Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, July 08, 2006

1st Year : Flash Back

Hoi, Beylo!

Since aku terasa latest post adian sgt impressive (as for me), aku tergerak hati mau ikot jejak langkahnya. Atau erti kata yg lebih cincai, aku akan tiru apa dia buat. AHAH! (adian akan proud kan?) Congratz adian. Aku impressed! Jantung aku berdetak dgn lebih kencang ketika bergayutan di blog kamu tadi. Aku sesungguhnya terasa ada perasaan yg dlm.Pilu la, buk! Uhuks!


Esok, aku akan pulang ke UKM sbg student tahun 2. Kejap je setahon berlalu. Terasa baru benar aku muntah2 time orientasi. Terasa baru sgt aku pitam nak tumpang, pon time orientasi. Mula2 jejak UKM, sumpah aku rasa tertekan! Aku rasa mcm tak akan dapat adapt dgn campus life. Aku balik setiap ptg Khamis. Maknanya, aku berada 3 setengah hari kat kampus, dan 3 setengah hari lagi kat rumah. Proses hingusan ini berlanjutan selama satu semesta.



Insan pertama yg aku kenali ialah Miza. Rumet aku lah. To be honest, aku suka dia jadi rumet aku. Dia menunjukkan rekod yg baik sepanjang menjadi rumet aku. AHAH! Mungkin sbb aku jarang jumpa dia.Kdg2 berminggu-minggu kami tak bersembang. Bukan sbb ada masalah komunikasi, tp sbb kami jarang berjumpa. Pagi2, dia bgn nak ke kuliah, aku masih terlentang atas katil sambil membalot diri macam pau dalam selimut. Mlm2, dia tdo seorang sbb aku jarang balik tdo kat bilik. Aku hanya pulang ke bilik, jam 5 pagi. Bila nak bercanda? Mungkin sbb tu kot aku rasa hubungan aku dgn dia sgt bersih daripada masalah. Dia mesti tak pernah tau yg dia sebnarnya dah byk kali buat aku terharu. Pertama, dia slalu buangkan sampah aku yg mengalahkan pusat pelupusan. Bukan stakat buangkan ampah, siap gantikan plastik sampah baru. *setitik air mata terharu tumpah* Kedua, dia selalu tinggalkan note penting atas meja aku mengenai kolej. Sbb dia tau, aku takkan pernah tau apa2 mengenai kolej sbb aku adalah ahli kolej yg 'halimunan". *dua titik air mata terharu tumpah* Ketiga, dia rajin kemas bilik. Aku suka tgk kerajinan dia. Mmg mabeles ar dia ni. selalunya dia akan ubah susun atur meja study dia.Kejap ngadap tingkap, kejap ngadap dinding.Keempat dia hormat keadaan aku yg sentiasa keletihan dan butuh rehat. Dia tak pernah bawak kwn2 dia ke bilik sepanjang aku ada kat bilik. sebetulnya aku tak suka bilik aku jd pusat longgokan orang. Dari zmn matriks, bilik aku mmg bukan tempat bertandang. Aku juga tak suka bertandang ke bilik org sbb aku penat. Aku cuma mau berehat di bilik. Dan yg penting, dia seorang pembersih. Area dia sgt kemas. Aku suka. Dia mengingatkan aku pada Ain (rumet aku kat KMJ). Ain tu lagilah mak minah punya rajin! Hari2 susun locker. Tapi sad to say, aku tak sempat kenal Mizah. Sbb kami tak pernah went through a long talk. Sedih kan? Kami cuma berbasa-basi. Setakat berteguran dan bergelak sekadar memenuhi tabiat manusia normal yg bertamadun.



Kat studio plak, besfren aku yg 1st ialah Wani. Si tinggi lampai yg baik hati. Tiba2 awal sem dlu dia pindah ke Indon plak wat dentistry. Skang? Skang kat Indon ar! Saya miss kamu. Kamu promise mau kencan ke studio bila holliday tapi kamu tak pernah kembali pon. =( Stlah pemergian Wani ke Indon, aku secara magiknya, mula berpeleseran dgn Farah Diana. Tanpa kuasa sakti maupon kuasa bulan, kami jadi rapat dan mula menubuhkan rangkaian kuasa kami yg pertama iaitu The Datin Association. Dianganggotai oleh Aku, Farah, Ainul, Shida, Mek dan Wani (waktu awal pertubuhan kelab ni, Wani masih ada di UKM).


