Aku macam sering hilang ingatan tentang kamu kebelakangan ini. Keterujaan untuk menghasilkan contengan-contengan cemerlang semakin pudar. Barangkali aku makin relevan. Hidup bukan hanya untuk menulis blog. BUKAN. Kalau dulu aku sanggup bergolok bergadai demi sebuah contengan hebat, sekarang tidak lagi. Aku lebih sanggup berkorban jiwa, masa dan tenaga untuk mengisi slot-slot tidur aku yang banyak tertunda. Aku serius ni. Baca dengan serius juga. Jangan pernah ketawa.
Aku tak pasti kalau aku masih larat nak buat contengan super saiya (seperti waktu dulu). Sbb pengaruh usia membataskan kemampuan (pergh.... ayat berkualiti tempatan). Tapi tak pe. Kasi chance aku warm up malam ni. Kita tgk sejauh mana usia membataskan kemampuan aku untuk conteng blog. (memandangkan tanpa aku sedari, usia aku makin menjadi-jadi banyaknya)
Final Project : Aromatherapy Healing Center.
Alhamdulillah. Projek final dah selesai. Puas hati? Bolehlah... Sbb kali ni aku sempat siapkan 10 panel dalam masa satu malam. Memang marathon separuh nyawa. No wonder kalau jangka hayat aku bakal terjejas kelak. Architecture mmg pembunuh. Pembunuh bersiri yang thrill tetapi seronok dibawak main. Tapi sem ni mmg sem paling UNBELIEVABLE. First, aku histeria betul sbb cuma ada tempoh 2 minggu untuk final project. (Tak penah dibuat-buat). Second, aku histeria dengan keberanian aku nak amek risiko dengan memilih jalan pintas tapi menjerut leher kalau tersilap budget masa. Maksud aku... kali ni aku berani2kan diri yang sengal untuk memulakan proses kerja dengan menyiapkan 3D dahulu. Berkali-kali lecturer ingatkan, guna sketchup buat 3D sbb lebih cepat. Tapi demi merealisasikan agenda untuk main-main dengan risiko, aku tekad juga nak mulakan kerja dengan 3D autocad. Memang bahana. Rasa nak mati. Mati sbb ter-saiko dek surrounding. Okay imagine...
Lepas siapkan floor plan, kaedah tradisional yang kami lakukan ialah proceed ke elevation. Tapi aku try break the tradition myself dengan proceed ke 3D. KONONNYA... dengan siap sahaja 3D tu nanti, aku bakal mendapatkan 4 elevation, 2 section, roof plan, site plan dan perspective drawing SEKALIGUS! (sebagaimana requirement) disamping mendapatkan interior perspective. SANGAT TAMAK okay! TApi aku tau memang risky kaedah anti-tradisi yang cuba aku lakukan ni. Kaedah ni sgt menarik dan bijaksana kalau kami diberi masa panjang macam kebiasaannya untuk final project. Tapi kaedah ni adalah sgt buduh dan keji untuk dipraktikkan untuk projek gopoh gapah 2 minggu mcm ni. Dalam pada aku tengah tungkus lumus naikkan 3D, aku mmg hosteria mak nenek la. Aku rasa cam tengah telan ketulan-ketulan RISIKO yang langsung tak sedap. SEBABNYA... kalau ditakdirkan aku tak berjaya siapkan 3D yang complete interior and exterior sepantas-pantasnya... aku bakal FAIL dan tak akan berupaya submit panel aku on time. Jadinya, risiko yg aku maksudkan adalah, samada aku berjaya siapkan 3D dan dapat semua sekaligus atau aku tak dapat siapkan 3D dan melopong tak ada satu haper pon.
Alhamdulillah. Aku berjaya. Bukan maksud aku berjaya hasilkan design yang super duper hebat, tapi at least i got my panel done on time dengan sesuatu yg agak memuaskan ati. I mean, aku ada 10 panel A1 dengan memenuhi requirement (kecuali detailing. Buahaha...). Dan panel saya diprint berwarna. (bcoz kami semua dah macam mabuk-mabuk tak tentu arah sampai indecisive tentang cara apa nak print).
all i can say - i like the review we've done last week. Mcm tu baru kaw-kaw architecture babeh!
The Darling Stories.
Aku tau aku byk susahkan dia. Tapi aku lagi tau dia sayang aku. Sebab tu aku asyik membuta je mengikut suka dan suki hati aku. Dengan harapan dia akan continue sket kerja aku everytime aku pegi tido. Kasihan dia. No wonder kalau dia naik hangin last week and lastly we kept on fighting. Maka perang Teluk pun berlaku sampai mencetuskan kontroversi dlm studio. Bongoknya saya...
Okay, settle! Kami tak gadoh dah. Tq kepada my dear sbb sgt sayangkan saya (but please la, i besar kepala tau kalau org syg-syg ni). Sorry kat my frens yang pening runsing dengan masalah antara aku dan dia. Farah and A'ai - tq babeh sbb meminjamkan telinga menerima lontaran bahasa-bahasa sastera aku sepanjang peperangan aku dan si dia tu.
Oyya, last week juga aku buat surprise birthday party utk dear. Lucu gila arght! Bila aku kenangkan balik, perkara pertama yg aku ingat ialah FARAH. Dia sebenarnya pencetus DRAMA PANAS itu. Kalau bukan dek kerana si Farah yg tersilap taktik menipu, pasti birthday party tu tak se-hot yg terjadi.Buahaha... Good job Farah. Terima kasih kerna membantu aku menipu. Tq juga buat A'ai sbb bantu jadi pakar runding jiwa. MIAHAHAH!
Kepada dear (leceh btollah tak dapat sebut nama dia kat sini. aku blom berani nak expose siapa dia sebenarnya. ececeh...)... you macam nak telan i kan that day? Farah pon hampir2 kena telan ngan you. Padan muka, kena tipu hidup2. Not meant to bodoh2kan sesiapa tapi alang2 kamu tengah marah tu... kami pon simbah api kasi marak arr. Kan sonok main api. Pas terbakar lagi seronok.... rentung!
Hope dia suka my present. Oh, ya.. dia mmg suka. Kalau tak, tak de lah dia sampai hantar msg kat friendster just to luahkan perasaan terharunya. Hohoho.Selama ni tak pernah hayat dia send msg kat fs aku. Okay, syukur that world war 3 dan tamat. Semua orang boleh hidup dengan damai. Saya tidak akan baling handphone dalam studio lagi. Saya juga tidak akan lepas marah tentang dia pada teman2 dia lagi. JANJI (janji adalah pekara yang boleh dimungkiri. dun worry.)
Me myself.
apa ye tentang aku lately? Mmm.. tiada apa yang menarik. Kecuali aku tengah histeria tentang usia. Kalau usia tu boleh dibekukan kan bagus.
yibba... nak pergi tidur. Esok nak balik ukm. Byk perlu dilakukan esok hari termasuklah mencari jalan keluar menyelamatkan diri dari project lanscape yg blom ada apa2 progress. Semoga berjumpa lagi. Nah, ciuman!
10 Congteng-conteng:
moral of d story : jgn buat keje melawan arus jika masa adalah limited
huhuhuhu
anyway, ko jgn ler garang2 ngn bf ko
kesian dia
*apehal aku bela bf ko ni?
miaahahaha
lagi 2 tahun nak 30 dah dik! :p
cuba lagi..
tp "gila" jugak stunt kiter hari tuh kan?! isk
Post a Comment