ke kantor lagi buat kedua kalinya. Tetapi dengan perasaan yang tidak sama dengan semalam. Semalam rasa
GEGAR! Gegar jantung, gegar otak, gegar badan, kaki, tangan dan sebagainya. Hari ini rasa
TAK GEGAR! Pastilah... mana boleh gegar setiap hari. Kalau hari-hari gegar, namanya parkinson la tu. Kau parkinson ke? Tak kan? Kalau tak, kenalah jadi manusia bertamadun. Manusia bertamadun kenalah tau tanggungjawap dan boleh menerima kenyataan walau seperit mana sekalipun.
Ya, seperti kondisi aku. Aku sedang menjalankan tanggungjawap aku sebagai khalifah bertamadun dan juga sebagai seorang dewasa sejati. Aku juga sedang bertungkus lumus belajar menerima kenyataan. Kenyataan bahawa aku harus ke kantor 5 hari seminggu, 9 jam sehari. Aku harus ke kantor! Ye, pak.. ke kantor. Dan melakukan tugasan2 macam arkitek profesional walaupon aku sebenarnya umpama daki-daki kering sahaja dalam dunia architecture yang agung. . . alahai.. setelah membaca kembali tulisan seposen dua ini, saya menyesal kerna menyamakan diri dengan daki-daki kering. Bukan itu maksud saya. Maksud saya... tak apalah. Saya tidak bermaksud apa-apa .
. *%$%@&*?X**Z^&#@#* ?????Hari ini seperti menampakkan sedikit cahaya nurani dalam kerjaya saya di kantor. Saya tidak lagi berasa mahu pengsan di tempat kejadian sebagaimana semalam. Mungkin berkat usaha saya tidur awal. Oleh itu, saya harus usaha lebih giat untuk tidur lebih awal. Tetapi sebelum tiduran, saya perlu melakukan hiburan malam dahulu iaitu berbual dan berkongsi asam garam kehidupan bersama yang tersayang. Sekarang barulah saya faham ertinya kesuntukan waktu dan tenaga. Saya hanya boleh liburan pada waktu malam yang singkat. Kualiti waktu siang saya sudah dirembat sehabisnya oleh kegiatan di kantor.
Kegiatan di kantor untuk hari ini agak aktif. Lalu memberi sedikit keterujaan. Saya memang gemarkan keterujaan. Dan saya juga berasa gembira kerna impian saya begitu cepat menjadi kenyataan. Ya, saya sudah mengambil alih pengurusan firma melalui rampasan kuasa.
HAR HAR HAR! Saya cuma bersenda gurau sahaja. Sebenarnya... impian sebagaimana yang saya suarakan pada contengan yang lepas telah pun menjadi kenyataan. Mari kita teliti apakah jenis kegiatan yang telah saya lakukan di kantor dan juga di luar kantor hari ini.
- disebabkan termakan kata-kata tidak benar ibunda, saya telah keluar dari kediaman tepat jam 8 pagi utk ke kantor. Bukan kerna ingin mengejar trofi pekerja terbaik (malahan tiada anugerah itu disediakan sama sekali oleh boss) , tetapi kerna mau mengelak kesesakan lalulintas. Saya tiba di depan batang hidung bangunan kantor saya tepat jam 8.15 pagi dan ketika itu suasana sangat aman damai. Sesuai bagi penggiat puisi. Maka saya bersumpah tidak mau mengulanginya lagi kerna saya terasa mau mati kebosanan akibat menunggu pintu kantor dibuka. Demi membunuh kebosanan, saya pun mengganggu kekasih dan mengadu domba padanya perihal saya pagi itu. Kekasih menghubungi saya dan saya pun gembira. Terima kasih kekasih. :p
- saya diberitahu oleh Ismail (arkitek kanan) bahawa saya akan dibawa olehnya bersiar-siar ke Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Selangor dan juga makan angin di Majlis Dewan Perbandaran Subang Jaya. Inilah yang saya katakan sbg impian menjadi kenyataan iaitu keinginan untuk ronda-ronda tercapai. Tak perlulah saya menjadi polis trafik untuk mengecapi kerjaan sambil berjalan-jalan. AHAHAHA. Saya ikut Ismail kerna boss mau saya lihat-lihat urusan dalam proses mendapatkan kelulusan bangunan. Walaupun saya menulis seperti seorang sengal, tetapi saya sememangnya punya minat untuk mengambil tahu. Walaupun saya kelihatan teruja untuk meronda-ronda macam polis trafik, tetapi sebenarnya saya mahu belajar.Kalau saya mau makan angin maupun bersiar-siar, saya hanya mahu lakukannya dengan kekasih. Iaitu dalam tempoh 2 bulan dari sekarang. Sangat lama lagi. Mati la i! Oyya.. bomba submission yang 4 set drawing tadi tu, sekurang-kurangnya ada campur tangan aku sket. Semalam aku lah yang buat correction tu. *kasihan bdk trainee.hanya melakukan kerjaan kelas bawahan tapi aku akur dengan kedudukan aku*
- Boss suruh Kak Liza memberikan tugasan membuat interior kepada saya. Saya membuatnya dengan tekun sekali. Tekun sehingga harus disuruh buat pembetulan beberapa kali. AHAHAH... biasalah tu. Kalau tak ada correction, namanya bukan architecture. Dan hari ini saya dapat satu pengetahuan am. Saya sudah tahu kenapa lecturer suka bersikap busuk hati dengan sering menyuruh pelajar2 menukar-nukar design macam tukar baju. Sebenarnya lecturer mahu berlakon spt seorang boss. Ye, boss saya begitu. Dia sama je macam lecturer *pulak dah.. td aku kata lecturer yang sama mcm boss*. Boss saya ambil pen merah, conteng2 drawing dan suruh saya betulkan. Memang sebijik dengan sikap lecturer. Bezanya, boss saya guna pen merah bermata halus manakala pensyarah saya menggunakan pen hitam artline point 6 bermata sebesar alam. Cuba teka siapa lagi kejam? Yer, jawapannya pensyarah, tepat sekali! Kwang kwang kwang. *saya tak suka sengkuang*
- Saya pulang pada jam 6.15 pm. Memandu pulang dengan kenderaan bertayar empat milik saya itu dengan gembira sekali.
Saya mahu tidur lebih awal. Pagi esok saya sudah tahu apa yang harus dikerjakan. Interior furniture yang boss suruh saya betulkan harus disambung kerjanya esok hari. Saya juga berharap, lebih banyak kegiatan bermanfaat yang direncanakan buat saya hari demi hari. Amin~
7 Congteng-conteng:
yaloh..hav to wait until 2 month lagi..very tak sabar also for me to going out jln jln with u..erm..wat to do?..
ya..now the time is like less n less..until no much time to talk with my honey d...but luckily we appreaciate every moment of it now..
lastly..kambatei lah..for tomoro...show ur "ability" again lah!..
ihihi.. gud that u wont b my blog-phobic anymore. ahaha. gud to know that u've got urself being 1st commenter on these 2 latest entries. i miss u ;-) wo ai ni ;-) remember the flowers!
aku x tahan ngan ayat *daki kering* tu. haha.. ntah aapa2 laa ko ni
sunggoh bahagia!
jeles i! i keseorangan neh!!
glad that ur training seems interesting...
aiyoh!! im being emo! naaah...baru brape hari...tak masyuk lagi i ngan opis tuh kan....
seriously!!!saya MISS kamu dan ainul adibah!!!!!!!
*sniff!
kamu tak NANANANA ke?
:p
Post a Comment