Lama-lama... aku mendapati kami semakin besar kepala. (haha! kepala besar macam labu!) Kami mula buat rampasan kuasa sikit demi sket dan macam org Belanda, kami jajah byk empayar tidak kuat. (apakah yg aku kelentong ini?) Senang cakap, kat studio tu, golongan pompuan mmg gila kuasa. (golongan pompuan merujuk kpd Aku, Farah dan Ainul sebenarnya aku rasa. AHAH!) Ingat agi, di awal semesta 1 dulu, macam2 kelab dan pertubuhan bawah tanah kami majukan. Antaranya...

  1. The Datin Association (motifnya xde lain nak berlagak hebat je. hina btol)
  2. Kelab Anti Arul (KAA) - masa sem satu dulu, aku anti btol ngan Si Arul sbb dia slalu mendatangkan masalah ke aku dan kaum kerabat aku yg lain. Dia bukan jahat. Tapi dia sgt merunsingkan. Dia adalah peminjam barangan org lain yg sgt maju. Dia juga adalah tukang usik yg hebat sampaikan kami bersepakat tubuhkan kelab ni. Paling buat aku rasa berkuasa, bila besfren dia bernama Pa8 sanggop join KAA. Skang encik ni dah tak ngetop lagi. Tu pon sejak dia berkasih-kasihan dgn studiomate kami, Sha.
  3. Mentor & Protoge - aku bangga sbb klab ni menjadi saksi penguasaan aku terhadap Encik Pa8. ahaha!
  4. DramaQueen - Terdiri oleh Aku, Farah dan Ainul. Kami mmg byk membintangi filem2 dan drama2 murahan juga yg sensasi sepanjang setahun di UKM.
  5. Toxicity - Ini tertubuh sebaik saja beberapa serangan jahat dibuat ke atas kami.
  6. Kelab Gosip - Ni mmg kelab paling aku sayang dan paling bermakna sepanjang aku di UKM. Ahlinya mmg ahli tetap.Takkan ada penambahan maupon pengurangan ahli. Harapnya begitulah. Aku sgt berdoa, kelab ini tidak akan dirombak sbb chemistry antara ahli sgt baik. Ahli : Aku, Farah, Enol, Mek, Adian dan Babe. Currently, inilah kelab paling bahaya kat studio tu. Kelab yg bisa menjatoh bgnkan studio. Uih, aku bukan ckp sembarangan. Satgi aku buktikan.

Berdasarkan kelab2 bawah tanah (yg pastinya akan diharamkan kalau diketahui jabatan), dah jelas betapa aku dan sahabat-handai sgt berjoli sakan di kampus. Kami bahagia begini. Kami mmg bukan student skema yg baik-baik. Kami mmg pencetus kontroversi yg tak disengajakan. Sepanjang setahun yg lalu, byk kontroversi dah tercetus. Waktu berdepan dgn kontroversi itu, kami sgt tertekan. Tapi bila dikenang, kami rasa hebat dan sensasi. Secara ringkas, mari flash back kontroversi TAHUN SATU :

