30Ogos 2006- 2 Sept 2006 - Studio tahun dua (studio aku dan sahabat-handai) berjaya juga merealisasikan Fest Sena (Festival Senibina) ke4 Jabatan Senibina terchenta. Ni festival tahunan jabatan. Bukan je kat UKM, tapi seluruh jabatan senibina kat mana-mana institusi pon mmg akan sambut festival ni sbg annual event. Macam-macam nama festival ni mengikut institusi tu sendiri. Kat UKM, kami panggil Fest Sena. Dan mmg every year pon, student 2nd year akan organize.
Memandangkan ni acara yg agak besar, tentu aku akan menglipurlara dengan sangat 'besar' jugak. Utk mengelak kamu semua mabuk baca contengan aku yg berjela-jela, aku akan berusaha gigih utk tidak meleret-leretkan cerita. *tapi... mungkinkah?*
Organisasi - Shafiz sebagai pengarah festival dan Ainul sebagai timbalan pengarah. Ngam ho! Then adalah department-department khas yg bertungkus lumus menjayakan festival 'kontroversi' ni. Aku dok under Farah dan Hafiz (under Program coordinator) Salutasi aku layangkan khas buat Encik Mazlan. Beliau sgt concern tentang festival tahun ni. Kami yg rasa 'terawang-awangan' dan 'bergantung-gantungan' macam bintang cantik kat langit tapi tak de sapa nak pandang ni rasa syukur sbb ada Encik Mazlan. Dia support kami byk sgt. Salutasi seterusnya tentulah buat teman-teman studio yang aku tgk dah mula psycho dan emosi sepanjang perjalanan merealisasikan fest sena.
Maaf terbuka - aku nak minta maaf kat semua teman-teman kerana aku sedar aku langsong tak menyumbang tenaga sepanjang persediaan menjelang hari perasmian. Semuanya gara-gara aku sgt cuak dengan dua projek yg kena submit serentak. Pulak tu, apa nak jadi..jadilah! Dua projek tu tetap kena submit untuk kegunaan pameran sempena festival. Mau tak cuak? Aku tau, semua orang cuak. Tapi maybe psikologi buat aku jadi sgt selfish. Dan psikologi juga buat aku berkecil hati atas satu insiden yg berlaku ke atas aku. *and no one knows*
Migrain - malam menjelang hari perasmian, aku sedar semua orang dah jadi berkecamuk. Keluar masuk tak cukop tangan nak buat keje. Runsing nak buat banyak benda PENTING dlm satu masa. Nak siapkan design, dan nak siapkan stage, program, pameran, banner dsb utk perasmian esok. Aku cam biasala. Bila je runsing-runsing, besfren aku yg bernama migrain tu pon mai la terhegeh-hegeh. Mlm tu migrain tahap super-duper. Aku terus lembik, dan terduduk atas lantai. Aku rasa tak boleh nak bernafas, rasa nak mati!! Tapi aku tau tak ada orang tau kalau aku ter'mati kat sudut meja tu sekalipun sbb semua sebok dan semua tanak amik tau kesakitan aku. Bukan aku mengungkit sbb aku TAU KONDISI MALAM TU SGT TEGANG! Tapi aku tetap nak luahkan rasa terkilan aku sbb waktu aku cuba mintak orang tolong dan lakukan sesuatu, aku ditembak balik dengan jawapan yg buat aku rasa... LEBIH BAIK AKU MATI SEBENTAR ketika itu. (ok, aku tak akan mention apa dan siapa yg terlibat). Disebabkan sakit dan bercampur gaul dengan sedih, mmg aku rasa dah terkorban kat sudut meja tu. Aku nangis.. tak ada orang sedar. Hanya Nisa yang sedar dan dtg urut-urut aku. Dia mmg tak bantu buang sakit aku tapi sekurang-kurangnya dia buat aku rasa... BELOM NAK MATI.
Tak ada orang tau dan faham macam mana rasanya sakit kepala yang hampir mati tu. Sbb semua orang sehat dan jauh dari penyakit migrain tu. Mlm tu, byk suara-suara hanya suruh aku balik dan berehat. Tapi tak de yg tau betapa aku tak larat nak bangun apatah lagi nak drive balik ke hostel. Thanx to Farah sbb dia ada offer nak hantar aku tapi aku tolak. Bukan nak tunjuk keras kepala tapi aku rasa bersalah sgt kat dia since aku tgk dia sebok sgt. So, aku tanak dia susah lagi. Thanx Farah. Kau mmg sgt committed.
