Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, August 29, 2008

Lawatan akademik dan nombor Roman

Engkau meluat tak kalau aku kasi ayat puaka macam neh :
Hooray, aku dah langsing dah!

Meluat tak? Meluat tak?
Lantak kau ah nak meluat ke tak. Sebab aku memang dah langsing dah ni. HAHAHAHA. *pangg at my face* Owh people, I feel langsing and athletics since I lost 3 kg. Ingat main-main ke nak buang 3 kilo punya daging dari badan? Ingat calang-calang orang boleh buat ke? Sangat mendabik dada dibuatnya. HAHAHAHA *devilicious* Err. Ajaib betullah macam mana aku boleh berhasil melakukannya. Padahal dah bertahun-tahun aku berusaha. Gym, jogging, bowling, golf, yoga, dan sukan menembak. *tipu gila* Semua aku buat demi nak melangsing *tipu melampau* And finally, aku dapat jugak penurunan berat yang memberangsangkan. Hu Hu Hu Ha Ha Ho Ho! Langsingnya kau Chikaaaaa boleh blah.


Anda bersedia? Warning. Entry super saiya punya panjang akan bermula. Seandainya anda tak berapa sukakan gangguan tekstual, sudah! Janganlah dibaca lagi nanti akan sangat menyesal sampai menangis-nangis dibuatnya. Kalau anda rasa mengah, boleh berhenti dan baca lagik bila anda berasa bosan dengan hidup anda. Sebab blog aku neh memang sesuai untuk orang yang bosan dengan hidup dia. Err. Maksud dia, bacalah blog aku bila anda sudah tiada pilihan lain dalam hidup. HAHAHAHA. Humble bukan this statement? Menjelang Ramadhan neh, entry aku akan berciri rendah diri. Bismillah ...


I
Semalam aku tak ada dalam rumah. Maksud dia, aku berada luar daripada rumah. Pergi UKM. Jumpa kawan-kawan. Sebenarnya berjumpa kawan-kawan merupakan sebab sekunder atau boleh diistilahkan sebagai alasan tidak sengaja. Sebab, perkara primer dia ialah nak pergi swimming. Lepas gian. Alang-alang dah dapat berkumpul secara kedai kopi dengan ramai sahabat handai, apalah salahnya aku jadikan insiden tersebut sebagai sebab kenapa aku susah payah datang UKM. HAHA. Orang pandai dan humble memang macam neh.

Sampai je fakulti kejuruteraan yang macam cantek tu, aku pon terus masuk Studio Petunia. Apsal burok sangat nama studio korang neh ha? Ubah tak boleh ka? Seperti bernamakan Studio Of The Carribbean? Studio Of The Ring? Atau nak comel sikit, Studio Squarepants? See. Kreatif la Chika neh hayyoh. Aik.Bukankah tadi kata nak humble? Hahahaha.

Tak peduli lah macam mana punya burok pon nama studio korang, studio tu tetap merupakan bekas studio aku. Atau secara bahasa karatnya disebut sebagai sangat nostalgik. Tapi aku tak jadi nak serbu studio Petunia *ehem.Tak sedap dow nama neh* tu. Sebab mereka tengah briefing. Aku pon keluar bawak diri terus ke cafe. Nampak Ainul. Teruslah Ainul pon tersengih lebar dan aku pon sama-sama tersengih lebar-lebar-lebar.

"Jom lepak sana. Ramai duk lepak sana. Sha dengan Ayie pon ada," Ainul ajak aku. Aku pon ajak diri aku sendiri. Kami pon berkedai kopi tepi tasek sambil aku meminum coke edisi Beijing. Sejak kebelakangan neh, aku mabuk Coke balik. Kalau Gedik dengar neh, mesti beliau sangat bersorak dan dalam hati dia akan berkata ; dapat pon geng kaki mabuk Coke.

Okay. Aku nak masuk chapter II. Kalau anda pon sudah berasa muak nak baca, boleh berhenti dan sambung bila anda sudah tak tahu apa nak dibuat dengan hidup lagik. Atau pon jangan disambung-sambung lagik. Sebab entry ni memang gila punya panjang. Jangan kata aku tak warning ha.



II
Perbincangan kedai kopi petang semalam. Semua tanya pasal kawen. Semua mintak kad kawen. Semua ghairah nak kawen. Semua pon muka dah macam duta perkahwinan. Tak habis-habis membuka topik kawen. Sampai aku pon berasa tercuak-cuak. Ada sikit perasaan semacam mak nenek. Mereka sangat remaja-ria. Aku pulak sangat mem-bridal-ria. Dua sisi yang berbeza. HAHA.

Sha dengan Ayie pon datang dari JB. Ada meeting project. Wah. Semua orang gigih berkerja menjadi arkitek. Sekaligus membuat aku berasa sangat tidak berwawasan. Erk. Siapa kata? Aku sangat berwawasan. Belum nak tunjuk belang lagik. HAHAHA. Sangat taknak kalah la pulak. HAHA. Tapi aku tumpang seronok menyaksikan mereka dahsyat bekerja. Seminggu 7 hari. Bukankah dahsyat tu? Duduk dalam office membuat working drawing. Hanya orang kepala batu, hati besi saja yang akan gagah. HAHA. Tapi aku cuma berminat mendengar perbualan tentang gaji saja. HAHAHAHAHA.

Mek Ti dah dapat kerja dekat Wangsa Maju. Dia kata firm dia cantek. Gaji cantek tak? Chika neh kenapalah materialistik sangat? Yang engkau tu pulak, kenapalah tak ada sense of humor sangat? Aku bergurau lah. Hehe. Shafiz pulak akhirnya dapat interview from DP Architect. Ha, puas lah hati ko kan? Dapat firm hebat-hebat. HAHA. Nasib baik dia memang top student dalam studio. Maka, bila dia sangat memilih kerja tu, kami pon tak bolehlah nak menghina dia sangat. HAHAHAHA.



III
Mak aku kata ; Dah susutlah badan. Jangan sampai kurus kering, ma tak suka.
Aizar kata ; Weh, ko dah susut! Aaaaa. * dan terbarailah gelak trademark Aizar :D *
Farah kata ; Aku tengok ko neh semakin kecik jek.
Sarah kata ; Nurul, kau nampak kurus.

Aku pon buat-buat terkejut sambil berlakon konon-konon malu. Padahal dalam hati dah melompat katak,lompat galah, dan juga lompat jauh. Dalam hati dah berasa proud macam nak mati punya proud. Aku suka gila. HAHAHAHAHAHAHAHA.

Tapi tiba-tiba Nisa muncul. Aik? Nisa nampak sangat kurus. Mas pulak muncul. Mas pon nampak sangat kurus. Iaitu lagi kurus dari aku, of course la hayyoh. Okey, aku kalah. Aku tak sekurus mana. Macam nak nangis sikit tapi tak apa lah. Aku tetap langsing hahaha. Tah siapalah kata aku langsing, aku pon tak tahu. Tapi aku memang ikhlas dengan diri sendiri. Aku langsing.




IV
Masuk studio Petunia *huii, buruk nama ni, buruk*.

Kak Nurul...


Mula-mula nampak muka Yin (Junior aku) dah tersengih sangat simbolik wajahnya. Aku faham dah. Nak bukak sidang perkahwinan la tu.

Sarah!!!!

Aku macam biasa. Memang terjerit-jerit bila nampak Sarah.

Nurul!!! *Okay, respon yang baik hahaha* Kau datang sorang ke?


Erk? Apakah maksudnya datang sorang? Tak kan datang studio bawak tunang. Macam terlalu thrill la pulak tindakan tu karang. Padahal aku neh, bajet je macam thrill.Padahal aku bukannya thrill sangat pon. HAHAHAHAHA.

Josh muncul : Hey, Nurul! Lama tak nampak.
Aku : Josh!! Hey! Camner studio?
Josh : Okayyyy. Aih. Macam-macam cerita aku dengar neh pasal kau.
Aku yang humble : Aik? Cerita apa?


Wakakakaka.

Kak Nurul!!!

Sana sini lah pulak Kak Nurul nya. Macam hot je aku neh. Mulalah aku perasan diva kan. HAHAHA. Majoriti mata pandang kat aku. Macam tak penah jumpa aku jek. Amenda lah mereka neh. Buat aku perasan diva jek. Kang bila aku dah men-diva kang, bukankah sangat buruk implikasinya? HAHAHAHA.

Alias pulak teriak : Tu diaaa, Nurul! Orang paling HOT buat masa ni. Diperkatakan di sana sini.


Aku yang dah perasan Diva pon dah terkesima. Aku boleh gelak-gelak je secara batu. Muka dah hangat sikit. Malu la aku hayyoh.

Kak Nurul nak kawen dah .....


Yin neh tak habis-habis dia usik aku pasal kahwin. Amboi amboi. Iman pon sama.

Tengok. Mendadak glamour aku jadinya. Macam artist. HAHAHAHAHAHA. Tolonglah jangan rangsang aku macam neh. Aku ni bila dah terangsang, pasti sangat perasan jadinya. Padahal aku bertekad nak menjadi humble neh. HAHAHAHAH.


okay, anda dinasihatkan menghentikan bacaan. Semak chapter seterusnya pada hari esok. HAHAHA.



V
Danau. Menggelupur nak swimming. Kali ni pergi berempat. Aku, Farah, Yin dan Pei Ping (junior kami jugak). Seronok. Err. Penagih. Kalau dah lama tak dapat barang, engkau tahulah macam mana dia punya gian kan. HAHAHA. Samalah macam kes aku ketagih pool. Rasa nak aku usir semua orang suh kosongkan pool. Kasik aku bermaharajalela macam pool tu aku yang punya. HAHAHA.

Anyway, Yin tak join swimming. Dia datang Danau untuk beberapa tujuan je ; Solat Asar, Jaga handphone aku dan tengok kami swim. HAHAHAHA. Yin, kalau Yin baca neh ... tolonglah senyum secara gembira sebab buat julung kalinya, nama Yin dah termaktub dalam blog neh. Pasrah lah okey :P

Dari jauh, abang jaga counter dah senyum. Oh. Ingat kat aku lagi lah tu. HAHA.

Abang counter : Mana lagi sorang? *dia neh memang tak da modal lain. Dari dulu sampai skang, ni lah soalan rutin dia setiap kali tengok aku datang secara solo*

Aku yang humble : Ha? Sapa? *kura-kura dalam perahu*

Abang counter :Cik Abang lah. *woooooo! sensitif neh*

Aku yang humble : Aaa. Dia busy *taram je alasan. Tak kan aku nak huraikan cerita satu persatu. Tak perlu.Lagipon aku bayar RM2 nak swimming, bukan nak bukak sidang bercerita*



Dah bayar semua, kami pon masuk. Tiba-tiba abang Lifeguard lagi sorang pulak teriak. Sudahhhhh.

