Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, May 04, 2007

kampung + Mukhsin

sangat mengujakan.
selain dapat melepaskan rindu dendam kesumat pada sanak saudara, aku juga berhasil mendapatkan wang saku daripada Pak Ngah. Lama tak balik Tanjung Malim. Lama juga tak balik Pontian. Hidup pelajar berjiwa korporat macam aku ni memang sangat busy. (semua orang jemu dengan ayat jenis pengakuan busy sebegini. Ayat tipikal yang biasa ditulis oleh kesemua orang yang lama tidak publish entry)


Disebabkan aku baru je bercuti dan aku akan memulakan latihan industri hari Isnin ni, aku sangat butuhkan waktu sebakul dua untuk berehat. Makanya, aku hanya bergolek terlentang bertentang mata dengan TV sepanjang masa di kampung. Dapatlah aku pulun abes-abes kesemua rancangan-rancangan akademi fantasia yang lagha itu. (benda lagha dan dosa memang selalunya menyeronokkan. Yer, aku tau tu!) Dan sempat juga aku tonton Mukhsin. (yer, yer... aku tercicir jauh dah. Tapi tonton filem basi tak memudaratkan kesihatan kan? Biar filem basi, jangan nasik basi.)


yang aku suka tentang Mukhsin :
  • lakonan pelakon yang selamba. i luv da way orked talked. i luv ekspresi muka orked and mukhsin. At least tak ada wajah wanita timur sejati buatan ala-ala Fasha Sandha. aku dah muak dengan pelakon-pelakon seposen dua ni.
  • tak banyak dialog dan scene buang masa. Dialognya sgt sikit tetapi relax. Bukan seperti dialog Gerak Khas yang terlalu bekerja keras memperjuangkan penggunaan bahasa melayu dengan tatabahasa yang betul. Itu membosankan, Datuk! Datuk mana?
  • Suasana kampungnya menaikkan mood tradisional.
  • orked comel. bila dia bergadoh, tumbuk-tumbuk dan tendang-tendang orang, dia seperti objek bulat yang comel.
  • Adibah Noor berdialog dan berlakon secara natural. Tolonglah kasi Adibah Noor award best actress.... tolonglah...tolonglah...

yang aku tak suka tentang Mukhsin :
  • Jalan ceritanya lurus bendul. Lagi lurus dari bendul. Lurus macam pembaris berskala. Tak ada apa-apa cetusan kisah yang memberangkan, mencemaskan maupun mendebarkan. Just relax... like... "okay, watch......"
  • (tiada)
  • (tiada)


kesimpulan : pergi tukar tajuk Mukhsin jadi Orked lagi baik.


Sampai je kat ending..... aku pon terkesima bila ibubapa pengarah (Yasmin Ahmad) keluar menyanyi sambil Pak Ahmad tu main piano. Aiseyman... betullah tekaan aku selama ni. Yasmin Ahmad memang anak uncle Ahmad tu. Aku kenal uncle Ahmad and aunty anom (tak sure sgt nama mak dia). Even aku kenal one of Yasmin Ahmad's niece ; Shana. Kami (me and the family) pernah sekali pergi rumah parents Yasmin Ahmad ni kat Subang Jaya. Dah lama dulu dah. Time aku form 4. Kenal parents dia pon sebab dulu kami satu agensi masa buat umrah. Uncle Ahmad and Yasmin Ahmad's mother tu memang sgt nice orangnya. Uncle tu baik dengan abah saya. Aku dan abah takkan pernah lupa that uncle Ahmad pernah belanja kami masa kat Brunei (sbb abah saya hilang duit the way balik dari Mekah tu). Dan takkan lupa betapa banyaknya dia beli kurma. BANYAK GILA. I mean.. banyak lah! Sampai kami ternganga-nganga. AHAHAHA...



HOLIDAYZ.

sangat yummy dan delicious rasanya cuti ini. Setelah mengharungi satu semester yang paling azab. Aku tak mau ulang cerita. Sbb tak ada orang akan faham kalau aku menglipur lara sekalipun. Daripada aku bercerita tentang ARCHITECTURE ku yang luar biasa itu, lebih baik aku conteng sahaja perkara-perkara yang mudah difahami oleh kalian. Tekanan jiwa akibat ARCHITECTURE yang kami lalui terlalu sastera untuk diceritakan.


