Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Wednesday, May 09, 2007

Salah Strategi.

Strategi yang dipasang untuk mengelak tekanan jiwa bosan telah gagal. Pagi tadi saya telah memasang strategi yang kontra dengan perlakuan semalam. Semalam saya keluar rumah seawal jam 8 pagi hingga kekasih berasa tidak percaya kerna saya melakukan kegiatan yang diluar tabii saya. Hari ini saya keluar dari rumah pada jam 8.40 pagi (ini barulah norma kehidupan saya yang sejati). Semalam rasa bosan mahu mati kerna menunggu lama hingga pintu kantor dibuka. Hari ini ... seperti yang dijangka, saya lewat masuk kantor. Lewat 40 minit. (Kalau kelas Techno Pn Akmal aku lambat 40 minit, muflis aku kena denda RM40)


Bunda bekalkan saya mee goreng satu bekas polistrene untuk breakfast. Saya rasa tak sabar nak sampai kantor pagi tadi. Bukan utk bergembira melakukan kerjaan, tetapi utk makan mee goreng tersebut. Saya sangat lapar. Tapi alangkah kejutan elektriknya saya apabila mendapati jalan raya sangat sesak sampai saya rasa lemas. Kereta saya macam kena gam. Melekat tak bergerak. Kalau saya isteri Agong, pasti saya naik helikopter pergi kantor (tapi sebetulnya : kalau saya isteri agong, saya tak perlu buat latihan industri) Seronoknya jadi isteri Agong. Maaf dear :p


Sampai je Tmn Connaught, saya rasa nak teriak sampai anak tekak saya pecah. Saya sangat stress terperangkap dalam jam. Sila maklum bahawa saya mengambil tempoh 40 minit berada di jalan raya berhadapan dengan blok office saya. Memang tidak jauh dah nak sampai office. Tapi punyalah seksa nak lepaskan u-turn. Sampai aku terpikir nak tinggalkan kereta tengah jalan tu, dan pergi lompat divider tu. Tapi malaslah nak buat perkara pelik-pelik. Rakyat Malaysia kena low profile. Lagipun pagi tadi pakai kain lah. Tak ke buruk kalau lompat divider pakai kain. HAR HAR HAR!


Ko bayangkan!
Kantor dah depan mata. Sket lagi nak sampai. Tapi disebabkan jam tahap jahanam, ko terpaksa tunggu 40 minit. Stress tak? Maka, daripada aku juling tengok kenderaan-kenderaan di atas tar, aku pon melakukan beberapa perkara. Mula-mula aku ikut nyanyi semua lagu yang keluar kat radio. Lepas tu bila dj mula bercakap, takkan aku nak ikut dj bercakap kan. Aku pon nyanyilah lagu-lagu pilihan sendiri. Kali ni aku nyanyi sungguh-sungguh. Siap dengan latihan pernafasan melalui perut. Pergi mati dengan orang di luar tingkap. Mereka pasti tak mendengar aku buat konsert. Tapi mendengar suara sendiri yang sangat sedap tu, aku bertambah stress. Stress sampai aku makin kebuluran. Akhirnya aku bukak mee goreng dalam polistrene lalu aku makan dengan tenang. Aku lepaskan stereng kereta, aku pegang sudu. Lagi mahsyuk. Hingga akhirnya aku tenggelam dalam keenakan mee goreng ibunda. Masalah duniawi yang sementara itu langsung aku lupakan. Sedar-sedar je, kereta depan dah jauh dari aku. Terus aku tekan minyak nak pecut ke depan dengan perasaan hasad dengki yang mendalam. Aku tekad tak akan benarkan sebijik kereta pon potong aku.


Banyak mata-mata masyarakat memandang pada aku yang tengah makan macam budak Somalia. Aku tak pedulik. Aku terus makan dengan giat sekali sampai habis. Tapi walaupun mee aku dah habis (dan aku rasa nak tambah lagi), aku masih belum dapat lepas membuat u-turn. Memang masalah lalu lintas yang durjana sekali. Aku sambung breakfast aku dengan aktiviti mnum-minum pulak. Sampailah akhirnya aku kenyang.


