bunda hilang.
Teriak-teriak aku carik bunda. Jgn kan bunda, satu manusia pon aku tak nampak dalam rumah ni petang tadi. Raksasa-raksasa lelaki pon semuanya tak nampak kelibat. Aku terus melompat naik ke bilik. Sambong aktiviti sosial tanpa masyarakat. Download lagu la. Dua hari ni je, ada dekat 100 lagu jugak aku download. Berpuloh-puloh lagu jugak dah aku salurkan ke Recycle Bin. Terima kaseh atas perkhidmatan. Sekarang aku dah puas dengar, boleh masuk tong sampah!
Tiba-tiba pukul 4 petang...
Bunda muncul tersengih-sengih.
Sambil membawa sebungkus hadiah besar buatku.
Manader!
Tak de hadiah pon.
Bunda cuma bawak cerita yang kononnya 'hangat'.
Aku pon dengar cerita tu baik-baik.Mula-mula aku rasa malas nak dengar. Tapi lama-lama aku rasa seronok jugak sitcom tu.
Kisahnya...
Petang tadi, bunda pon lakukan aktiviti kegilaannya. Sejak aku makin sebok dengan urusan universiti yang tak berkesudahan tu, bunda pon kesunyian. Katanya bila sunyi-sunyi, dia dah dapat idea nak bersuka ria dengan RXZ si Haikal. Tapi tu dulu! Perkembangan terbaru yang tak aku sedari, rupa-rupanya bunda dah naik taraf aktiviti petangnya. Bunda dok gila main Virago pulak. Adoila bundaaaa! Smlm aku bising2 dlm kete berkeras tak mau bunda terus dengan minatnya yang extreme tu. Aku bukan dengki atau tak suka tgk bunda bersosial cara tu, tapi aku rasa aktiviti tu bahaya. Aku rasalah. Tapi bunda kata.. "Tak de apa pon. Okay je, alhamdulillah". Okay, fine!
Pasal petang tadi, semula.
Bunda pon saja pusing-pusing sekitar kawasan kediaman aku dengan Virago yang dah di-modify itu. Masuk je kat lorong rumah keluarga Awie (penyanyi yang kontroversi itu), bunda ternampak seekor daineso seorang lelaki berdiri depan pagar banglo 'oren menyala' tu tengah bual-bual kat henpon. Bunda yg bley tahan 'notty' nya pon dok slow kan motor dan usha manusia tu. Aiseyman! Sekali memang penyanyi itu daa di luar pagar rumahnya.
Bunda usha lagi. Tapi makin dekat, bunda buat-buat tak nampak dan tak kenal. Terus je bawak motor yg ternyata bersaiz tiga kali ganda lagi besar dari bunda. Lucu kok! Lagi aku nak pecah perut bila bunda kata, nak dekat2 ngan tempat Awie tu berdiri, bunda jadi nervous sket sbb dia tau Awie mmg penggemar motor2 cc besar. Tapi dia main Harley Davidson la. Tapi bunda control selamba. Lalu je depan penyanyi itu, bunda usha ikot ujung mata. Dia kata, terus ja si penyanyi itu memanjangkan leher dan bertukar-tukar pandangan antara motor dengan bunda. Mukanya jelas terpamer ekspresi tak percaya. Agaknya streotype pompuan bawak motor besar kot.
Bila bunda dah lepas jauh sket pulak, bunda terus usha ikut cermin. Ternyata lehernya makin panjang dan mukanya makin semacam. Aku pon dengan sengal menyoal "muka dia macam apa masa tu?," maksud aku, camana ekspresi dia. "muka dia cam tak puas ati. cam nak nafikan yg ma ni pompuan bawak motor tu,"
Maka!
Kami ketawa terbahak-bahak.
"Dia tu not bad jugak kata Marlia. Ensem gak la," kata aku. Marlia tu besfren aku time secondary skewl dulu yang jugak merupakan jiran depan umah si penyanyi itu.
"ensem. mmg ensem. putih gila. Badan tough.Uuuu... rambut panjang... paling menarek kat dia sebnarnya, kening dia yg lebat tu," ada nada 'separuh jahat' dari percakapan bunda yg buat aku galak nak ketawa. Klu ayahanda dengar ni...
Okay, fine!
Bunda selalu jumpa lelaki ganteng ketika ketiadaan aku. (tapi setakat jumpa artis-artis ni aku tak heran since i'm not goin into them) Enggak fair nih! Bulan lepas dia jumpa penyanyi Fazley tu kat kedai makan. Fine! Pon dia sebok cerita kat aku dengan intonasi yg sama ketika dia berjumpa Awie ptg tadi. Belom dengar lagi cerita2 dia bertemu cowok2 ganteng bukan celebriti. Aih, kesimpulannya, bunda lebih bernasib baik dari aku.
**********
Pengalaman beberapa ari lepas ketika sebok dengan festival dan radang emosi... mengajar aku supaya lebih rasional dan jangan cepat melenting. Tak mau melenting tak tentu pasal lagi. Sendiri rugi. Orang lain untung besar!
9 Congteng-conteng:
YIPPIE!!
virago pun ada? fuh.. dasyat!!
*comment kali ni mmg aku bace~ haha
huhu....dimana entry archinature kamu........
zahahahahahadid!
haishhhh!!! aku jeles!!!!
sungguh, benar, pasti!! aku sgt jeles!!!
kepingin berdampingan ngan fazley..
aku mengidolai dier...
aku dambakan dia di depanku!!!
chika, do sum miracle n bring him in front of me plzz....
huhuhu...
Post a Comment