"Hey, Nurul! Sini kau!"


Amboi. Panggil aku macam aku hutang 8 juta dengan dia. Aku pon stoplah. Terharulah jugak sebab dia kenal aku lagik. Ingat nama aku lagi pulak tu. Bukankah terharu? Disebabkan terharu, aku pon bercakaplah dengan dia kejap.

Lama tak nampak ni. Kau dah habis study kan? Buat master ke sekarang? - tanya Abang Lifeguard *padahal aku tahu nama dia, tapi biarlah aku panggil dia lifeguard*


Ha ah. Abes dah. Skang menganggur - macam biasa, orang humble memang akan mengaku diri dia menganggur secara jujur.

Helleh. Tipu lah. Dengar cerita nak kawen dah? - srrrrrrrp! selamba badak je dia tanya aku.


Aku secara otomatiknya terus pandang kat Farah. Farah pon secara otomatiknya berkata "Aaa.Bukan aku cakap! Bukan!" Dan Si Farah Reporter Antarabangsa ni pon terus larik mencecet masuk bilik persalinan. Maknanya apa tuh???

Amboi kau, Farah! Gurau kasar neh. Dengan abang lifeguard pon dia boleh canangkan. Tapi aku taklah marah. Sebab cerita dia macam kelakar. HAHAHAHA. Tak sangka lifeguard tersebut busybody. HAHAHAHAHHAHA.





VI
Lifeguard tersebut mencabar aku swim sampai hujung pool. Gila. Aku pon kata ; Tak nak ah. Sayang nyawa. Kawen belum neh.

HAHAHAH. Bantai gelak dia.

Tapi aku sangat proud. Sebab aku berjaya jugak hooray! Swimming sampai hujung. Itupon Pei Ping ikot aku. Manalah tahu aku tenggelam ke kan, bolehlah amoi tu selamatkan aku. HAHA. Aku cuba berdiri tegak, kedalaman dia sangatlah dalam iaitu sama dengan ketinggian dua kali aku. HAHAHA. Pendeknya kau Chika. Pendek pon tak pa, asalkan langsing. Aik? HAHAHA.


Well. Aku memang cuba nak buat entry yang humble tapi kejaplah. Nak mengambil satu perenggan untuk bangga diri kejap boleh ka? Anyway Farah. Kenapa kau tak sampai ke hujung pool? HAHAHAHAHAHA. Tengok. Aku neh nampak je pendek, tapi jiwa sangat kental. HAHAHAHAHHAHAHAHHA. *imagine : Farah lempang muka aku bertubi-tubi* HAHAHA. Gurau jek. Farah, i love u.





VII
Lepas swimming, makan. Makan dekat Pelamin. Lama tak ke situ. Tempat zaman-zaman kecik dulu *aku pon tak tahu apakah maksud dia zaman kecik neh*.

"Hai... sorang je?Boyfriend mana?,"


Sekali imbas, sempat dengar suara lelaki-lelaki tukang masak. Aik? Bukankah aku bertiga dengan Farah dan Yin? Aku tak faham betullah dengan manusia neh. Actually dia nak perli aku lah tu. Masalahnya, apsal dia alert sangat pasal aku? Padahal berbulan dah aku takda ke situ. Aku pon jarang datang situ. Pengajaran dia, banyak betul busy body dalam hidup ini. Tapi tak apalah. Mereka lah yang buat kita berpeluang merasa diri semacam DIVA. HAHAHAHA.


Anyway, Aku nak merekodkan sesuatu untuk masa depan. Yin kata dia nak kawen usia 24 tahun. Pei Ping kata dia nak kawen usia 28 tahun. Farah kata dia nak kawen lepas konvo. HAHAHAHAHA. Erk. Aku exaggerate je pasal Farah tu. Ampun, Farah! Ehehe. Calon dah ada kan? Kan? Aik? Memang sekalilah, jom kita imagine Farah lempang muka aku laju-laju. HAHAHAYYOH. Sabar lah Farah. Kang aku tak de kang, bukankah sangat bosan hidup kau tu? HAHAHAHA.





VIII
Lepas makan, kami pon pulang ke studio untuk bersolat Maghrib dan kemudiannya keluar ke Metropoint. Aktiviti fulus-mania. Tapi bukan collect duit sebaliknya membagi duit kepada yang memerlukan. HAHAHAHA.Lepas itu menjemput Iman (pon junior aku jugak). Jemput dia kat KIAM. First time neh ke KIAM. Hehe.

Aku suka betullah kedai tu. Vintage gila. Belanja punya belanja, tiba-tiba duit aku tingga RM6. Macam biasalah. Aku kan kaya sekejap, miskin lama. HAHAHAHAH.





Siapa suka furniture and decoration in English style, bolehlah pergi Metropoint Kajang tingkat 2. Duduklah kau situ puas-puas sampai mata ko juling tengok roses. Siapa penggemar koleksi pinggan mangkuk comel, artistik dan decorative ... kat situ pon banyak. Yang suka makanan-makanan tak boleh dimakan pon, ada banyak kat situ. Seperti bekas-bekas berbentuk cupcake, ice cream dan chocolate. Harga sangatlah berpatutan. Bunga-bunga plastik dia pon not bad. Tapi taklah sehebat SSF punya. Tapi SSF tu mahal sikitlah. Ah, kau datanglah sendiri tengok kalau berminat. Kalau tak berminat, takpe dun worry. Baca lagi chapter seterusnya :P





IX
Malam semalam aku bermalam di bilik Farah. Nasib baik rumet dia balik PJ. Kalau tak, sangat seganlah aku yang humble neh. HAHAHA. Aku rasa, aku memang tak bolehlah bersekedudukan dengan Farah. Kami akan berlumba-lumba tidur. HAAHA. Berlumba-lumba makan jugak. Saling menjadi enzyme antara satu sama lain. HAHAHA.

Pagi tadi aku celik bijik mata, aku tengok ada orang perhatikan aku. Aku pon hairan. Dia pon hairan. Aikkkk! Mek Ti! Apsal dia ada dalam bilik Farah jugak?

Loh. Kau ke Nurul! Aku ingatkan sapa.


Disebabkan Mek dah sergah tu aku pon bangun. Hehe. Dapatlah jugak jumpa Mek kejap. Kemudiannya kami pon mandi bersama-sama (aik?) dan makan bersama-sama di kedai mamak. Selepas itu pergi Canselori ambik scroll. Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina. Lega. Semua urusan dengan UKM dah settle. Kot. Oh. Belum. Bulan Oktober ada akreditasi. Hayyayayayai.





X
Esok pagi aku balik Johor jugak. Aku rasa, sebagai seorang anak yang baik dan sebagai seorang cucu yang menyayangi atuk dia, aku memang patut balik kampung jugak. Kami akan balik secara adek-beradek. Kalau ada Haikal, pasti sangat seronok. Tapi Haikal sangat sibuk dengan dunia baru dia yang aku tak faham tu. Dia kata tunggu dia balik. Tapi bila ditanya bila dia balik, dia pon kata dia tak tahu. Aik? Aku rindu Haikal. Tak apalah. Esok aku gagahkan juga diri untuk men-driving jauh. Sebenarnya aku pernah drive from Senai to Cheras. Gila dahsyat nak pengsan dibuatnya. Guna Kancil. Gila dahsyat drive jauh bawak Kancil. Sesuatu yang aku taknak buat dah.

Esok pagi service kereta Haikal. HAHA. Sejak dia takda, kereta dia dah aku buat macam kereta sendiri. Ada dua sebab kenapa aku tak boleh pakai kereta aku balik johor. Satu, aku tak mampu nak layan tangki kereta aku yang gila sawan telan petrol. Dua, aircond kereta aku bermasalah. Ketiga, sedap wo pakai kereta Haikal. Aik? Sebenarnya ada tiga sebab, bukan dua. HAHA. Tapi kalau pakai kereta aku, boleh angkut banyak buah-buahan. Termasuk dengan dusun-dusun sekalik. HAHAHA. Acah mak enon.

Ishk. Apsallah Ijat belum ada lesen memandu. Pasti penat aku berhempas pulas memandu jauh esok. Aku nak ajak Aizar, tapi mesti Ibu tak bagi kan? Kan? :( Nak ajak farah, dia dah janji nak bawak Mek pulak carik rumah :(




Disebabkan aku sebenarnya tak pandai menulis number roman, aku berhenti sampai SEPULUH je. Kalau aku pandai, memang aku sambung lagi panjang tu. HAHA. Actually aku pandailah hayyoh. (Aku pandai carik alasan untuk memanjangkan entry dan juga memendekkan entry) HAHA.

Tahukah kenapa aku menulis dalam chapter? Sebab entry neh sangat panjang. Aku nak menggalakkan engkau membaca secara berepisod.Sebab itulah. Mungkin engkau patut habiskan bacaan dalam masa at least TIGA hari. HAHA. Atau lagi panjang dari TIGA hari. Supaya engkau tak menuduh aku lambat update. Hehe. Kan dah kata. Aku pandai carik alasan. HAHA.

Bekalan dadah terputus? Belum tahu lagi. Mungkin aku yang humble neh akan membuat auto publish entry. Oleh sebab itu, engkau masuklah sini esok. HANYA kalau kau dah tak tahu apa nak dibuat dalam hidup neh. HAHA. Memandangkan aku macam humble lah konon, aku sudahi dengan ; blog neh bukan penting sangat. Kalau tak da update pon, ia tidak menjejaskan apa-apa. HAHAHAHA. Humble bukan? Hahahahaha.


Sekian,
blogger yang humble.
(Aih. Humble la sangattttt)
 

Chika yang Lovely gila.

Sepatutnya aku balik Johor petang ni. Sepatutnya lah. Tapi oleh kerna perasaan aku tidak berpatutan pada hari ini, aku bilang sama babah yang aku tidak mahu. Erk? Ibubapa suruh aku drive balik Johor jenguk atuk yang tidak sihat. Semalam aku kata OKAY. Tiba-tiba hari ni aku menjadi tidak OKAY. Bukankah berlaku konflik perasaan di situ?

Pertama. Aku tak pandai kata TIDAK bila ibubapa buat permintaan. Berkata tidak akan membuat aku berasa terancam dengan situasi seolah-olah menderhaka. Padahal aku sangat taat. HAHA. Jom gelak kejap. Bukanlah berlagak macam bagus seperti anak solehahhahaha. Tapi sekurang-kurangnya, aku tidak pandai menolak permintaan ibubapa. Lagi-lagi bila abah yang mintak. Sebab itulah semalam, dengan sangat dramatiknya aku bersetuju men-drive jauh bersama adek-beradek. Padahal aku tak pernah buat kerja thrill ni lagi. Aneh la bukan? Aku men-driving dari KL ke Johor secara solo. Bukankah aksi tersebut kedengaran terlalu gagah untuk dilakukan oleh aku yang tak berapa nak gagah neh?

