Diary : hari ni,aku masih lagi bergelar aku dengan perangai yang sama.Perangai yang aku maksudkan ialah 'ketidakupayaan bgn pagi'.Apa nak buatkan, sumer orang ada kekurangannya tersendiri.Jangan salahkan aku.Sebab mengikut pengetahuan Biologi aku,hormon jugak memainkan peranan dalam menentukan kadar kemalasan. ngeh..ngeh..ngeh...
Semalam : Kuar makan ngan family kat area Bandar Baru Ampang sana.Dahlah service bukan skit punya lambat.Dari lapar jadi kenyang aku menunggu.Sementara bosan tunggu order tu, Dek Kal bukaklah cerita pasal pagi semalam.Kisahnya adik aku yg dua orang ni (Dek Kal ngan Ijat) kena serang ngan sorang mak budak Indon ni.Heran gak aku kalau-kalau ada Indon berani dtg umah aku nak buat serangan.Ahak...kebetulan pulak Dek Kal tengah basuh motor.Dengar je orang bising2 kat luar pagar, adik aku mula panas telinga.Disergahnya mak cik tu...lari terus tak cukup jalan.Mana tak nyer, adik aku dok sound dia... "woi, apa bising-bising?Jangan cerita banyak, balik ajar anak dulu, pastu baru dtg sini bawak parang ke, senapang ke.Kalau ada bom bawak sekali," jerit si Dek Kal.Adik aku yang bernma Haikal ni memang hangin punya kaki.Lagipon anak makcik tu yg carik pasal,dok baling adik aku tak pasai-pasai.Apalagi,sarapan pagi makan penampar adik aku lah (penampar Ijat)Dengarkan citer tu, aku gelak je la.Persoalannya, dimanakah aku ketika itu? Jawapan : aku belum bangun tido! yes lah!
Tengah cerita2 tu,aku ternampaklah pulak sorang mamat ni.Eh, cam kenal.Aku tengok lak mamat satu lagi yang dok sebelah dia.Eh, cam kenal gak.Aku tengok pulak bdk pompuan yang mkn semeja ngan dia.Uuuu...Lala...sememangnya kenal.Budak sekolah aku dolu-dolu.Klasmet Aiza.Woah.. bercouple rupanya bdk 2 orang tuh.(Aizar yg bitau)Alahai...
"semakin dekat kita dengan perempuan, semakin jauh kita dengan Allah" Ini adalah kata2 sorang budak lelaki yg tak aku kenali.Cerita ni aku dengar dari Athirah.Dengarnya budak lelaki ni kunun2 tak ske nak dekati perempuan. Tak salah gak klu aku kata dia ni cam ANTI PEREMPUAN. Aku tak puas ati betul bila ada pertubuhan anti perempuan ke,anti lelaki ke...Tak payah nak beranti-anti.Buang karen.Disebabkan aku betul2 tak puas ati, aku akhirnya dah dpt jawapan terbaik tuk aku jawap balik prinsip lelaki tersebut.Bila aku tanya abah pasal kata-kaa tu, abah terus je jawap.. "semakin lelaki itu menjauhi perempuan, semakin dia menjauhi nabi.Sebab nabi bersabda,mereka yg tidak mahu mendirikan rumah tangga itu bukan umat baginda" Dan akhirnya aku lega... Dan aku harap aku ada peluang tuk menjawap kata-kata tu.
1 Congteng-conteng:
Post a Comment