Dah lepas masalah jam sumer, dapat lagi satu masalah. Sudah jatuh ditimpa tangga. Dah ditimpa tangga, jatuh pulak. Aih.. Tiga kali tawaf baru dapat parking. Tu pon aku masuk lorong yang NO ENTRY. Itu time aku dah tawakal. Kalau kena saman, samanlah. Asalkan aku dapat masuk kantor demi menjaga disiplin latihan industri aku.


Masuk je kantor.. aku disambut dengan penuh belaian kasih sayang : "Ingatkan dah tak nak mai dah" ... kata kak Liza. Lalu kami ketawa gembira. Mendengarkan cerita aku, ketawa diteruskan ke peringkat yang kedua.


TUGAS : Hari ini siapkan susun interior furniture dan lepas tu buat coloring guna photoshop. Photoshop? Memang mengujakan. Aku kan memang photoshop addict. Dapat ja tugas, aku buat diam-diam dengan tekun sekali. Setelah aku perhatikan sendiri dalam 3 hari bekerja ni, aku baru tersedar yang aku rupanya ada potensi jadi workaholic bila dah di kantor. Sesuatu yang tak pernah aku temui dalam eksplorasi diri sebelum ini. Bahaya ni. Aku bencikan workaholic. Dan aku tak dapat mengelak dari melakukan kerjaan dengan cepat. Sepatutnya di kantor aku harus relax-relax buat kerja. Tak payah cepat-cepat macam kejar final review. Tak payah. Tak payah... Dan aku sebenarnya ada rasa risau selagi tugas di kantor tak diselesaikan sebelum pulang ke rumah. Oh, tidak syok sekali punya perasaan sebegini.


tamat.


1,2,3... go tidur!



 

7 Congteng-conteng:

Blogger Unknown conteng...
oh..yoh..so lama jam kat situ...erm..i also dunno tomoro wat time should u go work loh...until can finish eat, drink n sing...so.."hebat". haha, so kesian u...but wear lawa2 cannot doing things kasar2 oo..
erm..dear, nice to noe that the morning incident not make u feel down..haha..but traffic very geram sometimes..

yoh?ur mom cook very delicious....erm..hav chance wanna to try too...

this all i write lah..very sleep ooo now..kambatei neh! : )
12:20 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
dear... kesiannyaa... sleepy sangat eh? but hav to wait for me siapkan my entry. ahaha... kesian.. kesian. thnx for da commitment :p ya, my mum hates cooking but she cooks well. nak try? :p okla, enough 4 2day. Lets take a rest. and hav a gud sleep.... nite, bik.. :p
12:29 AM  
Blogger Nashrex conteng...
si kekasih itu saje je ckp nak try masakan mak. sbenarnye dia suro kamu itu belajar masak sedap2.. hahak..
1:08 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
nash - ye ke? tu spekulasi ko je. dia suka mkn kat luar ngan aku tu. :)) ahaks
1:16 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
kerja + traffic jam = fenomena jahanam...

senasib la kita Chika oi... cuma aku tak ada mee goreng & air minum-minum...

:)

praktikal'lah dengan sopan...
8:22 PM  
Blogger fara-D conteng...
chet!dia suka makan kat lua ngan ko sbb kat kolej tadak dapoq nak soh hanf p masak!!ngiahaha!!


ehem!! *batuk batuk!!*
ni baru masok komen utk entry! ehek!!

aku pengen mau berphotoshopan!!tp nampaknya, seminggu ni aku bergelumang ngan Autocad LT 200 itu lah!! adoi!!
dan ya nurul, aku pun rasa gelisah kalo tak siapkan tugasan sebelum pulang!haihh!!kalo la etika itu diamalkan dlm proses menyiapkan assignment2, pasti kita tak balek cuti lewat cam hari tu kan!!!
9:12 PM  
Blogger Azurah Anuar conteng...
kelakar gila baca entry ni.

lagi kelkar bila kau cuba bayangkan satu2 aksi yang bakal dilakukan tapi tak jadi.

ah..satu entry yang predictable tapi masih mampu menjana ketawaku.
4:06 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."