Kedua. Aku sangat penat. Malam semalam tidur semacam ayam. Iaitu tidur-tidur ayam. Err. Engkaupon fahamlah bukan tidur versi ayam itu ialah yang semacam mana. Jadi, hari ini aku berasa sangat blues. Jiwa pon agak mendung. Tidak berapa fun. HAHA. Jadi, janganlah memandu jauh semasa jiwa berkarat. Nanti akan membahayakan nyawa. Padahal aku nak kawen. HAHAHA. Jom gelak sekali.

Ketiga. Aku tak suka balik kampong tanpa ibubapa. Mana pernah sepanjang hayat yang panjang ini aku pulang ke kampong tanpa ibubapa.

Tapi aku sangat risaukan atuk aku juga. Pasti atukku sangat perlu melihat muka aku yang gila comel ni untuk menghiburkan hati beliau. Err. Aku umpama pil gembira. Yang boleh menggembirakan orang hanya dengan sebentuk muka yang ala-ala ini. Erk. Over bukan ayat neh? Kita cancel ayat tersebut. Biar aku buat ayat lain. Okay, mungkin aku boleh katakan bahawa aku adalah cucu favorite atuk aku. Di mana kehidupan aku ditaja oleh beliau. Maka, menjadi tanggungjawap aku untuk menghiburkan hati beliau dan menjenguk beliau semsa beliau tidak sihat. Dan lagi, aku sangat sayangkan atuk dan nenek aku. Bukankah berciri kasih sayang ayat neh? Oh, Chika ... kau memang lovely! HAHAHA.

Dah la. Apsal aku macam poyo neh? Tak sukalah poyo-poyo neh. Malas lah layan Chika neh. Dah, semua boleh bersurai. Aku nak carik roti.
 

Wednesday, August 27, 2008

woah

Assalamualaikum, blog.

Mem-bridal hari ini menghasilkan :
  1. Woaaa! Jauhnya perjalanan ke Shah Alam. Sangat sesak jalanraya. Membuatkan perjalanan menjadi bertambah panjang. Kakiku tunjuk perasaan, cramp. Hujan lebat mengganggu pemanduan. Cuaca terik menghalang bijik mata untuk terbeliak besar. Sepet lah sepanjang jalan.

  2. Wallauweh. Kebuluran terperangkap dalam jam. Tak dapat berbuka. Berbuka puasa hanya pada jam 9.30 malam. Aku neh bila lapar, akan menjadi garang. Naik angin mendadak. Nak marah. Nak bengang. Tapi tak tau marah siapa. Aku memang suka bengang secara aneh. Iaitu bengang yang tak berapa nak relevan. Haha. This is hina I tell you. Jangan buat perangai neh.

  3. Makkk! Aku langgar traffic light because Mr. Fiance said, "Nurul, keep right". Apalagi, teruslah turn right! And hell, traffic light was in red la hayyoh. Luckiky, nyawa terselamat. Kemudiannya, beberapa kali tragedi hampir merempuh kenderaan. Bukanlah dramatik sangat. Tapi boleh tahanlah buat jantungku like ... dag dig dug. Dan juga potong queue which is rude lah bukan. Tapi dah kebuluran, apa lagik patut buat selain daripada mengikut kata nafsu serakah.

  4. Waaaah! Wedding Photographer must be very rich la hayyoh! Sangat sangat kaya kalau macam neh la pulak ganas service dia. Tapi, berkahwin sekali seumur hidup. Tidak boleh berkahwin dua atau tiga, atau empat kali. Err.Warning.Err, sayang ... you dengar tak? kahwin SEKALI seumur hidup. Haaha. Dan photography and videography merupakan antara perkara paling PENTING dalam acara. Kenalah perfect. Again, photographer memang kaya raya dow! Aku jadik photographer kang. And again, terkejut monkey aku dengan service dia.


Kami sudah update lagi our plan. About the photo shot. And I'm happy about the latest idea. HAHA.Tak boleh cerita, sorry. Hehe. And suddenly, sewaktu berehat-rehat tadi ... aku pon terfikir. Wah. We will have 4 events! Nikah, Sanding at my place, sanding at his place and photoshoot. Aku pulak akan ada extra 1 event untuk majlis khatam Quran insyaallah. (see. 5 events sudah! Belum decide lagi about the malam berinai.Hoh. Banyaknya agenda ) Pasti sangat letih. Dan aku sebenarnya sangat risau. Aku takut kalau acara ni tak teratur. Aku runsing memikirkan aturcara. Sebab aku suka perkara yang perfect. Oh, bagaimanakah? And since Mr.Fiance insyaallah akan invest banyak untuk the video and the photography thingy, adalah menjadi satu tanggungjawap pihak aku untuk menyusun acara dengan sebaikbaiknya. Atau kami akan rugi. Oh oh oh. Aku sudah mula berasa risau. Okay. Ini kali pertama bukan, aku menyebutkan kerisauan tentang wedding. Sebab selama ni, aku tak berapa memikirkan sangat tentang acara. Ya Allah. Takutnya. Tapi at the same time, aku berasa sangat bersemangat! Sebab semakin dapat merasakan bahang perkahwinan. Haha.

Lagi-lagi setelah berjumpa photographer. Sangat lama punya discussion sampai berjam-jam. Melihatkan sikap professional beliau, dan sikap understanding jugak idea-idea dia, aku rasa lagilah energetic. Sebab aku rasa, boleh percayakan hasil kerja dia. So, I have to plan everything smoothly. Eh eh. Chika cuak.HAHAHHA.

Kami tengok macam-macam video tadi. The photographer showed us his previous works. Sebenarnya, tengok acara nikah adalah yang paling mengujakan. Meremang I tell you lagi-lagi semasa mendengar lelaki melafazkan akad. Gila touching dibuatnya. No wonder ramai yang gugur air mata. Mungkin aku pon samalah juga. HAHAHAH. Tapi seriously, memang satu acara yang menyentuh hati sampai menggoncang jiwa menyaksikan upacara akad nikah. Mungkin engkau tak setuju apa aku cakap selagi engkau tak at least, berada dalam posisi ke arah perkahwinan.

Erk. Entry ni sangat berciri wedding. HAHA. Cerita wedding kept running in my head, and I can't help it to stop. HAHA. Memang aku excited. Tapi mulai detik ini, aku dah mula rasa cuak.cemas, runsing, risau dan gementar. Steady chika, steady!




Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

Semoga Allah SWT memudahkan semuanya. Insyaallah.

Labels:

 

Romantically Politics

Alhamdulillah.
Dato' Seri Anwar Ibrahim menang di Permatang Pauh.
Bukan satu kejutan, dah memang dijangkakan. Oleh sebab itu, semalam aku takda langsung mengikuti perkembangan. Malah tidak langsung berumah tangga depan Harakahdaily mahupun Malaysiakini. Sebab aku optimis dengan kemenangan beliau.

Okay, Golongan macam bagus Melayu perkasa yang memperjuangkan bangsa , pasti lepas ini mereka akan tunjuk perkasa dengan membangkitkan isu hak istimewa Melayu (what the hell). Kan aku dah cakap. Kau pergi banyak membaca sana. Siapa datang sini tinggalkan komen bertanya tentang isu perjuangan Anwar yang menolak hak Melayu, aku lempang muka kau laju-laju. Orang Penang yang takut hak nya terjejas, dan mungkin menggigil ketakutan kerna tanah mereka kononnya jatuh dalam mulut buaya, apa susah. Kau jangan duduk atas tanah lagi. Pergi terjun masuk laut sana! Kononnya keluar mulut singa, masuk mulut buaya. Kepala otak lu. Dan majoriti yang pandai bercakap dan takut-takut itu, dia sebenarnya otak sangat kosong tapi nak becakap. Dan bercakap berdasarkan kefahaman yang dia generate sendiri. Kan aku cakap, banyakkan membaca. Kalau boleh, belajar sejarah Suruhanjaya Reid.Pergi! Againlah okay. Kepala otak lu.

Okay, cukup sebuah entry entry berbaur politik dan kebakaran. HAHA. Anyway, aku macam tak pernah mengeluarkan statement berani mati secara terbukalah bukan? Aku penyokong PAS secara majornya. Dan aku sokong kebangkitan Dato' Seri Anwar Ibrahim selepas satu episod kezaliman yang terjadi ke atas beliau dan keluarga. Oleh itu, aku menolak UMNO dalam apa cara sekalipun selagi dia berciri sekular. Terima kasih. Okey, berasa super hero diri ini setelah membuat kenyataan tersebut. Thank you.


Sudah jam 11 pagi. Elok aku membuat apa yang patut dibuat. Kejap lagi nak ke Shah Alam. Mem-bridal lah. Tengok. Aku ni seorang yang seimbang. Boleh berpolitik di waktu pagi dan mem-bridal di waktu petang. Waktu malam pula aktiviti makan-makan. Tengok. Hanya orang pandai yang boleh buat pekara-perkara ini. HAHAHAHA. Angkat bakul kejap. Hehe.

Tiba-tiba aku rasa terkilan. Kenapakah aku tidak meneruskan pengajian Sains Politik semasa kemasukan ke universiti tiga tahun lalu? Tahukah kenapa aku suka politik? sebab ia mencerna IQ. Membaca politik sentiasa mencergaskan minda. Ia satu ilmu yang sentiasa berubah dan teorinya tidak statik. Bukankah perkara yang statik itu bosan? Seperti teori yang mengatakan bahawa cahaya bergerak lebih laju daripada bunyi. Kalau kita menterbalikkan hujah, ia akan dikatakan salah. Bosan. Bosanlah bukan? Sebab hujah tersebut bersifat statik.

Err. Chika, get out! Bukankah kita jangan memblog politik? Malam kang kau datang lagi aku buat entry 'bunga-bunga' pulak. Well. Dah aku seorang yang seimbangkan. What to do. HAHAHAHA. Pagi memblog politik. Malam memblog romantik. Wa. Gila perfect! HAHAHAHHA.

Labels:

 

Tuesday, August 26, 2008

Wedding Architecture

Kelakar like HAHAHA.
Seseorang meng-google'transeks'.
Dan dia pon tersampai ke blog ilmiah neh.
Sia-sia lah bukan?
Apa kau ingat aku buat pesta 'transeksual' dalam blog?
Cubalah search benda-benda baik sikit.
Kejaplah aku gelakkan dia.


Tutup cerita yang seksual. Blog aku berciri tekstual. Di mana terdapat terlalu banyak teks. Tapi bukankah itu lagi baik daripada menjadi blogger yang seksual? Apa neh bercerita seks di dalam blog? Malulah sikit. End.


