Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, January 20, 2005

:: aku yang kuat menyonteng ::

Aku yang kuat menyonteng, nak main conteng-conteng kat taman menan ni.Taman menan aku adalah blog ni sejak beberapa hari yang mulia lagi berbahgia ni.

Tiba-tiba...
aku teringat ceramah-ceramah best Ustaz Akhil HayyRawa.Mencuit hati.Buat aku, ma dan abah yang dengar bley ketawa atau pun paling tidak, tersengih-sengih sepanjang dengar ceramah agama + politik dia.Best nooo...angpa pon klu ada peluang pi la dengaq.Skali dengaq, gerenti ketagih.
Masa outing skali ngan Trex aritu pi Tangkak (yang su..riram..ram suriram ram..).. kitorang bdk yg minat benar ngan ustaz akhil ni pi la masuk satu kedai jual kaset2 ceramah agama. "bang, kaset ustaz akhil ada,bang?,"tanya aku ngan Trex kat brader tukang jaga kedai.maka brader tu mencari-cari apa yang kami mau...tapi hampa.... "kaset dia dah abis la," kata brader tu dgn muka ala-ala tak caya kami dua ni carik kaset cenggitu.Maka, melangkah kuar la kami dgn hati yang resah,gelisah,hiba dan sgt berdukalara... Uhu...taklah sampai tahap tu.Tapi aku betul-betul rindu nak dengar ceramah dia.Ceramah ustaz Harun Din pon lama tak dengar. Ceramah last yang aku dengar dari beliau, time sibuk nak pilihanraya dulu.Fuh.. tenang tapi berspirit.

My Tadatada..Thursday!
tekak sakit.Paler pening...aku rasa cam tak berapa sehat ini hari daa.Tapi aku gagahkan tubuh untuk terus mencangkul, bercucuk tanam dan melakukan kerja-kerja penternakkan lembu-lembu liar.Eh, manader!Tidak..tidak...jauh panggang dari api.Acah je... aku harini ntah apa yang aku buat, aku pun tak tau.Dok umah, menung sana menung sini, usik-usik adik aku, borak-borak sambil memperkatakan ttg gosip2 terbaru dengan ma.Wah, ma pon layan gosip gak ikut rentak aku.Kengkadang gosip ma lagi panaih gelegak. (gosip pasai apa lagi...pasai Dek Kal la kebanyakkannya...)

aku bangun awal gila...(kunun).Terus turun dan mandi membersihkan diri dari saki baki ngantuk.Tengah-tengah mandi tu la ma bising sebab aku blom buat apa-apa pagi tadi.Takut la... Aku sgt takut bila ma dah naik hangin.Biasa arr..kata anak solehah.Aku mmg kuat menjawap.Sepatah org kata, seratus sepuluh patah pon aku bley kasi feed back.Tapi klu dah ma dengan abah yg ckp, terkedu seribu bahasa aku.Anak yang solehah... (future mithali wife to my future husband)<<<<>

cepat betul gosip gosip liar tersebar dlm umahku syurgaku...
Kan aku ada tulih semalam pasal kes yang aku masak mentah-mentah belaka tu.Tak sangka sungguh cerita ni boleh menjadi perbualan hangat kat umah pagi tadi.Mulut siapa pembawa cerita tuh?Tak lain tak bukan mesti mulut adik Del.Bukan main ang heh...

Soklan pertama aku dpt pagi tadi dtgnya dari Ijat (adik ketiga aku yg juga merupakan makhluk terbesar dalam sejarah kami adik beradik)
Soklannya : dengar cerita...semalam ada orang masak benda-benda mentah sampai ma dengan abah tak lalu nak makan.Betul ke?Kakak sapa la yang masak camtu sekali.... (tanya Ijat sambil menggeleng-gelengkan kepalanya penuh aksi)

lantas aku menjawab : entah...anak sapa la tuh...(aku buat-buat steady cool padahal nak je aku cekup mulut dia)

Tiba-tiba ijat pi angkat cerek nak masak air.Heran juga sebab sejak bila pulak dia rajin nak masak air.Tadaaa....apa kess?

