumaat lepas. Puasss...


Aku lewat pagi tu. Tak sangka pulak ada presentation sbb entah mulut siapa tah yg menggembar-gemburkan. Lecturer tak nak buat presentation. Lecturer nak krit je utk projek apparatus. Tapi bila aku sampai2 je klas, lecturer suh pi bilik seminar present report kat Lumut. Dengan aku yg tak berpakaian formal.... =( Selamba mak minah pakai baju sk8 lagi berdiri tegak kat depan time presentation. AHAHA....



Sekarang.

Beylo : skang kamu cuti kan, Chika?
Aku : sepatotnya cuti. Tapi byk keje la, Beylo.
Beylo : Ko mmg keje manjang. Bila nak free?
Aku : Bila aku cuti bersalin nanti.
Beylo : Tapi bila ko cuti bersalin?
Aku : Bila aku dah melahirkan anak nanti la.
Beylo : Tapi bila?
Aku : Bila aku dah kawen la.
Beylo : Kawen bila?
Aku : Kalau boleh dua jam lagi aku nak kawen! Kalau boleh... tapi masalahnya blom boleh.
Beylo : Abes, bilaaa?
Aku : Eh kamu ni Beylo! Dah kenapa sebok sgt pasal bila aku nak kawen?
Beylo : Tanya pon tak boleh.
Aku : Baik ko tanya bila aku nak tdo.
Beylo : Bila ko nak tdo?
Aku : Sekarang!!!!


Aku nak tdo. Kepala aku saket. Projek Apparatus blom plan apa nak buat lagi. Site model pulak menuntut komitmen berlebihan lagi. Dan pulak terlibat dlm publisiti untuk Festena (Festival senibina) mudah-mudahan aku sehat dan selamat sejahtera sehingga aku berjaya menjadi arkitek betol-betol. Bukan olok-olok macam sekarang. tata Beylo!
 

Monday, January 23, 2006

Terjatuh pulak!

Aku jatuh nih!
Tolong sambut.... !


Okay...
'Dia' tak sambut....
Aku tergolek-golek....
Gedebuk!
*aduh, gosok2 punggung kesakitan*


Ampunkan dosa aku kalau aku kata... aku sudah jatuh chenta sangat dengan Radit. Jatuh cinta pandang pertama yang membawa kepada pandangan berkali-kali. Sanggup aku korbankan nafsu mata aku untuk bangun sepaginya demi sebuah 'dating'. Dating untuk kali ke seploh. Lepas je breakfast, bergegas untuk dating!


Selalunya aku dating malam-malam. (read : tengah malam hingga lewat pagi). Dating malam-malam baru ada aura romantis. Tapi hari ni... dah la dating pagi buta, pulak tu ada adek mengekor sama join kami ber'dating'an. Tapi dating tetap berjalan dengan bagus sekali.


Kena langsaikan kesemua dating yang sudah direncanakan sebelum Chinese New Year. Apa nak buatkan Beylo... aura chenta kami punya expired date. Samalah macam kisah chenta yang lalu. Waktu aku berchenta dengan Fahrin Ahmad dulu. (matila Fahrin Ahmad kalau wartawan tau gosip liar aku ni) Pon ada expired date. Tapi nak kata kesah chenta kami yang lalu tu dah memang tamat tempoh, tak jugak. Sbb sesekali aku terkenang jugak kat encik itu. Cuma sudah tidak berdating lagi. Tinggal menjadi sebuah kisah klasik. Tapi perasaan tetap ada. (amek kau, Beylo! Bukan senang aku nak jiwang.com.my camni)


Patah balik pasal Radit. Makin aku tatap wajah 'jambu air' dia tu, makin terasa lapar perut aku. Err... bukan! Ayat betul : Makin aku tatap wajah 'lembut' dia tu, makin jatuh cinta tergolek-golek aku kat dia. Walaupon wajahnya agak 'jambu air', tapi aku suka. Lebih baik tatap wajah jambu air dari wajah jambu batu kan? *Beylo : nganga besar-besar sambil mata bercahaya*

Nanti... pada entry aku selepas ni, aku kenalkan Radit kat kamu semua. Tu pon kalau tak ada suara-suara jelmaan menghalang aku. Sekarang aku malu... *sambil terkulat-kulat*. Belum nak expose lagi dia kat kamu semua. Ihihi....


Ok, Encik Beylo!
Aku dah jatuh cinta. Confirm! Tak lama lagi, kita semua makan nasik lauk minyak. Tu pon kalau berlaku keajaiban alam. Tapi.... aku bukan sailormoon. Keajaiban takkan berlaku. Kamu semua takkan dapat makan nasi lauk minyak kut. Sbb.... aku bukan sailormoon! Tak ada kuasa bulan untuk membantu aku mendapatkan Radit. Dari aku mengelamun jauh harapkan Radit, baik aku jangan jatuh.


Ok, Encik Beylo!
Tak jadi jatuh cinta!
Confirm!
Nasik lauk minyak....
Cancel!


notice : sekadar sebuah kisah cinta kosong.

 

Saturday, January 21, 2006

Aku, Aiza dan Astri

Epi besdey to you...
Epi besdey to you...
Epi besdey, dear Aiza....
Epi besdey to you!

*clap hands!*


Nyanyian 'sumbang'an chika dan Beylo untuk aizar azman!
Kamu sudah 20 tahun.
DUA PULOH!
Cuba kamu bilang guna jari-jemari kamu yang sudah semakin berusia itu...
Kena buat kiraan dua round untuk sampai ke bilangan 20 kan?
Tandanya apa tu?
Tandanya... sudah lama jugak kita hidup di alam fana ini.
Kiranya...kalau kita ni bukan manusia, tapi sejenis objek seperti kereta....
Dah tentu kita sudah mula uzur, sakit-sakit dan hampir ke penghujung usia.
Lama jugakkan kita dah bernafas atas bumi Allah ni?
20 tahun.... lama...lama....


Eh, eh.... aku ni! Macam nak menakutkan aiza pulak.
Maaf la, cik jaja. Kami tak bermaksud begitu.
Sekadar beringat-ingat sesama wanita.
AHAHA....
Hadiah?
Kamu tolonglah jangan tanya soal hadiah.
Sbb untuk tahun ni, sungguh aku sengkek segala hal.
Dan yang paling sengkek ialah dalam hal masa. Sgt kemiskinan masa hinggakan aku tak punya waktu untuk carikkan hadiah dan membungkus lawa-lawa seperti yg pernah aku buat suatu masa dulu.Sorry, fren.
Aku hanya mampu hadiahkan kamu satu doa ; semoga panjang umur dan sepanjang perjalanan mengiringi usia tu, kamu akan temui segala jenis kebahagian. Insyaallah. Saya sayang kamu.
*cium*



Konvoi

Tadi lepas maghrib, abah ajak kuar makan. Kami yang suka makan pon bertambah gembira dan bersiap-siap. Tiba-tiba.... abah kata tak mau bawak kereta. Ayahanda ku itu keterujaannya pada Virago masih macam dulu. Kata bunda, dari zaman muda-muda lagi ayahanda suka motor-motor sisi besar ni. Ketika agenda ngurat-mengurat dan ayat-mengayat bunda dulu... motor besar-besaranlah yg menjadi antara objek penaik CINTA bunda pada ayahanda selain kereta hijau ayahanda yg sgt rugged pada masa dahulu. Sekian sebuah kisah klasik.


Berbalik pasal pergi makan. Jadinya, kami sekeluarga pon naiklah tiga bijik motor utk ke kedai makan. Bukan kali pertama konvoi keluarga ni kami buat. Ni dah kali yang kedua sepanjang pengetahuan aku. Sepanjang yg aku tak tahu, aku tak sure pulak berapa kali. Yang pasti, aku naik SS dengan bunda.Sejak terdapat hasil peninggalan Dek Ekal pada SS tu seblom dia bertukar ke RXZ buah hati pengarang jantong dia tu, SS bunda dah jadi sgt rock, mahsyuk dan kelihatan lebih segak bunyi ekzos nyer.Sampai aku terasa segan-segan kucing nak naik motor tu. Rasa macam rugged pulak. (since aku suka motor yg berbunyi sopan, lembut dan berhemah)


Dek Kal bawak Ijat, dan Abah cam biasa... bawak si budak banyak songeh bernama Haizdell itu. Bergemalah bunyi-bunyian 3 bijik motor terpekik mlm2 buta tadi. Aktiviti keluarga yang sgt rock!


