Ini mungkin entry yg ditunggu-tunggu oleh Adian & Farah.
Maaf sbb buat kalian menanti lama. (Kalian tu sebenarnya merujuk kepada lelaki ini)
Nah, sila baca sampai muntah!
Olympiarch.Acara yg menjadi agenda besar bagi semua pelajar seni bina (architecture) di Malaysia. Dulu aku bingung setiap kali senior menyebut-nyebut 'architectural workshop'. Dulu aku tak fhm kenapa senior sgt teruja tentang 'workshop' ni. Dulu aku rasa kosong bila pertama kali Encik Mazlan mengwarwarkan betapa bertuahnya bagi yg terpilih ke workshop tahunan architecture. Sekarang aku tahu. Sekarang aku paling faham kenapa senior mesti teruja tentang workshop. Dan sekarang juga aku sgt fhm kenapa senior tahun dua kecewa mati ketika diumumkan oleh Puan yg mrk tidak dpt turut serta. Sbb selepas pulang dr workshop. aku pon teruja sama. Oh, bukan aku! KAMI. KAMI SEMUA teruja dan impressed.Kalian (pembaca BUKAN warga senibina) TIDAK AKAN sesekali faham keterujaan yg aku maksudkan di sini.
Untuk pembaca BUKAN warga senibina : Bengkel Senibina ni merupakan satu acara tahunan yg dah menjadi tradisi kpd semua pelajar senibina di Malaysia. Ikut kefahaman aku (yang sebetulnya kadangkala tak berapa yakin tentang objektif dan kesan sebenar acara ni), workshop ni lebih merupakan perhimpunan agong seluruh pelajar senibina di malaysia. Melibatkan institusi awam dan swasta. Itu sahaja kefahaman aku yang belom boleh diyakini.
Untuk tahun 2006, UTM Skudai menjadi host disamping Lim Kok Wing University (LUCTT) sbg co-host. First impression aku bila mendengar gabungan dua institusi terkenal ni ; HEBAT dan KAYA. Mungkin stereotype bila aku pikirkan institusi2 swasta sbg KAYA tapi aku rasa, aku tak silap utk berfikiran mcm tu. Sbb Olympiarch membuktikan semuanya agak benar. Atau mungkin aku terlalu baru menyertai acara yg dah berusia 20 tahun ni dan pengalaman 'mentah' aku ni tak boleh digunapakai. Mungkin aku spt memandai-mandai memberi pendapat. Tapi aku ada hak utk mencorat-coret perasaan dan pandangan aku. Tak mau dengar? Boleh beredar dari sini. Terasa muak dgn penulisan panjang berjela? Sila angkat kaki kerana membaca contengan aku bukan sesuatu yg WAJIB!
Bengkel ni dah berusia 20 tahun. UKM baru tiga kali lewat kebelakangan ni turut serta. Bukan sbb tak mau atau tak layak menyertai sejak 20 tahun yg lalu, tapi maklum saja yg architecture baru tahun ketiga wujud di UKM. (adakah cara aku menyusun ayat bunyinya mcm tanak kalah?) AHAHA... Hmm.. baru aku tersedar, aku tengah cuba menulis entry yg serius dgn barisan ayat-ayat yg serius. Tapi ternyata aku bukan dari jenis itu. Aku tak boleh elak dr menyelit bahasa tiga suku yg separa normal. Aku tetap seorang penulis gila-gila. Okay, aku cuba lagi sekali utk menulis dgn serius. Mari teruskan.
Tema tahun ni ialah Olympiarch. Olympiarch diilhamkan sbg semangat pertandingan. Dan aku rasa, objektif tema tercapai. Sbb bagi aku, mmg semangat utk tunjuk bagus terbakar kuat sepanjang program. Semua org sehabis tenaga menaikkan nama institusi masing-masing. Kami juga. Kalau suara boleh luak, aku rasa dah lama suara aku habis kesemuanya teriak-teriak sepanjang program. Dan tentunya aku tak akan kesal kehilangan suara. AHAHAA!