  1. Mula2 dapat kete. Kete Kelisa Kuning kepunyaan Farah byk jasanya dan kami akan kenang sampai kapan pon. Kami buat gila. Berani2 gi berbuka puasa kat Kajang. Biasanya kami akan balik berjalan kaki. Tiap2 ari akan turun bergolek, dan mendaki gunong Za'ba yg sgt menguji stamina. Tapi kami bahagia brejalan pulang setiap jam 2 pagi. Berasa Farah, Adian dan Alif (oh, kenangan lama!) Dan aku ingat agi, setiap kali balik mendaki jam 2,3 pagi... walaupon penat dan mamai, kami ttp akan bersuka ria sepanjang perjalanan. BItu jam la nak buat lawak, nak bergurau senda nak buat lagak ngeri tgh jln yg sunyi. Indahnyer..... *bersinar mata sambil flash back*.Dan semuanya berakhir bila dapat Kelisa. Dan kami jadi hyper kuasa doploh sejak kehadiran Kelisa comel.
  2. Kes Kelisa accident. Menimbulkan salah faham antara pihak kami (yg menyebelahi Farah hingga ke titisan darah terakhir) dgn satu lagi pihak di kalangan teman-teman studio kami sendiri. Akibatnya, studio jadi sepi beberapa waktu. Sepi disebabkan tragedi ni bukan main-main wooo! Tragedi ni makan ribu-ribu ringgit. Sila [KLIK SINI] untuk flash back penuh tragedi cekik darah ini.
  3. Hubungan dingin dgn satu pihak ni. Abes satu studio terasa tempiasnya. Ni adalah efek dr kemalangan Kelisa. Geram punya psl, kami yg selalunya jadi tukang tapau makanan utk berbuka puasa mula tunjuk perasaan. Kami mula tunjuk taring dan tanduk buat julung2 kalinya. Kami tekad takkan sediakan makanan berbuka puasa lagi utk warga studio. Kesian gila. Aku tatau camner time tu boleh tergamak kami wat camtu. Menapak la masing2 ke Kausar carik makan sedang kami tetap bersuka-ria makan enak-enak. Dulu sebenarnya kami tak pandai makan kat luar. Tapi sejak kes dendam kesuma, kami mula makan kat restoren luar. Dan terjadilah satu kes lawak gila. Sampai aku rasa sakit perut diingat-ingat balik. KAmi pernah gi tapau KFC balik fakulti utk berbuka. Tapi kami beli sorok2. Makan kat tingkat atas lagi tu. Ya Allah... punyalah lawak klu diingat balik camner kitorang pasang strategi tammo org tau kegiatan seludup KFC ni. Jahat sungguh.
  4. Gaduh! Ni mmg byk. Satu gadoh ngan pihak tu. Pastu pihak tu pulak. Pihak lagi satu plak. Eh, pihak tu lagi! mmg banyak ar! Dan gadoh yg agak CEMERLANG dan TERBILANG ialah ketika projek platform. Tammo ulas byk. Nanti ada pihak nangis menonggeng-nonggeng rasa terhina.
  5. Gaduh lagi! Ni plak kes serang-menyerang secara solo yg akhirnya berlanjutan selama beberapa bulan. Mmg perang dingin paling besar dlm dunia. Efeknya satu studio rasa.
  6. Kes Fest Sena. Ni plak kontroversio antara 1st year dgn senior 2nd year. oops! past is past. But one thing to say. Kalau satu hari nanti aku kan tinggalkan UKM, aku mungkin kan lupakan beberapa perkara dan peristiwa pahit. Tapi YANG INI... NEVER! Kami sentiasa bergembira dan mepermainkan setiap masalah, tapi utk kes ni, kami tewas. SANGAT TEWAS!

  7. Pengembaraan ke Saujana Impian. Kami pernah jadi pengembara + pengemis buta di Saujana Impian mencari sesuatu yg sgt kami perlukan. Pon aku tak berani nak tulis pjg. Takot menyentuh beberapa perkara sensitif.
  8. Kes Olympiarch. Fuh, byk masalah dalaman. Sampai kami jadi bertambah jahat. Sampai aku rasa sgt letih dgn semua kejahatan. Org jahat disekeliling mmg membentuk kami punyai sifat jahat. Syuh, pegi mati semua org jahat!
  9. Masa kat Lawatan ke Lumut, kami pernah berjoli guna kete lecturer. Semuanya demi sebuah agenda BERLAGAK KAYA. har har har!
  10. KAmi penah hilangkan drill lecturer time projek platform. Apa agi, sbg manusia bertamadun dan reti bahasa, kami pon tong-tong beli drill baru. Sakit jiwa jugaklah pikir nak settle prob ni. Tapi berjaya diatasi dan berjaya diganti semuala lalu membuatkan En Azimin gembira sbb bukan sj dapat drill baru, malah dapat yg lagi mahal, baik dan lengkap dr yg kami hilangkan.
  11. Kes Diesel. Malas cakap lagi!!!!
  12. Kes Farah ter-lock stereng kete dia sedangkan kunci lock tu ada kat umah. Abes kena tinggalkan kete kat Warta dan nasib baik ada chee Way. Kami naik Mazda tu berhimpit 7 org macam sardin.Pakat cramp kaki sampai studio.
  13. Kes Farah blajar bawak moto dan hampir merempuh studio. Fuh, aku tak de time peristiwa tu tapi mendengar desas desus dah cukop buat aku rasa cuak.
  14. eh, sebnarnya byk kontroversi yg sgt peribadi. Aku tak berani nak tulis. Gigil, woi! cukop!