Tengah-tengah atas motor tu, bunda boleh menglipurlara pasal kes eksiden kat highway depan Safari sana. Terselit pulak nama Astri dalam citer bunda. Owh..... barulah aku teringat. Gambar2 eksiden yg astri dok bubuh kat blog dia tu rupa2nya kes tak jauh dari umah dia. Tak jauh jugakla dari umah aku. Hmmm... tak perasan pulak aku. Maklumla.. aku ni kan warga baru Bandar Bangi. Kes kawasan tempat aku pon aku dah tak tau. Bunda cerita lagi... katanya nampak macam astri kat area kemalangan tu tgh amek gambar. Tapi dia tak sure sgt sbb time tu bunda dlm kete. Bunda pon tak sure tu astri atau bukan tapi aku rasa.... betul kot tu astri sbb astri pon ada jugak tayang2 gambar eksiden yg dasat tu. Dan lagi, kes tu mmg tak jauh dari umah dia.


Aih, tersangat bayak eksiden kat area situ. Nak salahkan sapa? Salahkan jalan? Salahkan tar jalan? Ke nak salahkan rumput2 liar yang tumbuh tepi jalan? *angkat bahu*


Balik dari makan... nampak pulak sebijik skuter lalu. Ada gadis bawak skuter. Tiba2 bunda kata... "eh, bukan astri ke tu?," aku tepuk dahi. Apa ke hal nyer asyik cerita pasal astri bunda nih? Rindu sgt ke kat kwn aku si astri tu? (gerenti astri sengih-sengih time baca ni dan terasa dirinya sgt wanted) AHAHAH.... Bunda pon press kasi laju sbb nak kejar si gadis skuter itu samada astri atau pon bukan.


Bila dah hampir2 dekat tu, bunda kata... "eh, bukan astri! Astri manader bawak motor slow-slow camtu. Dia bawak bukan main lagi..." kali ni aku gelak. Wahahaha... ternyata ASTRI menjadi antara topik malam ini. Dearest Astri...bolehla kalau nak berangan diri wanted untuk kali ini. Sbb bundaku telah mensensasikan nama kamu. Hingga aku terpanggil utk edit gambar kita bertiga (spt di atas).


Epi besdey untuk Aiza,
Epi sensasi untuk Astri.
Epi pengsan-pengsan untuk Farah,
Epi pitam-pitam untuk Adian,
dan Epi mati-mati untuk aku....
Assignment aku dah selonggok macam bukit-bukau.
Sekaligus bagi aku jawatan baru...
Iaitu sebagai JuruKumpul Assignment Di Raja.
*kedengaran besar jugak pangkat jawatan aku ni*


Tamat dah..... semua boleh bersurai sekarang!-off-
 

Thursday, January 19, 2006

Ngomong Sama Tangan!

Wireless yang berharga seratus hinggit ni sama nilai dengan syiling satu sen yang orang pijak-pijak kalau jumpa tepi jalan. Aku bebel apa nih? Hangin pulak aku dengan wireless kausar ni. Terkedek-kedek macam itek pulang petang. Banyak blog yang aku tak dpt view. Bebel lagi... bebel je aku tau. Bebel, bebel nih... aku pon bukannya dah bayar pon yuran wireless tu. Aku tak bayar, sbb dia tak mintak! Miahaha... ngomong sama tangan! *talk to the hand!*


LAMBAT LAGI!

Dari zaman sekolah, sampai zaman ke zmn universiti ni, perangai buruk aku yg satu ni makin buruk nampak gayanya. Lambat, lambat, lambat! Bila nak berubah? Tak nak berubah! Huh? Aduh, sungguh ni aku cakap! Dah memang aku begini dan tak boleh jadi begitu. Semalam, bukti perangai lambat aku makin kronik dah jadi sgt sahih.


Fara call aku pukul 5.15pm. Katanya dah siap, ajak turun bergolek-golek dari bukit Kausar ni ke fakulti. Kelas Sejarah En Nik pukul 5.30 ptg. Time Farah call aku tu, betul2 time aku baru nak layan mata. Salah siapa? Ye, salah a....ku! *tunjuk-tunjuk kat aku mcm aku ni penjenayah besar dlm dunia*


Kami balik Kausar kul 2 ptg lagik. Tapi sbb pikiran aku sgt bestari, jadinya aku tak pulak tdo pd masa yg sgt panjang tu.Tapi aku nonton Ku Tlah Jatuh Cinta volume 5 sambil berbaring atas katil single yg sgt tak muat nih. Mana nak letak laptop, letak tubuh aku, letak Buttercup, bantal sebijik yang sgt gebu, dan jugak letak sketch book dan alat-alat melukis aku. Sgt tak muat kan? (Beylo : Kamu bebel apa neh?)


So, aku pon call Farah balik...

"Farah...ko turun dlu. Aku ngantuk sgt.Kul 5.45 aku turun.Aku baru nak tdo.Tadi aku tgk Ku Tlah Jatuh Cinta"


Farah ok je. Sbb dia da fhm dah tabiat aku yg suka lambat. (note : SUKA!) Aku pon apa lagik... tarik selimut bungkus satu badan. Macam kuih pau! AHAHA.... Tiba-tiba...tak lama aku baru nak menggulung diri dalam selimut, langit berdentum dgn sgt kuat. Air-air dari langit itu pon turun main curah-curah. Membuatkan aku terus lari ke tingkap, bukak tingkap dan teriak tanpa kawalan... "Mak aih!!!... Mati aku!"


Tiba-tiba... tanpa aku sedari, ada sorang budak bilik blok depan dok perhatikan aku. Dia pon pamerkan muka terkejot sbb aku teriak tgh hujan baru nk mula bertango tu. Aku tutup tingkap kuat-kuat, dan niat nak jadi kuih pau aku batalkan. Aku pon bersiap-siap nak ke kelas. Waktu tu da pukul 5.45.Mmg kelas da mula sbb time aku try nak msg adian kat YM, aku tgk dia idle.Maknanya studio da kosong.Sure sume dah ke bilik seminar tuk kelas sejarah. Aku? Sah, sah akan mati walaupon nyawa masih ada.


Dengan selekehnya, aku pon terasa macam aku dah bersedia nak ke kelas.Tapi hujan sungguh tak sporting ptg semalam. Dah kul 6.05pm baru dia reda.Aku capai beg pink aku, sumbat laptop dan tarik 3 keping vcd Ku Tlah Jatuh Cinta. Dan dengan perasaan paling durjana dlm dunia, aku pon jalan dengan longlainya menuruni bukit Kausar tu.Waktu tu aku dah mati punca. Sbb aku dah lewat 45 minit. Aku dah mati harap. Aku cuma dpt bayangkan, yg aku takkan berpeluang masok klas.


Dengan baju ijau sexy yg aku tutup sexy-nyer dgn sweater pink, sandang beg pink, pakai selipar bunga-bunga cinta dan pegang 3 keping vcd citer plg BERHANTU buat masa skang.... aku rasa diri aku sgt selekeh. Tgh jalan2 tanpa pikiran yang waras tu, tiba2 ada motor2 yg lalu lalang dok gelakkan aku sbb jln dlm hujan renyai.Hujung kaki suar dah lencun abes. Mesti depa dok puji semngat aku. Dlm hujan pon ttp pi klas. (iyorlah sangat!)


Dan tiba je depan FTSM, berlaku pulak tragedi aku terpijak dlm lopak. Menyebabkan aku hampir terlentang dan menamatkan riwayat hidup aku. (tak la sampai terkorban) Fuh, sikit lagi nak buat kuak lentang! Disebabkan tu, selipar bunga-bunga yg sgt meriah tu jadi licin. Memburukkan lagi mood aku. Kena pulak aku jaga langkah aku sbb takut tergolek dog akibat selipar licin. Dah macam supermodel dlm hujan pulak lenggok jln aku dibuatnya.


Dan ptg tu merupakan perjalanan paling lama aku ke fakulti iaitu hampir 10 minit. Sampai je studio, lengang! Semua berkumpul kat bilik belakang, tgh kelas dgn En Nik. Masok2 je, aku nampak muka Farah dgn Ainul yg sgt bulat mata mrk pandang aku. Tiba2 satu kelas gelak bagai nak rak. Aku pon sengih. Aku ingatkan... dorang gelak sbb aku terkial-kial carik kerusi, pulak tu lambat 45 minit. Tapi al kisahnya...!


Depa dok gelak sbb aku dah la lambat 45 minit, boleh pulak kelam kabut cam badut sarkas. Pastu perkara paling lucu bagi dorang dan paling menggerunkan bagi Farah ialah 3 keping vcd Ku Tlah Jatuh Cinta yg aku pegang dgn selamba mak minahbawak masok klas. Siap tertayang-tayang lagik. En Nik pon pakat gelak tgk aku. Adusss... camner la aku terlupa nak sorokkan vcd tu?! Kantoi percuma aku ptg semalam!


Jadinya.... aku ni apa eyh? Aku ni mmg pencetus masalah sebenarnya.


Last2, aku duduk plg belakang dgn Faiz. Dlm pada aku bebel pasal kaki suar aku lencun, dia bebel pulak pasal T-shirt FCUK yg dia jumpa kat KLCC. What the fish la punya budak! Last2 aku lukis menda alah ni dan aku suar kat dia.