Semalam pergi UKM check out bilik. Oyya.. aku lupa nak tulis yang start dari sem lepas, aku tinggal bilik single. Tapi aku ada rumet lelaki. Yang merupakan sejenis spesis jantan bahaya tapi syukur dia tidak buas. Malah dia menjadi teman yang setia. Sbb setiap kali aku bercakap, dia tak pernah interrupt. Dia memang pendengar yang baik.


Tu dia... Choki dan rakannya Mail. Choki seekor ular hijau jantan. Manakala Mail tu hak milik Farah. Angpa tak taw lagi pa kejadahnya kami ni. Shida plak ada lembu nama Muna. Bukan men lagi si Shida simpan lembu betina kat bilik. At least aku ngan Farah ni orientasi kami masih straight agi. AHAHAHA!

Semalam juga maknanya last jumpa Kak Dell (bekas rumet). Aku pindah bilik single bukan sbb kami gadoh, salah faham ke pa. Semua sebab sikap sengal aku. Ada ka patut aku tak register bilik. Pastu teriak-teriak tak dapat bilik. Teruih kena tendang masuk bilik single. Tapi lagi nikmat. Bilik bsaq sket. Buleh tdoq kuat lentang, kuak kupu-kupu dan berkuak-kuak lagi. Pahtu buleh gimrama sesedap perasaan. Sangat ghairah la aku. Next sem pon aku stay bilik yang sama. Tak pa. Selagi ada Choki, aku tak kesah. Tapi pasti pahni aku rindu dendam kat Kak Dell. Tak pa la.. ada rezki aku pi Kedah, aku singgah lawat ang la Kak Dell. Apa? Kedah? Memang je nak pegi.... yewwww... *aku jadi ulat bulu sat*.


Sebut pasal Kedah kan, aku tingat Loq Staq. Tingat Loq Staq... aku rasa ... rasa... rasa miang. HAR HAR HAR! http://www.gurau-senda-sahaja. com.


Tadi on da way balik KL, aku sms kat beberapa orang lelaki jahanam ni mintak nombor tepon beberapa lelaki jahanam yang lainnya. Abes aku kena goreng ngan si Jamal dan si Pa8 GOM. TAk boleh blah btol si Jamal tu kasi nombor tepon abang Zul yang salah kat aku. Aku beriya taip sms sikit punya cemerlang : Akum, abang zul.. nurul jsb 2nd yr ni...bla..bla..

Sekali dia kasi salah nombor. Tak ke malu. Orang tu reply kat aku tanya-tanya aku sapa. Buat malu muka aku btol. Sebaik sms, oran tu tak kenal aku. Pastu dok sms lah lama-lama sket ngan Jamal. (Bro Jamal sepatutnya aku panggil dia tapi apa kejadahnya aku kena panggil dia abang). Dah sebakul balas2 sms... tiba2 Jamal dengan sengalnya sms aku.. : ni nurul mana eyh?. Oh. Sangatlah sakit hati aku. Aku pon reply : ni Nurul, cikgu vokal Christina Aguilera.

Memang saja nak pekena aku la tu. Disebabkan bengang, aku layan balik sms ngan pa8. Aku report kat pa8 tentang Jamal. Pa8 pulak ajar aku supaya panggil Jamal tu Doremon. Aku pon apa lagi.. alang2 sakit hati sbb Jamal panggil aku bulat, aku ngan pa8 pon mengumpat dia belakang2. Kami sepakat membawa berkat menggelarkan dia... Doremon bulat berdiameter besar. Puas hati. Aku simpan enpon. Tekad. Takmo sms lagi. Masa sms abang zul pulak.. aku tanya lain dia bagi jawapan lain. Aku cuma nak tau studio tutup bila sbb aku tertinggal log book untuk Latihan indusrti aku kat studio. Dia boleh suh aku balik umah, kata dia sudah2 la dok kat studio tu. Tp kalau aku nak tdo semua kat studio pon boleh sbb studio tak tutup-tutup. Fuh, puas la aku kena bahan kan mlm ni. Berpeluh. Jaga angpa, lagi2 yg sekor tu. Jgn sampai aku hasut Farah sebarkan gambar2 tak bermaruah dia tu... *woooo!*




Aku nak pergi joli-joli sekejap sekitar internet dan selepas tu tidur. Semoga ada teman-teman yang perihatin mau temankan aku shopping esok. Amin~
 

13 Congteng-conteng:

Blogger fara-D conteng...
entry kamu kali ni mmg sunggoh lucu!!!!