Jalan-jalan.

Architecture best tak? Klu org tanya aku, antara jawapan aku mesti camni. Best. Boleh jalan-jalan mkn angin sesuka hati. Sebabnya, setiap sem kami akan ada satu trip wajib. Setakat ni, kami dah ke Port Dickson (project shelter) dan lumut (project Gallery). Tu trip wajib, blom masok yg tak wajib dan yg tak digalakkan lagi seperti ke Alamanda (sesi supermodel), ke Warta setiap kali free, ke Midvalley, Secret Recipe (wajib setiap kali mengidam), ke Mines, Metro Kajang dan beberapa restoren sekitar Bangi. Tapi dpt aku rumuskan, untuk tahun satu, destinasi peberet kami ialah Putrajaya dan restoren pilihan ialah Pelamin. Kami penah buat gila satu mlm tu. Konvoi ke Putrajaya padahal waktu tu bz dgn projek final. Bukan setakat berpoya-poya, tapi kami sebnarnya buat lawatan ilmiah.Dan sebetulnya, tu lah satu-satunya lawatan ilmiah yg kami buat. sbb kami study bangunan2 kat situ. Gila! Gila! Paling gila bila kami dapat bergolek atas rumput depan Palace Of Justice. Aku harap dapat lakukannya lagi! Dan utk rekod peribadi, aku ada ke Putrajaya secara underground tanpa mengira masa dan kedaan. Alahai, sgt suka Putrajaya!

Untuk esemen plak, byk lawatan kami dah pegi.
Bermula dgn melawat tapak binaan tak jauh dari KLCC

Mmg bes cakap lu! Merasa la kami duduk semeja dgn kontraktor2 mulot cili api tu. Dan lawatan ni mmg sgt bermakna sbb ni lawatan pertama kami pergi dgn sendirinya. Dahla masok tanpa kebenaran dan surat jabatan. Mmg risk taker.

Seterusnya, lawatan ke Menara Celcom. Ini utk esemen Building Services. Lain yg lecturer suh study, lain yg kami study. Hasilnya, report kami jadi lain macam! AHAHA... Tp one thing for sure, lawatan ke Menara Celcom sgt best. Dapat masok ke dlm bilik2 AHU dsb yg dilarang org awam masok. Bertuah btol! ekekek... tapi kami ni kan songsang sket. Bila dpt peluang masok ke tempat2 larangan camtu, kami jadi extra-teruja. Hasilnya, kami bukan lbih terdorong mau study, tapi terdorong lebih utk berposing-mania. Sampai semua org yg pernah guide kami sepanjang semua lawatan tersenyum-senyum tgk kami.

Selain tu, kami pernah ke Pusat Seni Negara. Konon nak carik info pasal artist, tapi padahal kami melentok beramai-ramai dlm library kat sana. Leteh ooo.. waktu tu baru abes Fest Sena .



Yang menarek juga ialah lawatan ke UIAM utk melihat final projek student UIA dan ke UTM City Kampus utk bertemu a world class architect, Mr Mario Botta.

Dan yg terbaru, kami ke UTM, Skudai. Untuk Olympiarch yg rox!

Malangnya, jemputan ke DEX06 ARCHITEX06 di KL Convention Centre tak dpt kami sertai semalam sbb masing2 ada percanggahan masa. Sayangnyerr....


Sahabat.
Sepanjang setahun, aku bersama sahabt-handai yg sgt gerek. Aku slalu berkami-kami dlm contengan aku. Kami tu mostly boleh dirujuk kepada : Aku, Farah, Ainul, Mek, Adian dan Beb. Kami 6 orang besfren. Satu angkatan yg toxic. Kenapa kami mau stick berenam? sbb kereta hanya muat utk 6 orang! ahahah.... Tapi setelah aku ada kete, adian pulak rajin bawak Waja atau kadang2 CRV nya, maka kami dapat sumbatkan skuad sampingan kami seperti Kembar (Ya dan Ai), Shida, shah Wonka, Wan dan Guan (he's the chinese guy yg close dgn skuad kami). Deeply inside, aku sgt syg kesemua mereka. Lagi2 skuad toxic yg 6 itu. Kami kongsi semua gosip bersama. Kegagalan berkongsi gosip dikira sbg menghina akta - gila gosip dan tamak. AHAHA

