keadaan ketika ini : flu.Bad flu di mana aku pon naik lemas.
kesihatan : tak baik
mood : penat tapi agak best
lokasi : bilik tido yg sejuk...gigil
Aidil Adha dah lepas dah pon.Sonok je.Aku rasa sonok.Aku rasa sayup.Aku rasa terfikir-fikir, aku rasa bahagia dan aku rasa macam macam.Macam-macam ada...
Sonok - first time tgk org sembelih lembu depan mata.Horror engkau!Camner aku tak tgk.Satu, abah aku yg buat korban tu tuk kitorang sekeluarga.Keduanya, aku yg jd kameraman time tuh. Naik semput aku gayat kalau-kalau lembu tu mengamuk lalu menerkam aku yg sibuk mengangkut handycam.
Sayup - satu lagi hari bermakna tanpa arwah opah.
Terfikir-fikir - dah besar ke kami semua?Aku, adik-adik dan saudara mara.Semua dah beranak pinak.Dah ada keluarga sendiri padahal dulu...kitorang main kejar-kejar keliling rumah sampai aki bawak rotan nak sesah sorang2 barulah kitorang dok diam.Sekarang?
Bahagia - masih bersatu keluarga aku.Masih sihat aki dan maktok.Masih seronok bersama ma, abah dan adik-adik
Macam-macam- jeng..jeng..jeng..
Jln jam teruk gila.Pusing-pusing paler aku.Bayangkan...kuar umah kul 11 malam, kul 5 pagi baru sampai Johor.Perjalanan yang cukup hebat sempena musim perayaan.Aku tak rasa nak tulis banyak pasal raya sbb klu nak tulih, kebas lah jari-jemari aku.Yang aku nak cakap, raya ni best!
Sebenarnya lama tak balik ramai-ramai kumpul sedara mara.Sejak Kak Yong (kakak sepupu aku) dgn abang ngah (abg sepupu) aku dah kahwin, dorang dah tak balik kg sesama kitorang. Tok Mak pon jarang balik sjak arwah Mak Tok meninggal dunia.Cuma yg ada Lukman, Amin dgn Ya je.Tiba-tiba...pd hari yg mulia lg berbahagia tu,semua ada!Mak aih!Dah beranak pinak.Ramai sungguh bayi-bayi kecil yg melalak di sana sini dan di segenap ruang.Kehkeh...yg pasti, tak seorang pon drp bayi-bayi tersebut adalah anak aku.Wawawa...maka, terpikirlah akal bijak bestari aku ni..alangkah bagusnya jugak kalau aku ada anak. (gila ke apa?)Bukan apa, aku teringat balik.Dulu masa kecik-kecik, lebih kurang tujuh tahun yg lalu, kitorang still main nyorok2, mak2, kadang2 siap main doktor2. Tapi sekarang, generasi dah bertukar.Yang galak bermain dan buat riuh satu kg ialah anak-anak aku.Eh, dak aih!Anak-anak buah aku.=D Kak Yong dah ada 2 orang anak.Abang Ngah baru je kawin ngan Kak Ina.Uish..depa ni muda-muda dah menikah.Ni aku kecut ni.Sbb...
Satu mlm (hari pembakaran sate sekampung)... sedara mara belah aki pon mai lah umah aki. Depa dok terkejutlah tgk sumer sibuk mendukung baby, riuh layan anak piak menangis dan berbagai-bagai aksi supermum.Tup tup...sorang nenek ni dgn anak dia jeling2 kat aku.Ma pon sengih gak...
"yang ni umur berapa?" tanya dorang
"nak dekat 19", jawap aku yg payah sgt nak mengaku umur aku 19.
"Uish..dah ada calon ke?Bila lagi?," tanya org tua tu dgn susunan ayat-ayat tatabahasanya yg lancar dan lengkap.
Mak ai!Aku silap kasi umur ke, atau dia silap dengar?Umur aku 19 daa! Bukan 29 atau 39. Belom mau kawin.Belum!Belum!Seriau gila.Ni sumer penangan hebat sepupu-sepupu aku yg jenis kawin awal.Kak Yong tu umur 20 dah kawin.Abang Ngah 22 dah kawin.Angah pon sama gak.Sungguh gila. Aku pon nanti gila jugak ke?Hmm...insyaallah tak.
