Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, September 24, 2006

Ramadhan Al-Mubarak.

Bismillah...
Hari ni, 1 Ramadhan. Bulan baik datang lagi. Ayuh, jom buat pahala banyak-banyak setelah puas buat dosa sewenang-wenangnya selama ni. Teringat aku kat iklan susu tepung antara Wardina dgn anak pompuan dia. 'kita boleh buat pahala... ha....ghi-haghi'. Miahahaha... *sebenarnya aku tak gelak pon sekarang ni. Perasan sgt plain*


Aku patutnya happy. Patutnya pergi main lompat-lompat atas katil, atau sekurang-kurangnya pergi bergelak ketawa macam tokey balak kenyang duit. Tapi entahnya, aku rasa tak sedap ati plak. Rasa nak lari mencecet ke ukm skang jugak. Astaghfirullah... Entah apa-apa la dengan fikiran aku ni. Okay, cut off!


Dua minggu lepas, aku ter'eksiden. Aku kata... 'TER!'. Maknanya bukan aku suka-suka nak pergi eksidenkan 'buah hati' aku tu. Mmg patah-riuk hati aku tgk kete kesayangan yang remuk-redam kat bahagian tepi, belakang. Okay, aku rasa hampir satu studio dah tau. Studio-studio jiran pon dah tau. Lecturer pon dah tau.Hey, tolonglah jangan imagine eksiden tu tahap super-saiya pulak. Cuma kemek-kemek dan calar-balar je.Cuma hati aku je patah-riuk dan tercedara parah sbb rasa terkilan yg amat atas kecuaian sendiri.


"Nurul, sapa cium bontot kete?," tiba-tiba malam beberapa ari lepas en mazlan tanya soklan ni. Sayup btol aku rasa nak menjawap.
"Lori," ting!Aku tingat balik kat lori kemetot yang berani buat aksi cium kat kete aku.
"Gatal btol lori tu, cium bontot kete kamu eyh,"


Huwaaa!!!! Hasilnya, aku jadi kecut perut nak bitau ibubapa tentang kejadian ni. Tapi... depa tak marah pon. Abah gelak ja. Aku rasa depa dah immune dengan tragedi demi tragedi yg dah aku lakukan. Apa punya anak la lagu ni. *hantok kepala sat kat dinding* Angpa perasan tak, setiap kali aku dok lama sket kat ukm tak balik umah, gerenti aku cipta at least satu tragedi. Patot minum air tujuh telaga kot aku ni. Kasi kurang hyper sket.


Semalam, motor ainul hilang kat PKNS. Lanun brengsek mana la dok rembat motor si enol tu? Mmg ketaq sungguh la bila aku tgk dia menangis bengkak-bengkak mata. Kalau pencuri laknat tu ada depan mata, mmg sah aku rejam dia hidup-hidup. Aku kata, KALAU. Tapi buat kata Arul semalam. Kalau betul pon aku jumpa pencuri tu tengah bawak motor si enol tu tengah jalan, berani ke aku nak pi kejar? Berani? Berani? Mestilah tak! Errr.... maknanya, akubersimpati atas kejadian, tapi maaf aku tak mampu tolong apa-apa. =(


Ishk, aku rasa serba tak kena la. Dan aku tak sukakan perasaan-perasaan ni. Tapi aku terjebak lagi.....


SELAMAT BERPUASA!
"Ya, Allah... Kuatkan imanku.... Kuatkan... Kuatkan... Kuatkan...."
 

3 Congteng-conteng:

Blogger jarri conteng...
selamat berpuasa. selamat bersahur. selamat berbuka.
5:24 PM  
Blogger syaff conteng...
camat berposa datin...
meh kite buka posa sesame nnt ek..??
8:11 AM  
Anonymous ~JviperS2~ conteng...
^.^
1:41 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."