Aktiviti.
Dapat dirumuskan, sepanjang setahun bergelar 1st year student, aktiviti kami hyper2 belaka. Antaranya yg rutin :
  1. Makan sama-sama.Siang di cafe, malam di luar. Kegagalan salah seorang menghadiri jadual makan bersama, akan menjadi persoalan besar antara ahli lain.
  2. Poya-poya ke mana sahaja, sesuka hati, tanpa mengira masa dan keadaan
  3. Pegi pasar mlm, pulun secara tong-tong dvd/vcd pirate dan buat tayangan perdana kat studio. Dan setakat ni, tayangan paling best dan mahsyuk ialah tayangan Panggil Namaku 3 Kali dan Rumah pondok Indah yg dibuat secara serentak. Kami berkepit sesama sendiri akibat takut tgk citer seram tu kat Bilik Seminar. Selain tu, aku suka waktu tayangan Me Vs High Heels. Sbb kami menonton dgn sgt selesa. Guna toto Beb, balut bdn yg sejuk, dan duduk ramai2 dgn tenang sekali.
  4. Kerumun laptop Adian sbb laptop dia merupakan laptop paling menarik isi kandungannya. Kalau terlepas award, pasti kami serbu nonton yg dia donlod. Selain tu, boleh dapatkan mp3 lagu baru dan tgk video clip juga iklan2 underground yg menarek. Dan iklan paling menarek edisi FIRST YEAR yg dipertontonkan oleh Adian ialah iklan 'Use Condom'. Gud job, bro!Aku juga masih ingat iklan Nutcracker yg lucah itu.
  5. Merepek, gelak, merepek dan gelak lagi. Kalau kami duduk je sama-sama, mmg pakat hingaq studio. Boleh runtuh fakulti. Kami suka bergosipan dan menokok tambah cerita kasi lebih kretif dan lebih jenaka. KAmi juga suka bermain sambong lagu, bermain bina perkataan dan bermain game-game yg berbaur sedikit sensitif dan terlarang. AHAH
  6. Buat video clip, posing, dan buat poster filem edisi kami yg perasan (ni adian buat!) aku pernah diposterkan sbg jennifer garner utk filem Spiderman. Hiks!
  7. Buat aktiviti banteras maksiat. (ooppsss....)
  8. Tdo kat surau! Ni mmg kegiatan plg berleluasa antara golongan wanita. Best tau surau fakulti kami. Besar, bercapet enak, berair-cond dan sunyi. Lagi2 pukol 3,4 pagi tu mmg mahsyuk sgt ar surau tu.
  9. Main badminton cara paralimpik. Ni idea ainol. Semua idea cacat-cacat gini mesti idea inol. Tapi since ramai sgt dah terjerumus bermain badminton, kami dah tinggalkan aktiviti ni. Kami skang lagi suka men karoke sbb laptop adia juga menyediakan disko yg boleh tahanasyiknya.
  10. main moto! ni dulu ar. Seblom perindustrian kenderaan maju dlm hidop kami, kami hanya main moto. Aku taklah pernah bawak moto. Aku bertenggek belakang je. Dulu tiap2 malam akan balik konvoi naik moto. Best gila.Sgt happening. Org gila pon tak best camni. Moto yg berjaya ialah moto Ainul (penunggang peberet aku), motor mek, Guan, Alias, Beb dan Afiq Palapes.

Event Of The Year
Beberapa event menarik dalam jabatan kami.

  • Lawatan ilmiah dari pelajar Sudan. Kami sambut gilang-gemilang. Memandangkan kami masa tu fresh lagi dlm jabatan, semangat bukan main lagi.

(untuk program ni, aku join modelling. pakai baju kadazan yg seksi gila. sumpah, tammo buat lagi!)
  • Festival Senibina (FEST SENA) - Ini acara tahunan jabatan kami. Mmg wajib dibuat utk meraikan senior dan menyambut junior. Kami kira ni sbg acara paling kontroversi sbb beberapa ketegangan berlaku antara junior dan senior yg akhirnya mendapat campur tgn ketua jabatan. Pakat kena berbijik-bijik dengan ketua jabatan. Mmg taubat nasuha, tak buat dah.Tapi aku syukur sebnarnya. Lepas perang super-saiya, hubungan kami dgn senior jadi extra rapat. Sgt2 rapat. Itulah hikmahnya kot.
(aku dgn group aku - Group Lembu Moo - waktu ni aku lah jadi bahan yg kena pakai costum berfabrikkan plastik sampah, kerta surat kabar, butter paper, kotak dsb nya. jijik btol aku kelihatan tp pengalaman yg menarek!)