Yang aku tau, aku sgt malu sbb aku dgn wajah paling tak berdosa sesukahati je tayang-tayang vcd tu dalam kelas.Depan lecturer pulak tuh. Sib baik encik nik. Kalau la ditakdirkan Dr Fauzi yg amek klas sejarah semalam, mmg alamatnya sampai surat disiplin la kat parents aku.


Baru je duduk. Lecturer cerita apa aku tak tau, tiba2 kelas abes. Seploh minit je aku masuk kelas sejarah. Elok je lecturer kata kelas abes, jasad aku yg pertama sekali tinggalkan bilik seminar dan melangkah dgn bingungnya ke studio. Sgt tak bermoral perbuatan ni. Dan oh my god! Pulak tu Farah dgn Alif ajak balik. Jadinya, aku meredah hujan semata-mata utk membuat penampilan istimewa sbg badut jemputan utk hiburan kelas sejarah. Huwaaa.... Tak berbaloi satu sen pon! Sudah bebel! Tak mau bebel lagik..... Beylo tak mau dengar! Ngomong sama tangan!


Beylo darling....
I banyak esemen.
Kena main ngan poster kaler...
Setelah lama tak buat keje-keje sepah macam ni.
Kena buat drawing...
Sampai mata I juling tgk garisan-garisan...
Nak kena study apparatus....
I sebok, Beylo...
Conteng you lagi later...
AHAHHA...
I lap you lah!

 

Wednesday, January 18, 2006

Err...Error!

Selamat hari Rabu semua!
Selamat menyambut hari berehat, Beylo!
Memandangkan aku sudah sebok lagi....
Beylo pon dapat berehat dan mensucikan diri...
buat seketika dari contengan-contengan tak sudah aku.
sebetulnya aku sudah mabuk..
mabuk kepayang... mau conteng!
aduh.... mabok...mabok!
*padahal tak mabok*



Platform sudah siap. Beres! Boleh cuci tangan, cuci kaki dan cuci mata. Okay, boleh! Boleh cuci semua benda yang mau dicuci. Satu je tak boleh cuci. Yang namanya MULUT itu mmg tak terbasuh walau dengan air tempayan darmasutra. Ihihihi... Kami ni kan, Beylo.Dah macam kena penyakit mulut murai. Aku pon risau dengan wabak berjangkit ni. Aku tak mau nanti dituduh PEROSAK AKHLAK MANUSIA dalam studio ni. Tapi, aku tak jemput pon mereka yang tak berdosa tu main murai-murai. Meraka yang sukarela mau dapat wabak tu. Hmmm.. aku rasa macam sakit kalau aku diam. Oleh tu, aku kena bising-bising. Apalah ertinya studio tahun satu yang kecik molek ni tanpa super-hyper macam kami ni. Ye kan???


Nak upload gambar, ada error plak dari tadi.Sebijik haper tak keluar kecuali sebijik kotak kosong yang meronta-ronta mintak aku conteng-conteng arang kat tubuh dia. Blogger error ke, browser aku yang error? DUA browser dah aku try, tapi mak nenek punya error tu keluar jugak membuatkan aku redha je.


Tadi pagi.... aku lambat lagi! Apalah ertinya menjadi aku kalau tak lambat. Pulak tu ada quiz maths. Aku dan Cik Datin-Datin tu cam biasa akan duduk row paling depan. Dengan harapan, ilmu akan lebih cepat sampai kat kepala kami berbanding orang lain. Dan sampai kini, aku tak dapat buktikan teori tu sahih sbb setiap kali kelas, mata aku yang suka tido ni akan terkulai layu. Macam bunga-bunga Daisy jingga yang tak dapat air sebulan. Faham ker, Beylo??? Tak faham tak apa. Pegi tido! Sbb aku pon mau pulang ke Kausar dan tido! Ptg ni ada kelas dengan Encik Nik. Pensyarah paling supan santun dalam Jabatan SebiBina.


Dua orang Encik Pensyarah terchenta itu berkelana ke Bangkok. Tinggallah kami terkontang-kanting dalam studio ni. Dengan esemen, presentation, projek dan report yang melonggok-longgok. Terseksa psikologi aku dibuatnya. Dahla kami ni jenis suka bertanya-tanya. Skang, lecturer tak ada. Nak hentam, takut! Jadinya...bukan salah kami kalau kami tak buat apa-apa kecuali memnuh dan meriuh rendahkan studio pagi, petang siang dan malam. Bukan salah kami. Bukan salah sesiapa pon. AHAHA....


Tadi quiz.... kami tak meniru! Kami cuma berbincang, bersepakat membawa berkat dan saling menyalin jawapan kasi sama antara satu sama lain. Itu saja. Semuanya akibat kesebokkan melampau menyaiapkan platform. Aih, makin besar, makin tersalur keluar ilmu-ilmu maths. Sampai nak faktorkan persamaan pon tadi kami boleh bersidang bukan sket punya lama. Lagi aku rasa nak melalak sakan, bila aku dah tak hingat sebijik apa nak lukis graf. Kanak-kanak semua! Itu pelajaran form 4 tau! Ishkk! *ambik tangan kanan, hantuk-hantuk kepala sendiri sampai sel otak bergegaran!*


Aku rasa...
Aku macam membebel percuma.
Balik kausar lah!
Tido!
Studio ni macam TAK BERAPA HIDUP harini.
Sana sini berkumpul-kumpul macam semut urung gula.
Semua mengurung laptop masing2.
Membuatkan...
Studio Seni Bina ni...
Jadi macam Pusat Cyber.


Aku conteng nanti...
Aku pergi blog kalian, nanti....
 

Sunday, January 15, 2006

The Adventure Of Lumut


Aku sudah pulang, Beylo!

Akhirnya! Kejutan-kejutan yg dua org lecturer terchenta tu asyik perkatakan seblom Trip ke Lumut dah terbongkar dgn menyayat hati sekali.Tapi tu pada mulanya lah. Sbb bila dah experienced, rasa syok pulak. Kami asyik tertanya-tanya je ttg penginapan kami kat Lumut.


5 jam perjalanan dari UKM, kami sampai Lumut. Turun je dari bas UKM, kami pon bertempiaran macam guli-guli comel yang jatuh dari kantung. Huh! Bayangkan..... ihihihi.... Berkumpul depan Waterfront Promenade, sebuah bangunan yg nampak sexy sekali lentuk liuk bumbungnya. Kat situ lecturer kasi briefing. Oh my god. com.my! Belom pon tenang tulang belakang yg saket akibat 5 jam sengsara dlm bas, kami dah kena mulakan projek. Kena menjelajah sekitar Lumut ikut group dan dapatkan segala macam info utk dibentangkan mlm nanti. Group aku kena study Township development and Waterfront development.Wallauweih! Dah la mood kami lebih terarah untuk menjadi supermodel dan berposing-mania. Maka mood utk berprojek pon dtg secara dipaksa-paksa.


Ingat lagi Soup Opera aku last entry? Ala... yg pasal Drama Murahan tu? Hmm... Drama tu dah abes dah. Happy ending. Sekarang filmstar (macam aku) dah boleh tdo nyenyak-nyenyak, watak utama (member sorang tu) dah boleh kembali normal dan penonton-penonton drama murahan kami dah boleh angkat kaki sbb drama betol2 dah tamat. Aku harap dah tamat dan tak ada siri-siri daram murahan yg lain. Sudahlah tu! Aku dah letih nak jadik filmstar yg tak dpt bayaran. Aku nak jadi arkitek yg profesional. Bukan nak jadi pelakon drama! Sudah! Jgn bergadoh lagi, Chika!


Thanks to Lumut sbb mengelokkan balik hubungan kami semua. Aku tak suka bergadoh sebenarnya. Lagi-lagi bergadohkan benda yg tak ada punca. Kalau ada punca, tak apa jugak. Ni percuma-percuma je nak bergadoh. Gadoh, gadoh, gadoh! Aku fed up la. Hidup aku ni byk sgt agenda pergaduhan. Ah, ngomong sama tangan!


"Nanti kat sana, challet best tak?," tanya aku yg sgt ngeri klu kena dok khemah lagik.
"Hmm... cantekkk...," jawap lecturer.
Kami konpius. Sbb dlm seribu patah kata2 lecturer kami yg dua org tu, 10 patah pon lom tentu boleh diadaptasikan secara terus.Sbb simbolik dia tahap melampau. Kdg2 kami pon takmo percaya sepenuhnya cakap mereka tu.
"Toilet dia grand tak cam dulu?," tanya kami lagi. Tingat pulak toilet chalet time kami kat PD sem lepas. Toilet dia mmg class! Rasa macam nak makan, tdo dan segala macam aktiviti nak buat dlm toilet.
"Hmm... dia.... semuanya terbalik antara apa yg kamu dpt time kat PD dgn Lumut ni nanti"
Dan kata2 tu yg kami ingat sampailah kami tiba di Lumut.