"Sebut pasal Kedah kan, aku tingat Loq Staq. Tingat Loq Staq... aku rasa ... rasa... rasa miang. HAR HAR HAR! http://www.gurau-senda-sahaja. com." < gataiii na...... *wink!~

basi2 mukhsin tuh pon...ko da tgk....aku lagik basi tatengok lagik citer tuh...uhuhu....

ayat ko "nurul, cikgu vokal christina aguilera" sunggoh la mneyayat hati...huhu!!berguling aku!!

dan ya...report aja sama aku kalo si pa8 tuh buat prangai....kiter lancarkan kempen anti-jambu!!!muahaha!! *gelak jahat!!*

oh yer....u ni....eja la nama kekura tuh "Maeyl"...kan nampak vesh shket....mail??u ni...so kampung larrr.... *dush!!sepak muka fara d kerana menggedik tahap cipan!!!*
1:31 AM  
Blogger Nashrex conteng...
mail namayer..
nasib baik x nash. hoho

*slmt berlatihan industri..
1:44 AM  
Blogger Adian conteng...
cempedak kedah, yey! cempedak kedah, yey! (harap dibaca dengan itonasi yg sesuai k, macam budak2 mengejek). hahaha... hmm kalu publish gamba final review tu, hangat x? mMmMmM...

Mukhsin.. mm rasenye lmbt lagi kot aku tgk citer tu. pinjam cd sesape la next sem.

bilik single? mmm... bestnye. xperlu melihat kerenah org2 yg xperlu dilihat.

nape choki tu macam dah kurang kehijauannya? adakah sebab flash, brightness ataupun sememangnya ia telah pudar?

LI!! Matila... (mengucap)

k, sekian itu sahaja.
5:43 AM  
Blogger fara-D conteng...
apa yang hangat nya gambar final review ah adian?? ko pegi pon lambat!!
12:54 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
farah - miang plak aku kan. buahahaha... loq staq? ikihikihkihi.. tuai padi antara masak..esok jgn layu-layuan... intai kami antara nampak.. esok jgn rindu-rinduan... apa ko hengat mail tu artis nak nama commercial? Mail sudeyy.. :p

nash - nanti klu ada yang lain, aku buh nama Nah. dun worry. buh nama penuh Nashrex pon bleyy..

adian - JANGAN BUBUH GAMBAR TU!!! aku tembak ko terpelanting sampai loq staq satgi. mauaauahah

farah - u ni outdated la... sebbaik u tak taw kewujudan gmbr tu. adian bukan leh pecaya tuh... Bai Roti Gombak.
3:20 PM  
Blogger fara-D conteng...
ooooo....nak sorok sesuatu eyh....


eley...i outdated pon...i tau sapa men permainan potong wayar tenet!! kehkehkeh!!
4:40 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
ngaha..maap deh..gak bisa nemen kamu gi shopping :(
4:48 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
farah - ok la..okla.. seri satu sama. tp aku nk tau sapa men potong wayar tenet... nape aku cam xnah dgr pon cite ni.

as3 - sedey... xpe la. bila free bitau
6:38 PM  
Blogger fara-D conteng...
YESSS!!! *melompat kegirangan!!*

haha....ko tatau rupanya....ko taknah dgr sbb masa salah satu insiden tuh terjadi...ko sdg....sdg...ehek2!! sdg dating kot!

miahaha!!!
sapa lagik yg suka men potng2 wayar tenet kalo bukan bai roti dengan 'besfren' dia (the best leader of the world tuuuu....)!!!

tatau eyh kesah tuh?? tatau eh?? aku bukan main kecoh lagik masa bai roti tuh dok sebok potong wayar tu!
6:53 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
alaaaa... bila? tak tau la. tp jap. sapa potong wayar tenet. bai roti ke besfren? cite nyer camner. apsal men potong wayar?
8:06 PM  
Blogger fara-D conteng...
waduuuuh!!masih butuh penjelasan lebih panjang ghopenye.....

xpe xpe...kang i cte... tabesh la cte kat comment ni... live punya crita lagik vesh!!baru ada umph!!huhu
8:25 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
adian dah cite
tp dia cite kontot ja. cam nak tanak je bitau aku. uhuhuhu..
8:53 PM  
Blogger Adian conteng...
ha ha ha
5:03 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."