Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, July 08, 2006

Penat menternak & cucuk tanam

sebelom breakfast

Pagi tadi, ibubapa bersepakat menyindir aku. Ibubapa belom lupa tragedi tu. Ibubapa masih mengungkit benda gila tu. Tapi aku tak terasa apa-apa sgt. Sebaliknya aku rasa lega sbb sekurang-kurangnya aku tau, sekarang ibubapa tidak marah lagi malah menganggapnya lawak jenaka semata-mata. Aku rasa bahagia skali kerana mampu membuat lawak tak tersengaja itu lalu membuatkan ibubapa (juga adik-beradik) bergelak sakan pagi tadi.


Bunda : Isi minyak kete blom?
Ayahanda : Dah.
Bunda : Bukan kete awk, kete anak awk.
Ayahanda : Oh, kete dia? (sambil seblah mata jeling ke aku yg tersepok tepi pintu tadah tgn kauk sindiran)
Bunda : Ye la. Ahad ni da nak balik ukm. Jgn kasi dia isi minyak lagi!
Ayahanda : Hmm..kete dia tadak hal. Pakai minyak murah je. Kete dia pakai Diesel.. canggih! Isi RM50 satu tong besar Diesel boleh dapat...!
Aku : *terkedu. langsong diam. Rasa cam tercekik tulang*
Bunda : AHAHAHA! Ha ah, lupa plak ... dia pakai Diesel... murah....
Ayahanda : Jap lagi pas sembahyang Jumaat saya isikan Diesel penuh-penuh.
Bunda : HAHAHA!


Suara Puaka Menyampok : AHAHAHA!


Tiba2 ada suara puaka tumpang gelak. Aku yg tadi diam sbb terasa cam tercekik tulang pon apalagi, terus jadi wrestler amatur dan ligat je kasi debik laju-laju kat badan 'sehat' budak tu. Kalau ibubapa mau main sindir-sindir... silakan. Tapi kalau budak Del tu, mmg mintak kena debik ar jawapnya. Selamba mak minah je dia join sekaki sketsa sindir-menyindir ibubapa.


Haizdel si tumpang sekaki : Abah takyah susah-susah isi... biar adek isikan. Adek isi minyak.... rambut adek! Huah huah huah!!!


See! So, tak salahkan kalau aku bagi dia breakfast makan debik aku sesuap dua pagi tadi? Tak salah kan? *beylo : haa...tak salah... tak salah....*



**********

Selepas Breakfast.

Di sebuah stesen minyak berhampiran kediaman aku....

Haizdel si batu api : Abah, salah lah!
Ayahanda : Salah? Apa yg salah?
Haizdel si batu api : Bukan kat sini... abah patot pegi kat pam Diesel, belah sana!
Ayahanda : Eh, btollah... ni kete abah. Kete abah pakai Petrol je. Tak canggih cam kete org tu.
Bunda : Tah adek ni. Ni kan kete abah. Kalau kete orang tu barulah pakai Diesel. Kete kita mana canggih cam kete dia...

Aku : *berbulu*

Ayahanda : Dah takde dah zmn skang ni kete pakai Diesel. *abah mula siyes*
Haizdel si batu api : Adalah...
Ayahanda : Eh, ha ah.. abah lupa. Adalah... *abah kembali tak siyes*


Aku : *Berbulu-bulu*


Sumpah! Kalau bukan dek kerana keterpakasaan di hari muka, aku takkan sesekali isi minyak kete dgn tgn aku sendiri. Duit pon sep! Huh!


Untuk yg rabun-rabun ayam, masih samar tentang cerita ni, sila rujuk TRAGEDI ini. Tentu faham. Tentu kalian juga rasa ghairah mau sertai kelab sindir-menyindir yg diasaskan oleh ibubapa aku. Sapa join kelab tu, aku racun dia! AHAHAH!


**********


Aku rasa tak bermaya beberapa hari kebelakangan ni. Bukan demam. Sehat walafiat. Ah, aku ni cakap macam orang bagus-bagus je. Padahal aku tau sebab-musababnya kenapa aku hilang mood beberapa ari ni.

  1. Semesta baru dah nak mula. Cam bese. Pas lalok cuti lama-lama...duduk goyang kaki atas sofa sambil kunyah makanan-makanan enak, sambil nyonyot eskrem batang... mmg aku akan liat nak kembali ke rutin kehidupan student yg hyper-bz. Tp aku tak kata aku tak suka nak sambut sem baru! AKU TAK KATA! Aku cuma saja suka nak bebel percuma. Tapi sungguh, bik! Aku rasa sgt malas nak mulakan kembali kesebokan hidop lepas lama berpeleseran di rumah. Habis arrr!!! Pasni dah tak dpt follow drama Malin Kundang. Kecundang ar aku jawapnya.... Chika Kecundang!