Phewww....! Bas lalu menuju ke Swiss Garden. Tau dah! Mmg Bulan Purnama la malam tu kalau lecturer nak bagi kitorang menginap kat Swiss Garden. Tapi entah pesal, kami sgt berharap jugak yg kete Encik Mazlan akan masuk ke perkarangan Swiss Garden. Tapi.... kete tu membelok ke dlm semak-samun dan bas kami pon ikut sama. Hancur hati aku Beylo! Terbayang aku betapa daifnya nanti chalet kami.


Dan.... Memang pon! Tapi best jugak duduk chalet daif camtu. Betol2 depan laut. Membuatkan wajah-wajah kami ni asyik kena cium free-free ja ngan bayu laut yg sgt sopan langkahnya. Nampak je sopan santun encik-encik bayu laut tu, tapi dlm lembut-lembut dia bakar kulit aku. Terasa diri aku macam seorang Alicia Keys jadian pulak skang ni. AHAHAH...


Sebuah pondok buruk yg kalau dinaiki oleh lembaga-lembaga hyperbola cam kami ni, pondok tu boleh tunjukkan ciri2 mau runtuh! Tapi aku terasa suka pulak dgn pondok (chalet) buruk tu.Walopon hanya dibekalkan tilam belang2 hijau yg sgt huduh, dengan atap zink yg berlubang sana-sini, pintu yg tak boleh dikunci dan pulak tu berlubang besar, hingga 3 pasang mata juruskodeng pon boleh muat intai kami, aku dan Sarah tetap tdo dengan lenanya. Sampai bila hujan lebat pon kami tak terasa yg kami ni boleh mati lemas sbb air hujan boleh masuk dgn selamba melalui atap bocor tu. Tapi seriuslah! Sgt best pondok buruk tu. Seploh kali lagi hebat dari duduk khemah yg dikelilingi monyet-monyet gatal nak kena ketok.




(tugasan pertama yg agak mencabar jiwa dan raga)


Lecturer duduk Swiss Garden. Kontra kan taraf student dgn lecturer? HAHA... tapi lecturer kami sgt baik hati. Sbb sapa nak ikut balik tdo kat SG pon dia bagi. Kalau dia tak bagi pon, kami tetap pergi dgn sendirinya! Oh, ha! Lai, lai, lai! Dgr ni satu cerita budak jahat!


Sepetang Menjadi Kaya dan Raya.

Hari kedua kat Segari (Kami buat keje kat Lumut, tapi menginap kat Segari), lecturer benarkan sesapa yg nak ke Pngkor, leh naik boat ke Pangkor. Jadinya, balik awal sket la dari Lumut. Pas Zohor, terus kami bersidai tepi pantai (depan chalet) tuk tggu boat nk ke Pangkor. Aku mulanya bukan main hyper lagi nak ke Pangkor. Tak sabar-sabar lagi nak ke sana, aku kejut A'ai bangun tdo dan lekas2 solat jamak Zohor ngan Asar.Kununnya nanti tak sempat nak buat Asar sbb nk ke Pangkor.


Boat sampai dan naiklah bergilir-gilir sbb ada 2 boat je. Kami tak naik dari Jetty. Tapi naik dari Teluk Kopiah. Masyaallah! Tiba2 hati aku rasa tak sedap. Aku dah siap dgn T-Shirt merah, topi, beg, dan berkasut. Serius punya semangat nak ke Pangkor. Bila je tgk boat nelayan yg kecik tu, aku rasa phobia tahap dewa-dewi. Terus terdetik kat hati aku yg aku taknak pegi. Lagi2 bila Encik Azimin dgn A'ai dok berbual pasal warga Taiwan yg mati kena pusar kat tepi pantai Pangkor tu. Pulak tu Encik Azimin pulak dok kuarkan warning kat kitorang... "Hati-hati kalau kamu buat creature scanning kat tepi pantai kat pangkor sana. Sbb kat situ byk batu karang. Bahaya. " Confirm! Aku terus teriak.

"Aku taknak pegilah!"

Kenyataan aku tu ternyata menggemparkan dunia. Semua serbu aku dan pujuk rayu dgn madah2 puaka yg sket sebanyak menggoda iman aku jugak.

"Apa ni Nurul... tak nak pegi. Tadi bukan main semangat lagi. Tak best ar ko camni," Ainul ngan Farah mula nk racun-racun pikiran aku. Sib baik hati aku kuat. Aku kata aku fobia tiba-tiba.Mmg pon, Aku rasa tak sedap hati sebenarnya. Entah kenapa bila aku tgk betol2 laut tu, then diberitahu pulak boat makan masa 20 minit utk sampai sana, aku rasa macam ada yg tak kena. Berpuloh kali aku tanya lecturer aku. Ombak tenang ke? Ombak tak kuat ker? Macam2 aku bayangkan dlm pikiran. Jarang aku punya rasa macam ni.


"Tak apa.Kalau kau phobia, ko peluk kitorang kuat-kuat. Kitorang sumer pelok ko. Kitorang pegang ko sampailah kat pangkor sana," A'ai sgt tak puas ati sbb aku tammo pegi.

"Dah... kalau taknak pegi, lepas ni ikut saya balik Swiss Garden. Ptg ikut Encik Azimin memancing kat bawah," Encik Mazalan macam fhm je gelora, taufan, tsunami dan tsumawi dlm hati aku time tu. Tapi aku pikir2 balik. Tak ke nanti amatlah membosankan bila tinggal sorang2?. Takkan aku nak ngekor je lecturer aku? Tak syok ar!

"Encik Mazlan ngan En Azimin takmo pegi ker?," tanya aku. Aku rasa cam konfiden sket kalau depa ikut naik boat.

"Sy mabuk laut," jawap en mazlan. Hek eleh... iyorla tuh!

Dan.... tadaaa!!! Setelah lebih separuh dari kami dah selamat sampai ke Pangkor, separuh lagi tak dpt pegi sbb boat tu lembap sgt. Bila dah petang, lecturer tak kasi pegi Pangkor lagi sbb ada benda lain nak buat. AHAHA....! Jadinya, member2 baik aku termasuk Farah ngan Ainul tak dpt gi Pangkor. Aku kesian ngan dorang sbb dorang sgt2 nak naik boat tu. Betapalah dorang keciwa, aku faham. Tapi sorry to say.Aku syukur sgt waktu tu sbb hati aku sgt tak sedap rasanya. Aku nak je bagitau dorang jgn pegi. Tapi takut pulak dorang pikir lain. Takut dorang kata... aku taknak pegi, then nk pengaruh org pulak.


Mlm tu aku dapat tau, yg nak pegi fishing cuma 6 org je boleh. Sbb boat lagi satu tu dah bocor. Berdetap hati aku. Boat bocor? Tu ke agaknya yg aku bimbangkan sejak petang? Entahla... tapi aku btol2 bersyukur sbb kwn2 aku tak pegi seberang naik boat. Ishk, apa benda la aku ni rasa yg bukan-bukan je time tu kan? Ah, ngomong sama tangan!


"Encik mazlan.... nak shopping! jom la gi Lumut!," tiba2 dalam pada kesyukuran aku sbb waktu ke Pangkor dah tamat, aku terasa memberontak tak dpt shopping. Tgh hari tu sebok keje ukur-mengukur bangunan kat Lumut. Sampai semua org tgk kat kami. Macam apa je dok main ukur-ukur dgn tak malunya.Shopping pon tak sempat. Tak rock ar tak salurkan ringgit malaysia aku kat peniaga Lumut tu! =D ngeeh

"Shopping? Hmmmm... kete sy mana muat bawak ramai-ramai ni.Esok je la.Seblom balik UKM, suruh driver bus singgah Lumut kejap.Shopping la kamu esok..," kata En Mazlan yg sporting.

Tiba2 Encik Mazlan kasik kunci KIA dia kat Syikin. Apalagik, ptg tu sementara bebudak yg gi Pangkor balik, kami pon berjola-joli ngan kete en mazlan. Terasa macam anak-anak orang kaya pulak.


Encik Mazlan pesan, guna kete dia utk gi beli makan kat kedai dekat ngan Swiss Garden. Tak jauh pon. Seblah je dari chalet kami. Tapi.....! Biasalah. Jiwa remaja yg tak berapa stabil. Kami pon dok berjalan sakan entah sampai ke mana tah. Alasan, carik umpun-umpun utk keje2 memancing mlm ni. Punyalah jauh berjalan. Dahla kami ni tak biasa ngan Lumut tu. Sib baik ada Maz. Dia dok tunjuk jalan, kami dok iyakan je.

Sampai kat satu kedai ni (yg sgt jauh jugak dari chalet kami), kami pon stop sat beli umpun2. Last2 kena 'follow' ngan satu group bebudak lelaki ni.Depa naik Kancil. Hek eleh... nak main ayat-ayat. Aku tau apsal bebudak lelaki ni teruja smcm ja. Satu sbb kami sumer pompuan. Kira cam magnet kutub Utara bertemu magbet kutub Selatan ar. Kedua sbb dorang hingat kami ni anak orang kaya. Ye ar! Dok berlagak ngan kete Encik Mazlan. Pulak tu, turun dari kete, saja-saja tayang muka kaya.


