"...seperti yang kujangka terjadi...tewas sekali lagi..menambahkan luka yang sedia ada..."
Little diary....
Diary?Owh, yer?Diary yang terbuka luas tuk semua mata pandang dan baca? Hmmm... aku belum tidur.Layan conference si Aizar.Dengan Astri and sepupu Aizar, Adam.Adam Kasturi da... yang baru ditukar namanya oleh Cik Dilah menjadi Adam Kemboja.Dan akhirnya aku cuba tukar pulak menjadi Adam Cambodia...apa-apalah...yang pastinya aku memang abis seronok bila dapat usik orang.
Jumaat (14 Jan 05) - malam tu kuar makan kat Maluri.Chicken Chop yang...boleh la. Bukan sedap sangat, tapi at least boleh bawak tekak aku lari dari aroma rasa masakan cafe kolej yang pedas-pedas nak cili mulut aku.Sampai pernah satu hari tu aku menangis dalam kuliah tak tahan sakit perut.Aku call ma...dengan air mata yang berjurai-jurai cam kanak-kanak mengadu sakit perut kat mak dia.Abih kena gelak dengan Siti BaaBaa Black Sheep.Disebabkan aku menangis sebab hal tu, abis pulak aku diejek 'cili yang baru dipetik dari ladang'. Menimbulkan kemarahan.
Balik dari makan malam tu, entah macam mana abah boleh bercerita soal jodoh.Jodoh? Iyer...jodoh.Topik terhangat dipasaran yang sungguh menepati citarasa halwa telingaku. Amboih...gatai aku.Dak aih...abah pesan kat aku lagu ni...
"jodoh pertemuan tu Allah yang tentukan.Dah tersurat.Kalau kita melalak meraung sebab kecewa...tu namanya kita cuba nafikan janjikan Allah. Bukan bermaksud kita tak perlu mencari.Kita berusaha, merancang...Allah yang tentukan.Janji Allah tu kan benar. Percaya jer...orang yang baik memang untuk pasangan yang baik juga.Allah tak akan bagi kita pasangan yang silap..."
camtulah kata abah.Dah banyak kali sebenarnya.Aku pon dah boleh hafal dengan lancarnya kalau nak suruh aku ulang laju-laju seberapa kali yang korang nak.Aku dah lama simpan kuat-kuat dalam kepala.Abis je abah cakap tu...aku yang ala-ala teruja waktu tu terus je nyanyi dengan riang rianya lagu ni...
"...di tangan mu Tuhan..ku pasrah impian penentu jodoh pertemuan..seandai dirinya tercipta untukk..relaku menjadi miliknya..."
Dan aku tak sangka aku dah buat satu kereta pandang kat aku dan sengih-sengih. Eiii... gila ke apa aku buat camtu.Aku cuma anggap tu satu lawak bodoh aku je.Tapi...betul apa aku nyanyi lagu tu.Sesuai dengan topik yang abah tengah cakap.Kan?Kan?
Aku marah tau...
Bila orang keluarkan soalan ni
1. Sampai bila kau nak single?
2. Kau ni betul-betul ke single?
3. Betul ke single dari dulu sampai sekarang?
4. Memilih heh?
aku ada jawapan untuk semua soalan-soalan bodoh kat atas ni.
1. Sampai aku betul-betul dah suka kat orang tu dan sampai mulut aku ni sendiri dah mampu cakap sendiri kat orang tu aku suka kat dia....
2. Betul.I'm proud with this status.Hampir 19 tahun aku berjaya pertahankan. Proud...proud..
3. (sama cam jwpn nombor 3)
4. Yup, memilih. >>> Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara. Rupanya, hartanya, keturunannya, dan agamanya.Terbukti Islam membenarkan kita memilih.Jadinya aku pon boleh memilih lelaki kerana 4 juga. (rasa nak gelak...)
untuk keterangan lanjut...tanya sendiri kat aku.Tapi yang pasti aku makin bengang, marah dan bosan dengan soalan-soalan bodoh manusia sekeliling aku.Teruk ke tak ada pasangan? Teruk lagi berpasangan tapi tak bahagia kan?...ah, tak pandai nak kata soal ni.Aku budak kecik lagi. Agaga...
1 Congteng-conteng:
Post a Comment