Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, April 19, 2008

green day

Semacam ada aura malas bercerita. AHAHAH. Tapi seperti setiap semesterlah, hujung semester akan mendatangkan rentetan hari-hari yang warna warni. Dan juga dalam hitam putih. Macam sayang kalau tidak diabadikan. Tapi masih aura malas. Engkau tengok foto, engkau create cerita secara sendiri okeh. Pastikan cerita yang berbaur architecture. Jangan berbaur seksual. Sebenarnya kisah ini tidak seksual tetapi kalau diceritakan, ia menjadi sangat tekstual. Sangat banyak cerita. Nanti engkau semua histeria membacanya. AHAHAH.

01- The nite before internal review.
Ini presentation panel aku. Tak banyak 5 A0 saja. Project Performing Art Center dengan Ticket Box Office. 3D tak perfect. Macam sangat tak puas hati. Biasanya, drawing tak perfect tapi 3D sangat perfect. Err.. aku suka buat 3D lah. Aku tak berapa rajin melukis CAD. Sebab aku pening tengok LINES. And err.. LAYERS. KAli ni 3D aku ada facade treatment saja. AHAHA. Itu pon untuk dijadikan penghias panel. Yang bahagian belakang smeua tak da apa. Massing macam kotak buruk. Apa nak lawan 3D ka? Pergi lawan Alif atau Keghi atau budak boys lah. Mereka buat 3D macam gila. Menangis tengok. Macam sangat cantik. Tapi aku tak da bagitau dorang nanti mereka sangat syok.
greenday

Details drawing aku tak sempat siapkan. Engkau tahukah apa jalan penyelamat yang aku buat? Lagi satu jam nak submission, aku download autocad file on details drawing kaw-kaw punya dari internet. Lepas tu aku adjust scale dan dimension saja. Print! AHAHA. Sekali tersalah print. Sangat kecik sampai satu tusio gelak kenapakah drawing aku kecik macam kuman. Aku pon macam sangat cuak. Lagi setengah jam. Nuar muncul (Dia ni very fussy macam mak minah. Engkau tak akan tahan buat kerja dengan dia) Si Nuar ni ajar aku pergi photostat ja kasi scale up. Aku pon buatlah. Murah. 8 posen. Gembira. Sampai studio lecturer dah masuk. Aku pon secara senyap dan secara dikawal oleh Shida dan Gedik (macam cover line) , terus gunting dan gam drawing atas panel secara kemas. AHAHAHA. Nampak macam real. Macam sungguh-sungguh aku yang buat. Padahal sangat tipu. Fotostat pulak tu. Kalau lecturer tahu memang kena shoot kepala aku. Tapi aku sangat baik hati. Aku kongsi drawing trsebut dengan rakan-rakan. Mereka pon buat benda yang sama macam aku. Macam penjenayah yang berkongsi hasillah.

02- internal review.
greenday

greenday

greenday

03
- Working Drawing




Satu hari suntuk pulak siapkan working drawing. Nasib baik ada gap SATU hari sebelum external review. Siang tu adalah hari dimana aku di SABOTAJ oleh lelaki tersebut. Malam, Nuar sampai dari Shah Alam. Kami ni semua dah kebulur satu hari suntuk tak makan sebab takut nak makan. Kalau makan, kerja confirm tak siap. Aku pulak dah janji dengan John nak datang rumah dia print panel pukul 12. SEMUA KEBULUR. Shafiz duk bising-bising lapar. Aku kata kat dia, sabar atau aku tinggalkan dia. AHAHA. Sangat berkuasa ok perempuan di sini. Sebab yang berkereta semua perempuan. Jadi, lelaki semua jangan bising. Lelaki kelas aku ni semua genius-genius, design gempak, budak2 4 flat and scorer. Tapi tak reti bertukul, bermekanik atau men-drive. Kelakar kan? Ada few saja yang memang gagah perkasa tapi dah pulak sangat kasar sampai annoying. AHAHA.