Tadi berbuka makan nasik. Engkau janganlah suka sangat nak tanya aku makan apa. Sebab jawapan dia sangat konsisten. Iaitu nasik. Makanan kegemaran aku ialah nasik. Aku tak tahu apakah terjadi dengan aku kalau tidak lagi mendapat nasik. Mungkin aku tidak lagi menjadi aku. Mungkin akan kehilangan berat yang mendadak. Mungkin menjadi solid secara magik. Mungkin juga mengidap gejala menung sana, menung sini yang berpanjangan. Inilah dia sindrom rindu nasik. Mungkinlah. Well, aku berharap lebih banyak penanaman padi dilakukan dalam dunia. Supaya tidak berlaku kejadian kurang bekalan nasik. Aku pasti mati. HAHAHAHAHA. Macam nonsense lah pula paragraph ini. Siapa suruh baca?

Tadi aku terbukak hati untuk tengok-tengok surat dari PAM.Ada banyak magazine dia hantar sejak berbulan lamanya tapi aku tak pernah sentuh lagik. Err. Sebab aku sibuk dengan urusan duniawi yang lain, urusan dengan PAM aku sudah malas nak layan.Surat-surat dia pon tak pernah dibuka.

Sekali, ambik kau! Tak sangka majalah Arkitek Malaysia (am) melambak-lambak dihantarnya dan aku langsung tidak notice. Itulah. Sibuk sangat menganggur.


Ada TUJUH semuanya.
Sangat inspirational.
Buat aku berangan-angan maju doploh tapak ke hadapan.
Rumah impian.
Aku akan menjadi arkitek untuk rumah aku sendiri.
Hahaha.



Membaca AM buat aku berasa rindu. Rindu dengan dunia seni bina yang selama ni jadik 'makanan' aku. Macam aku lama meninggalkan architecture. Padahal aku masih sayang bidang tu. Cuba belum cukup kekuatan. Err. Siapa architecture peoples, dia tahulah macam mana deraan psychology in architecture. Tapi aku belum nak stop lagi. Aku masih berminat tentang bangunan.




Tapi buat masa ini, aku lagi berminat dengan seni bina pelamin. HAHAHAHAHAHAHA. Dan juga menjadi arkitek mendirikan 'rumah tangga'. HAHAHAHAHA. Oleh itu, aku banyak menghabiskan waktu lapang (hoi, Chika masa kau memang lapang-lapang belaka) dengan membaca majalah bridal. Aku rasa, architecture dengan marriage itu ada kaitan yang erat. Iaitu kedua-duanya mempunyai kata kunci 'mendirikan rumah'. HAHAHAHA. Err. Bolehlah aku kasik up lagi status aku. Akulah Arkitek Rumah Tangga. HAHAHAHA. Erk. Poyo lah bukan? Anyway kan, aku memang terlalu poyolah kebelakangan neh. Orang poyo memang tak cool kan? *slap slap slap muka sendiri*

Aku rasa, orang yang nak kawen memang akan poyo secara berleluasa. Err. Apakah erti sebenar poyo? Undefined.




Ini majalah favorite at the moment. Aku ulang baca magazine neh sudah tigaratus kali (bohong) dan sudah hafal semua isi dia (bohong gila). Aku juga sudah mengamalkan nasihat-nasihat ratu sehari yang ditulis dalam majalah ini (jangan bohong lagik, chika!) Ya ya. Aku bohong. Tapi memang inilah magazine yang sangat aku minati at the moment. Aku sudah baca banyak kali. Walaupon mahal sikit, tak apa. Isi dia sangat memuaskan nafsu. Tak habis-habis dengan nafsu. Tapi, memang baguslah magazine neh. Siapa nak kawen tu, pergilah carik magazine neh. Bridal magazine from InTrend atau Female aku tak berapa recommend. Sebab terlalu western. Kot iyapon nak men-diva, janganlah lupa budaya dan tradisi la hayyoh. HAHAHA. Syukur, chika ingat lagik kat budaya dan tradisi dia. At least lah kan. HAHA. Bila nak kawen, baru ingat tradisi. HAHA.

Sebenarnya aku tengah 'mabuk' cendawan. Aku tengah 'high'. Sebab itu aku menghasilkan banyak entry secara berlarutan. Dan aku akan lebih giat menulis. Sebab blog aku secara tiba-tiba mengeluarkan aura yang sangat attractive. Aku pon rasa sangat sayang dekat blog aku neh. Aku pon bercadang untuk menghasilkan lebih banyak entry secara gila. Sampai engkau semua pon gila. HAHAHHA.

Nak pergi main game, activate IQ. Lepas itu tidur.

 

Konsert Hujan

Musim-musim hujan ni, semua orang pon menjadi sebuah organisma yang sentimental.Duduk termenung tepi tingkap, layan blues, menonton movie cinta dan air mata. Tapi tahukah manusia bijak sepatutnya buat apa ketika musim hujan neh? Dia akan tidur di dalam blanket. Atau bermain game secara gembira sambil memakai stokin dan sweater.

Orang A : Tidur nyenyak semasa hujan. Muka dia sangat gembira walaupon semasa tidur. Iaitu tidur dalam senyum. Guruh berdentum dan langit meruntuh pon dia tidak terjejas.

Orang B : Duduk tepi tingkap sambil berlagak bagus mengira titik hujan. Berasa sangat melankolik dan wajah dia pon sayu. Air mata bertakung. Perasaan sangat sentimental. Mendakwa diri sangat artistik.


Sekarang tengok. Orang manakah lebih cool dan semacam pandai? Orang A lah bukan. Motif dia di sini, kalau musim hujan tu, pergilah tidur. Janganlah duduk termenung mengenang nasib sangat. Perbuatan tersebut bukan saja tidak menguntungkan dan tidak lumayan, malah sangat berciri loser. Rugi. Tidur bukankah sangat seronok?

Bagaimana pulak memblog semasa hujan? Err. Itu sebenarnya tindakan seorang yang lapar. HAHAHHAHAHHAHAHA. Disebab sangat lapar tetapi tidak boleh makan, dia pon memblog semasa hujan. Perasaan dia sangat tidak terjejas. Dia tidak berasa sentimental atau berjiwa karat. Tidak juga berasa excited. Dia hanya berasa lapar.

Erk. Aku baru selesai google gambar-gambar makanan. Apakah kejadah? Tak terlalu ber-kejadah. Tapi menjelang hujan, pasti laparlah bukan? Tetapi harus menahan diri dari lapar dan dahaga sehinggalah matahari terbenam. Sebab itulah aku meng-google saja. Wadehel? Aku sebenarnya pon tak faham kenapakah kena meng-google makanan.

Aku nak makan :
  • Baskin Robbins Ice Cream Fondue. (Haagen Dazs pon boleh jugak demi Mr.Fiance yang sangat fanatik terhadap ice cream tersebut).
  • Nasik nasik nasik

Nafsu berleluasa. Tingkatkan Iman dan Taqwa.



Oyya.
Para junior yang membaca blog, salam sayang! HAHAHAHAHA. Oh, membaca secara senyap adalah perbuatan sombong tahukah? Apalah salahnya berkomunikasi dengan Kak Nurul anda neh. Seperti menggunakan ayat : Hi Kak Nurul! Lama tak nampak, studio sangat sepi tanpa Kak Nurul. Datanglah studio, kami ada jamuan Baskin Robbins dan Nasik-nasik berlauk sedap neh.

HAHAHHAHAHAHA. Anyway Farah, kirim salam kepada adek-adek anda di sana. Juga kepada Sarah and the gang. Tak dilupakan para RA yang jauh di mata dekat di hati. HAHAHA. Aku pergi studio insyaallah Khamis ni. Swimming? Erk? HHAHAHAHA.


Cuba anda baca apa aku sarankan pada perenggan intro? Orang bijak akan tidur semasa hujan. Bukan membaca blog. HAHAHAH. Apalagi, pergi tidurlah sana. Jangan membaca blog lagi. HAHA.
 

Monday, August 25, 2008

Pizza Hut's Killing

Kan aku dah kata. Mak aku garang dan baik secara random. Disebabkan hari ini beliau memilih untuk menjadi sangat baik hati, beliau secara tiba-tiba mengajak kami adek-beradek keluar berbuka di Pizza Hut. Sebenarnya mak aku memang seorang dermawan. Iaitu banyak bersedekah dan beramal jariah kepada anak-anak yang kaki kikis. Ehem... aku mungkin orang yang dimaksudkan tersebut. HAHAHA.

Mak aku suruh ajak Mr.Fiance sekali. Maka dipendekkan cerita yang tak berapa nak panjang neh, kami pon berbuka secara berkeluarga di Pizza Hut. Tapi cuma seramai empat orang sahaja. Ijat hilang ditawan oleh sekumpulan alien barangkali. Haikal sibuk mencarik jatidiri dan menjadi seorang maskulin ala-ala superstar. Sudah hampir dua minggu dia dekat Ipoh, ada shooting filem kata dia. Aku pon tak faham kenapakah jiwa dia terlalu berbintang-bintang. Padahal menjadi politician lagi berbunyi gagah la bukan? HAHA. Tapi ada sesuatu tentang kerjaya artis/selebriti yang ingin aku ceritakan. Tunggu lah sekejap. Aku nak bercerita Pizza Hut dulu la hayyoh.

Semacam sudah terbiasa bersama. Setiap kali berbuka puasa, mesti teringat tunang yang disayangi. Wallauweh. Chika neh kalau dah mula membuka sidang pesta bunga, anda haruslah gagahkan diri membaca secara bertenang. Jangan ghairah sangatlah okey. Haha. Anyway, kami pon duduk menunggu menu yang di-order semata-mata mengikut nafsu serakah kah kah kah!

Punya banyak makanan. Chika neh berpuasa secara beribadat ke atau mewakili puak Timur Tengah yang kebuluran? Aku pon tak tahu. Tapi itulah dia. Nafsu serakah kalau sudah bangkit, pasti sangat bergoncang jiwa dibuatnya. Sebab itulah kena banyak beristighfar.

Sementara menunggu azan Maghrib, kami bertiga lawan quiz. Iaitu yang tersedia di atas meja. Aku tak sangka aku sebenarnya kurang pandai hari neh. padahal bukankah aku sangat pandai? Aku tumpas di tempat kedua. iaitu tumpas di tangan Mr Fiance. Kenapakah IQ beliau lagi baik daripada aku? Semacam tak puas hati lah bukan? Mungkin kerna kelaparan membuatkan otak aku tunjuk perasaan. Pernah dengar tak satu fiction yang menceritakan hubungan sel otak dengan perut yang lapar? Kalau manusia itu lapar, sel otak dia akan terjejas sama. Ye. Aku tipu lah hayyoh. Percaya sangat cakap aku, siapakah suruh? Sebenarnya aku sangat tak puas hati apabila kepandaian aku dicabar secara mendadak. HAHAHAHAHAHAH.

Adek berlagak genius.Padahal kalah pada posisi terakhir. HAHA. Tapi otak dia macam laju sikit dari aku hari neh.