"Nak gi mancing ker? Jom la follow kitorang. Kitorang nk gi mancing gak," tiba2 kete kancil dorang ni block depan kete kami (Beylo : kete ko???Bukan kete lecturer ko?). Nak je aku jawap... *kami nak mancing ikan. Kamu nk mancing orang. Objektif kita tak sama la, bang!* Tapi aku jawap... "Tak pe la.Kitorang dtg ngan lecturer," tu je jwpn penyelamat aku rasa.


Lepas membeli umpun-umpun RM5 dan dapat segenggam umpun2 free, kami pon balik ke tempat kami. Aksi2 Syikin drive sgt adventure.Terasa risiko dia sama mcm risiko kalau aku naik boat gi Pangkor. Cuma time tu aku lemas atas darat sbb syikin buat pemanduan yg membahayakan.Dah la lesen pon dia tak bawak. Aku risau gak takot tragedi ribu-riban berlaku lagik.


Tiba2 encik mazlan call enpon aku.

"Nurul, kat mana?,"
"Haa... kitorang on da way balik.Belom beli makanan lagi,"
"Huh??! Pegi mana? Kan sy kata beli je kat depan SG tu,"
"Ye la...mmg nk beli kat situ pon.Tp td kitorang carik umpun-umpun"
"Kat mana??"
*nada terkejut*
"haa... jauh jugak"
*sikit cuak*
"Haa... ok. Cepat beli makanan, balik!,"


Fuh, sporting ar en mazlan!


Sampai kat Swiss Garden, kami pon singgah kat satu kedai mkn yg buruk. Mak minah ar kedai nih! Lembab semacam. Order tak sampai2 membuatkan kepala kami masing2 tumbuh tanduk dua. Taring pon kuar. Apalagi! Agenda Perasan Kaya pon bermula!


"Bang, kejap lagi kitorang datang balik. Kitorang kuar kejap eyh," aku bitau abang amek order tu.


Maka, melalui gabungan kepintaran kepala aku, farah, ainul, maz, mek ti dan syikin, kami pon memulakan AGENDA PERASAN KAYA DAN RAYA kami. Start enjin kete, dan masok kat Swiss Garden. Fuh, mak aih! Ko tak tau Beylo betapalah perasan kami semua! Pusing2 sekitar Swiss Garden macam anak-anak orang kaya. Loaded la kunun.

Sesi berangan bersama-sama.

"bayangkan, dlm umur 19 tahun ni kita ada kete KIA, pastu menginap kat Swiss Garden ni," kami pon berangan bersama-sama sambil mulut murai masing2 terus keluarkan satu demi satu ayat-ayat perasan kaya. "Pastu kita stop main golf kat situ," kata kami lagi bila lalu depan pdg golf.


Sampai kat satu tempat, kami stop utk bergambar. Cam biasa lah, man! Ishk, kalaulah encik mazlan tau yg kami dah salahguna kete dia, mau kena pelangkong kejap tu jugak. Ada hati berlagak ngan kete orang. Yg tak tahan tu, kami boleh tayang muka budget kaya bila je ada mata2 yg memandang kami. Poyo abes-abesan. Mmg makin besar, makin tak siuman! AHAHA!Tapi enjoy kan Farah???!





Dah puas jelajah SG, kami kuar dari situ. Siap silap masuk jalan. Apa da! Kaya tak sudah! AHAHA... Ada hati pulak nak naik buggy tempat golf tu. Sempat jugak tanam hajat nak main golf. Kesian tak kat kami?


Lepas rasa puas berlagak ngan kete orang, dan selepas puas berposing atas bukit yg nampak mewah, kami pon turun balik ke kedai mkn utk amek makanan. Mak aih! Lom siap! Tiba2 encik Mazlan call lagik. Dia pon naik risau sbb kami tak balik2. Takut jugak kut kitorang ni larikan kete dia. Ye ar, apa je boleh jadi ngan kami ni. Har har har!


Sampai je chalet, pakat kena soal selidik kami ngan bebudak lain. Sbg menghormati sikap baik encik mazlan yg bagi kami guna kete, kami pon berterus terang ngan dia apa yg kami buat. Termasuklah bercerita ttg sandiwara kami berlagak kaya ngan harta encik mazalan.Ingatkan dia marah... tapi tup-tup... "Laa... apsal tak kata nak naik SG? Kalau tak boleh sy bagi kunci apartment sy.Boleh rehat sana kejap kamu sumer," Umak aih! Terharu aku dibuatnya. Walopon lecturer ni sumer suka laser kat kami, tapi ttp ja sporting.


Smlm ptg, kami pulang ke KL.Aku tak stop kat UKM. Aku stop kat Hentian Serdang dgn Shah dan tggu ma kat sana. Abes satu bas dok gelak-gelakkan aku ngan Shah sbb depa seronok kut tgk kami menghangkut beg cam pelarian. Tadi ym ngan Farah.Dia kata dorang gelak sbb kesian tgk Shah.Brg dia byk, ditambah pulak kena bawak brg aku.Miahaha....


Bykla Beylo kalau ikutkan hati aku. Cuma aku tak mampu nk conteng sumer. Jari aku dah mula tunjuk degil tak mau bergelek lagi. Aku kena berhenti sampai sini.


Kepada blog2 yg aku jarang masok tu, maafin gwe yach! Sgt sebok skang ni. Semuanya berjalan tanpa henti lepas satu, satu. Lepas ni mula ngan projek 2 dan 3 yg semestinya sgt besar berbanding projek lepas. Tak sabar nak tnggu cuti semester.AHAHA....


Beylo yg amat aku kasihani.
Berehatlah sekarang...
Mari tidur bersama-sama...
 

Tuesday, January 10, 2006

Edisi Korban

10 Zulhijjah = Aidul Adha.
Hari Raya Korban.
Yang mana.... rata-ratanya bukan kita buat pengorbanan,
Tapi lembu, kambeng, unta dan sedara-mara mereka yang terkorban.
Sempena hari mulia ini...
Aku mau korbankan sesuatu.
Iaitu sikap tak baik aku dalam PERSAHABATAN.



Sungguh ni aku nak berkorban.
Aku mau jadi kawan yang baik, yang memahami.
Kenapa?
Bukan buang tebiat la, Beylo!
Tapi DRAMA AWAL TAHUN yg tgh berlangsong dlm kehidupan persahabatan aku ni buat aku pikir banyak kali.
Aku mau jadi kawan yang baik!



SOUP OPERA SEASON 1

Beylo, aku ni Drama Queen ke? Aku bukan actress. Jauh sekali nak jadi Angelina Jolie. Kehidupan aku ni... macam drama bersiri Samarenda ker? *garu-garu kepala macam iklan Head & Shoulders* Aku benci bila ada crisis dengan member aku sendiri.Lagi-lagi yang rapat dgn aku. Memang aku ni keras kepala. Memang aku ni suka dendam, tapi aku tetap sorang manusia yang sensitif. Aku sgt tak suka gadoh! (walopon aku selalu bergadoh dgn orang).


Sudah! Sakit kepala aku yang satu ni memikirkan KEPALA HANGEN lelaki tu. Sebenarnya, aku taklah marah sgt dengan dia.Tapi since dia buat Farah dgn Ainul menjurai air mata mlm tu, aku rasa nak tikam-tikam dia dengan pisau sembelih lembu. Dah la aku yang sgt waras malam tu cuba diperbodohkan. Aku rasa.... aku macam Perceramah Bebas yang tgh berucap berkobar-kobar depan jutaan warga dunia.Dan ucapan aku tu hanya didengari tanpa mendapat respon. Macam sorang gila yang tengah berteriak-teriak kat tgh dataran dunia mengakui dirinya TIDAK GILA!


Oi, kawan!
Kau tu dinding konkrit yang tak ada mulut ker?
Telinga kau tu kuali masak rendang yang besar tapi pekak ker?
Huh???!
Aku tak suka berperasaan macam ni pada hari raya yang sgt mulia ni.
Tapi....
Tapi....
Tapi...
Tapi tapi tapi!!!
Apa-apalah! Otak aku mau hancur memikirkan kau.
Aku sayang otak aku. Dan aku tak mau otak aku terkorban demi seorang lelaki bernama 'SAHABAT KONON-KONON' macam kau!


Platform
Aku mulanya sgt teruja nak menglipurlara pasal projek kami yang sgt gilang gemilang itu.Tapi bila je tercetus DRAMA antara kami, pikiran aku dah asyik tertumpu pada DRAMA tu.Sensasilah kunun! Boleh jalan sama kau punya Drama Murahan itu!


