Sejak kebelakangan ni, dah mula jadi insan eccentric yang tidak center baik pemikiran, maupon perlakuan. Risau la aku dengan radang emosi yang kadang2 menyerang hebat sampai aku rasa terkorban beberapa ketika. Yang aku perasan, aku dah mula mengamalkan beberapa perlakuan aneh yang agak songsang dengan amalan silam aku. (errr... bunyi semacam pulak) Bukan! Bukan serius sgt. Cuma cara aku olah ayat je buat kondisi aku kat sini macam betul-betul kronik.Padahal masih seimbang, cuma tak center sahaja.
Aku dengan sendirinya dapat kesan kalau ada yang tak kena dengan diri aku. Misalnya, aku semakin sukar bercampur-gaul dengan masyarakat atau senang kata, ANTI-SOCIAL. Biasanya, aku bukan jadi anti-social secara semulajadi, tapi mmg aku maukan nyer! Ini mmg antara petanda paling besar yg ketara setiap kali ada yang tak kena dengan diri aku. Semalam, aku mula perasan lagi satu perkara tentang aku. Bila aku runsing, aku makin kerap ikat rambut, lepas. Ikat rambut, lepas. Sampailah aku kehilangan beberapa bijik pengikat rambut. Stupid kan? Mmg bunyinya agak kebodohan tapi itulah yang aku katakan sebagai eccentric tadi. Selain tu, bila aku diserang kondisi tegang jangka masa panjang, biasanya aku akan carik sesuatu untuk dilakukan. Sesuatu yang aku tak pernah, jarang, atau tak pernah langsung terpikir untuk dilakukan.
Okay!
Dua hari lepas aku pergi saloon. Bukan setakat trim rambut, tapi jugak potong banyak-banyak yang aku tau akan kena baham dek abah (since abah pantang aku potong rambut). Biasanya aku takut nak kerat rambut. Tp kali ni aku lakukan dengan senang hati sekali. Ketika ditanya oleh sorang amoi kedai Wella tu samada aku nak treatment biasa atau yg professional, aku dengan pantas sekali menjawap, aku mau yang paling bagos! Dan yes! Aku masih lakukannya dengan senang hati sekali. Tanpa memikirkan risiko juga, pada saat terakhir sebelum berambus dari saloon tu, aku boleh terlintaskan satu idea yg tak berapa seimbang. Aku suruh amoi tu kerat rambut depan aku secara serong. Ngam! Aku tak merancang, tapi aku tetap berpuas hati dengan semua perlakuan spontan yg menenangkan jiwa itu.
Semalam aku buat rawatan resdung pulak!
Bukan sbb aku ada masalah resdung
Bukan jugak sbb aku merancang.
Tapi aku lakukannya sebab aku mmg nak buat sesuatu yang tak pernah aku pikirkan.
Dan aku suka!
*senyum-senyum-senyum-senyum*
Rawatan resdung itu sangat menenangkan minda. Aku suka tangan uncle tukang urut tu. Lembut. *OMG!* Dia dok perati dahi aku dan dok 'membaca' lah sikap aku. Btol pulak tu! Tak boleh jadi btol. Katanya...
Aku dalam kondisi tegang! Tekanan kerja, komitmen dan hubungan dengan persekitaran buat aku serba tegang. Dan melakukan sesuatu yang kontra dengan kelaziman adalah cara terbaik untuk aku atasi semua ketegangan. Frankly said, aku rasa seronok melakukan perkara-perkara yg songsang dari kebiasaan. Kalian cubalah!
Talian terputus. Aku tau talian dah lama terputus. Tapi kenapa ada masanya aku sebok lagi nak mengendeng-ngendeng ke arena 'patah hati antarabangsa' tu? Aku nak sgt ke masok gelanggang patah hati? nak sangat ker? TAK NAK LAH DOL! Abes aku nak apa? Aku nak tengok je. Aku cuma nak amek tau dan tinjau-tinjau keadaan semasa. Since memories cannot erase.
contengan picisan : aku dlm keadaan anti-social. aku hanya berminat dengan teman-teman dan kenalan rapat sahaja. hentikan kerja-kerja memicit 'BUZZ' dan hentikan hasrat-hasrat mau ber'chattingan' dengan aku. Kecuali kamu seorang teman rapat yang sgt aku butuhkan setiap masa dan ketika. Daa~
20 Congteng-conteng:
waa.. sronot ar ko diurut2 ek.. pehal ko skrg? anti-social? patut ar poyo je xde borak2 dlm ym lg..
* aku bukan tman rapat mu.. sedey.. huhhuhuhu
nash - engkau tetap kawanku... jgn ko berkecil ati. :p
take care...
*aku terbaca idea ko utk privatekan blog ni... aku sbg pembaca setia tak setuju 200% kalo semua itu ko buat semata2 sbb kene spam ngan manusia2 yg tak bertamadun itu... sblm ni ramai je yg dah kene... bukan ko tak tau org zaman skang ramai yg gila akibat stress... tp kalo ko nk privatekan gak, aku tak de hak nak halang... :(
dia plak main masam2...
hahahahaha~
kalau chika nak private.. i pun nak private gak!!
kah kah kah!!
aku saje je..
_nile_
erm kamben pun skang ni berada di arena anti social dan mood yg tak baper nk seimbang..suka suki nk marah lalu diledakkan kemarahan itu di rumah...kecian kat warga rumah tekena tempias mereng ni..ermm cumenyer kamben takle samapai membuat sesuatu diluar perancangan..mungkin dah tiada daya kut..ugh terpanjang lak menaip ni..ok la chika..taking care..mungkin kamben leh ikut care chika melepaskan tensi dgn buat sesuatu yg tak pernah dibuat..hmmm..
pengantin baru, pengantin malu.
duduk bersanding, tersipu sipu
ahaha...
ekekek....i think kan...
hmmm....i think kan....
hehehe...
tammo cakap lah....nanti yu marah aii!!!!! ^_^
sedang bercinta rupanyer..
kisah hot ni...
adian.. apa lg.. bongkarkan... haha
-mrkay-
eh, adakah ko mahu menerbitkan novel ketika ini?? baik x yah. nnt kite jd makin biol. c
kup la dgn kebiolan yg ada nih. x sanggup nk jd samdol, sewel, dan biol sekaligus setiap masa.
Post a Comment