Tulisan aku yang sangat comel. Haha. Perasaan yang melahirkan rasa perasan. HAHA.


Ini tulisan seorang professional. HAHA. Erk. Sorry guys. Kalau nak sangat tengok Mr Fiance, nah tengok tangan dia. HAHA. Tak puas tengok tangan? Boleh tengok nombor yang ditulis oleh dia. Tak puas lagi? Tengoklah pen dia. HAHA.Ya ampun.

Biasalah. Orang menahan apar dan dahaga dari terbit fajar, hingga terbenamnya matahari.


Mak aku kata ; Mr Fiance punya IQ ternyata bagus dan pantas dari IQ aku setelah dia berjaya menyusun wording tersebut secara gila laju. Eleh :P

Bukankah sangat tercabar maruah aku? HAHAHAHA. Nasib baik beliau merupakan bakal suami, maka aku pon akan tumpang bangga sekaki. HAHA. Anyway, macam biasa. Aku suka lelaki genius. HAHAHAHAH. Err. Bukankah lelaki genius itu seksi? Iaitu lagi seksi daripada athlete Olympic kuat lentang. HAHAHA. Chika, shut up and proceed.

Makan-makan-makan. Sampai perut secara anehnya bertukar menjadi tong.Aku pon hairan kenapakah tiba-tiba saja perut manusia semacam menyerupai perut badak. Kalau ditambah lagi sikit input, tak mustahil perut aku meletup-letup sudah. Ngeri lah bukan? Pendek kata, aku confirm akan makan Pizza Hut lagi paling cepat pon pada tahun depan. Sebab sangat tak mahu mendengar Pizza Hut lagi buat masa ini. Perut aku pon pasti sangat boikot Pizza Hut kerna hampir saja menyebabkan perut pecah.


Bercakap tentang pecah dan tentang letupan,tahukah bahawa CPU pc aku sudah disambar petir petang tadi? Semasa keluar berbuka puasa, aku tidak off pc. Err. Sebenarnya aku pon sudah lupa bilakah kali terakhir aku off pc aku. Sebab budaya meng-off pc tidak diamalkan oleh aku. Ada tiga benda jarang dimatikan oleh aku. Atau boleh dikata, TIDAK PERNAH dimatikan langsong untuk tempoh yang sangat panjang. Iaitu komputer, aircond dan juga lampu bilik. Satu perbuatan berciri burok. Janganlah menghina aku sangat. Sudah mendapat balasan pon. PC tersebut sudah tidak boleh di-on. Mulai malam ini, aku akan terhegeh-hegeh dengan laptop. Laptop rock tersebutlah. Kalau kau tengok, mesti kau ngeri. Laptop aku sangat rock iaitu sudah hancur sikit. HAHA. Well, dah owner dia sangat berciri Ultraman Taro. Sangat perkasa.

Aizar call aku sejurus tidak lama aku histeria dengan pc yang sudah termati-mati.

PC aku kena petir! @%&^$#*&@# Bodoh $%#@ Tak guna. Nak nangis! Camne nih Haizum?!


Aizar berteriakan mengamuk di corong telefon. Aku pon terkesima.

Aku pon!!!

Ya. Tahukah situasi tersebut disebut sebagai apa? Itulah dinamakan Sahabat Karib. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bagai aur dengan tebing. Like Jaja like Chika. HAHA. Itulah, Aizar... Memang salah kita kerna tidak mendengar kata ibubapa supaya off pc semasa petir. Kita bukan saja degil, malah tidak ambil peduli tentang keadaan cuaca. Semasa hujan, ribut, taufan dan ribut salji. Kita tetap berinternet. Mungkin bukan salah kita secara total. Gejala pengangguran yang menyebabkan kita jadi begini. Jomlah nangis secara bersepadu.

Tidak cukop high la emosi aku menggunakan laptop neh. Aku sangat tak suka laptop. Sebab dia kecik dan semacam tak berapa gagah. Sukar untuk diperlakukan secara kasar. Tapi syukur jugaklah aku masih boleh berinternet. Aku pon tak tahu apa lagi boleh aku buat kalau tiada internet. Pasti aku akan duduk berteluku di sudut bilik sambil menggigit kuku-kuku dan menggigil semacam penagih. Aik? Haha. Tapi aku bukan penagih dow. Bukankah aku pengedar dadah?

Hari ini, rating blog aku gila mendadak punya naik. Aku pon tak tahu kenapakah. Mungkin sempena election esok. HAHA. Apa hal? Harap aku memblog politik kah? Tak payah lah. Tunggu DSAI menang, aku akan memblog secara khas. HAHA. Kalau tak menang? Aku akan pergi membuang komen secara puaka dekat blog-blog politician. Salah satunya, Khir Toyo. Ya. Blog jenaka itu yang sangat menjahanamkan. Anyway, selamat mengundi di Permatang Pauh!

Hari ini juga, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada blog Dr.Hannan bersama readers nya. Kerna linkage ke blog aku paling tinggi datangnya dari xhansx.blogspot.com. HAHA. Thanks kepada blog-blog lain yang link ke blog aku. Gila naik rating aku neh kenapakah? Aku pon berasa sangat aneh dan agak berpuaka perasaan ini.

Semakin hari, semakin banyak silent readers. Wowo. Terima kasih. Teruslah berdiam diri. Aku takda hal punya. Selagi takda mengganggu aku, aku ok sahaja. Malah aku sangat appreciate silent readers. Sebab blog aku ini dapat hidup secara agak stabil juga oleh kerna silent readers. Aneh. Aneh. Rating setiap hari tinggi. Tapi komen ada sangat sikit. Sebab itulah aku tahu, silent readers terlalu ramai. Terima kasih. Kalau sudi, marilah tunjuk diri sekali-sekala. Bukankah best kalau kita dapat bekomunikasi dua hala? HAHA.

Kawan-kawan sekolah. Nafeesya, Yick Hui, Kian Shen dan Edwin. You guys read my blog? Hayyoh, why so diam? Lets go yamcha. Hehe. I miss u guys.


Celebrity. Bukan inikah yang aku sebutkan pada ayat-ayat intro di atas tadi? Tapi disebabkan aku malas secara tiba-tiba, aku akan menghentikan entry ini secara tergantung. Lain kalilah aku bercerita tentang artist/celebrity tadi. Aik? Apalah Chika neh tak abeskan cerita. Err. Macam lama lah bukan aku tidak suruh engkau membaca polisi di atas kanan sana. Err. Bacalah. HAHAHA. Nampak, aku sangat berkuasa. Maka aku boleh menutup entry aku secara sewenang-wenangnya. HAHA. Oleh itu, habislah. Habis. Ye. Habis. Jangan tunggu lagik. HAHAHA.
 

Lace

Lagi 2 hari, genap sebulan kami bertunang. Hampir 2 bulan kami berkenalan. Tempoh dua bulan. Terlalu singkat mungkin untuk sampai ke tahap merancang wedding. Tapi macam itulah takdir yang tertulis. Tarikh nikah, sudah ditetapkan. Sebaik sahaja selesai urusan engagement, kami tidak berlengah-lengah lagi mencari tarikh yang sesuai untuk pernikahan. Faster than a bullet, well. Beberapa kali tarikh nikah diubah atas beberapa sebab. Demi menyesuaikan tarikh dengan keadaan, akhirnya kami sepakat jugak memilih satu tarikh. Yang akan diwar-warkan kemudian nanti insyaallah.

Kalau ditanya perasaan aku, aku belum ada jawapan yang konsisten selain berasa syukur dan aneh. Memang aneh. Dua bulan kenal, sudah siap bertunang dan on the way ke arah mendirikan rumah err... rumah tangga. Harap maaf. Penggunaan ayat poyo yang berleluasa pada ketika ini. Haha. Bercakap tentang perkahwinan memang merangsang penggunaan ayat skematik berciri poyo. Apa nak buat. Aku pon berasa semacam poyo secara tiba-tiba. Ye ye. Pathetically poyo. Chika yang poyo mendadak.

Pagi tadi, keluar mem-bridal lagi. Alhamdulillah. Banyak yang dirancang sudah menjadi. Persediaan Mr.Fiance macam dah banyak yang siap. Aku je belum lagi. Tak apa lah. Aku kan penganggur, banyak masa untuk dibuang. Mr.Fiance kena mengejar masa dan menggunakan masa secara berkualiti. Dengar tak I cakap apa ni? Hehe. Penggunaan masa secara berkualiti. Tapi melayan F1 till 3 am agak boleh diterima pakailah. HAHAHAHAHA.

Hari ni, mula-mula menyelesaikan hal jewellery. Kira selesailah tu. Hajat nak bertemu wedding planner tak menjadi sebab butik tersebut tutup dan kami yang pandai neh tak pulak membuat appointment. Kemudian membuat kerja survey kain untuk baju sanding huyeay! Tamak haloba okey perasaan aku secara mendadak. Rasa nak terkam semua kain-kain yang eksklusif itu.

Service yang memberangsangkan. Kami survey lace. Omaigod, lace di Gulatis not bad I tell you. Err, I mean ... the price pon not bad jugaklah. HAHA.

It used to be in RM3000 but now, we sell it for only RM1500. Very cheap.
-kata India promoter tersebut yang serve kami.


Very cheap ka? Hayyoh. Se-meter around RM1500. Tapi tak payah terkejut sangatlah sebab lace tersebut memang omaigod gila cantik. Sangat mengujakan. Kalau ikutkan hati, aku nak je jerit NAKKKK secara on the spot. Tapi janganlah buat perangai pulakkan. Satu, warna dia sudah lari theme. Anyway guys, kami juga sudah lama decide theme colors untuk our wedding. Warna yang luarbiasa. Err. Bukanlah aneh sangat. Bukan warna-warna baru yang aku cipta sendiri, bukan! Haha. Apa kau ingat aku scientist invent warna? Haha. Tapi warna tersebut mungkin aneh la. Tapi dah wedding tersebut aku yang punya, sangat suka hati akulah. Sewenang-wenangnya aku boleh memilih apa-apa warna. Bagaimana dengan Kuning dan biru? HAHAHHAA. Gila burok punya taste. HAHA.Bukanlah. Aku tak akan memilih warna seumpama pesta ranggoli tersebut dun worry.



Berbalik pasal kain lace tadi. Seriously gorgeous I tell you. Beading dia sangat perfect. Disebabkan beadings yang super perfect tu, kain tersebut menjadi sangat berat. But wait, maybe tak berapa sesuai dengan design aku. MAYBE. Mr.Fiance pon setuju menyatakan bahawa lace tersebut is the best di antara lain yang ada di situ. Mr.Fiance pon suka. Kan sayang kan? I sukalah :( (Eh, buat muka sedih aphal?) Haha. Tapi apa jadi pon, aku tak akan sanggup tukar theme color. Walaupon lace tersebut perfect, tapi theme color tetap priority. Hehe. Kalaulah lace tu ngam-ngam ikut color theme, memang aku hentak kaki kat situ nak jugak kain tersebut. Haha. Sabar lah sayang dengan statement I neh okey :D.




