Awww! Igauan ngeri. (nightmare kata omputeh)
Aku terpikir jugak.... kalaulah aku ni ada mulut...
Tapi tanpa suara.
Awww! Trauma! Trauma!
Sememangnya aku seorang manusia yang menghargai kehadiran mulut.
Saya sayang mulut.
Mulut membolehkan saya bercakap macam-macam. Spt seorang yg hebat.
Mulut membolehkan saya menengking manusia-manusia yg tidak digemari.
Mulut juga membolehkan saya membuat aksi 'muncung' supaya manusia yg tidak digemari mendapat signal kebencian saya terhadap mereka.
Mulut membolehkan saya menyanyi kerana gembira, dan menangis kerana duka.
Mulut juga membolehkan saya kehulu kehilir menghasilkan bunyi-bunyian penyeri alam.
Dan khidmat terbaik mulut adalah membolehkan saya makan kesemua jenis makanan lazat dan berkhasiat (dan tidak berkhasiat juga)
Tapi kadang-kadang, aku rasa nak lempang mulut yg byk berkhidmat ni. Rasa nak tanggalkan dan buang dalam tong sampah di luar pagar. Lagi menarik kalau aku memiliki mulut yang boleh pakai buang. Pakai bila perlu, dan buang bila tak mau. Oh... hina dan dina berkata sebegini. Seperti tidak mau bersyukur. Astaghfirullah. Kamu dun worry lagi! Aku sekadar menyonteng rasa yg dlm. Kamu pon lagi tau kalau aku tak akan boleh melakukan kesemua imaginasi tingkat tinggi sedemikian rupa.
Aku bual apa nih?
Aku bual-bual kosong!
KOSONG itu maksudnya tidak punya isi.
Jadinya, contengan kali ini adalah sia-sia belaka.
Aku rasa tertekan dan saiko tanpa dapat berbual-bual.
Sekarang aku betul-betul tak pasti, samada aku punya teman berbual atau tidak.
Keindahan hidup adalah ketika berbual-bual.
Aku suka berbual.
Aku rasa mau berbual panjang dgn seseorang.
Lagi enak... kalau aku mampu temukan seseorang yg bisu tapi boleh mendengar.
Nanti aku dapat berbual seghairah yg aku mau. Dan tentunya dia akan mendengar seghairah yg dia mau juga.
Sebenarnya, aku rasa runsing bila ada sesuatu yg nak aku cakap, tapi tak termampu-mampu. Bukan sbb aku tak berani, tapi aku tak berpeluang. Bengangnyer! Rasa nak sepak semua batu-batu di jalanan sambil menyonyot ais krim malaysia doposen. Agak-agak dah berdepan dgn manusia yg tak digemari, bolehlah aku menendang batu-batu tersebot ke mukanya. Tentu insiden ini menarik jika direalisasikan. Haaaaa! Aku berfikiran jahat lagi!! Tapi aku tak kira, aku mau sambong angan-angan jahat aku.
Kalian pernah dengar tak cerita pak pandir? kancil dengan buaya? gadis penjual susu? AHAHA... kesemua itu merupakan cerita kegemaran aku. Apa yg nak aku bualkan kali ni, tak ada kena-mengena dgn cerita-cerita tersebot. Tapi manusia yg ingin aku bahankan malam ni, boleh dikatakan memiliki separa sifat Pak Pandir (yg bodoh-bodoh alah). Juga separa sikap Kancil (yang cerdik tapi menjelikkan), juga sikap Buaya (yg buas tapi mudah dipermainkan). Dan paling sensasi, memiliki sikap Gadis Penjual Susu (yang ambitious tapi hampassssss pon tak de). Aku kasihan pada si MANUSIA itu. Aku mau bantu dia, mau hulur tangan menyelamatkan dia daripada kesemua 'sifat-separa' itu, tapi aku takot tgn aku kotor dan menjadi jijik kelak. Lagipon, aku dah mula mual dgn perlakuannya akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi setelah seorang manusia lain (yg sgt byk merugikan peruntukan masa aku) semakin ghairah membantu Si Separa itu. Bak balik semua masa yg dah aku korbankan! Ganti balik masa aku! Ganti! Tiba-tiba aku rasa seperti menjadi mangsa keadaan. Aku tak suka jadi mangsa, sbb aku lebih biasa menjadi pemangsa. Tapi berada di kedudukan sbg mangsa tidaklah seburuk mana. Malah terasa spt seorang gadis baik-baik yg teraniaya dan mendapat sanjungan masyarakat suatu ari nanti. (maka aku yg kununnya menjadi mangsa ni pon tersenyum kepada semua orang jahat yg menganiayai aku.Berlakon innocent la konon)
Tentu masyarakat setempat menjadi tertekan kalau aku berubah menjadi seorang gadis yg sgt baik dan pendiamkan? Tentu semua orang tidak senang duduk, malah akan hingaq berteka-teki tentang kebaikan dan sifat diam aku. Apa aku mmg bukan orang baik? Bukan ke? Kalau benarlah bukan, satu hari nanti tentu aku akan racun semua orang! Jaga kau! AHAHA! Aku sudah bosan mau dengar sana-sini orang dengkikan aku yg tak punya apa-apa ni. Aku dah penat nak telan kata-kata org yg menuduh aku sombong. Aku muak! Sekarang, semua orang boleh kata apa-apa je mengikut keselesaan mereka. Aku sudah immune.
Kedengaran macam seorang gila kan contengan aku kali ni?
Dah la.
Orang gila tak boleh berbual lama-lama.
Orang gila tak boleh keluar mlm.
Aku cabut dulu!
1,2,3.... cabutttt!~
14 Congteng-conteng:
aiyoks..so hati2 ngan mulut anda
chii - kerana mulut, dpt makan yg enak-enak juga.
nash - lebih baik tulis, drp serang org depan2 sampai boleh bunuh org secara psikologi. aku dah kena byk kali. so, aku tgh cuba sedaya upaya, nak buang sikap bunoh org depan-depan. aku harap, dgn menulis dan lepaskan geram aku ke muka beylo ni, aku boleh elak menyakiti org terang-terangan. aku tammo sakiti org. sakit wooo rasanya disakiti.
sedang merapek rupenyee..
*matilah kene marah dek chika..
*aku x kuat lari!!
Aku cuba diam, tapi aku tak boleh diam, kerana ada naluri untuk berkata.
Zaman dulu-dulu, hanya mulut sebagai alat utama untuk berkata dan berkomunikasi. Zaman sekarang dah ada banyak kemudahan untuk meluahkan isi hati.
Ada masanya, jari lebih banyak berkata, lebih selesa berkata.
cyclips - sy tak ganas, tak lemah lembut jugak... huwahuwahuuu... saya suka cakap! :-s
nash - aku pon tak kauat lari. tapi aku kuat melarikan diri...
akimanikki - cakap dgn jari kadang2 lagi puas. tak payah guna byk tenaga utk menjerit. tak payah jugak org sakit telinga nak dengar....
kekadang, apa yang ditulis seseorang itu menunjukkan sifat dan pemikirannya. pandangan orang terhadap penulis itu terhadap apa yang ditulis.
Post a Comment