Aku : eh, rajin masak air.apsal, weih?
Ijat : ye la...suruh kakak yang sorang tu karang, takut tak masak pulak air ni.Kantoi terus...

menyirap aku.lagi menyirap bila ada suara latar tukang menggemakan suara..

adik : kantoi terus...kantoi terus..kantoi terus...

dan gelak ketawa depa dua beradik berderai menambahkan kesakitan hati aku. Tapi...aku tak heran.Hal ehwal kanak-kanak...biaq pi la..

Dek Kal pulak kuar pi Sungei Wang ngan kawan dia yang aku rasa nak cekik idop2. Sebelum kuar, sempat kena sound ngan aku skit...cukup membuatkan kawan dia lari takut nak jumpa aku.Jangan main-main sama aku yang perkasa ni.

Mungkin aku rasa sikit hepi.
Dia pernah jadi besfren aku masa aku kecik.Main dari pagi sampai ke malam.Rumah aku mcm rumah nombor satu dia.Dan rumah dia jd cam rumah rehat tuk tido malam je pada dia.Ke sana ke sini dengan dia.Maryam Ayub.Kawan baik aku...pernah menjadi kwn baik aku.Lembut orangnya, tak banyak cakap, tak pernah gadoh pon.Tapi masa mengubah hubungan aku dgn dia.dari kawan baik, berubah jd kwn biasa.Berubah pula jd kwn tegur-tegur...berubah lagi jd kwn senyum-senyum dan akhirnya...terus jd kwn yg hanya sebut-sebutan.Nampak pon buat tak tau.Usia ke mengubah semuanya?

Rumah dia selang dua buah rumah dr rumah aku.Berbulan lamanya tak jumpa, (mungkin juga setahun dah)...tadi aku nampak dia duduk2 dpn umah dia.Aku senyum je.Ma tegur dia.Ma panggil dia.Kata ma, dia dah lawa sekarang.Ye, lawa!Masih sorang bdk yg baik, lemah lembut dan diam.Kitorang borak skit je td.Tanya-tanya khabar.Sebijik cam dua insan yg baru berkenalan.Uish...aku rindu masa kecik2...waktu aku main mak2 dengan dia, main doktor2, main nyanyi2.Ingat lagi waktu tu dia minat Amy Mastura.Dok kat buai, kitorang nyanyi lagu Amy Mastura.Chumey jugak camtuh....

Tapi mungkin penyakit tulang belakang yang dia alami beberapa tahun yg dulu buat dia jauh dr aku.Lama dia terlantar kat hospital.Menyebabkan dia kurus.Tapi bila tgk dia tadi... alhamdulillah, nampak semuanya ok je.Katanya dia buat form6 kat Pandan Mewah. Gud luck, fren...Aku ajak dia dtg umah.Sungguh2 aku nak dia dtg umah, cam dulu-dulu...walaupon aku tau keadaan takkan sama sikit pon.Still..u're my fren....

GHAYA!!
Yeay yeay...esok raya.Malam ni nak berangkat balik kampung halaman di pontian. Rindu nak jumpa aki.Yeay...Then, abah nak buat korban tuk kami sekeluarga. Aku mengorbankan diriku... woh, manader!

dear Aizar,
kembalilah ke pangkuanku menjadi bodigad terhebatku.
Selamat hari jadi....esokkan besdey ang?

dear astri,
samat ari rayer!

dear all....
Sambutlah ariraya dgn penuh kesyukuran...

-end of chapter 6-




 

1 Congteng-conteng:

Blogger aiyeza conteng...
ahahaha..poyo sungguh mu nih...owh..ghuper2nyer nak duku kepala aku ek??selamat aku!!anyway thanks sebab blanja aku!!dan aku tetap nak mintak hadiah..ahahha...

p/s : panjang gile konyer cerite..bley masuk contest CERPEN nih...
3 budak ngokngek...
11:16 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."