Khabar angin menyatakan kami akan bertolak jam 6 pagi. Cinabeng! Aku dah gelisah memikirkan senaman-senaman berat yg harus aku lakukan supaya aku dpt bangkit seawal 5 pagi. Fuh, syukur! Pukul 9 lebih sebenarnya barulah kami bertolak ke UTM, Skudai. Dua bas. Kami pergi dgn senior 3rd year yg super-duper gerek! Saya chenta senior saya. Bukan setakat nak hangkut badan dan brg2 peribadi, tapi pulak kena mengangkut segala mcm model, barang pameran, maskot UKM (seekor hantu lusuh yg dibina oleh Abg Is) dan paling sengsara ialah membawa brg installation. Gila punya bagak! Mau terkopak pintu bas dibuatnya. Tapi berkat kebijaksanaan warga lelaki yg bertungkus-lumus adjust sana sini, muat jugak kami sumbatkan semua bahan-bahan hantaran. Miahaha! sungguh ni. Tak ubah cam rombongan meminang bawak hantaran.
(wajah-wajah kami dan senior-senior yg teruja sebaik sahaja turun bas. Bergolek dari bas tak ubah bak buah-buah anggur segar yg berciciran dgn riang sekali)
Kami register, dan diberi tag. Yg juga sekaligus memberitahu team yg akan kami anggotai. Aku? Hijau lah! Ok, cool. Tag itu comel. Dan..hmm.. pagi tadi, sewaktu merayap-rayap di Tanggam.com, aku ada terbaca tentang tag Observer.(lupa nak cerita.Senior 3rd year ikut kami sbg observer) Mmm.. yg menariknya apa yg aku baca, ada observer yg ntah dari institusi mana komplen ttg tulisan yg terdapat pd tag observer. Katanya, terdapat kata-kata berbunyi "everyone hates me". Oh, benar ke? How come i did not know? Or maybe i did not notice it. If really lah, sounds nice apa. Tapi... (aku tak pastilah)
Lupakan UIA, back to UTM.
Spt yg aku katakan, gabungan UTM dan LimKokWing kelihatan KAYA dan HEBAT di mata aku. Kenapa aku rasa macam tu? Mari kita semak senarai BAIK-BAIK tentang host.Here goes my positive points of view :
bercandaan, berteguran dan berpeleseran. Tapi tgk2... dia suh bergerak ikut team. Aku tarik enul ikut aku sbb dia green fraction sama ngan aku. (dan kami mmg suka hijau). Beh pon team aku.Hafiz juga.
Aku bayangkan...
Kami akan dok dlm bulatan, berkenalan satu demi satu. Tersenyum kambeng (sumbing) antara satu sama lain dan mulalah berbahser-basi. (oh, so clasical little me). Tiada sebarang sesi suai kenal dlm bulatan langsong! Yg ada hanyalah...
Satu timba berisi air. Cebisan-cebisan kertas surat khabar yg dah dikoyak, dan tepong gandum. Apakah? apakah? aku mula berkira-kira dan blom sempat aku siap mengira, Ainul pon bersuara.
Oh! Alangkah aku tak gemar kegiatan ini. Tapi demi keterpaksaan, aku buat jugak dgn tenang dan tanpa aku sedari, aku semakin senang melakukannya. Lebih2 lagi pd kali kedua aku buat akibat mask pertama yg hancur berderai. Hinggakan aku dgn farah dah seakan ketagih mau bikin mask lagi. Syukur aku tak terkena apa2 infeksi kesan air campuran ratusan tgn yg mencelup-celup. Tapi Adian kata muka dia gatal-gatal. Muka aku baik-baik je.
Well done, UTM! *tiup wisel sampai bergegar dewan canselori*
But at the end... oh, aku keliru! aku rasa curiga dan tak faham.
