okay, semalam dengan semalam lagi.. aku habiskan waktu libur dengan berfikir perkara yang tidak baik, disamping membuat andaian-andaian buduh yang juga tidak baik. Ternyata mmg sukar untuk menjadi baik, lebih-lebih lagi hati ini. Hati selalu sogok fikiran dengan perkara yang bukan-bukan. Dan hasilnya...
kasihan dia...
Ternyata dia masih memegang rekod bersih. Sbg insan yang tidak pernah main kotor di depan maupun di belakang aku. Oh, terharu! Juga masih menjadi insan yang tidak pernah 'melacur' mulut di belakang aku apatah lagi di hadapan. Aku tidak tau usaha apa lagi harus dilakukan untuk menghargai rekod baiknya. Hanya akan terus berdoa dan terus berdoa. Dan akan menerima apa sahaja yang telah Allah SWT kehendakkan. Hmm... hari ini juga, aku nak bagi sedikit 'kredit' buat diri sendiri. Sejak kebelakangan ini (maksud aku, lewat beberapa bulan ini), kegiatan 'melacur' mulut maupun kegiatan 'mengata dulang paku serpih' ku sudah menjadi sgt perlahan. Aku tidak menyedarinya sehinggalah hari semalam, ketika berchattingan dengan seorang teman, dia ada menyebut. Tentang aku yang sudah kurang bercakap tidak baik tentang orang lain. Lebih-lebih lagi tentang seorang 'teman paling tidak digemari' zaman persekolahan dahulu. *senyum* Ye la, aku pon baru tersedar. Sebaik tamat sesi berchattingan...
Solat Zohor. Dan tiba-tiba terselak Al-Quran juzuk 30. Terus terpapar Surah Al-Humazah. Woh, tersentap! Surah Al-Humazah adalah yang menyebut tentang Pengumpat. Err... tiba-tiba semalam, aku rasa sungguh takut dan ... takut!
Ih!
Apa aku ni?
Tak! Sebenarnya sejak beberapa bulan kebelakangan ni (yang aku perasan, sejak cuti semester yang lalu) aku benar-benar takutkan perbuatan itu. Ada beberapa sebab yang buat aku rasa begini. Satu, berlakunya sebuah peristiwa ngeri depan mata aku masa sem lepas. Peristiwa yang dikongsi bersama rumet lama aku(yang pastinya tak dapat aku ceritakan demi menjaga janji aku pada diri sendiri untuk tidak berkata yang tidak baik lagi) Kedua, berlaku satu lagi peristiwa yang bukan depan mata aku (tapi aku dengar). Mulai kejadian hari tu lah, kami (merujuk orang tertuntu) pakat insaf dan ambil iktibar sama-sama. Tapi yang paling jelas bagi aku, jangan sesekali berkata yang tidak baik tentang orang lain. (Aku harap peristiwa tu tak terjadi dan aku harap, ia tidak benar belaka). Kami sangat ghairah membuat andaian dan menganalisa yang tidak baik. Sampai macam-macam hinaan dan celaan kami lemparkan sedangkan kami tak tau pun apa sebenarnya yang dialami oleh orang berkenaan. Ya Allah, ampunkan aku dan kawan-kawan yang telah sewenang-wenangnya kami cela. Dan sejak detik itulah, aku dah janji tidak mau berkata yang tidak baik sesama manusia. Juga tidak mau menyakiti sesama manusia. Aku kesal amat sebab telah menuduhnya yang jahat-jahat. Dia barangkali tidak seperti yang disangka. (Dan aku masih ingat bagaimana kami semua menangis). Oh, tidak! Aku juga sudah berjanji tidak akan bercerita tentang ini lagi!
Okay. I've made up my mind.
Life bukan seperti yang aku sangkakan.