Yang pastinya, kami dah berjaya bangunkan construction kami dalam masa 2 hari saja. Terima kasih buat Farah, Ainul, Adian, Alif, Afiq, Nisa, Alias dan Guan! Aku rasa sikap HYPERBOLA kita banyak membantu dlm projek cekik darah ni. Sehingga aku terasa spt kekurangan darah dan memerlukan seseorang untuk menderma darah. AHAHA...


Nanti ajer berbual pasal projek.Sbb aku mau rehat pada hari raya KORBAN ni. Tak mau ingat projek. Sbb mengingatkan itu, psikologi aku jadi penat.


Beylo!
Ko nak tau tak?
*Beylo mengangguk-angguk dgn rakus sekali*
Aku kan....
Bakal ke Lumut esok pagi!
Bertolak dari UKM pukul 8 pagi.
Sekarang! Sekarang jugak aku nak kau bayangkan macam mana penatnya kami.
Semalam berpitam-pitam pasal projek platform.
Hari ni beraya (sebuah perayaan yang tidak seronok bagi aku)
Malam ni, pulang semula ke bumi UKM.
Dan esok ke Lumut untuk projek seterusnya.


Tiga hari kami akan berkelana ke Lumut dan Segari (satu tempat yang sgt tak dikenali oleh kami satu studio). Malam ni nak packing dari rumah. Sampai UKM nak tdo nyenyak-nyenyak supaya esok sistem badan aku tak meragam. Aku mau trip ke Lumut itu jadi sgt bermakna buat aku dan Drama Queen aku yang lain. Kalau ada sesuatu yang indah untuk aku fikirkan pon, ianya hanya MEREKA SAHABAT SAHABAT AGONGKU. Aku harap, KAMI (Farah, Ainul dgn Aku) berjaya entertain each other since kami sgt dlm keadaan kritikal. Dan mungkin kami akan satu kumpulan lagi kat sana. Bahagia punya kalian sebagai teman-teman yg sgt hyper. My Drama Queens, Adian the 'Hyper-Maker', Alif - Mr Semua Boleh, Afiq the Powerful Palapes, Alias- Si Badang Hebat, Nisa yg sporting and Guan - Our Supportive element. Korang sgt best! Hope we can do our best! Walaupon hanya 9 per 10 sahaja dari kita yang tinggal. Yang 1 per 10 tu dah hilang kena bawak angin. Tapi aku sayang frenship kita. Aku kesal benda ni jadi sbb aku tak suka benda yang aku tak nampak Punca.


Okay la Beylo. Aku conteng kau ujung minggu ni insyaallah. Conteng tentang Lumut pulak. Doakan kami semua dapat buat keje-keje kami kat Lumut dgn baik yach! Doakan aku dan Drama Queens aku yang lagi dua tu dapat berbahagia bersama. Sbb kami sgt blank sekarang ni.


contengan abes.....

 

Monday, January 09, 2006

I Dont Like The Game!

Aku tadi nak conteng banyak-banyak...
Sbb aku tgh free sikit. Sikit ajer...
Kelas pukul 2 karang...
Sekarang aktiviti melangut sambil pandang tingkah manusia dlm studio ni.


Tadi aku mau conteng banyak-banyak!
Sekarang tidak lagi.
Sbb hati aku terasa panas.


YOU!
Yes you, man!
I dun like the game that u try to get us involved!
Aku tak harap you're getting okay but wut i did last nite untuk aku dan kwn2 aku.
Itu saja...
If u think to get more from us...
Seperti mau kami merayu-rayu dan mengemis maaf..
Pegi tdo nyenyak-nyenyak
dan mimpi ajer lah!
Mimpi la semaunya yg kami sedang meronta-ronta memohon maaf pada kamu.
Sbb dlm alam realiti, dlm alam bukan mimpi ni...
Aku tidak lagi mau ikut permainan yg aku tak faham tu.
Dan aku sgt kesal...
Sbb aku tak tau...
where the hell it starts?
Dan aku benci komunikasi bisu.
Aku benci bercakap dengan manusia yang spt sebuah replika dinding.
Kalau 2 hari lepas aku tak punya apa2 rasa utk aku tujukan pada kamu..
Malam semalam aku dah dapat satu perasaan...
Aku marah dgn apa yg kau buat!
Aku bukan bidadari syurga yg terpelihara dari dosa.
Kau pon bukan malaikat!
Kita sama2 manusia berdosa yang tak sempurna.


Aku marah.....


Kami tak akan diam. Kami tak suka JALAN MATI. Semuanya perlu diselesaikan. Frenship ke ni? Aku terasa macam... macam... FrenShit. Aku tak pandai memaki orang. Syukurla. Sbb kalau tidak, kamu dah banyak kena sumpahan dari aku.Dan aku pon banyak dosa nanti. Membuatkan amalan jahat hidup aku bertambah pulak. Okay, kita sama-sama berdosa! Beylo, ko tak berdosa. Teruskan berkelakuan baik.


I'm very sure u read this. Since satu studio macam sudah kenal dgn Beylo ku ini. Bacalah! Bacalah... sbb aku menulis pon untuk Kau! Harap dgn ini, ko tau nak bersuara dan berubah dari menreplikakan diri spt dinding keras.


Studio ni sejuk. Tulang aku saket kesejukkan. -off-

 

Wednesday, January 04, 2006

Saya Sebok Sangat

Saya memang sebok sangat.....

  • siapkan site analysis
  • construction
  • kira dan ukur bahan (macam juru ukur di jabatan ukur bahan plak)
  • bermain-main dgn kayu. Kayu-kayan yg sgt mahal dan membuatkan kami terasa mau menjadi Paris Hilton. Mana mau cekau wang?? Mana? Mana? Kos anggaran dah menjangkau RM500 ni.
  • Membiasakan minda dengan istilah-istilah struktur binaan kayu. (dan part ni aku jadi lampi sket)
  • sambil nonton Tom & Jerry dan beberapa filem indon (kami perlukan hiburan!)


Ok lah Beylo!
See you later bila aku sudah tidak sesebok Presiden Negara Maju lagi.
Sekarang aku mau buat site analysis.Yang pastinya membuatkan aku terasa pitam, pening, mau muntah-muntah dan segala macam penyakit psikologi.
Mungkin aku akan update nanti.
Maksud aku...
Lama lagi...
HAHAHA...
Mungkin lepas raya haji...
Cakap pasal raya aji, kebarangkalian utk kami tidak pulang beraya macam ada je.
Dan aku sgt risau kalau tak dpt pulang beraya dgn pemli aku.
Huwaaaa...
Apakah jenis course yang telah aku pilih ni?
Tapi aku sgt chenta pada ARCHITECTURE walopon ia merupakan course 'telan duit'.





Buat site analysis malam-malam. Pukul 10 malam lebih kurang.Dan apa yang kami temui hanyalah.... pada waktu malam, sgt sunyi.Yang kedengaran hanyalah bunyi 'air terjun' dan yang kelihatan hanyalah langit tanpa bintang.AHAHAH... sgt puitis mlm semalam menyebabkan kami bertambah tidak faham dengan site yg kami pilih.




Pukul 12 tgh hari tadi... aku ngan Ainul turun site tepi tasek main panas. Kali ni agak membantu jugak sbb tak sangka kami... tengah2 hari buta baru berangin tasek tu. Malam-malam.. langsong tak ada angin.



Semalam buat lawatan ke kilang kayu. Sambil telan-telan air liur memikirkan wang yang bakal kami salurkan demi mendapatkan kayu-kayan tersebut.



Buat discussion seploh orang.... dan hasilnya.....



Yehaaa... menonton Tom & Jerry. Maaflah... kami perlukan hiburan untuk mengelakkan kami terbunuh dek ketegangan fikiran. Bila je lecturer masok, Farah sebagai pengurus cinema lekas-lekas stop movie dan kami sbg penonton cinema pon pantas menjadi pelajar tekun berdiskusi. Sgt la tidak bermoral perbuatan ini.Tapi sangat sensasi. Dan aku namakan ini sebagai 'Ketawa Dalam Tangisan'


Ooopsss... aku pergi dlu la Beylo!
Aku skang bukan aku yang dulu...
Yang boleh bergoyang kaki kanan dan kiri selama 2 bulan...
Sambil memberikan sepenuh tumpuan buat kamu...
Skang aku sudah sebok kembali.
Sebok seperti seorang Presiden Negara Maju.
Ok, peluang mencurik masa sudah abes!
 

Sunday, January 01, 2006

Hari Satu

Beylo Beylo Beylo!
Tahun ini....
Aku tua!!!
HAHAHAHAH....!
*ini gelak seorang gadis bakal tua tapi otak masih kecik*
Sebab tu aku bilang...
Aku tak rasa apa-apa menyambut 2006.
Perasaan aku lebih kepada FOBIA.
Aku tak mau tua.
Sbb semua orang pon tak mau tua.



**********


PERINGATAN : Ini cerita panjang. Sila buat bacaan secara siri.


