Been missing u, extremely tau.
Tapi tak bley buat apa since sem baru mula, maknanya hiburan atas garisan terpaksa dibekukan. And frankly said, aku tidak lagi rasa spt ketagih tingkat tinggi. Internet bukan lagi 'ganja' buat aku. Bukan tak lagi perlu internet. Tapi tak lagi 'ketagih' macam dulu. Jujur, arena internet makin kusam. Sampai ada masanya, jejak je internet, aku rasa mcm terjelepuk jatuh dlm gaung yg tak mengasyikkan langsong. Hiarght, can i skip the topic?
SEMESTER 3 : Kanak-kanak usia satu tahun.
10 July lepas, semester 3 bermula. Maknanya, aku dah jadi student tahun 2. Sekaligus, dah menjadikan aku satu tahun bergelumang dlm dunia senibina. Kalau aku bayi, satu tahun tu dah boleh bercakap, berjalan, dan makan nasik. Kalau aku bayilah. Tapi setahun dlm architecture, sebnarnya blom apa-apa lagi. Masih di peringkat mengenal hati budi. Byk yg aku masih pitam dan blur. Sayu pon iya jugak nak tinggalkan 1st year. Sonok jadi 1st year student. Boleh mengada-ngada. Kalau tak tau, lecturer tunjukkan atas fakta kami student baru. Kalau salah, lecturer betulkan dan maafkan. Tak malu jugak nak kuarkan soalan-soalan bodoh. Tapi makin berusia dlm bidang ni, takkan lah masih tak tau malu nak bersoal-jawap yg bodoh-bodoh. But neva mind la. Kami mmg masih belom tau. Masih terhoyong-hayang. Dan usia matang dlm architecture ni makan masa yg panjang. Aku percaya perkara tu. So, dun worry lah. Architecture kan seriously fun. Aku akan terus laluinya happily (eva afta).
Tapi, dari pandangan peribadi aku, JSB (jabatan senibina) macam dah berubah sekelip mata. Mmg bukan semua perubahan tu menyenangkan. Tapi things are always happened for such reasons kan? Ini dari view aku yg bernilai sekupang dua sahaja. If ada citizen lain dari JSB yg tidak berkenan dgn pandangan aku, sila betulkan aku dan buat aku stand positively somewhere ya.
Aku ni manusia suka komplen ke? Kenapa utk setiap perkara, aku tentu punya byk komplen dan pandangan? Padahal tak ada yg minta pon aku berbuat demikian. Hmm.. aku lakukannya secara sukarela. Aku sekadar meluahkan apa dlm minda aku. Sekurang-kurangnya, aku tak diam, dan mengangguk sambil membuta tuli. Dan sejujurnya, aku sgt sayang JSB. Aku sayang JSB yg aku kenali. Dan aku sebenarnya nak junior mengenali JSB sbg mana aku dan senior-senior mengenali JSB. Itu saja. JSB = Gerek.
MELAKA.
13-16 July, ada camp perpaduan kat Melaka yg tujuannya merapatkan semua ahli JSB. Tak payah nak cerita byk, camp ni best giler! Tapi aku wonder jugak kalau-kalau betullah misi suai-kenal senior-junior tu tercapai.
Hmm.. aku nak buat komplen lagi. Mmg! Mmg tak ada yg suroh aku buat ulasan percuma tanpa subsidi ni. Tapi aku sukarelawan yg ikhlas mau lahirkan pendapat aku.
Yang aku nampak, hubungan kami senior-senior (since aku, sbg student 2nd year pon tergolong sbg senior jugak) semakin erat. Mmg erat. Tapi hubungan junior-senior? Terjalin ke? Aku tak pasti sgt pasal ni. Sgt sgt tak pasti. Utk kebanyakkan aktiviti pon, junior cam ternggelam timbul. Yg beriya-iya tetap kami dan senior yg veteren ni. AHA... hmm.. tak salah meraka jugak. Sbb baru sgt kot. Malu-malu, segan-segan dan kekalutan masih blur dgn architecture. Tapi aku tak suka dgr kalau ada yg komplen betapa senior tak bantu junior. Dari zaman aku baru join JSB lagi, sikap senior kat jabatan kami ni mmg excited menerima junior. Sungguh ni! Aku pon dpt rasa betapalah byk senior bantu kami. Kdg2, kami yg bodoh sombong (segan sebnarnya) nak jumpa senior masa mula2 dulu, tapi senior yg terkedek-kedek dtg jumpa dan tgk kami buat keje. See, senior sgt helpful sebnarnya. So, aku tak suka dgr kalau ada junior yg kata senior tak byk membantu. Nak tau how helpful and warm they are, pegilah intai studio depa! (maybe la senior tahun 2 tak berapa nampak lagi kebolehan membantu sbb kami blom ada pengalaman dapat junior) tapi try lah senior tahun 3, dgn 4. Mmg 1st class dorang ni. Dorang sure bantu. But bear in mind lah. YOU go and find THEM!