Good job utk UTM krn berjaya anjurkan mlm pembukaan yg 90% sempurna! Stage lawa. Bukan lah lawa yg impressive sgt, tapi deretan banner utama dari kesemua 21 (btol ke 21?) institusi yg menyertai membuatkan stage nampak comel. Dgn setup dewan yg berjaya menaikkan aura grand, aku kira itu dah memadai. Aku paling suka gantungan-gantungan banner yg bersidai sana-sini. AHAH! Meriah! Terus terang, semua banner Olympiarch sgt cantik dan menarek. Membuatkan aku terasa jugak nak merembat sebijik dua (but i did not!).
"perfect.Tak de kekurangan.Kalau ada pon, UTM berjaya tutop mata aku sbb aku tak nampak apa-apa kekurangan so far utk opening ceremony ni" demikian kata ainul dan aku setuju. Aku beri triple setuju lebih-lebih lagi bila tiadanya ceramah panjang berjela dari VIP. Syukur tiada VIP yg cuba menglipur lara hingga akhirnya mendodoikan kami utk beradu. *wink* Dan mlm tu juga kami diperkenalkan dengan Director program, saudara Hazazi (betol kan?). Maaf, saudara. Wajah saudara langsong tak saya kenali. Mungkin benar spekulasi yg heboh diperkatakan di forum post-mortem ini. Saudara Hazizi (yg tak dikenali oleh sebahagian besar peserta walaupon beliau merupakan orang plg besar dlm organisasi program), di-bahan-kan ketika sesi post-mortem di website tanggam.com. Kasihan juga pada beliau. Hey, bukan salah beliau hanya kerana beliau seorang yg merendah diri. Tapi selebihnya, aku tak berani mengulas krn aku tak mengenali beliau.
Persembahan sgt cool.Aku jatuh cinta kali pertama mendengar kedua-dua lagu tema Olympiarch. Hmm, bukan aku! Tapi kami semua! Lagu Seni Bina dan Flame Of Fire. Oh, super nice. I like both! Suara chinese girl yg menjadi artist utk lagu Seni Bina mengingatkan aku pada suara comel Sheila Majid. Suara chinese boy, penyanyi lagu Flame Of Fire pulak 100% mengingatkan aku pada Daniel MI. Penyanyi yg baik! Jgn tak tau.. Olympiarch bukan saja punya kekuatan populariti program, tapi juga punya lagu tema (siap video klip yg dirakamkan di Italy kalau tak silap aku). Ada dua orang penyanyi khas. Woo.. ada official artist. Dan ada album yg memuatkan 2 lagu tema, beserta karaoke version. Mabelesss..! (Adian beli album tu dan kami pakat-pakat mau menyedut darinya.Tq adian walaupon aku blom dapat habuk pon dari dia.AHAH)
Tapi..pada akhir ceremony, ketika lagu Flame of Fire berkumandang, kesemua student menyerbu naik ke pentas. Suasana yg grand tak semena-mena berubah menjadi pesta liar. Aku terus hilang dlm ramai. Mereka melompat-lompat di atas pentas dan bermulalah rasa tak selesa dlm diri aku. I kept asking myself. Aku kat mana ni? Aku yg tadinya berbahagia kerana menyaksikan satu acara yg perfect dan smooth tiba-tiba terasa mcm berada di konsert Beyonce. atau paling tidak pon, berada di Planet Hollywood. Terus terlintas sesuatu memberitahu hati aku "abah takkan suka kalau dia tau aku berada di sini dan dlm keadaan ini".
Aku tak berapa suka suasana akhir majlis yg seakan-akan pesta ria itu. Aku seriau. Hanya aku dan Mek Ti ketika tu yg membatu diri di bwh. Aku rasa, 80% audience dah naik ke stage berdansa bagai nak ghak. Aku tak salahkan sesiapa. Itu hak individu dan menjadi hak aku juga utk mempertahankan pendapat aku. Aku tak berapa selesa dgn situasi tu. But its cool, actually. Its only me didn't want to join bcoz i'm not interested. So here goes my negative points of view, yeah!