  2. Badan aku rasa sakit-sakit. Maybe posture yg salah kot. So aku rasa tak bersemangat. Waktu-waktu sakit badan camni, tingat plak kepala hotak ni ke kampong halaman. Kalaulah kat kampong, kata sakit sket je, sure mencecet lah ada tukang urut mai umah maktok aku panggil. Orang KL urut tipu-tipu. Setakat urut pegang-pegang, aku pon boleh! Pegang sana, pegang sini... dah kena lima puloh hengget. Tuih btoi la!

  3. Aku rasa tak sehat sbb psikologi aku terganggu oleh beberapa perkara. Tak mau cerita. Tapi aku letih btol melakukan beberapa usaha murni ni yg nyatanya tidak mempan. Huh, percuma aja deh gwe lakuin itu ini! Capek! Capek tau ngak???! Aku rasa, apa yg aku baca kat horoskop Friendster ngok tu, ada btolnya jugak. (dun get me wrong. aku bukan peminat setia horoskop). Tapi tak salah aku ikut kan apa yg dia nyatakan. Something like this : Apa yg aku usahakan dah cukup. aku patot berhenti skang dan bagi laluan utk pihak lagi satu utk bagi komitmen pulak. Umak aih! Sakit perot aku bila ada pihak kedua yg terlibat. Eh, ni kes apa plak yg horoskop tu bualkan ni? Siap ada pihak kedua plak....

Dearest Beylo : aku lama tak ngadu domba ke kamu kan? aku pon dah jarang jenguk-jenguk kamu. Aku sgt tak bersemangat skang ni. Harapnya naik sem baru isnin ni, aku tak berterusan dgn mood 'anti-social' aku ni. Tah dari mana plak aku dapat mood ni. Tp aku rasa, lama jugak aku ber'anti-social'. Satu je yg aku nak bitau ko Beylo. aku rasa letih yg sgt. Padahal aku tak buat apa-apa pon. Aku tak bercucuk tanam, menternak biri-biri maupon bersawah bendang... aku cuma terkinja-kinja menikmati cuti bersama keluarga sahaja. Hang out di luar jugak tidak. Semua xtvt indoor je.Tapi aku rasa letih. Sbb pikiran aku penat kot.


nite, Beylo. Aku sgt ingin nak memicit sms... lontar 'gud-nite' sebijik dua ke sesiapa. Tapi aku sgt bencikan henfon buat masa ini. Henfon dah mcm musuh ketat aku sejak 2 hari ni. Mungkin sbb terlalu mengharap enpon akan berbunyi (tapi enpon yg ditenung, takkan sesekali berbunyi iya kan?). Tapi malangnya.. dia dah rosak! Dia tak berbunyi pon! Dia langsong tak keluarkan apa-apa bunyi. Iya kan dia dah rosak?? Kalau aku beli enpon baru pon, tentu enpon tu rosak jugak. Sbb enpon milik aku takkan sesekali berbunyi ketika ini. Aku tak tau kenapa. Kenapa? Kenapa enpon yg namanya kepunyaan aku semua rosak tak berbunyi? semua tak berbunyi dalam minggu-minggu ni. Kalau berbunyi pon, bukan bunyi yg aku mau. Bunyi alarm yg paling hina je dia kuarkan. Rosakkan enpon aku? Rasa nak baling! *eh, sayang... beli mahal...* Ketok pon jadilah! Nak blah. Nak pegi ketok henpon kasi berbunyi.Kalau selama ni dia tak berbunyi-bunyi tanda ada panggilan atau sms best, sekurang-kurangnya mlm ni aku nak bagi dia kuarkan bunyi kena ketok.

Selamat kena ketok!
 

20 Congteng-conteng:

Blogger Adian conteng...
kalu org xbermaya nk stat keje lepas cuti hujung minggu panggil monday blues, ibu baru bersalin yang murung plak panggil baby blues/saintifiknya postpartum depression, kalu cam ko ni die pre-semester blues agaknye. ahahaha... aku pun rase camtu gak sket2. rase sedey2 cam xkan balik ke umah ni lagi. wah statement.
2:56 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
kena sindir ngan orang tua eh??. takperlah.. nak wat camner.. tapi batu api tuh?. memang nak cari nahas. Nak join club leh?. Saya expert sindir-2 nie. Adik saya sampai nangis tak tahan mental kena sindir. hahahahaha
2:58 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
sgt x ske kalo kena perli cam tu..pernah gak kena camtu..tp bkn family la, member2
pastu ade la plak sore lalat kt blkg yg nyampuk..adeih
5:30 AM  
Blogger Amanitium Cho conteng...
Aku : *Berbulu-bulu*