Tiba-tiba tengah malam tu Nuar datang bawak spaghetti. Menyambarlah semua orang. Aku tak suka spaghetti tapi disebabkan lapar, aku jamah sikitlah. SEMUA BOYS saja malam tu yang stay. Aku pon semacam tak berapa berselera makan dengan mereka ni. Macam sangat geli secara sikit. Sebab mereka berkongsi-kongsi. AKu pon keluarkan statementlah "Kasi aku makan dulu boleh ka? Aku guna sudu, bekas apa semua dulu okeh. Lepas aku makan, korang makan. Boleh ka? Nanti aku macam gelilah tengok korang makan. AHAHAHAH," berani bukan? Arul pon apalagi, terus angkat semua plate, garpu kasi aku. Aku makan. Dorang tengok. AHAHA. Lepas aku makan, mereka baru sambung makan. Dah la mereka gunakan sudu yang aku guna. Siap sambung bekas pinggan aku. Apakah. Aku pon terus berambus buat kerja. Tanak tengok aksi kebulur mereka. Macam kesian. Tapi mereka ni sporting. Arul lah yang tolong aku siapkan Section punya dimension (kalau dia tahu aku baik dengan Arul, silap-silap mati hidop balik dia takkan maafkan aku.Ada tragedi yang hampir bertumbok-tumbok antara mereka. Aku sangat takut bila ingat.)

workingdrawing

Macam dah jadi aktiviti tetap. Setiap kali malam sebelum review, mesti bermalam di rumah John. John ni bukak service printing dekat rumah dia. Kat Serdang. Nak tunggu dia print, memang sampai tertido-tido. Ni first time aku drive pukul 1 pagi keluar sampai Serdang. Sellaunya aku pergi dengan dia tu. Dah dia tu tak nak kawan aku, nak buat macam manakan.

Aku tertido mati kat atas sofa John. Sikit tak sedar apa jadik. Kalau dorang tinggalkan aku kat rumah John pon aku langsung tak sedar. Tidur macam dah mati. Mula2 yang aku ingat aku tidur atas peha Farah. Lepas tu aku tersedar, nampak muka SI DIA TU! Aik? Datang sini juga? Aku pon tak boleh tahan tengok muka dia ada sama kat situ, aku pindah tempat. Nanti dia nampak aku tido, dia pon akan kesian dekat aku. Sangat tak payah kesian ok. Aku naik atas sofa, sambong tido! Perut dah lapar macam nak menangis air mata darah. Kawan-kawan pon smeua lapar.

"Nurul... kau tido la dulu. Nanti siap kitorang kejut ko. Lepas siap print, kau bawak kitorang makan tau. Lapar..," adoi, macam nak nangis aku dengar rayuan kawan-kawan neh. Sangat kesian. Semua tak makan selama satu hari. Aku pon kata ok. Aku tido lagik.

Sedar-sedar je Ainul kejutkan. Aku pon macam tak berapa nak sedar diri.. "Kat mana ni?," aku tanya. Ainul gelaklah. Lepas tu Ainul ajak makan. "Ha? Makan? Kenapa?," AHAHHA. Ada ka aku tanya macam tu. Mereka gelaklah. Akhirnya Ainul urut-urut badan aku kasi segar. Dah segar, apalagik! Terus bersiap nak balik Bangi dan makan! Eh, si dia tu ada lagik bersama besfren beliau. Aku sikit tak pandang dia. Buat macam dia tak da.

Sempat posing pukul 6 pagi. Dari pukul 1 pagi sampai 6 pagi kami tunggu turn nak print. Gila kan. Tapi dah biasa. Setiap sem pon, nilah yang kami buat. Makan dekat mapley sampai pukul 7.30 pagi sambil berparty lah macam dunia kami yang punya. See, langsung tak tidur. Balik room, mandi dan turun sudio. Tapi kepala bersemangat. Sebab dah hari last penderitaan. AHAHA

04- External Review

Aku tak da baju kurung :( Biasalah. Kan dah dicop pergi kuliah macam pergi disko oleh some peoples. Mana ada baju kurung ma. Budak tak baiklah katakan. Baju kurung pon jarang pakai. Bukan saja jarang, dalam wardrobe kat hostel pon memang tak da simpan. Ada orang tu kata aku nih bilalah nak pakai sopan-sopan. Aik? Tak sopan ka? Ambik kau! Hari review tu aku pakai baju secara sopan yang tak pernah aku pakai sepanjang hayat aku. Nak sangat kan aku sopan.Tapi actually sekarang ni aku dah tak pakai baju senteng apa. Aku dah mula pakai baju labuh-labuh. Tak da pakai yang senteng. Jeans pon tak da yang seksi lagi semua yang ok ja. Pergila comparelah dengan style aku masa 1st year. Sekarang dah macam sopan sikit apa. AHAHAHA. Banyak pulak baju aku dah tak dibenarkan pakai. Apakah???
greenday