Kejadian yg sama berlaku pada permulaan acara juga bila dewa-dewi keluar membawa banner mcm angel. Aku tak fhm kenapa mereka tak titikberatkan sgt soal berpakaian.Aku terpikir apa penerimaan segelintir pelajar yg sensitif isu masyarakat dan akhlak. Aku lebih tak faham. Kenapa utk setiap acara, host perlu berpakaian 'berlebihan' seperti mereka seorang Beyonce atau Angelina Jolie. (as for me, i can accept it but, wut about certain peoples?) Atau aku yg tersilap majlis? Adakah itu Grammy award? Cleo most eligible bachelor? Miss Universe atau pon Dewi Remaja? (oh my god!). Tiada seorang pon ke yg sensitif religious issues dlm organisasi penganjur? Atau pon terlepas pandang sbb terlalu memfokus ke arah misi 'BATTLE!'? Sekurang-kurangnya mereka perlu menghormati pensyarah-pensyarah yg hadir (klu di UKM, ada lecturer kami yg peka soal pakaian. Katanya, jgn sampai macam nak ke disko. Klu di UKM juga, kami punya byk lecturer yg sensitif isu begini). Aku bukan mengata warga universiti lain, tapi aku cuba letakkan kes ini dlm senario yg sama. Mungkin ada segelintir pensyarah yg rasa terganggu dgn panorama ini.(aku kata mungkin!) Bagaimana pula dgn UIA? Universiti islam Antarabangsa. (respect plis!).Sekurang-kurangnya hormat imej beberapa pihak. (Tak tau lah kalau hanya aku yg rasa begini sedangkan kesemua org sgt berbahagia menyaksikan semuanya) Aku tak mau perkara remeh temeh sebegini menimbulkan isu yg lebih besar dan nanti wujud lagi kontroversi boikot memboikot. Perlu diambil kira kan?
Dan lagi, aku tak faham kenapa perlu host performance nite day 2 make up devilish. Aku dan kawan2 berasa sgt tak senang dgn penampilan mereka yg devilish. Walaupon mrk mmg tak berniat melakukan kegiatan yg ke-setan-an, tapi aku tak rasa bercostum sedemikian rupa adalah waras. Tolonglah lebih peka dan hormati beberapa pihak. Hormati imej pihak tertentu. Harapnya, next time punya workshop, organizer lebih peka soal akhlak. Ini bengkel senibina yg motifnya meningkatkan kualiti pelajar. Bukan utk berpesta lova-lova semata-mata.Sekali lagi, dlm setiap program yg dirancang, sila consider kesemua pihak.
Uuuu... dah mula panas. Nak berambus lah. Pergi berkipas seminit dua. (mungkin sejam dua atau mungkin juga sehari dua). Tunggu aku dingin kembali, aku akan korbankan masa utk duduk dan menaip lagi tentang olympiarch. sekiranya kamu masih seorang yg tidak sensitif, tak jelik maupon angin dgn kenyataan aku si sini, sila berkunjung lagi nanti. Kalau kamu tidak suka contengan-contengan aku yg konservatif ini, sila pergi dan jgn kembali lagi.
extra syukur : alhamdulillah. Olympiarch memulihkan hubungan aku dgn seorang teman ni. Alhamdulillah yg tak terkira. Aku harap, semuanya bertambah baik antara kita semua. Aku senang dgn perkembangan ini. =)
32 Congteng-conteng:
sbenarnye...ada je kata2 yg nak aku coret kan kat sini tp terlupa plak....ekekek....nnt aku igt aku tules eyh....nak kena baca semula neh!!!
*sbb pikiran dicemari konsert af tadik....haihh!!!
ok, ni komen utk bacaan pantas aku. (maksudnye bukan sepatah2 dan mendalami isi sebenar2nya)
*LUCCT memang kaya! Bayangkan bole bagi T-shirt kat ratusan2 participant (xtaula kot2 tu termasuk dlm yuran RM120 tu) tp malangnye participant diorang cam nampak xnampak, xmenyerlah (cam kolej Alif), dan souvenir pun sekadar tag bulat "I'm A Creative Thinker" yg byk dijual tu je. X Eksklusif tul.