Ayya...wa tgk lembu, bukan usha lu olang maa!
entah camner, tetiba bdk dpn umah aki tu dok terbekenan nak kwn ngan aku yg ala-ala cannibal ni plak.Biaq betoi la angpa neh.Aku bab layan2 org ni mmg fail.Aku cuba try dah layan orang kasi best punya, tp selalunya fail jugak.Maka...tiap kali dia sms aku, aku tak reply.Sbb aku bohsan! Aku bohsan bukan sbb aku x berkenan nak kawan ngan dia, tapi memikirkan hubungan keluarga yg dekat sejengkal je ngan dia.Dia punya family bkn org lain ngan family aku.Mana leh dia nak lelebeh ngan aku.Ni aku runsing rasa nak baham paler2 gajah.Uhuhu... "awk ni dah ada ke?" tanya la brader ni yg namanya Eddy (dia yg ckp nama dia Eddy). Aku pon biol sebentar. Ada?Ada apa? Babydoll ke?Uish...Babydoll ada... "ada ke?," tanya dia lagi time dia call aku ptg smlm.Terkial-kial aku sorok enpon takut abah nampak.Kang aku lak yg kena sambar petir. "ada? eh, ada....banyak!," jwb aku spontan.Byk la aku punya banyak! Maka, brader tu pon kedengaran gelak2.Alahai, tak kuasa aku!
Dah la asyik msg, msg, msg....naik gegar telinga aku.Miskol nya jgn cerita lah.Sampai abah pon geleng paler.Masalahnya, mak,atok nenek dan sekelian ahli keluarga aku kenai benar ngan brader ni.Menurut cerita bundaku, dia nilah bdk yg slalu azan kat surau sebelah umah atok aku.Wah, alim warak! Kata ma lagi, mukanya manis... (cam gula-gula kapas tak?) Adik-adik aku sumer kenal dia.Aku je tak cam dia yg mana satu.Adik dia, kakak dia ngan parents dia aku kenallah.Dia...sorry la brader.
Tadi time aku on the way nak balik KL dr kampung, dia call la pulak.Time tu dah la kitorang sebok pasal tayar kereta abah pecah.Dasat sungguh bunyi dia.Horror!
"nak tanya skit ni...jgn marah heh," -brader tu
"hmm.." - ayat biasa, pilihan nombor satu aku bila aku tak ikhlas bercakap.
"dulu...awk nampak lain.Skang lain plak...naper heh?,"
"lain?Lain apa?," aku cam budget marah la kunun.
"tak la..dulu...arr...dulu...kurus, kecik je...skang...arrr...," aisey, brader ni takut kat aku ke?
"Skang apa?," tanya aku dgn garangnya.Sgt garang.Ihiks...aku tau sebenarnya apa dia nak kata.Ayat biasa.Ayat yg menyakitkan hati dan psikologi aku.
"skang...hmm...paham-paham je lah..." sib baik brader ni pandai jaga bahser.Kalau dia sebut aku ***, siap la dia.Paling bengang bila Trex ejek aku ***.Nak je aku simbah ngan air kapur.
"Owh..paham-paham...." aku maleh nak layan dah
Dan kitorang pon boraklah ngan pilunya sbb dia sorang je semangat nak ckp.Aku byk kata hmm...ha... ok.. oh.. (betapalah aku x tau nak kata apa dah)
Sebut pasal bab *** ni, aku bengang ngan Adi jugak.Suka suki dia je msg aku mlm2 masa raya tu semata-mata nak komen pasal badan aku yg dulu ok, pastu *** sekarang ***.Gila ke apa? Aku marah ni...aku marah tau (baca ngan marah).Aku tak tau apsal semenjak aku dok matrix ni aku jd bertambah maju dan terus maju jaya.Aku tak tau nak kontrol camner dah. Tak pe la, yg penting aku tak perlu diet yg hanya susahkan kepala otak aku.Tak per la...nak buat camner. Bukan teruk sgt pon, cuma mata dorang je tak betul memandang pd posisi dan fokus yg salah. Huwawa....
Huh, aku dah tak larat.Sambung nanti...
Nite all...
1 Congteng-conteng:
Post a Comment