Then aku bitau Farah senyap-senyap, aku nak balik sendiri. Kalau aku tak larat drive, aku rehat sat kat kereta. Sampai je kereta, aku tak sedar apa. Aku terus tertido dalam kesakitan. Sedar-sedar, ada orang ketuk tingkap kereta. Mmg terperanjat monkey aku. Aku terus turunkan tingkap. He is there. I feel empty and blur. Aku tak sure sgt apa dia kata, tapi pastu dia pegi masuk studio dan pesan suh aku tutup tingkap. I continue my sleep. Tgn aku lemah selemah-lemahnya. Langsong tak larat nak drive. On aircond, jatuhkan seat. Mmg rasa sgt bahagia. Tak lama tu, aku terkejut lagi sekali sbb ada ketukan lagi kat tingkap. Him again. Then he offered to send me back to college. So, thanx to him sgt sgt.
"I try bitau dorang. Tapi dorang kata dorang pon sebok. No one cares,"
Dan dia hantar aku balik. Masa tu kul 11 malam. Around 1 pagi tu, he call me. Tanya kalau aku nak makan. Okay, stupid tak bunyinya kalau aku kata... aku bitau dia.. "saya teringin nescafe ais. nak makan....... bihun goreng," ahaha... masa tu aku tgh tdo. Tapi bila terjaga je, dengan kepala yg rasa berat cam ikan paus obess tu, boleh pulak aku teringat nescafe ais.
So, around 1 pagi, he fetch me back to studio. Dan sambong buat design!!!
Malam tu, mereka siapkan 10 banner besar! (wowww!), byk banner kecik.. (wowwww!), gantung kain hijau keliling faculty.. (woowww!), setup ruang pameran (woww!), dan mulakan progress untuk stage! WOWWW! Dan aku tak menyumbang apa-apa malam tu. Minta maaf banyak-banyak. Tapi dalam hati, aku dah tekad. Aku sanggup handle program dan akan sedia jadi host anytime. Aku tekad jugak pas submission, aku akan kejekan my part sebaik-baiknya untuk fest sena.
Dan malam tu jugak, ketika aku tgh melentok-liuk makan bihun goreng bersama nescafe ais idaman perut, sesi balas dendam mula menampakkan taring. Tapi memandangkan aku sgt tak bermaya malam tu, aku biarkan ajer mulut-mulut puaka tu main laser-laser. Aku sedar Farah dah down sbb Farah pon sedar yg malam tu, kami dah mula menerima habuan kami. Pembalasan la konon di atas apa yg berlaku pada fest sena yang lepas. Tapi aku tak pasti pembalasan tu berpatutan ke tak? Atau sebenarnya, pembalasan tu hanya spt membuka pekung di dada.
Untuk kisah balas dendam, nantikan edisi khas Archinature, part 2!
Aku dah rasa muak nak tulis lagi.
14 Congteng-conteng:
logo festsena tu sangat kawaii!! mmg ngam ar dengan festival utk golongan2 seni cam korang ni... cayaaa!!!
*menanti edisi seterusnya.
join ftsm cam aku
ha ha ha
ftsm = fac paling kooool.
aku ekceli jalani pembedahan di kepala last yr.. aku sakit kepala yg amat sgt selama 6 thn...
sakit yg amat sgt yg dtg tak kira waktu.. sehinggakan doktor bgtau aku kalo aku tak wat operation, aku akan jadi lumpuh...
so pikir2 kan lah yer how serious my headache was...
alhamdulillah skrg dah oke.. harap2 sakit itew tak dtg lagi..
kengkadang nampak mcm org sehat.
tp hanye diri sendri je tau perit sakit migrain tu mcm mane.
mcm xbleh bangon pon sbenanyeh.
wish u all the best in what you do.
don't try to think much about the stress that will come. think about the joy and happiness.
sometimes, that'll just do. :)
its what you choose. ganbattene! :D
caiyok caiyokkk chika-channnn <3
aku juga menghadapinya...
sejak dulu, sjkn sblm spm..
dan kini, setelah bergelar pelajar U,
makin suke plak 'dia' dtg. suke suki dtg, suke suki gak pegi, x kire tmpt, waktu, suasana mahupun cuaca.
sungguh x berpatutan!!
tp, sggh scary movie bace cite cik cyclips tu la.
hope dat mine is not dat bad ...
Tapi....yg chika tak bgth kwn psl chika migrain tu naper... tak ke dah rasa macam nak mati... aku rasa klu kwn2 tahu kondisi chika, they all will understand.
Apa2 pon, cheer up k! All the best to UKM Kaedians!
Post a Comment