Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, April 19, 2008

sebelum terbitnya czai hong, ada guruh yang kuat.

Ayam tahu kah? Berjalan-jalan sehari suntuk tapi tak da sampai ke mana. Kucing tahu? Berpusing-pusing keliling rumah tuannya, mengawan dan berambus. Tahu? Semacam penat tapi tak begitu sampai ke mana. Macam akulah. Hari ini. Semacam sangat penat. Berjalan-jalan menziarahi rumah sendiri. Semacam lama tak mengunjungi sudut rumah. Turun naik turun naik sampai keletihan. Tapi tak da sampai mana. Akhirnya masuk ke bilik jugak, naik ke katil, menghadap pc lagi. Macam ayam. Macam kuding. Tapi aku tak da mengawan. Itu saja perbuatan kucing yang aku tak da buat.

Masuk ke bilik, mula-mula tengok handphone. Macam tunggu sangat je. Padahal tak da tunggu pon. Tak da. Tak da. Sikit pon tak da. Cuma sms Hati Waja saja tak habis-habis. Sangat teguh jiwa beliau. Sangat kental. Apa hati kau neh diperbuat daripada besi kan? Sangat bertahan lama. Mungkin belum sampai takat lebur barangkali. Aku kena kasi panas kat dia lebih banyak sampai hati dia lebur. Aku sangat tak nak bertanggungjawap neh tahukah. Nanti dikatanya aku mempermainkan dia. Padahal dia yang mengajak aku bermain tapi aku dah kata aku tak mahu bermain dengan dia. Aku pon membiarkan dia macam seperti sangat kesian. Sangat kesian tapi apa boleh buat. Dia bukankah sangat besi? Bertahanlah di sana ok.


Habislah semua networking aku jelajah hari ni. Macam sangat bosan lah katakan. Setelah lama tak mengganggu member di Friendster, aku pon berfriendster. Sempat menghentam few comments dan menyakitkan hati few orang. AHAHA. Lepas tu bermain Myspace. Dah lama tak menjajah profile member, hari ni aku pon keluar masuk mencari kawan-kawan. Ha, dah bosan tahu carik kawan. AHAHA. Tak tahu pulak aku, ada ramai jugak studiomate ber-myspace. Macam tak pernah tahu mereka ni wujud dalam friendlist. Komen mereka tak di-reply sebab dipikirkan stranger. AHAHAH. Ya ampun!

Lepas Myspace, masuk Facebook. Ceh. Apa kejadahlah buat mata aku pening. Gila banyak request. Aku tak larat nak layan satu-satu aku delete semua. Tapi ada yang sangat kelakar. Sex service pon ada. Semacam melakukan hubungan secara maya. Siap ada virgin dan tidak virgin. AHAHAH. Gila merepek. Flirting lah. Kissing and hugging. Dan mereka boleh menjual beli aku. Banyak cantik muka kau! AHAHAH. Suka suki engkau nak bidding aku.


Bosan-bosan, aku pon turun ke bawah. Memakan ais krim Kit Kat sebanyak dua. Rehat sekejap setengah jam. Sambung ais krim Smarties. Lepas tu ternampak Paddle Pop (paling aku suka neh). Entah siapa punya, aku rembat ja masuk perut. Sekarang rasa muak macam nak muntah. Yuck! Aku dengan Haikal ni kuat muntah. Geli sikit muntah. Tapi Haikal lagi extreme punya penggelinya. Kalau memasak, jangan kasi dia tengoklah. Nanti dia nampak kuih muih digaul dengan tangan pon dia boleh muntah. Terus tak dimakannya seumur hidup. Mak aku kata, inilah anak-anak yang sukar dibesarkan. AHAHAH. Tapi dah besar pon dengan sihat dan kuat. Errr...

Bilakah Haikal nak balik? Aku bosan di rumah. Esok balik UKM. Isnin exam. Selepas paper, mungkin balik Cheras. Tapi tengoklah keadaan. Kalau aku tak balik, ada lah yang berlaku tu di sana. Tapi aku tak akan benarkan apa-apa berlaku. Aku tak mahu peduli lagi. Macam seronok pulak melakukan aktiviti girls nite out. Semacam bertahun tak melakukannya. Syok wo. Tapi tak da kawan diajak swimming. Macam manakah? Mari berswimming. Mari berswimming. Sambil bermain tarik-tarik sampai lemas.

Tahukah? Handphone aku dah bisu selama 3 hari. Sikit lagi aku baling juga handphone ni. Kalau ada pon bunyi, semuanya dari Affan. Buat aku stress betullah.

jom main teropong.
teropong apa?
teropong mat saleh.
huh?!
mat saleh mandi kat swimming pool.
nampak ke?
jelassssss. mabelessss...
gila engkau.
tak tengok lagi gila.
ahahahahha. jom.
engkau tengok rooftop hotel sana, aku tengok hotel situ.
eh. aku nampak lain.
apa? lagi best kah?
aku nampak budak sekolah panjat pagar.
report polis!
baik kau report JAIS ni ada couple asmaradana atas rooftop.
sudah. jangan jaga tepi kain orang. ayuh, teropong lagik!


KLTOWER BEST!

Semacam hampir hujan di luar sana. Guruh dan berbunyi. Di harap ada Czai Hong yang mengindahkan dunia setelah guruh menakutkan jiwa :(



 

5 Congteng-conteng:

Blogger Unknown conteng...
saya pon nak jadi orang 1st la kat sini chikaa oiii
amende tu czai hong tu ek?
maaf la saya x pandai berbahasa mandarin mahupon kantonis spt chika ni ,,,
adoii
siapakah gerangan si affan tu ek?
adakah die sedang gilerkan awak mcm nak rak?
hahaha.. selamat berbahagia la kat korang semua...
adoiii.. mcm2.. :)
9:47 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
eh adik!
budak affan itu sungguh tabah ek.hehe begitu teguh perasaan beliau itu.boleh dikasik award 'penunggu' paling setialah.;p

eh exam isnin nanti sila jwb dgn bagus okeh.kak ween doakan chika berjaya.amin.;)
9:48 PM  
Blogger cepotet conteng...
gudluck exam tau. buat bebaik. jawab dengan tenang ok

sian Affan. jgn terima cinta orang kerna simpati. nanti lagi kesian. kalau dah ada perasaan kesian tu pun dah memadai. itu maknanya adik masih berperasaan. =)
12:41 AM  
Blogger nieja conteng...
hoiii hoiii!!
5:35 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
HANNAN - nak jugak dia jadi 1st. ahahah. czai hong? ahaha. tak boleh bagitahu :p. waaaaa.... kedekut chika neh. tu la you... sibok menjadi doktor blue. sesekali belajarlah mandarin. ahahah :p *abes kena belasah ngan hannan pasni*

KAK WEEN - chika pon leteih nak cakap kat dia. chika tak cakap dah. chika biar je. asalkan dia puas hati. tapi jangan nanti nak salahkan chika. memang kena pancong kepala dia. AHAHAHA. tq eh kakak. chika malas nak exam lah.,.. :(

KAK ERNI - hiks. ada jugak orang yang nasihat camni. chika suka lah nasihat tersebut. ehehehe. kan? kan? kira chika neh semacam masih baik sebab kesiankan dia. chika memang kesian tapi tak boleh buat apa. chika rasa stress tapi chika layankan juga....uhuhuhu

NIEJA - ni apa neh berteriak.
8:38 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."