Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, April 26, 2008

Biology.

Jantung berdebar-debar. Entah kenapa. Dari semalam. Tidur pon secara berdebaran. Macam berpancaragam di dalam jantung atau secara lebih detail, tepat-tepat di pacemaker. Macam sangat aktif mengepam darah beroksigen di seluruh badan. Mungkin badan kekurangan oksigen. Dibuatnya emergency call ke jantung. Apakah pagi ini sangat saintifik.


Jantung semacam bekerja secara overtime. Bahagian otak yang menerima impulse ini sudah semacam overload. Jadi hari ini aku tidak mahu berfikir apa-apa. Biarkan otak jangan berfikir. Berehatlah otak. Sakit di dada. Macam sangat sesak di dada ini. Kalau boleh di-vakum, aku sedut semua bahan yang memenuhi ruang dada. Kasi lapang dan kosong secara sempurna. Tapi ruang yang vacuum bukankah sangat tak da oksigen jadi akan membunuh aku pulak. Err.


Engkau pernah terfikir?
Bumi berputar dalam berapa kelajuan sejam?
Adakah kepala kita terpusing-pusing dibuatnya?
Adakah kita menjadi tunggang langgang, terbalik ke atas ke bawah kesan dari pergerakkannya?
Hebatnya Pencipta.


Jantung aku mengepam darah secara extreme di dalam sana.
Tapi aku kelihatan releks saja.
Tak da ternampak semacam bergetaran mahupun semacam bergoncang.
Apa yang terjadi di dalam badan ini sangat saintifik.
Merupakan satu proses yang diskrit.
Tapi siapakah yang tahu?
Hebatnya Allah SWT.

Semalam Jumaat. Hari yang sangat terisi dengan pelbagai kesibukan dunia dan akhirat. Tak payah diceritakan.

Di halaman rumah, sedang sibuk membuat projek macam-macam. Salah satunya membina wakaf. Aku jarang hendak keluar-keluar melihat. Lagipon kalau aku keluar melihat, si tukang buat pon tak berapa menjadi kerjaan sebab dia terlalu risaukan sikap fussy aku padahal aku tak da nak ber-fussy di situ. Tapi mungkin sebab aku suka komplen. Padahal komplen biasa. Tak da pon mencabar kemahiran si tukang bina. Biasanya aku komplen pasal warna, pasal kedudukan, atau pon pasal bahan. Kalau bab struktur aku tak da tanya. Dia lagi pandai. Aku tak pernah bertukang secara ber-paku dan ber-drill mahupun ber-hammer. Aku bertukang secara autoCAD saja ma.

Si tukang bina kata,
Muka aku sombong. Muka aku macam fussy.


Hek eleh.
Ada ka?
Muka bukan sikit punya tak siap ni.
Aku tak fussy.
Aku cuma suka argue.
Sampai orang tersebut memuaskan hati aku, aku pon diam secara terdiam.
Aku argue, bukan nak menang hujah.
Aku argue nak menang kat hati ja.
Aku tak kisah kalau apa yang aku argue-kan itu kalah.
Selagi orang yang mengajak argue tersebut berjaya membuatka aku puas hati untuk mempercayai kata-kata beliau, aku pon ok saja. Aku pon akan terima pendapat beliau pulak.


Semalam.Aku dan parents pergi kilang membuat simen/ brick dan sebagainya.

Abah kata nak itu, aku kata tak nak. Abah kata cantik, aku kata tak cantik. Abah yakinkan aku lagi. Kami pon saling ber-argue. Tahukah perangai aku ber-argue ada dua identity? Satu secara cool. Satu secara emotional. Yang cool itu aku warisi dari abah. Yang emotional itu aku warisi dari Ma. Tahukah bahawa aku adalah seorang anak yang terhasil secara perfectly blend between ibu dan bapa. Aku ada sikap kedua-dua ibubapa. Dan kadang-kadang aku menghasilkan satu identiti yang split. Macam magik? Bukan magik. Ini biologi. Semua sanak saudara pon tak akan tahu menjawap kalau ditanya, samada aku ni semacam Ma atau semacam Abah. Sebab aku memang diciptakan secara campuran kedua-dua mereka dalam nisbah 50 : 50. Tak percaya? Sudah!


Kalau ditengok muka aku. Kadang-kadang ter-flash mirip muka ibuku. Kadang-kadang bila ditengok lagi, ter-flash muka bapaku. Sebab tu masa aku baby, tak da siapa dapat menjawap secara pasti dan yakin, muka siapakah yang aku ikut. Apa kau ingat ni tak menarik ke? Menarik bukan kejadian ni? AHAHAHA. Sebab itu aku katakan, aku ada split identity. Iaitu aku boleh berkomplot dengan Abah menentang Ma. Dan aku boleh berkomplot dengan Ma untuk menentang Abah. Bukankah anak yang sempurna ni? HAHA.

Sangat biologi bukan entry ni?

Tapi semalam aku semacam bersikap sepenuhnya semacam Abah. Iaitu berfikir secara Abah. Ber-argue dengan abah secara Abah. Membuat kerjaan ukur mengukur tanah secara Abah (iaitu secara tepat dan berskala). Juga banyak mendengar tazkirah. Oh, perfectly Abah. AHAHA.





Kereta aku ber-shining-shining. Haikal hantar cuci semalam. Mula-mula janji akan pergi bersama. Tiba-tiba aku berasa sangat tak suka nak menunggu di tempat cuci. Jadi pergilah si Haikal secara sendiri. Macam sangat baik je dia tu. AHAHAHAH. Tq lah :p






edit:

Hmmm. Just like two kids. Fight and scream. And the rest are watching. But that will be a sweet reminiscence of ... Dua Dunia. One day. Am I right?
 

3 Congteng-conteng:

Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
hikhik..

memang muka chika muka cerewet & sombong. =) tapi comel !!!
10:09 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
muka chika ni bukan sket punya baik dan pengasih ni. ahahahha. patutnya dia berasa sangat damai melihat muka yang baik ni. ahahahah. adoi, chika kaau dah tersyok sendiri mmg bumi pon semacam malu nak berputar. :))
10:14 AM  
Blogger cepotet conteng...
ewah.. ewah.. hasil blending yang baik dari ibu dan bapa ek?

hm... maybe sbb chika adalah satu satunya anak perempuan dalam family chika. tapi, untung la. dua dua pun dapat.

kalau sifat sama ikut ibu dan bapa tu, normal kot. tapi kalau muka tu, memang jarang sangat dgr. untung chika ni tau!
9:32 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."