*Hmm gamba monster tido tu cam diphotoshop bg menambahkan efek syahdu je. ahaha
*Chee Yang memang potong stim. Aku dah berkira2 nk bersenang lenang 2 seat, die sanggup angkat sume laptop, lcd dan sebagainya ke seat sblh chee way. nasib baik aku tebus time balik. ahaha
*Ha'a aku pun xtau nape observer punye tag ade "Hi I'm an observer and everyone hates me" kak khaty ke sape tah pun tegur gak. (tegur je, bukan kritik)
*Papepun, grafik keseluruhan Olympiarch mmg top class!!! Dr banner, ke booklet yg cantik gile dan cover cd, sume tiptop!
*FAB UTM xle lawa manepun (oops no offence), tp interesting time kawan aku bwk pusing2, banyak fac diorang ade unsur melayu (tp pada bumbung je la)
*Ooo korang ade tukang kejut (bukan fac kejut) ke. Kitorang xde pun. ahaha sbb dekat.
*Waa medical team lagi. Mayb sbb xde kes lain, so sume tumpukan kat ko agaknye. hehe.
*Suke module die yg xketat!! (nape ayat aku berbunyi cm module tu sejenis pakaian)
*COCONUT SHAKE MARVELLOUS!!! Aku yg xsuke air klape pun suke gile. Ice blanded die xrase lagi sbb mahal. hehe. hari last tu frust sbb aku dtg lewat, gerai dh tutup.
*Host ice breaking merepek. Dan persembahan oleh hampir semua band spjg malam2 olympiarch kebanyakannya menyampaikan lagu ciptaan sendiri yg juga syok sendiri. Maybe kecuali band malam bbq tu. Tambah2 lagu Can't Take My Eyes Off You. Tapi unsur bunga api tu menakutkan.
*Hmm ni maybe panjang. Pasal performance yg kurang sensitif tu. Aku bgtau Fara, ni mesti AJK in charge performance, budak chinese. And tgk booklet, mmg betul. And x hairanla sume performance dlm Olympiarch kekadang melampaui batas2 susila. Hmm kalu tgk video wokshop kat UIA dulu, kan opening diorang gamelan2 je. Lagi satu, actually student2 archi adalah antara yg paling sosial skali. Tambah2 ramai non Malay. So sume termasuk yg Malay pun, dah open utk bende2 camni. Cume harapannye, agar student kite (ngan other Malays) xde la terpengaruh sgt. Lecturer kite pun dah sedia maklum fenomena ni, so tula pasal lecturer kite sgt particular bab2 disiplin dan tatasusila, so that kite xjadi truk sgt.
*Ya, syukur. Dengan aku pun. Cume kali ni menambahkan kebencian aku ngan yang lagi sekor tu je.
Wah, komen ni dah jadi cam entry dah. Nak je aku delete, transfer dlm blog aku jadi entry baru. aahaha... jahat tul.
(Aku harap ade lagi entry pasal Olympiarch pasni)
ok, i answer back. ihi..
-Betul.Participant LUCTT tenggelam. tak menyerlah. Alif's yes.Dan aku rasa diorang juga happening dan sensasi. I like them actually cos not annoying. (i guess)
-gambar tdo diterangkn since aku x ske pic yg gelap. Dan aku bukan saja dah guna efek brightness, tapi juga level dan curve (tq 4 da help.nge).
-oh, kak kathy ada bitau eyh.Aku x penah tau.Hanya pg tadi time jln2 kat tanggam.com baru aku tau ttg kata-kata itu. funny la. Tak annoying pon. Tp cool..
-yup, FAB biasa je tapi aku rasa selesa kat situ.
-yeah, tq very much 4 da comment bout some critical social issues. setuju dgn ko. aku pk kan perkara yg sama tp malas nak cetuskan isu yg lebih dlm. Tp apa yg ko tulis adalah apa yg aku nak tulis awalnya tapi aku amek 3 hari utk consider balik wut to publish n wut to erase. sbb aku tammo kontroversi akibat kritikan daring aku. Lagipon ni event besar. silap ckp kang, UKm gak naya...
-mmg akan menyusul part 2(maybe part 3 juga) slps ini. MESTI! since ada byk lagi pengakuan berani mati perlu dibuat. tq again.