Life semakin hari semakin susah rupanya. Mungkin aku dah capai higher level. Oleh itu, game of life pon jadi lebih sukar. Aku impressed mendengar kata2 haikal yang mau bagi wang gaji pertamanya pada ma dan abah. Aku harap, aku juga akan lakukan itu. Tapi ayahanda suruh kami bayar zakat (sebagai kesyukuran atas pembukaan rezeki). Dan aku juga impressed mendengarkan kata adek, dia harap dia tidak cepat besar. Sbb dia mau terus duduk di rumah. Bukan seperti ayong, angah dan along. (aku juga harap itu.Duduk rumah, dan tidak berbuat jahat dengan orang yang tidak berdosa)
Yer, bukan seperti aku yan kini tidak punya banyak waktu di rumah!
Rasa baru semalam aku tinggalkan rumah sebab nak ke matrikulasi. Tapi ternyata dah hampir 3 tahun. Aku masih rasa tak betah tinggal jauh dari rumah. Aku rasa sakit. Rasa tak sehat tanpa keluarga. Dan sampai sekarang, aku masih tak faham... kenapa ada orang lebih senang menghabiskan waktu di kampus berbanding pulang ke rumah. Bagi aku, keluarga nombor satu. Benda lain nak hancur, musnah, lantak kau! Perkara paling menyeronokkan ialah berkumpul satu keluarga pada setiap hari Jumaat, dan biasanya selepas sembahyang Jumaat. Tapi aku jarang dapat menikmatinya sekarang :(
Baru semalam juga rasanya aku solat mohon petunjuk dari Allah... samada ada aku harus atau TIDAK HARUS bertemu 'seorang insan' ni. Dan sekarang, lebih 3 tahun ia berlalu. Aku sudah bersama insan lain. Dan apa pula kehidupannya, aku pon tak tahu. Dari situ, aku belajar sesuatu. Allah sentiasa izinkan manusia untuk bergembira dan bersedih. DIA selalu memberi apa jua yang manusia minta. Tapi DIA selalu juga berkehendakkan yang lain, yang bukan sebagaimana kita minta. Oleh itu, DIA menarik kembali apa yang sudah diberikanNYA. Dan aku yakin, dia menarik semula... kerana ada yang lebih baik buat aku. Tapi aku tetap syukur, kerna walaupun Allah tidak mengkehendakkan aku bersama dia... tapi Allah tetap beri aku sedetik bersama dia... sbb Allah tau... aku terlalu inginkannya. Dan kalau Allah masih berkehendakkan yang lain selepas ini untuk hidupku, aku akan terima dan aku tetap akan berterima kasih padaNYA.
Ya Allah..
Aku masih belum jelas tentang apa yang aku lalui.
Aku tak pasti kalau ini sememangnya apa yang KAU kehendaki, atau hanyalah sebahgian dari apa yang aku ingini. Kalau satu hari kelak, KAU bakal menariknya dariku, KAU berilah aku kekuatan dari sekarang ya Allah. Aku mau jadi anak yang sudah dewasa. Yang tidak hanya tau menangis. Aku mau jadi anak dewasa yang sudah tau erti REDHA. Sebab yang paling membelenggu aku kini, adalah perasaan. Dan perasaan aku selalu yang buruk-buruk tentangnya. Mungkin aku masih tak berkeyakinan... sungguhpun dah hampir setahun tempohnya. REDHA....
4 Congteng-conteng:
cuya suke posting ni...
kadang2 kita tak sedar apa yg terkeluar dari mulut kita...adalah lebih baik kurangkan bercakap...bukan berdiam diri atau menyendiri, tapi, bercakap bila perlu....
and yes...whatever it takes, family must come first...skang ni rasa sayang sgt nk jauh dari family...nikmatnya rasa bila ada dengan family...hargai masa yang ada dengan keluarga...
Hope that Allah sentiasa melindungi kita dari sifat yang tak baik... ;)
xleh nk view eh pic kat my blog?? erm, org lain leh je view....ada problem kot with ur server...
aku sendiri dah taktau apa sebenarnya yang aku inginkan dalam kehidupan ni...
dari segi relationship, pembinaan kendiri, semuanya lah..
LOST IN SPACE..
eh.. adakah apa yang saya tulis ni entry blog?? atau komen? apakah?
~hentah ler~ rasa nak buang blog sendiri.. rasa nak buat blog baru.. hentah ler~
Post a Comment