Lagu nasyid as permulaan...
"...sekiranya kumendapat pengganti...
ku harapkan insan...seperti mu oh kasih...
banyak membantu dan mendorongku...
menjadi hamba yang taat kepadaNya..." -D'Hearty, Inspirasi Hati
Bismillah...
Diary hari ni : bangun pagi (sebetulnya pagi).Ma kejutkan sebab harini aki ada kat umah.Kenalah aku berdrama yg aku ni sikit sebanyak cucu kebanggaan yg jenis bangun pagi.Crazy me!
Breakfast - disorong nasi lemak lauk sotong.I say no!Sotong cam catalyst yg mempercepatkan tindak balas alergik.Gatai naa...Aku makan nasi lemak rendang ayam.Aku suka nasi lemak.Sangat suka nasi lemak.Sangat sangat suka nasik lemak.Kalau tak,tak delah aku sanggup bersengkang mata bangun pepagi hari sabtu n ahad bila kat hostel.Semata-mata nak mkn nasi lemak.Pas makan nasi lemak, gerenti main 'pengsan-pengsan' sampai ke petang.'Streamyx' abis! Lagipon lidah melayu aku ni, cam tak ori sangat.Lidah melayu yg tak leh kena pedas.Mau meraung aku...jadinya aku takkan sesekali sentuh makanan pedas walaupon pedas sikit.Maka, aku terkenal kat cafe kolej as student yg slalu order menu 'TPL' (Tak Pedas Langsung).Abang Mail sangat memahami sanubari dan selera makan aku.Tsttt... =D
Sebelum waktu Zohor aku dengan adik ikut ma pegi lawat Mak Cik Salmi ngan Cik Ida yang baru pas dapat baby gurl! Eii...dapat baby! Oyeyeah...jadi bonda. Boleh jadi supermom!Waktu beli-beli hadiah tuk baby-baby tersebut, aku rasa terangsang gila.Bukan terangsang apa daa...terangsang tengok baju baby.Kalau aku ada anak, musti aku blanja sampai pengsan laki aku tuk shopping barang baby.Wakaka...(sian future husband aku).Tapinya aku ni sebenarnya TAK SUKA BABY! Huh???!Apa kesss?? Kata president kelab Superbonda.Ekeke...aku memang bukan jenis yg pandai layan-layan baby.Aku pon nyampah ada adik kecik.Aku tammo adik baby lagik!Sbb aku tak pernah ada pengalaman jaga adik yg masih baby.Last aku ada adik time aku 7 tahun.Waktu tuh, aku pon air liur meleleh lagi, camner nak jaga adik.
Tak bermaksud aku tak nak anak.Nak....nak..nakkk!!Anak sendiri lain kes. Buat kata ma.Bila dah namanya anak kita tu,naluri keibuan tu buat kita sayang sesayang-sayangnya.Wachaaa...!Aku ni maternity psycho ke apa?Ke mmg dah buang tebiat asyik pikir pasal bonda and baby.Okay...tanak cakap dah pasal cita-cita menjadi supermom.
Anak cik salmi.Comey.Kecik molek.Nama Balkis.Cam nama anak Cik Nizam je.Anak cik ida pulak nama dia...oh, lala!Otak tak boleh proses data.Tak ingat.Nama panjang berjela-jela.Aku rasa nama panggilan dia Izwa.Ops, ni cam nama sepupu aku laks.Apa-apa la.
tamat diary harini.
Cerita kosong.
Dapat hobi baru.Kepala aku ni asyik teringat Ali Cafe je.Tiap kali ingat Ali Cafe, aku ingat adik del.Then aku ingat 'jari pusing-pusing' (trademark Ali Cafe). Pastu ingat Anuar Zain ngan Farah.Ali Cafe!
Gembiralah main pusing-pusing jari sambil sebut Ali Cafe.Mula-mula aku taklah ghairah sangat ngan benda alah ni.Tapi bila aku jumpa adik del time cuti ni, dia tak sudah-sudah ajak aku buat camtu.Dah jadi sronok plak.Gembiralah... Ali Cafe!Pulak tu adik aku yg dua orang ni, yg spesis kekanak riang ria disney ni ajar aku test power 'mamak-mamak' kat kedai mamak.
Ijat pernah skali test power sorang mamak tu.Time jalan depan satu kedai mamak, nampaklah sorang mamak ni tengah layang roti canai.Layang? Layang ke? Layang-layang...uhuhu..bukan daa... Correction : mamak tengah tebar roti canai.Ijat Dut Dut pon lekas-lekas memulakan aktiviti test power mamak tuh.Dia pon 'main pusing-pusing jari' cam yg Anuar Zain ngan Farah buat dalam iklan tv. First-first dorang evaluate mamak tu lampi.Then dia pon kata mamak tu fail. Tak cukup power.Tetiba mamak tu geleng kepala dan jerit..."tarak..tarak..!," apalagi, mengekek besar lah adik aku tuh.Ceh, ternyata mamak tu educated gak.Paham pon dia simbol Ali Cafe.....
Ali Cafe!!!!
Aku - leteh
Aku - nak santai
Aku - nak baca komik (miss impiana punya)
Aku - nak berenti tulis
-abis-
0 Congteng-conteng:
Post a Comment