-aku pon suka gambar2 tu.Tp xde kualiti.u're rite! eh, tgk la official banner yg aku buh kat atas tu. Perasan tak love biru tu cacat seblah wing dia? sbb aku copy dari flash yg mana wing tu asyik terbang tak duk diam. AHAHA!
-baru aku sedar. td aku selonggar sekitar website olympiarch (dan website lain berkenaan).satu banner utama tu pon aku tak jumpa selain yg flash tu. atau aku yg carik guna lutut....
er.. yg tido tu ngko ke? sbb aku cam pasan, pipi ko skrg ada jerawat. (yg tido tu jerawat gak, tu yang aku rasa ngkau!) muahahhaa
* takziah kepada kau kerana team England ko kalah.. ekekke
aku baca part ni je :D hihi..~ jangan marah ek :P panjang sangat.. mungkin esok atau lusa aku baca lagi :D
*1st day lagik kak shaz da tunjuk tag obeserver tuh....ish ish....wateva!!
*i agree wif u nurul....cinta hati pengarang jantung senantiasa akan sentiasa pada fac kejut....
*aku suka the stickers...so comel!
*those kakak jaga bhg makanan really roxx i tell u!!!so very the sporting!!! clap clap clap!!!
*cik adik2 kat penginapan tuh comel2....sgt frenly...tambah2 masa kita check out tuh kan!!
*ice breaking? huhu...tak brapa break sgt...the ice break only on the 2nd day, time election of the king....
*aku igt dorg nak lari across the pentas je on the opening night...tak sangka depa bertindak liar juumping like hell....tros terperangkap atas tu & how stupid i felt la.....
*eyy...the chinese girl singing senibina was a senior back in sri aman....hmmm...not bad!!***aiseh...cam tumpang glamer plak!!
*waiting for ur next entry sbb nk tgk apa lagik yg ko nak utarakan...sbb i got many things in mind oso...ngeh ngeh!!
ast3
kat utm nih, diaorg respek bdk2 FAB ni cam bdk engineering...dulu mintak gak tapi tak dpt,huhuhu..last2 masuk science comp...hahaha...
kalo chika nk tau, FAB nilah fac yg paling byk bdk2 kene tangkap merendek..huhuhu...yela, bebudaknye ada yg mcm menyewa je kat lab tu..tak tau nk balik umah...tau sbb ramai member ngan otai2 architecture nih..hihi...
satu yg aku respek kat utm nih, kalo buat benda2 camni mmg diaorg put a lot of effort on it..lagipun kat sini kurang melayu skit..happening ooo...
eh, merepek meraban plak aku ni...anyway, congrate sbb england dpt balik awl wc tahun nih...hahahaa..chika, gurau jek...*smile..
-Tak gi whusha Danga Bay ker??
anonymous - thx 4 reading =)
nash - aku x salahkan sgt institusi swasta sbb universiti awam pon dua kali lima. Shud i mention all the cases i've seen? oh, tidakkk... yo! ko pasan je jerawat aku. yehaaa.. aku pon dah fedap tgk bintik2 jerawat yg tiba2 takmo ilang.Biar la...
ikoko - thnx for reading. ahaha.. at least u read. :p
farah - ya loh, aku pon ingat dorang juz lari across the pentas je. Tak sangka they're goin to have pesta like that. (jumping, dancing, and screaming.) But i like wut UiTM (UiTM ke?) did. they were all in black, menari ramai2 bawah stage dengan tenang skali.Cool.. i hope UKM will do the same thing like singing together bwh stage. Eh, no! I hope UKM will stay bwh stage rather than pergi jumping atas stage so that we cud blow the wisel... and then teriak2 UKM n make some gimik. But aih.. OMG! Pitam aku time tu. But overall, enjoy la. Tapi akhirnya aku migrain jugak. Aku rasa disebabkan wisel lah. AHAHA! Oh, she's ur senior back in Sri Aman? Uuu.. suara cam sheila majid.Tak leh blah.