Service dia memang tip top. Abes semua kain dibukanya. Merasalah aku try satu persatu lace pada badan. Memang omaigod sangat mengujakan. I mean, lace yang di atas ( dalam gambar) lah yang sangat mencabar nafsu serakah tu. Klik la untuk melihat lebih detail. Tapi macam tak berapa nak cantik pula di dalam gambar. Kalau dilihat secara live, memang berpinar matalah tengok beading dia. Gila punya dahsyat. Sarat. Tapi boleh adjust punya ikut design baju. Janganlah dipakai macam dalam gambar. Dah macam berselimut aku tengok dah. haha. Seriously, kalau tengok detailings dia ... memang suit the price. But again, sangat tak kena dengan theme! :P Dan sangat tak sesuai dengan design.




Ini lace hitam pulak. Actually detailings dia pon not bad. Tapi tak se-gagah yang the first one tadi. Mr.Fiance tak berkenan nampaknya sebab beliau kata, tak naik cahaya dia. Ya lah. Kurang men-diva-kan. See. Mr.Fiance saya dah pandai main diva-diva dan shining-shining. Ngee :D Yang ni price range dia tak la mencecah RM1K per meter I guess. Eh ye ke? Anyway, siapa yang juga merancang perkahwinan tu, bolehlah pergi survey jugak. Aku recommend saja. Nanti bila aku buat survey, aku jot down price range dia okey supaya anda boleh lah turut mendapatkan sedikit bahan ilmiah. Dah kata blog aku blog ilmiah kan hayyoh!


Ini lace yang kategori cheap (cheap?) dan reasonable price (reasonable?). Kalau tak silap, around RM300 per meter. Betul ke? Wah, nampaknya bahan ilmiah ini kurang diyakini kebenarannya. HAHA. Tanpa beading. Sangat sesuai dipadankan dengan lining grey. Tapi nampak boring la pattern dia. Sangat seragam. Ah, pendek kata. Boring.


But again, this is the best findings! AHAHA. But I don't think I really wanna wear this one. I admire the detailings. I love this lace. But I tak mimpi-mimpi sangat nak pakai this one because I prefer chiffon to suit the design. Tapi tengoklah apa final outcome design baju nya nanti. Hehe.

Italian Silk.
Omaigod lagi. Balik-balik tadikan, I terus fikir how muchI love that Italian Silk. I can't waittttttttt! Hahahahahaha. Sangat cantik. I can't wait! Hahaha. (Seriously Chika sudah high dia tertelan pil gembira secara overdose)

I fancy Mr Fiance secara sangat. He is not only a genius in science, but he has a very goooooooood taste in choosing kain. Haha. Boleh dijadikan teman untuk mendapatkan idea dan pandangan. Beliau tak pernah failed to give me opinion dan suggestion. Sweet la bukan? Alahai, dari ayat-ayat poyo, sudah termasuk ke chapter romantik ni apa kes?



Peristiwa mem-blushing-kan.

Pagi tadi. Aku tulis sms ni :
I lambat sket. Ngee.... Sori sayang.


Tiba-tiba dapat reply ni :
Sayangggggg??! Wakakakakakaka. Cik, anta kat tunang ke kat saya, cik? Sms mu sangat swit dan comel.


Makkkkk! Okay, bagus. Pipi aku rasa hangat darah naik ke muka. Gila malu. Ter-blushing lah apa lagik. Hentaklah kepala atas stereng. Bukan Mr.Fiance yang reply, besfren yang reply.

Dengan pipi yang hangat tersebut bersama sebuah muka yang malu, aku reply ini :
Malu dow! Siott!

Tak panjang aku reply kerna malu. Nasib baik tertuju ke Aizar, kalau tertuju ke handphone mak aku? Bukankah nama dia WUTTA HELL? Atau nasib baik tak tertuju ke insan-insan lain yang tidak berpatutan.

Aizat reply lagik :
Gagagagagagaga. Seb baik aku yg dapat. Tak pe, saya faham. (walopon dah gelak sorang-sorang neh) Boleh la diceritakan sebagai bahan gelakb ersama dia. Jalan baik-baik okey.

Aku takda reply lagi. Sebab muka dah malu, diamlah. Aku terus send lagik sekali sms bersayang-sayang tu kepada Mr.Fiance. Aku juga lupa nak menceritakan kejadian ini pada beliau siang tadi. Tak apalah. Sekarang pasti you tengah baca. HAHA. Kelakar la bukan? Nasib baik pergi ke Aizar. Fuh.


Okay. Lain waktu, kita berilmiah perkara lain pulak. HAHAHAHA. Aku kena tidur, supaya esok aku tak jadi monster makan orang.


 

Saturday, August 23, 2008

Nah, jangan tanya lagi.

1. Bilakah Chika akan activate Msjbox?
Apabila ada insan menghulur dana. Haha. Atau apabila Msjbox lelaki ini tamat tempoh. Bolehlah aku menumpang sekaki. Haha. Anehnya, kenapakah pula bergantung kepada lelaki tersebut? Sebab dialah yang activate-kan Msjbox aku dulu. Haha. Dan Haha lagi.


2. Bilakah pula akan memblog Konvo?
Apabila aku berciri Malas Sifar dan Rajin Total.


3. Tadi Chika makan apa?
Aik? Ini soalan penting kah? Tadi Chika makan nasik. Semalam pon makan nasik. Setiap hari pon makan nasik. Aku sangat suka makan nasik. Sehari tidak dapat nasik, sama semacam sehari tidak makan lagik. Anehnya, aku hanya memakan nasik sehari sekali. Tidak boleh berlebihan kerna dikhuatiri akan menjana isi yang berlebihan.


4. Apakah yang dibuat oleh Penganggur Berhias?
Sila tambahkan title tersebut please. Penganggur Berhias Berdegree. Good. Pengganggur Berhias dan ehem... berdegree tiada bezanya dengan penganggur-penganggur lain. Cuma penganggur macam aku kategori gred A iaitu menganggur dan berwawasan. Pernah tak dengar penganggur mahu menjadi millionaire? Sangat biasalah bukan perkara tersebut? Aku pon samalah hahahahahahahaha! TAPI, aku menganggur bukan atas keterpaksaan atau kerna aku merupakan sumber manusia yang tidak laku dalam nilai komersial dan perdagangan (?) Aku menganggur atas kehendak sendiri. Agak mulia kedengarannya. Aku memilih untuk menganggur. Wa. Cukup bermaruah kenyataan ini. Penganggur macam aku kebiasaannya akan menghabiskan waktu dengan menonton astro, bersosial di dalam rumah, mem-bridal-mania, membelanjakan wang ibubapa, bergayutan di telefon sekaligus menjana kekayaan TELEKOM BERHAD dan juga berinternet membaca blog-blog ilmiah, ganas dan menimba ilmu politik. Dan juga ... err.. merancang wedding. See. Aku bukan sembarangan punya penganggur. Admire lah aku. HAHA.


5. Apakah yang dilakukan sepanjang hari ini?
Menahan diri dari lapar dan dahaga. Duduk menonton kartun sampai berasa sedih melihat seekor serigala dikejar musuh. Membaca bridal magazine dan mengimaginasi pelamin impian. Menunggu tunang balik dari Selatan tanah air kerna sudah lama tidak nampak muka beliau. HAHA. Sayang, silalah terharu dan berseronok dengan pengakuan romantik ini. HAHAHAHA. Ok, confirm lepas ni dapat text lebih kurang macam ni : Your blog entry was very sweet. HAHAHA. Aih, apalah. Entry aku memang sweet-sweet belaka. Entry emos i api kemarahan pon berciri sweet jugak. Well. Kecuali ada yang kata 'Chika, blog kau burok dan tak guna'. Memang pasti akan keluarlah sebuah entry sangat menjahanamkan. HAHA. Err. Aku garang engkau jangan tak percaya.


6. Chika sangat friendly. Kan?
Bukan! Kalau engkau jumpa aku diluar, jangan harap sangat aku akan menggembirakan engkau. Sebab aku ni ala-ala tak berapa nak friendly. Bukan sombong la hayyoh! Tapi aku susah bercakap dengan orang yang asing. Sebab itulah jangan membayangkan aku friendly. Nanti engkau sangat menyesal. Aku mempunyai sifat random. Iaitu boleh menjadi sangat baik dan sangat tak baik secara random. Ingat. Jangan sesekali imaginasikan aku sebagai seorang yang friendly. Nanti engkau menyesal. Tapi aku baik hati. Tak percaya sudah. Walaupon aku takda bersenyum-senyum semasa berbual, aku juga takda me-laser-bahasa di depan orang ramai. Ada dua benda engkau kena tahu. Satu, aku tidak friendly. Dua, aku baik hati. Kalau taknak percaya sudah. Dan aku susah untuk 'masuk' dengan orang. Jangan kata aku tak bagi tahu pulak.


7. Apakah blog favorite Chika?
Mintak sorry sebanyak-banyak sorry. Aku tak akan sesekali menyebut mana-mana blog sebagai favorite. Sebab ia bukan sahaja tidak kedengaran adil, malah menimbulkan situasi double standard. Hanya aku yang tahu blog siapakah aku paling suka. Maka, jangan mintak aku link kan blog-blog best. Tapi, silalah klik kesemua link yang ada di sebalah kiri sana. Ada banyak blog yang bagus di situ. Kalau bukan sebab blog tersebut bagus pon, tapi owner blog tersebut mungkin sangat bagus. Sebab itu aku sudi meletakkan link dia di sana. Tengok, aku mengamalkan komunikasi dua hala.


8. Apalah Chika ni tak link-kan blog aku.
Barang siapa teringin blog dia di-link-kan oleh aku, bolehlah meninggalkan mesej melalui komen. Aku tak ada masalah meletakkan link. Percuma. Tak merugikan aku. Apa-apa sahaja yang tidak merugikan aku, aku pasti tak kisah. Sebab aku sangat tak suka kerugian. Maka, bolehlah berbuat demikian. Kadang-kadang aku lupa nak masukkan link anda. Tapi jangan worry sangatlah. Aku sudah siap bookmark blog anda mungkin. Kepada yang sudah link-kan aku, terima kasih. Tak mahu link pon tak apa. Sebab aku tidak berkira sangat pasal kes-kes kecik yang tak seberapa neh. Ada orang sangat marah kalau blog dia tidak di-link kembali setelah dia bertungkus lumus meletakkan link seseorang blogger neh. Jangan risau. Aku cool saja. Tak nampak link aku pon, aku takda hal. Nak curik entry aku lagi pon, aku takda hal. Hoho. Siapakah mencuri entry tersebut? Bertenanglah. Chika sangat cool la hayyoh. Curiklah, curik. Tetap tak merugikan aku.