  • Projek pertama, ARCA. Gabungan kesemua batch. Kali pertama aku tgk krit session. Pertama kali aku tgk lecturer hina-hina student. Gigil gila aku time tu. Skang dah biasa kena hina. ngee =D
(kak kathy present utk group aku)

  • Observation Platform ! - ini projek paling aku sukai. Aku rasa, semua kami pon suka projek ni dan ni antara projek yg menjadi kebanggaan batch kami. Juga kebanggaan lecturer kami. (mana tak bangganya, dah byk bergolok bergadai ringgit msia demi mendapatkan kayu-kayan dan peralatan cekik darah. erk!)



  • Lumut Site Model - selain observation platform yg dibina scale 1 to 1, kami Site Model yg besar gila ini juga menjadi kebanggaan kami dan lecturer. Berhempas pulas menyiapkannya. Tapi sepanjang membuat site ni, kami sgt gembira. Best gila. Klu boleh nak keadaan studio sellau camtu.



Perancangan Tahun 2.
  1. Basoh kete setiap Jumaat kat Burhan. Jahat gila idea ni. ada ke nak rembat air free kat Burhan. AHAH..tapi walaupon Burhan tu serba tak digemari oleh aku, tang kemudahan cuci kenderaan tu, Burhan mmg first class. Kami penah sekali buat pesta air kat Burhan.
  2. Tubuhkan Skuad Detektif Konon (kesinambungan Detective Conan)

Sudah sakit otakku yg tidak berdosa ini dipaksa-paksa recall memori setahon lamanya. Byk dah aku flash back. Macam halilintar jari aku menaip. Tapi aku yakin blom complete. Byk yg aku dah terlupa dan tercicirkn dari ingatan. Oleh tu, boleh baca A year after : Retrospective oleh Adian Rasa sonok plak buat penderaan otak camni. At least aku dapat rasa balik pahit maung setahun jadi architecture student. Afterall, aku masih tak menyesal dgn architecture dan aku sgt kasihkan UKM. Harap tahun 2... kami lebih sensasi! ahahah... selamat datang junior!



Untuk aku (bukan untuk kamu!)
Setahun yg peribadi : Secara peribadi, aku akan simpan beberapa nostalgia yg sgt peribadi buat aku. Terima kasih kerana mampu matikan semua ulangtayang kenangan pahit. Aku rasa semuanya dah betol2 sampai ke akhir episod. Tah la. Aku tak mulakan. Tapi aku rasa sgt sedih nak mengakhirinya. aku harus bersedia, lalui semester 3 sama spt aku lalui semeter 1. Harapnya kenangan pahit yg dah dibunuh tu tak hidup lagi. Aku takkan bahagia klu aku masih chentakan kenangan. Semua dah berakhir. Aku bukan sedih sbb aku MAHU ia, tapi aku sedih sbb aku MASIH PERLU ia.Tu pon dah jadi kenangang. Kenangan tak berfaedah.Abes.



bye, Beylo. Aku kembali ke kampus ptg ni bersama brg2 aku yg byk. Macam nak pindah teros. Sahabat semua! jumpa di Kolej Pendeta Za'ba ptg ni! Mlm ni kita kencan yuk!
 

11 Congteng-conteng:

Blogger Adian conteng...
aaaa entry ini sangat gempak, tambah2 memandangkan masa yang singkat diambil untuk menaipnya. SALUTE SPRING!!! camni xyah gamba pun xpe. best best best! very well done, girl!

hmm kalu ko nk edit, bole betulkan ejaan nama aku yang salah kat satu perenggan tu, dan masukkan bhgn org Sudan dtg tu.