Macam lama ajer jari aku tak buat marathon jauh-jauh. Malam yang mulia ini... yang jugak dinamakan sebagai hari pertama 2006, aku mau jadi penglipurlara. Lama tak buat keje part time aku ni. Sebelom tu aku mau pekik kuat-kuat pada dunia! Aku tidak punya azama! Sungguh ni! Sbb aku adalah manusia yang selalu buat azam dan akan refresh azam aku setiap 20 saat. (Percayalah!) Sungguh aku tidak punya azam walaupon satu. Otak aku sudah lama block semua data-data yg bernama Azam Tahun Baru. Sbb otak aku rimas. Aku tekad! Setiap hari adalah azam baru. (dah 2 entry aku nyatakan benda yg sama. Nak aku nyatakan buat kali ke 3?)


Observation Platform.


Mula-mula aku dengan Farah dah dipisahkan. Tapi disebabkan group kami buat design yg lebih kurang sama, so group kami telah dicantumkan. Menjadikan group aku skang ni berada di ranking teratas carta 'WARGA HYPER'.


Sesi Patah Hati.
Sesi ni akan berlangsung setiap kali crit session diadakan. First crit session kami utk projek ni ialah pada pagi Jumaat lepas.Mula pukul 9.30 pagi. Ye, pandai lah kamu Beylo! Aku mmg lambat pon. Aku bahagia macam ni. Dan aku tak akan berazam untuk tidak lewat.Biarlah aku menjadi aku. Liat bangun pagi, lambat ke kelas, selalu kena tinggal dan akhirnya menjadikan Nurul - Si Mak Cik Kelam Kabut. Biarlah aku camni. Aku tak mau berazam untuk berubah! Sebab untuk apa berubah kalau aku sudah selesa macam ni?




Semuanya lapan group! Dan dua orang encik kesayangan kami tu pon pergi dari satu design ke design yg lain. Semua model dibelek-belek. Kami pulak masing-masing memujuk rayu hati sendiri yg sure akan patah sebaik saja lecturer bukak mulut.


Dasat tau, Beylo! Setiap bijik kata lecturer-lecturer kami ni, semuanya macam peluru M16. Tepat-tepat tembos ke jantong dan mematikan kami semua. AHAHA... Tapi kami tetap tak mati.Blom ajal mungkin. Kami hanya ketawa terbahak-bahak seperti kematian itu satu hiburan. Yang aku rasa syok untuk dikenang tu ialah sikap kami semua. Bila lecturer kutuk kumpulan lain, punyalah kami jadi tukang gelak. Seronok tak hingat alam fana lagi bila tgk orang patah hati. Bila sampai turn hati sendiri untuk patah, kami tetap gelak. Gelakkan diri sendiri pulak. Yang pasti, Encik-encik pensyarah kami mmg versatile. Boleh jadi lecturer, boleh jadi arkitek, boleh jadi interior designer, boleh jadi pengarah sitcom... boleh jugak jadi Tukang Patahkan Hati Pelajar. Hebatkan pensyarah2 kami yang 2 orang ni.


Semalaman kami tak tido. Studio terang benderang.Kami semua bersetinggan kat fakulti sampai ke 3 pagi demi sebuah design yg hanya berharga 10% drp markah final. Ini ialah short projek atau yang diconteng oleh Encik Azimin dalam sketch book aku sebagai ESQ Project. Kena buat laju-laju. Otak aku pon jadi sewel sbb kena putar ligat-ligat. Maka, pagi tu masing2 bawak design sewel-sewelan.



(keje aku ialah buat site analysis yg akhirnya dikatakan sbg 'kelam kabut' oleh lecturer)

Aku, Alif, Adian, Palapes dgn Nisa dah pening! Kami tekad! Mau persembahkan design bentuk cubic semata-mata.Tanpa roof yang melentuk-liuk dan punya bentuk yg sexy. Hanya flat roof. Dan... OMG! Lecturer kami mmg suka yang kotak-kotak camtu. Lagi plain, lagi dia suka.


Seperti biasa, aku dapat lagi title EMOSIONAL. "Ni apa nih? Apsal dinding dia macam ni? Emosional!," berdesing telinga aku dengar perkataan emosional. "Uish, lama tak dgr perkataan tu," Tiba2 aku dengar suara ainul cam berpuaka je menyampuk. Dan manusia2 lain pon hinggap kat aku ptg tu sambil buat ulasan antarabangsa. "Yang aku perasankan, kalau design tu ada kena mengena je ngan Nurul, sure dia kata design tu emosional!Ahahaha" dan aku hanya mengiyakan sungguh2. Emosi sgt ke aku?



Antara ganjaran yg kami dapat setelah tak tdo malam dan bertungkus lumus seperti sorang arkitek merangkap kontraktor dan buruh kasar adalah seperti kata-kata berikut.Design kami semua disifatkan sebagai...

  • Rumah setinggan tak siap
  • Rumah lepas tragedi tsunami
  • Tempat monyet bergayut
  • Pusat latihan PLKN
  • Tempat mainan Donald Duck
  • Playground untuk anak-anak pensyarah kami tu.
  • Daun maple tumbuh kat Malaysia
  • Tempat main wayang kulit


dan sebagainya...

PATAH HATI tak???? Patah-patah pon...kami tetap ketawa cam orang gila. Maunya tak ketawa. Selamba ajer encik-encik tu mengata kami. Tapi biasalah. Tu sebahagian dari deraan psikologi. Kutuk-kutuk pon, dia tetap jatoh chenta dgn beberapa persembahan kami.


Encik 1 : Ni, sapa punya idea tutup sket kat belah sini nih?

Alif : Nurul. (suka je sebut nama aku)

Encik 1 : (sengih sinis) nak buat apa belakang ni?
Encik 1 : Dah la tertutup, siap ada kerusi. Senang orang buat projek belakang ni!

Ahli studio : AHAHAHAHAHA... (gelak macam gila. macam design mereka tak kena kutuk je)

Encik 2 : Yang tutup ni, guna apa?

Aku bernama Nurul : Guna kanvas.

Encik 1 : (sengih sinis lagi) mmm... boleh buat wayang kulit. Bila tgh2 hari, waktu orang tak ramai tu, adalah orang duduk belakang ni buat projek. Projek wayang kulit. Guna pulak kanvas... aihhh! ahaha(gelakkan aku!)

Encik 2 : Ni pulak? Kenapa susun kayu macam ni? Ada tinggi rendah pulak. Sapa buat?

Aku bernama Nurul : Alif (laju je aku nk balas dendam)

Alif : Owhhh... itu... berdasarkan kajian kami... (semua gelak sakan bila Alif mula bercakap macam tokoh bahasa)......bla...bla... jugak untuk shading devices.

Encik 2 : Shading devices.... kamu boleh tutup semua. Tgk tak toilet kat luar negeri.Mat Saleh punya toilet, dia ada tutup abis tak? Tak kan? Dia tutup mana? Haa... asalkan yg bahagian situ tu tutup... okla. Kat bahagian kaki dia biarkan nampak. Jadi bila orang tgk dari jauh, nampak kaki. Orang tau dlm tu ada org tgh guna. Kalau kat Msia buat... memang atas bawah orang pasang kamera. Sbb orang malaysia ni....

Ahli Studio : cepat teruja...!

Encik 2 : ... ahaha... sbb orang malaysia ni kreatif sgt.

Encik 1 : Heh! Emosional!


Kesimpulan : Pantang nampak muka aku. Gerenti design tu kena cop emosional automatically. Lain kali aku mau menyorok belakang tong sampah studio yg besar tu waktu group aku present. Supaya design kami tak kena cop emosional. Cop lah apa2 saja selain dari emosional.





Sketsa Aku, Alif dan Fara.

Lepas krit session, kumpulan yg 8 dah dikecikkan jadi 4. So, aku pon ditakdirkan kembali ke pangkuan Farah dan Ainul. Completelah persidangan Datin-Datin kami. Cuma Shida terpelanting ke group Mek.


Ptg tu aku ajak Alif dgn Farah balik Kausar cepat sket sbb mak aku nk amek aku balik umah. Adian tammo balik. So, dia tak terlibat dalam sketsa ni. Mmg agaknya Allah sayangkan kamu, Adian. Dan Allah melindungi kamu dari sketsa sensasi ujung tahun itu.


Masa tnggu bas, aku cadangkan supaya kami naik je mana2 bas yg lalu. Tak payah peduli bas tu nak naik Kausar atau tak sbb pusing2 pon nanti bas tetap naik Kausar. Aku yg selalu ilang pertimbangan ni pon kasi idea petang jumaat yg sgt spastik...