9. Chika, tolong promote blog aku boleh?
Boleh. Macam yang aku kata, aku takda hal untuk melakukan apa sahaja selagi ia tak merugikan aku. Ha, siapa mahu promosi blog? Silalah drop comment. Mungkin boleh buat ayat macam ni : Chika, tolong jaja blog aku dalam entry kau. Sebab aku nak rating aku naik. Okay, aku takda hal. HAHA. See. Chika ni baik gila engkau je tak tahu-tahu lagi. Seriously, aku tak kisah mempromosikan blog anda. Bukan rugi pon.

Untuk itu, bolehlah lawati Blog Mr.Kay. Sebagai kredit atas budi bicaranya memujuk aku tukar domain. HAHAHA. Kepada semua yang menggunakan domain KRONIKUS, aku mintak maaflah aku belum dapat join. Sebab belum terbukak hati. Ehehe. Apapon, terima kasih kepada Kay, tokey Kronikus. Siapa nak beli domain, contact beliau. Eh eh, siapa suruh aku promote domain neh? Pandai-pandai aku je. HAHA.
 

Friday, August 22, 2008

Women.


Sejak kebelakangan ini, aku kuat merayap. (Bukan macam remaja terbiar). Tak lekang di rumah (Bukan macam budak sekolah baru nak up). Dan kerap pulak balik menjelang malam (Bukan macam anak muda hilang pedoman).

Esok tak boleh keluar lagi. Emak saya tak bagi. Tadi dia marah tengok saya balik malam. Padahal saya puasa. Saya tak sempat berbuka. Pukul 8 malam baru sampai rumah. Mak saya sangat garang. Iaitu garang secara sangat dan baik juga secara sangat. Sukar diramalkan. Iaitu garang dan baik secara random. Tapi kelakuan nakal balik lewat malam memang satu kesalahan besar yang saya akui. Sangat tak senonohlah bukan.

Tadi keluar secara membabi buta. Ishk apa main babi-babi pulak neh? Carutan lah bukan? Aik? babi bukankah sejenis haiwan?Tak fahamlah aku kenapakah binatang tersebut berciri carutan. Padahal dia hanyalah sejenis binatang sama macam gajah dan juga penguin. Nevermindlah. Buat apalah difikirkan sangat tentang babi. Tapi apa yang hendak dikatakan di sini ialah, kami keluar secara membabi buta pada petang tadi. Iaitu keluar secara sewenang-wenangnya tanpa motif.

Tanpa motif bermaksud, bukan untuk mem-bridal. HAHA. Bukan juga bersama Mr.Fiance. Sudah-sudahlah tu bersama tunangan. Hari ini aku memang berhasrat ingin menghabiskan sedikit usia dengan kawan karib. Aku call Aizar ajak keluar. Ajak Ijat jugak sebab pagi tadi kami adek-beradek menjadi sangat kesian. iaitu ditinggalkan oleh ibubapa. HAHAHAHAH. Ibubapa ke Perak kejap meninggalkan kami. HAHA. Menagih simpatilah bukan? :P

Kami bertiga pergi KLCC. Aku pon tak tahu kenapakah dengan aku menjadi sangat jakun dengan KLCC. Padahal dulu KLCC tersebut menjadi playground aku iaitu sewaktu zaman persekolahan. Asal nak shopping, KLCC. Asal nak hang out, KLCC. Sekarang menjadi jakun kerna sangat lama tidak menjejak ke situ. Sampai aku pon sudah lupa bagaimanakah hendak bergerak di dalam bangunan yang tak berapa nak cantek tersebut. Erk.

Tak tahu apa nak dibuat, aku pon membuat aktiviti kewanitaan. Iaitu singgah dekat cosmetic punya counter mencarik habuan. Tapi aktiviti ini sebenarnya sangat berisiko. Janganlah dicuba sewaktu tidak berduit, nanti akan menyebabkan serangan histeria. Atau boleh menyumbat salur pernafasan. Tapi disebabkan aku sangat berani mati, aku membuat jugak setelah sekian lama.

Stop depan counter Anna Sui. Pegang-pegang eye shadow sebagai langkah awal mendapatkan habuan. Dan o yes, gotcha! Dapatlah membuat satu sesi make-up secara percuma. Tapi haruslah manis mulut. Iaitu bercakap-cakap secara sangat berminat. Walaupon kadang-kadang tak berapa berminat. Cakap je color lipstick yang dia sapukan pada bibir anda sangat gila punya cantek walaupon sangat kelihatan burok hakikatnya. Kemudian, buat-buatlah macam sangat jakun dengan barangan lainnya. Maka, promoter pon akan membagi anda cuba.



Aku admire betul dresser dia. Meja solek tersebut dipenuhi kosmetik aneka warna. Rasa aku nak baham semua. HAHA. Berderetan eye shadow. Lipstick tegak berdiri mencabar mata betul. Rasa aku nak panggil jin, angkat satu booth Anna Sui yang comel ni pindahkan masuk bilik aku. Hambik kau!


TAPI MASALAHNYA, aku terfalling cinta sudah pada product Anna Sui. Si pondan promoter perfume pulak sibuk men-spray haruman Anna Sui yang gila punya comel baunya. Sampai aku hilang pedoman seketika tapi nasib baiklah boleh diselamatkan. Kalau tak, pasti jatuh miskin sampai tak mampu membayar parking lagik. HAHAHAHA.

Aku kalau dah terfalling cinta, mesti aku nak juga. Tengoklah nanti. Memang pasti muka aku akan dibawa berkunjung ke counter Anna Sui tersebut buat kali kedua. HAHA. Ko tengoklah! HAHAHA. Ma, I need money money money money money and more money. Sebab Anna Sui punya product tu gila comellah. Cannot tahan wo.

Amoi neh pulak make-up artist untuk wedding. Maka, dia pon membagi contact number dia kalau aku berminat untuk menggunakan dia. Aku pon tak tahu bilakah aku boleh menggunakan dia sebab semacam sudah ada make-up artist yang mencukupi. Tapi in case berkeperluan, macam boleh diharap jugak amoi ni. Cara dia make-up pon not bad. Pandai. At least takdalah muka aku menjadi semacam bukan muka aku. Iaitu tidak memberikan hasil akhir yang mengejutkan jantung. HAHAHA.

Siapa-siapa mencari make-up artist atau semacam memerlukan sesi make-up untuk sekali, dua kali atau berkali-kali ... bolehlah aku recommend amoi neh. Tak mahal dow. Gila murah. Aku rasa, kalau setakat nak berjalan-jalan carik pasal pon boleh juga ber-make-up dengan dia. HAHA. Tapi kalau anda pandai, buatlah macam apa aku buat. Iaitu datang membawa muka dan mintaklah make-up session percuma. Tak payah bawak apa. Asalkan anda mempunyai sebuah muka, anda pasti boleh di-make-up. HAHA. Kalau tak bermuka, sangat sorry lah. Hehe.

Anyway guys, Gucci ada perfume baru. Yang didakwa oleh kakak promoter sebagai sangat wangi bau dia. Padahal sangat tak wangi. Maka, aku pon meluahkan pandangan aku secara ikhlas. Aku kasi tahu kakak promoter bahawa edition tersebut sangat tak wangi. Promoter tersebut semacam tak puas hati. Dia kata, hanya peminat Gucci yang sejati akan membeli Gucci. Wadehel. Apa engkau ingat aku tak membeli Gucci? Kelakar okey. Sangat bermati-matian meyakinkan orang ramai bahawa latest edition tersebut sangat wangi. Gila keras bau dia. Sumpah aku tak nak beli. HAHA. Kasi percuma aku ambek lah. HAHAHA. Siapa ada chance pergilah try sana.

Aku takda membeli apa-apa kecuali sebuah wallet untuk mak aku. Bukan membodek lah hayyoh. Tapi aku sangat tak suka melihat barang-barang yang tidak lagi kelihatan perfect. Iaitu wallet mak aku semacam tidak lagi perfect di mata aku. Jadi, haruslah aku membelikan yang baru supaya nampak sempurna. Buat apalah disimpan lagik yang sudah tidak perfect tersebut. HAHA. Begitu juga dengan purse aku yang semakin memburuk. Punyalah aku gigih mencarik purse, tapi tiada yang berkenan. Kata nak perfect lah bukan. HAHA. Aku rasa, dah berbulan-bulan punya bulan aku mencarik purse. Gila cerewet. Apa ar. Carik purse pon susah. Ehehe. 14 February nanti, genaplah sudah 3 tahun aku memakai purse Roxy tersebut. Gila lama! Mana pernah aku memakai benda sampai 3 tahun! Wawawa. Kagumilah aku.

Apsal KL sesak sangat?
Tolong jawap.
Sana sini orang shopping.
Sangat kayakah?
Buat jalan jam jek.
Semak betullah.
 

Sinful Fool.. anything else sounds like -ful, fool? Saiful?

Aww! Sakit kepala aku baca blog Khir Toyo. Err, Dato Sri neh kenapakah? Betul-betul membuat sitcom kasi aku insomnia. Sangat kelakar. Macam jahanam. Well, seronok jugak.

Mungkin anda tidak tahu, atau mungkin belum tahu. Kebanyakkan masa berinternet aku dihabiskan dengan membaca politik. Bukan berkempen untuk Permatang Pauh, tapi membaca menimba ilmu di dada. Tapi satu perkara sebelum membaca politik, haruslah meng-google (atau lagi baik, membuka buku) keislaman. Sebab sekularisme adalah haram. Dan berpolitik tanpa Islam adalah perbuatan jahanam. Tahukah apa dia jahanam tersebut? Ya. Perbuatan yang seakan-akan membawa diri terjun menjunam. Err well, sebab itulah aku jangan menulis politik. Memblog politik akan men-generate terlalu banyak perkataan jahanam. Padahal blog aku terlalu comel untuk dipolitikkan secara jahanam.

Anyway, Permatang Pauh.
Wallahualam.


Wa. Gila haru-biru kepala aku dibuatnya membaca puluhan komen. Dato Seri memblog. Tapi macam tak baguslah blog beliau. Langsong tidak mendadahkan. Jahanam. Aik? Sudah lah jangan memblog politik lagi nanti sangat selekeh lah entry ini. Pagi tadi aku telah publish sebuah entry yang sangat berciri politik. Tapi, entry tersebut pasti boleh menghentikan jantung beberapa puak. Jantung yang sudah sedia berhenti pasti terus mati. Justeru itu, aku pon menarik kembali entry tersebut. What to do, aku sedang berusaha gigih untuk tidak memblog politik dalam blog aku yang sepatutnya bercerita tentang wedding ini. HAHAHAHA.