Citer pasal Melaka lagi. Kami berkhemah kat Taman Rekreasi Ayer Keroh. Aku anti khemah (maaf). Bertambah benci klu dpt ahli khemah yg suka psycho aku. Tapi tak pe. Aku masih hidup walaupon di-psycho separuh mati. Aku benci makanan yg disediakan sepanjang camp. Aku dah maafkan org yg sediakan makan tu pd hari terakhir kami di situ. 3 hari kami makan nasik mentah (utk kesemua meal) dan tiga hari juga kami makan masakan tidak bermutu. Pon dah aku maafkan. Toilet? Okay, tadak hal. Aktiviti pon okay. Walaupon ramai yg komplen kata aktiviti tak padat dan byk gap waktu, aku rasa bahagia je. Sbb aku mmg suka aktiviti longgar yg membolehkan aku mengambil lebih byk masa utk pengurusan diri dan rehat. (tak guna punya aku!)
Best : terserempak dgn group dari KMJ. Rindu KMJ! Maka, berpeleseranlah aku dan ainul mlm tu dgn lecturer2 kami zaman matrikulasi dlu. Oh my god! Depa ingat aku lagi!
Camp tu mungkin aktiviti terakhir JSB yg abang is join (abang is = senior kami yg hebat. Yg telah membanggakan jabatan dgn pencapaiannya mendapatkan 1st class degree dan skang dah keje dgn Ken Yeang. Ken Yeang? OMG! Sgt proud dgn dia. Kira hustler Ar_dent ar tuh. ahaha...)
Aku suka mlm terakhir camp. Semua dok kerumun api, dan buat aktiviti berkenalan dgn junior. Abes pakat kena buli dgn sengalnya oleh kami. Dan yg aku nampak, kami senior-senior je yg lebih-lebih terujanya. Depa tak hepi ka? Hmm.. mungkin blom biasa dgn kegilaan JSB. U wont find it interesting joining JSB if u can't make urself GILA-GILA like hell. (believe me). Dan yg bersuai-kenal pon, aku tgk kami sesama kami ja. AHAHA...!
Lepas tu! Abang is ni pi cadangkan men GORENG PISANG. Fomfuan lawan Lelakey! Lawak gila. Nak pecah perot, pecah suara, pecah hati dan pecah semuanya time main ni. Gila! Masing2 tammo kalah. Aku tak tahan tgk abang is punyalah pertahankan lelaki dan ainul dgn kak sue bertungkus lumus tammo kalah jugak. Part yg paling best....
(kamu tau lagunya gimana kan?)
(L) Hati apa... hati apa...hati apa sekarang..
(P) Hati Karma... hati karma... hati karma sekarang.... KARMA apa.. karma apa..karma apa sekarang..
(L)Karmasutra......Sutra apa..sutra apa... sutra apa sekarang.
(P)Sutradara... Dara apa..Dara apa.. Dara apa sekarang...
(L)Dara hilang...Dara hilang... Dara hilang sekarang... hilang apa.. HILANG apa... Hilang apa sekarang.. (ni part paling siut.HAR HAR HAR!)
(P)Hilang akal... AKAL apa..akal apa.. akal apa sekarang...
pastu aku dah lupa. Tapi yg pasti, bebudak lelaki jwp yg bukan-bukan dan main tifoo. Tak mengaku kalah plak tu. AHAHA! Sgt enjoy that nite. Terserlah sifat tak gentleman para lelaki kat JSB mlm tu. MIAHAHA! GIRL-POWERRR!!!!
Untuk cerita banyak-banyak, [KLIK]
Aduh, sakitlah badan aku. Aku demam lagi sebenarnya. Asyik demam je around 3 months ni. Entah la kenapa. Insyaallah esok buat medical checkup. Dah la Rabu ni nak celebrate kedatangan student dari Sudan. Then Khamis ni ada trip projek ke Terengganu 6 hari. (trip agi...) Mati aku! Sepanjang minggu plak sebok dgn assignment dan klas. Lemas sgt rasanya. Tapi tak mengeluh pon. Bahkan akan terus cuba bergembira dgn semua kesebokkan ni.
[note : tiada gambar since aku dlm keadaan tiada kamera. kamera kat workshop. kesian kamera kesayangan tertelan air asam. rasa diri sgt hina tanpa kamera. hanya tunggu gambar ihsan dari Adian nanti]
Terengganu, tunggu aku datang!
13 Congteng-conteng:
tros masuk page ko..
tros jadi pengomen petama...
wahahhaa
leh tolong singgah umah aku tak?
tolong gi minta duit kat bapak aku.
duit aku dah abis la.
kay - ahaha... da tak de rezki nak jumpa la tu. tak pe, maybe len kali. insyaallah..
fazari - loh. tp sy pon tatu nanti pi tganu tu dok belah mana.
apa2pun lagu balas2 yg last tu mengingatkan aku masa skolah dulu2.. so rindu lah!!
* aku x ske camping gak!! leceh!!
Aku benci game "Burung antu".. Uhuuukkk.. Takot la bila kene tinggal sowang2 kt hutan.. Gile ape tinggalkan anak org sorang2 kt hutan? Buatnye apa2 jd kt aku.. sapa nk jawab?? kan kan kan?
JSB.. dats the deal eh..
btw.. jmput la dtg KAED Fest 06 kat UIA next week.. 2-6 August ni..
tibe2 promote lak!
Post a Comment