haha, tak berbunyi ke telefon bimbit tu? meh nombor telefon, nanti berbunyi a telefon bimbit tu, jangan bagi nombor telefon stesyen minyak sudah lah. hahahah!
7:00 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Tutup la kisah DIESEL tu....
I guess you had enough.....
Kesian pulak bila baca....
8:22 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
adian - tatau plak aku ko tau nama postpartum depression tu. ahaha... biasa alami ker? :p aku mmg Queen of Monday Blues! Baby Blues blom agi. Tapi Pre-sem Blues tu... huwaa! aku nyer blues lg dasat dr tu. Esok akan pulang ke Za'ba setelah 2 bulan. Zaaaaabaaaaaaa!!!!! mishing...mishing...

irwansyah - tabaik aniaya golongan adek2... uhuhuh... enuf..enuf .. ehehe

chii - oh, klu memeber2 yg wat gitu.. mmg lama dah ada yg terkorban makan racun. :)) ahah

amanitium - biarlah dia kat situ membisu lama-lama. lgpon klu dia mula berbuynyi, boleh gila dibuatnya kepala ni.

kaloizz - tapi sy tak tertekan dah ngan cite tu. skang dia jadi hiburan masyarakat. ahahaha
12:31 PM  
Blogger Jarri conteng...
hukaloh makayah ko sindir2 lagi yer. kesian. tapi aku gelak jugak. hahaha.

ko dah sampai ukm ke?
1:45 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
mfazari - blom. buat apa nak balik awal2. esok ptg kot baru balik ukm. malassssss!
2:57 PM  
Blogger Jarri conteng...
aku dh kat ukm nih.
4:41 PM  
Blogger fara-D conteng...
skang ni...tiap2 kali singgah mobil, aku musti senyum sensorg.

aku kdg rs sgt nak balik....kdg rs sgt tak nak balik....isk!!!
tp skang...SGT nak...huhu!!! (tp sgt malas nk packing....)
5:04 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
mfazari - cpatnyaaa balik.

farah diana senget wakaaka - aku mmg malas tahap arjuna memanah sakti! tp aku da siap packing! sket2 agi je. :p
5:51 PM  
Blogger fara-D conteng...
senget???huh!! dah siap packing???
wWwWaaaaaaaaaaaaaa!!!!
aku (jam 8.14mlm skang ni) masih tak pack satu habuk pon lagik...ngeh ngeh.... sapa yg malas skang ni ek....?
8:19 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
umah dekat..kete laju..best la kalo balik lambat2..heheh..
*jom abeskan berkemas..esok mau balik
11:27 PM  
Blogger Nashrex conteng...
mls nak bace.. (br blk main futsal)...
lagipun bukan tangga pengomen teratas, so malas nak bace.. esok2 aku bace..

WAKAKAKKAH!!
1:22 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
farah - ada masanya aku lebih rajin dr ko. :p

east - buat pe awal2... tak syok ar

nash - camtu eyh?
2:47 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
uih.. panjangyer entry... uhuhuh.. kene bace slow2 ni
6:17 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
ermm penat gak baca entri ko chika yang panjang2.. hari baca dua entri panjang..rekod2..

chika, memang begitu, sekolah nak mula, kena balik asrama, badan pun mula la tak sihat,sakit sana la, sakit sini la, rasa nak demam la, biasa semua tu.. rasa tak semangat nak pi asrama balik. saya pun penah alami..

tapi, masa sekolah dulu tak dak la rasa sakit dan malas nak balik ke asrama, sbb saya tak duduk asrama.. cumanya masa nak berlepas ke udara terbang jauh ke sini tu yang menderita sikit.. malasnya nak tinggalkan malaysia.. tapi rindu plak kat sini.. walaupun begitu, tetapi jugak pi..

rilex2, pi la kampus.. perjuangan belum selesai..
12:32 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
power gak ler ayat-ayat ibubapa kita eh? pedih pedih.
10:08 AM  
Blogger Nashrex conteng...
smua keta x pakai diesel...

tp..

ooo adalah.....

:p
6:41 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Diagram air movement baseball Cheap levitra cheap tramadol http://www.bextra-cheap.info Faifield time share Prescription drugs imitrex acyclovir dose pain ultram Acuvue 2 colored singles home mortgages
5:23 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."