adios! jumpe kamu esok di kolej!
3:07 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
haa! SUDAN!!! aku lupa.
-SUDAN
-MODELLING


byk gila spelling error... kelakar plak aku tgk aku eja lintang pukang. ayat pon terabur mak minah. mmg ekspres gila aku wat. cam tak sedar diri.semuanya nak keja dateline. esok balik ukm. :( zaaba tu dah kasi register wireless ke blom tu.
3:11 AM  
Blogger fara-D conteng...
huhu....satu perkataan je bleh aku describe utk n3 kali ni.... IMPRESSIVE!!
aku da update psl olympiarch....igt nak sambong psl flashback ni...tp dah taklarat sgt2 ni.... menguap dah ngalahkan ghimau kat utan tuh!!
huuuuaaaahhhh!!~
4:05 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
tapi aku dah lupa few things lah. like Sudanese and 'TRIP' to CM. ahaha... those were all funny. maybe next time boleh selak2 balik. Aih, sedih la to leave those memories during 1st year. we got so much fun. we cry, we laugh but still we enjoy life like hell. I can't wait for 1st day tomorrow but at the same time... i dunno y its extremely nervous inside me when i think bout project. sgt seksa 2 sem lepas. tammo jd yg sama lagi... :( k guys... c ya this evening in Za'ba! tonite we kencan di Pelamin ok. Daaaa~
11:12 AM  
Blogger Fakyew conteng...
Selamat balik sekolah hahahaha
4:25 PM  
Blogger Nashrex conteng...
panjang giler.. pnat aku membacanye!!
4:36 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
adeh.. panjang giller entri kali ni.. cerita tentang pengalaman suka duka kenangan lama..

saya tidak bisa wat pengalaman suka begitu.. sy hidup secara biasa..

tp, nampak betul gak la kata chika tu, student architecture ni memang best,lawat sana-sini, jalan-jalan, memang best lah.. saya pun suka cam tu.. rasanya lebih global dari student IT yg selalu depan pc je.

tentang miza tu, memang saya akui, kita tak akan bermasalah kalau tak selalu jumpa, tak selalu tegur sapa. tp, kalau selalu jumpa, selalu tengok muka, selalu sembang, nanti ada la masalah yang timbul, maknanya ni antara housemate atau roomate..kalau kawan2 bukan duduk sekali tu saya taktau.. sbb memang penah jadi kat saya.. tp miza tu yg tak selalu sembang ngan chika, pasti dia ada simpan apa2 yang tak puas hati kepada kau chika.. percaya lah..tp, anggaplah dia takmau melukakan hati chika, jadi dia tak kata apa2.. jadi, pikir baik2 je lah kat miza tu..

soalan:
-ambik masa berapa lama chika tulis entri ni?
-agak2 kos semua2 tu berapa?
12:16 AM  
Blogger Jarri conteng...
ko gile.
bapak gile dashyat entry ko.
nak mati aku.
12:53 PM  
Blogger Nashrex conteng...
nasib baik ko x mati fazari..
kalau mati.. memang boleh membunuh n3 kalini..

haha
6:40 PM  
Blogger zulkaplye conteng...
haha, back to campus.. bestnye. byk gak aktiviti ko ye.. bgs2... mmg leh jd arkitek yg stylo..hahaha
7:53 PM  
Blogger Acaii Jawe conteng...
entry ni sungguh bagus nk refresh memori aku dulu...hehee..degil jugak budak chika ni ek..ehehee...takpe2..kekadang benda2 camnilah yang akn di kenang bila dah keje sok...

dulu mase first year sem 1 aku dah bawak moto rxz aku tuh...mase sem 2 aku dah ddk luar kat umah sewa..bilik kat kolej ada lagi,terbiar je ngan rommate yg aku lupe berasal dari mane..huhuhu..time sukan je aku gi kolej sbb wakil bola..hehee..

alang2 degil biar jadi terkenal skali..hehee...nasihat gue,chika amikla gambo byk2 sbb momori tu akan kekal lame..jgn jadi cam aku..ingat kat pale otak je...org tanye bukti takde...

pas dah keje ni..mmg bz gile dan takde mase nk enjoy cam study dulu...dlm pale otak asyik duit je... satu yang pasti hubungan ngan memember dulu dah makin kendur dan jadi biasa2 je...kita akan dpt klik2 baru..cam aku budak2 kete, otai2 komputer dan system, budak2 bola dan sebagainye...

dah lame tak jumpe dah tak bleh nk sepak2 dia...sbb segan..lagila kalo dah kawin mmg berubah gile...isk isk isk...sekian...
2:55 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."