"Farah, jom bersiar-siar. Kita naik je bas yg lalu ni,"


"Tapi bas ni naik Kausar ke?,"


"Mesti la naik sbb kang dia pusing kat Dectar"


Maka, kami pon mengucapkan selamat tinggal kat kengkawan yg lain yg mau pulang ke Keris Mas.Sempat aku kata kat farah...kesian budak2 Keris Mas tunggu bas naik Keris Mas dah lama tak sampai-sampai. Kami bertiga pon naiklah dgn tenangnya. Niat mau bersiar-siar sekejap. Setakat pusing Dectar, tak ada hal. Bas UKM yang dah terkena sumpahan pon bergerak terkedek-kedek. Sem lepas semua bas ensem-ensem. Sem ni semua bas tak ensem. Semua huduh. Entah sumpahan apa, aku pon tak tau.


Kami pon bersandar dgn tenang. Terasa sgt damai dlm hati. Dan membiarkan bas bergerak ke depan. Padahal nak pulang ke Kausar, kami kena naik bas yang ke arah lain. Tapi disebabkan tak mau berdiri lama jadi gadis penuggu bas, dan kunun2 mau bersiar-siar SIKIT, kami pon naik bas yg tak sepatutnya. Semuanya gara-gara mau mengelak dr membuat penantian yg tak seberapa.


Lalu je depan Dectar.... eh! Bas tak masuk Dectar!! Tapi dia jalan terus menuju ke Keris Mas. Farah dgn Alif dah mula bersuara. Aku yg yakin tak bertempat ni pulak cuba sedapkan hati dorang.. "Tak... bas ni pusing karang". Kata aku. Tiba2, bila sampai Keris Mas, semua lembaga2 yg ada dlm bas turun. Tinggallah tiga lembaga bernama Nurul, Farah dan Alif.


Abang Bus : Kamu nk gi mana? *sambil usha kami menerusi cermin*
Alif : Balik Kausar
Abang Bus : Laa.... gi Kausar buat pe naik bus ni?! Tadi tunggu belah mana? Belah KEJUT ke, belah seberang sana?
Aku : Belah Kejut
Abang Bus : Ishkk... *cam tak puas ati* mana boleh nak pegi Kausar tggu belah Kejut.
Hati Aku : Tau la bang! Mmg tau! Tapi arini kami nak makan angin tapi......silap strategi.
Abang Bus : Hmm... bas ni gerak kul 7. Takkan kamu nak tggu sampai kul 7. Baik kamu turun, tunggu bas nombor 3. Nanti kamu turun kat Kejut balik.
Kami Bertiga : Oooo.. haa... ok... (bergerak turun dari bas)
Aku : Mekasih, bang!
Abang bus : Sama-sama...


Huawaaaa! Turun je kami apalagi, terus gelak sakan! Tak ke keje bodoh ni? Pandang ke bangunan besar depan mata. Bangunan kolej kediaman KERIS MAS! Kalau nak tau, Keris Mas dgn Kausar ni mmg bukan kecik2 anak jauhnya. Kira macam Keris Mas jauh ke belah sana, Kausar pulak jauh ke sebelah sini. Sgt tak logik tindakan kami ni. Hanya kerana tak mau tggu bas yg tak seberapa lama, skang kami dah tersangkut kat bumi Keris Mas yg sgt asing bagi kami.


"Tgk! Dorang yg nk balik Keris Mas, yg sepatutnya naik bus tadi tu tak naik. Kita yg lebih2 sampai Keris Mas dulu" aku mula bebel.

Kami gelak cam nak pecah perut. Maunya tak.Masa naik bas, kami punyalah konfiden. Bila member2 yg nak balik Keris Mas bising2 tegur kenapa kami naik bas tu, kami leh jawap yg kami nak siar-siar. Amek kau! Bersiar-siar lah sangat.




Sebenarnya, kalau jalan kaki dari Kausar ke Fakulti Kejuruteraan (Kejut) hanyalah 5-6 minit. Tapi disebabkan strategi kami yg sgt gila ni, masa utk pulang ke Kausar dah menjadi lebih dari satu jam! Abes satu UKM kami pusing sedangkan kami tak perlu lalui apa-apa pon utk pulang ke Kausar dari Fakulti. Aku pon tak tau waktu tu nak bengang atau nak gelak. Semuanya idea otak aku yg sgt bestari ini. Lain kali aku tak mau biarkan otak aku perbodohkan aku lagi!


Tunggu punya tggu... kami duduk kat bustop Keris Mas dgn debaran. Berdoa janganlah kami dipertemukan dgn bebudak studio yg mau pulang ke Keris Mas tadi. Tiba-tiba!

Moto Anuar (atau dipanggil Baby, Babe, Anuar Zain ataupon Puteri) lalu... Phewww! Fuh! Naseb dia belok ke sana. Tak perasanla dia kehadiran kami yg macam alien turun ke bumi. Tak lama tu ada sebijik lagi bas UKM yg tak ensem lalu.


"Farah, aku harap Shah atau sesapa pon studiomate kita tak turun dr bas tu"
"Aku rasa aku nampak Piyan"
"My god! Dorang lalu sini ker?,"
"Sure la.Sbb ni la tangga yg Shah slalu lalu"


Lom sempat bernafas..... Muncul 2 jasad milik Shah ngan Piyan. Masyaallah. Waktu tu aku berdoa paling khusyuk sekali semoga dorang tak nampak kami bertiga ni yg sesat larat. Tapi doa aku tak termakbul. Sbb dosa aku ejek Anuar sbg Puteri byk sgt kot hari jumaat tu.


Tiba-tiba terdengar terbarai gelak suara Si Shah dari jauh! Sebatu lagi dah dengar. Gila nih! Aku rasa mau tarek Farah menyorok belakang semak waktu tu jugak tapi apakan daya... Kat situ terlalu ramai orang tgh tggu bas. Apa lagi, bantai kena gelak lah ngan Si Shafiz Wonka tu. Dah puas gelakkan kami, dia sms aku pulak dari dlm bilik dia.


sms shah : Elo, kesian kat korang! Kirim salam kat farah n alip. Still kat bus stop krismas? Erm, aku x balik arini kot. Penat ler.

aku reply : Blueekkkkk!!!! Kami dah dapat bus!


Aku hanya reply msg dia bila dah dapat bus utk pulang ke Kausar. Sbb aku tak nak dia tau kami tggu lama. Aku dah sgt malu. Terasa kulit muka aku dah setebal kulit gajah afrika.


Shah sms lagi : Padan muke! ! Kirim slm lagi kat farah n alip.aku nak tdo la.


Sgt jahat dia! Aku sgt bengang. Dah la pulak terserempak dengan Ah Yang dan Ah Tong. Huwaa.. mereka pon hairan abes sbb wajah kami tak sepatutnya kelihatan di Keris Mas. Disebabkan malu dan takot disoal siasat, kami lari laju2 naik bas.


Huwaaa! Lagi satu malang. Gedebuk! Sudah jatoh ditimpa tangga lagi. Bas yg kami naik dari Keris Mas tak masuk jalan ke Kausar! Dia stop kat Kejut. Bermakna kami kembali semula ke fakulti. Skang kamu pikir! Bodoh tak tindakkan kami? Naik bas untuk pulang ke Kausar, tapi akhirnya kami dibawa pusing satu UKM dan diberhentikan kembali ke fakulti. Sama je macam kami tnggu bas selama berjam-jam. And now kanak-kanak semua! S stands for Stupid! Aku lah punya idea! Aku! Aku! (Beylo, lekas salahkan aku!)


Sekali lagi. Demi mengelak malu, kami turun ikut tangga fakulti.Maknanya kami masuk balik ke dalam pekarangan fakulti utk mengelak drp orang dlm bas tau yg kami sesat. Padahal orang takkan tau pon. Tapi bak kata pepatah. Sapa mkn cili, dia minum air. AHAHAH...!


Maka pada ptg jumaat yg sgt lampi ...
dan kelakar itu...
kami mendaki dlm kepanasan pulang ke Kausar.
Kami sudah tidak bermaya.
Kami panas
Kami letih
Kami mau pengsan.
Tapi kami tetap mempertahankan ketawa kami yg terbahak-bahak.


Apa yg kami dapat?
  • Bus melepasss!
  • Elok2 boleh sampai Kausar dlm masa plg lama pon 10 minit, tapi disebabkan sketsa ni, kami makan masa lebih satu jam untuk sampai ke Kausar.
  • Terpaksa mendaki dlm panas.

Kisah ini sgt stupid silly kan? Tapi seronok pulak bila diingat-ingat. HAHAHAH! Ssshhht...! Jgn sesekali biarkan ahli-ahli persatuan underground aku dlm studio tu tau. Yg dah tau tu tolonglah cover line aku ngan farah. Kami malu kerana tindakkan ini sgt tak logik. Sgt tak masuk dek akal. Dan itu idea aku!!!


Gelakkan kami! Miahahaha!


Fara, ko puas ke bersiar-siar?
Puassss....
Aku tak tau nak gelak atau nak marah.Sbb aku lebih terasa cam nk gelak...
Aku pon sama...
*semua orang! lekas gelakkan kami!!!*
(cerita sensasi... sudah conteng!)


 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."