Tapi, kalau dibagi peluang untuk menjadi politician, aku sangat nak. Sumpah aku nak. Tapi jangan berani offer aku jawatan Puteri. Aku lempang muka kau laju-laju. HAHAHAHAHAHA. Well, Nurul Izzah cantiklah bukan? Aik? Tiba-tiba pulak. Sebenarnya, politician kenalah cantik. Janganlah berkempen membawa muka buruk tak berapa nak siap macam hantu dalam hutan. Sebenarnya kalau muka tak siap pon tak apa, asalkan tahu memakai tudung dengan menggunakan pin. Aik? Apakah? Nurul Izzah cantiklah bukan? Aik? Again? Sebab dia cantik, mana boleh makcik tua dibandingkan dengan beliau si muda jelita. HAHAHAHAHA. Apebendalah neh???!%^$#@$$$ WTH?

Aku agak emotional tapi kemarahan semacam tak berapa nak ada. Sebab itulah terkeluar entry yang sinis tak bertempat ini.

24 jam aku tahan diri. Tapi terlepas jugak sebuah entry berciri politik. Mintak sorry lah. Mungkin anda tak berminat. What to do, politic memang boring kecuali engkau emotional. Seriously dow. Dan politik is boring selagi engkau tak faham apakah kepentingannya kepada engkau. Tapi aku juga tak fahamlah kenapakah ada orang merasakan dia tiada kepentingan dalam politik. Padahal dia mempunyai bahagian di situ. Tak fahamkah? Okay, esok datang lagik. Baca entry wedding dan kisah cinta lah esok okay. Esok aku janji, bukan kisah politik lagi. HAHAHAHAHAHAHA.
 

Wednesday, August 20, 2008

tabiat buruk yang buruk

Riz suruh aku buat tag. Padahal dah lama aku tak layan tag. Siapa-siapa tag pon, aku takda buat. Tapi disebabkan dah lama tak buat, okeylah mari buat. HAHA.

5 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH
  1. Tak da membuat homework. Aku sangat benci homework dan sangat benci menyalin nota. Macam bagus je disuruh salin nota. Bukankah perbuatan membazir dan kurang pandai? Student pandai tak payah menyalin nota dan membuat homework. Student pandai kena fokus secara natural dan men-diva di sekolah. HAHAHAHA (don't contohi lah ayyoh!)

  2. Tidak ada apa-apa badge pada tudung aku. Nametag juga tiada. Sebab sangat semak dan memburukkan image tudung aku. HAHA.

  3. Suka makan dan minum di dalam kelas apabila lapar tanpa mempedulikan perasaan guru di hadapan.

  4. Sangat tidak friendly dan sangat sikitlah kawan-kawan.

  5. Cikgu tak boleh marah aku. Nanti aku kasik attack secara psychology. Aku akan diam tanpa bercakap sepatah apa pon dengan cikgu. Dan aku akan pandang ke luar kelas semasa cikgu mengajar. Sampailah cikgu memujuk aku dan memeluk aku. Ya. Perangai sangat burok tapi sangat comel bukan?

3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??

  1. Sejarah - Sebab otak aku super genius gred A. Sangat senang mengingat sejarah dan sangat pandai menjawap soalan esei secara menggoreng ayat hyper historical. HAHA.

  2. Geografi - Aku suka ilmu kaji bumi yang aneh-aneh dan luarbiasa.

  3. Pendidikan Islam - Sebab subjek inilah paling lepak dan merupakan dua jam paling heaven untuk berehat, berbual dan tak payah belajar sangat. Tapi aku sangat scorer. Ada dua bab orang lain tak boleh lawan aku. Iaitu Haji dan Kahwin. Aku pon tak tahu kenapakah aku sangat pakar topik itu. HAHAHAHAHAHAH.

  4. Chemistry - Inilah ilmu sains yang paling seronok dipelajari dan paling senang masuk dalam kepala aku.
Aik? Nak 3, tapi aku bagi 4. HAHA.


3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??

  1. Fizik - Apa punya bosanlah lab fizik. Melihat riak air dan bermain troli. Macam perbuatan bosan dan sangat menyusahkan otak.

  2. Biologi - Jijik. Bermain darah dan membedah haiwan. Sangat perbuatan yang geli dan sedih kerana membunuh seekor tikus demi sebuah kelas biologi. Tapi bab Pembiakan semacam okey jugak. WTH?

  3. Add Maths - Cikgu tersebut garang. Macam bagus. Homework sangat banyak. Jari sangat penat bermain calculator. Main gameboy tak apa jugak.
Sebenarnya aku memang tak suka science subjects. Aku harap, aku tak payah belajar sains sebab aku suka art. Tapi kalau tak belajar sains, akan berciri tak pandai. Jadi, demi membuktikan aku pandai dan untuk berlagak bagus di mata masyarakat, aku pon dengan gagahnya memaksa diri belajar sains. Padahal aku sangat tak rela. Nasib baik aku sukses jugak. Err. Tak nak kalah la katakan.

MENARIK PADA KAMU...?
Aku pandai. Tak percaya sudah.

KAMU PALING SUKA...?
Makan nasik + Shopping Sakan Sampai Duit Jadik Resit + Kereta-kereta Mewah Bukan Buatan Malaysia + Orang-Orang Genius + Mem-bridal (HAHAHA)

ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...???
Duit

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI..?
Mr. Fiance. Tak da orang lain dah.

MANGSA TAG KAMU
Tiada. Siapa suka, boleh buat. Siapa tak suka, jangan buat. Kita berhak memilih hidup kita. HAHAHAH.

 

Tuesday, August 19, 2008

Sila dadahkan aku pula.

"Gravitation is not responsible for people falling in love"
-Albert Einstein

Jangan salahkan hukum graviti Isaac Newton bila anda terjatuh chinta. Kalau tahi burung terjatuh ke muka anda, juga jangan salahkah graviti. Salahkan burung tersebut. Tangkap burung tersebut dan masaklah dia. Makanlah dia. Kalau anda sejenis omnivor ataupun karnivor pemakan burung lah. Kalau anda tidak memakan burung, jangan ditangkap dan makan. Tembak kepala dia! Err. Sebenarnya, seekor burung telah menurunkan tahinya secara hukum graviti ke atas cermin kenderaan. Biadab betul.


Hari ini juga aku sibuk. Kan dah dibilang awal-awal. Aku sedang sibuk. Aku tidak available pada waktu siang. Pada waktu malam juga tidak berapa nak available. Siang mem-bridal, malam beradu. Jadi, janganlah ambik hati sangat kalau muka aku tidak kelihatan menghentam comment box anda. Aku masih membaca-baca entry anda yang gila dahsyat tu (Maksud dia, siapa yang rasa entry dia dahsyat, boleh lah berasa semacam bangga di sini) Apalagi, pergilah tingkatkan keganasan entry anda. Sebab aku suka membaca entry-entry ganas dengan metafora supergila dan juga kombinasi ayat-ayat hyper. Tolonglah buatkan aku sebuah entry killer punya. Supaya aku akan ketagih dengan blog anda sampai menggigil. HAHAHA.


Siapa ada entry yang bagus sampai men'dadah'kan, silalah kasi tahu aku. Anda boleh membuat ayat angkat bakul, aku tidak kisah. Contohnya, anda meninggalkan komen semacam ini :

Chika, sila baca entry aku. Aku punya entry memang best gila sampai engkau pon akan ketagih-tagih. Entry aku adalah paling best iaitu entry Chika pon sangat tewas. Jemputlah masuk ke blog aku sekarang jugak. Kalau Chika tak baca blog aku, Chika akan sangat rugi dan menyesal sampai tidak dapat dimaafkan.

Tengok. Berbunyi angkat bakul. Tapi jangan worry lah. Chika sangat diplomatik dan sangat open minded. Aku suka ayat-ayat macam bagus sebegitu. Aku suka orang yang menulis secara angkat bakul. Sebenarnya orang-orang tersebut sangat humble tetapi mereka sangat berkeyakinan. Oleh itu, sekali lagi aku war-warkan. Siapa rasa blog dia sangat seronok, silalah ajak aku ke blog anda. Sebab aku sangat suka kepada tulisan macam bagus yang sangat seronok dibaca. Tapi, aku malas bacalah blog karat. Blog karat tahukah apa? Iaitu sejenis tulisan fiction yang berkarat-karat mekipun tanpa kehadiran air dan oksigen. Ia berkarat kerana jiwa terlalu lemah. HAHAHAHAH. Err. Apakah motif perenggan ini? Ye lah. Membenarkan anda mempromote blog anda kepada aku. Silalah jangan malu. Lai lai lai! Oyya, aku suka insan-insan genius. Maksud dia, merepeklah secara genius. Angkatlah bakul anda secara genius juga.


Historical places of the day:
  • Maluri - Shoe Maker (Paris and San Lee's)
  • Sri Hartamas - Pretty In White.
  • Bangsar Shopping Center - Tom Shuz
  • Pandan Indah - Makan kasut. Gila kau makan kasut!? Makan nasiklah.
Kesimpulannya, hari ini mem-bridal secara kasut. Iaitu mencarik shoe maker paling memuaskan hati. Dan paling memuaskan hati mestilah yang paling membuaskan perbelanjaan. HAHAHA. Apa nak buat. Benda mahal memang selalu sedap. Samalah macam memakai perfume mahal. Perfume murah pon wangi jugak. Tapi wangi dia dituduh tidak sedap. Err. Tak fahamkah? Ia merupakan sesuatu yang subjektiflah. HAHAHAHA. Sukar untuk diterjemahkan. Tapi walaupun ice cream Baskin Robbins itu mahal, aku tetap cinta mati ice cream Paddle Pop. Ice cream paling sedap dalam dunia walaupon sangat murah. Err. Macam ada informasi yang bercanggah di sini. Ya lah. Tak semestinya benda murah itu tak sedap. HAHAHA. Pulak dah.

Ehem. Esok. Aku mem-bridal lagik. HAHAHAHAHHAHAHAHAHA. Macam tak sedar diri dah pulak. Bukanlah. Kejar waktu. Bukankah kita diajar bahawa masa itu emas? Padahal masa dengan emas tak sama langsung. Emas boleh gadai. Masa mana boleh gadai. Aku pon tak fahamlah kenapa nak disamakan masa dengan emas. Sebab emas lagi best dari masa. Owh anyway, memang biadab la bukan hujah aku neh? Apalagi, gunalah sense of humor. Gurau-gurau saja dow. Anyway, bercakap tentang masa. Ya lah. Sementara mempunyai masa lapang ini, eloklah diisi dengan ghairah sekali. Nanti sudah kesempitan waktu, bukankah sangat merana diri? Sebab itulah.


Esok aktiviti bertemu photographer pulak.
HAHA.
Aku sibuk. Tapi tetap memblog secara gigih. Well, komited la katakan. HAHA. Bolehlah ambil ikhtibar atas kegigihan aku.


Okey, bye. Tidur.
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."