sobrina - ya... she's shazrin. Shazrin Azura? tu ke nama dia. She's one of our beloved 3rd year student. Yg sy dok salu tulis-tulis kak shaz tu... dia lah. ahaha.. u shud thanx me alot 4 keeping u guys in touch. (hiks)
astri - yaaa... this is how the story goes. ahah.. aku da penah citer2 kat ko kan? time kita kencan di SR last time. =)
farah again - o eyh? nama kak shaz cam tu ek? baru ku tau deh =D ngeeehh
faisal - kat mana2 pon, bdk archi mmg pemes. (ahaha!) archi dikira cam coz glemer-glemer. Dan kat mana2 pon, mmg fac of archi bawak byk masalah sosial. kes tangkap2 tu mmg salu dgr ar. Tapi kami kat ukm tak. (uuu. riaknya). sbb studio kitorang kena kontrol ketat ngan ketua jabatan. Dulu studio tutop kul 10 mlm. Ada skali dlu kul 6 ptg dah tutup... klu bukak 24 jam ni pon,so far alhamdulillah. xde yg buat perangai pon dlm studio tu. This is one of da reason knapa sy ttp bangga dan selesa jd student archi UKM. Syukur kami dikontrol jugak oleh jabatan.Maybe sbb kami sikit dan jabatan kami jugak kecik. Our wish (all of UKM's archi student): nak kekalkan nama baik jabatan sampai bila-bila. Harap2 tak ada junior yg pecah tradisi in future. =)
SAYA SAYANG UKM!!!! UKM SAYANG SAYA!!!
still migrain x? heheheh
walaupun saya xtau apa2 tentang acara tu, tapi apa yang telah diluahkan oleh cik chika, saya pun nak ucap tahniah gak la sbb dapat wat acara segempak tu.
apa2 pun, memang manusia Allah bagi keupayaan untuk wat sesuatu perkara tu paling terbaik, sbb apa, sebab atas usahanya, kalau usahanya baik, maka baik jugalah hasilnya. itu sebab diorang boleh buat sebegitu. kita juga boleh buat seperti mereka.
satu lagi, kerja sukarela dengan kerja berupah ini lain bezanya.
*saya rasa, saya dapat faham bahawa, program ini tertumpu kepada seni bina atau architecture, betul?
jika begitu, manusia boleh melakar dan membina objek2 seperti bangunan dan sebagainya dengan begitu baik sekali malahan menjadikan manusia lain terpegun dan memberikan 100% sempurna kepada objek itu dan pembinaan itu boleh dibuat dan mengambil masa yang singkat dan ada juga yang lama. tetapi, dalam pembinaan manusia oleh manusia untuk membina manusia menjadi berakhlak dan bermoral itu begitu susah sekali dan tidak semudah membina objek.
pointnya begini. membina bangunan itu amat mudah sekali. tetapi membina orang yang membina bangunan itu cukup payah.
lasty, tahniah sbb dapat hadir dan memberikan satu tempelan peringatan buat pembaca blog seperti saya hasil dari pandangan kasar kaca mata saudari.
-Chika... You really enjoyed yourself rite?? Hampir juling aku baca riwayat olympiarch ko nih... Anyway... It's great! Cheers!!!!
zulkaplye - kesian. jgn seksa diri demi satu entry seposen dua camni... ahaha...migrain ok dah!
kak nile - ooo.. penah study utm gak eyh?
aiza - best gilaaa! Nanti aku story-mory lebih terpenci ke kamu.
anasx - thanx anas. pandangan kamu menarik, dan boleh dikongsikan bersama org lain. tq lagi utk semua komen yg bernas tu. i like this part "membina bangunan itu amat mudah sekali. tetapi membina orang yang membina bangunan itu cukup payah"
nash - aku setuju dgn komen ko. AHAKS!
kaloizz - FKE tu menda? Fakulti apa? kat UKM tak de plak digunakan nama fakulti camtu. Sy bukan warga utm, x tau-menau. Cuma kenal FAB je.yeah.. really enjoy da workshop!
apa yang saya tahu dan baik, saya cuba kongsikan..
Post a Comment