Memandangkan aku sememangnya tidak pernah ada minat untuk bekerja, malah aku selalu menganggarkan bahwa waktu untuk aku keluar bekerja adalah masih jauh lagi, maka hari ini aku berasa sangat penat. Nak kata kerja bertimbun, tak ada pon. Cuma tadi aku buat correction untuk bomba submission. Aku tak ada masalah bekerja.Orang kat sana semua baik. Boss pon okey. Office selesa. Cuma ada beberapa je masalah aku yang agak luar biasa dan sepatutnya boleh diatasi. Tapi disebabkan aku tak mau atasinya, malah aku semakin menganggapnya sebagai satu masalah dunia, maka ia dengan rela hati menjadi satu masalah yang lebih membebankan diri aku sendiri dengan sendirinya. *apa ayat aku ni putar belit buat orang pening*. Aku tengah pening sebenarnya. Macam kena ketuk dengan hammer je rasanya kepala aku ni.
Okay, masalah yang aku maksudkan adalah.
Tu je masalah aku. Tak besar pon. Tapi aku suka keadaan office dan aku juga senang dengan rakan-rakan di situ *rakan-rakan?* Aku akan bahgia kalau setiap hari aku dapat mengisi waktu kerja dengan pelbagai aktiviti *baik masuk rakan muda*. HAR HAR HAR! . mmm... maksud aku, mungkin nanti aku akan ok kot. Sbb hari ni tak banyak tugas untuk aku. Tapi syukur aku dah belajar beberapa perkara. Boss kata nanti aku akan keluar ikut staff lain pi Majlis, pi tengoklah apa yang patot. Atau boleh kot aku sama ertikan sebagai RONDA-RONDA. Ye, aku suka kerja sambil meronda *lebih baik jadi polis trafik*.
Ok. Aku sangat pening. Harus tidur cepat sbb aku tak sanggup menanggung penderitaan bangun pagi esok. Dan esok abah tak mau hantar aku lagi. Aku kena drive sendiri. Sangat la tak nak. Tapi sangatlah kena. *Waaaa... ayat aku bertabur-taburan malam ini.Maaf*
... masih boleh senyum. Kira okey la tu. Maknanya aku masih bahagia dengan kehidupan walaupun terpaksa membanting tulang mencari wang elaun *yang ciput*
aku okey sebenarnya dengan tempat kerja dan dengan kerja tu sendiri.
aku masih punya semangat untuk belajar.
harus ambil peluang 2 bulan ni untuk kumpul seberapa banyak ilmu yang boleh.
insyaAllah.
cuma aku malas bangun pagi je.
*sengih nampak semua gigi*
Gud Luck and all the best untuk semua rakan-rakan seangkatan dan senasib. Nanti naik sem kita kongsi suka duka, onak dan duri ye. Memang susah jadi orang dewasa.
8 Congteng-conteng:
mucks!
smoga mengalami lbh byk adventure ;p
ayuh haizum..smangat dehhh!! hehe.. lunch taleh klua makan bersame kengkawan ke?
biasalah keje mmg boring *kata kat diri sendirik!! tapi bila fikir tak keje takde duit, terus jadi semangat...sbb nak carik duit mau kawinnnn,huhu..bestnye jadik pompuan...:P
hari pertama=lampi thp gila! mcm tak penah tgk autocad!!
hari kedua=maseh mengadap dwg building section semlm...asyik ngadap yg tu sbb adeeeee je silap nya!! dah la 4otingkat!!kat dubai plak tu...takde harapan la mau g site (hmmm....dubai tuuu....kan bes bos ajak g dubai, 'tengok' site!!kehkeh!!)
isk...ko tau, aku takda supervisor lagik!! skang ni sdg di bwh pengawasan sorg akitek yg sbenanye blom tentu akan jadi supervisor aku nnt ke tidak....huwaaaa!!!
ko lukis apa wei.. layout ke apa?
Post a Comment