greenday
Review terakhir. Kami duduk berbual dnegan Puan Amal. She said... Perempuan Tolong Jangan Kawen Lagi. Kalau betul nak jadi arkitek. Kalau still nak belajar jangan kawen. Dia kata, tapi bagi yang dapat suami sama-sama arkitek, maybe ok. Dan mereka pon semua datang memeluk aku dan gelak-gelak. Apakah? Puan Akmal ni ialah Chinese yang convert to Islam. Aku suka dengar dia cakaplah. Sebab ada slang chinese. Macam sangat comel. Pelat. Selalu sebut salah tapi tak mengaku.

"Puan, puan pronounce salah. No such word macam tu..," aku selalu tegur sebutan Melayu dia.
"Alah, Nurul tu dengki kat I. Betullah I sebut. Nurul yang tak tahu,"

AHAHA. See. This lady memang tak nak kalah. AHAHAH.


Done with the design! Ya Allah, aku tak nak extend another sem. Tolonglah pass. Jangan fail. Aku tak sanggop lagi. Plus, next semester semua kawan-kawan dah tak da. Tiada girls pon yang sambung part 2. Semua chinese guys dengan few malays je yang sambung. Tak akan aku nak stay sini secara sendiri. Hubungan dengan dia pon tak berapa baik. Gila engkau. Nanti dibuatnya gadoh, kat mana aku nak pinjam bahu? Aku tak nak fail. Tak nak. Aku letih.

"Nurul, you sambong part 2 ke?," TY asked.
"Nnnnn...no," I replied.
"Huh? Bukan u letak nama ke?," TY.
"Errr... saja. In case i rasa macam tak tahu nak hidup. I continue lah. Macam lost. Ehe," inilah jawpan yang aku bagi kat semua orang.


Sorang perempuan saja yang letak nama so far untuk sambung part 2. Iaitu aku. Tu pon kununnya nak ikut dia. Tapi rasanya, I have to think wise. Aku memang tak akan sambung part 2 di UKM. Dan tak akan sambung dalam masa terdekat ni. Biarlah dia saja yang sambung.Dia pon ada target. Dia nak struggle jugak dapatkan title AR before certain ages. Hopefully impian dia tercapai.

"Nurul, you continue lah part 2. Bosan lah nanti. Semua lelaki satu studio. Eiii... gila bosan!," TY gila-gila tak nak kalau tak da girl.
"HHAHA. I tak tahu. You guys buatlah bachelor party kat studio. Tapi jangan tukar orientation sudah. Dah la nak tukar studio nanti kat blok baru yang terpencil. Jangan buat apa-apa ok," Jahatlah aku macam biasa.
"Ihhh..siot la you! Tak pe lah. Tak da girl pon tak pe. Nuar ada," sambung TY.


AHAHAHA. Semua gelak. Kesian Nuar. He is wayyyyy toooo better than err.. somebody tu. At least Nuar ni masih ada sifat2 gentleman. Bolehlah tolong aku isi minyak kereta. Daripada Shafiz langsung tak tahu. AHAHAH. Ingat je kes Shafiz ikut aku isi minyak tu memang aku rasa nak gelaklah.

 

9 Congteng-conteng:

Blogger Acaii Jawe conteng...
Ya Allah seksanya jadi Architecture,hehehehe...:) nasiblah aku tak dapat masa mintak nak masuk U dulu,hahahaha..:)

Emm, tertarik ngan tirai hijau tu..buat pe tu ek chika? skrang ni slalu main after effect bleh buat mcm2 effect video guna backgrond hijau camtu tau..bleh crop hilangkan belakang tu dan bleh taruk2 korang2 terbang or background lain,hehe..
11:23 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
FAISAL - ada minat jugak nak buat architecture dulu eh? ihhooo. bagi lelaki ok kot coz ni. tapi bagi pompuan susah sket. kena betul2 kuat. macam chika neh dah ... mmm.. tak tahulah. kadang2 ok. ada semngat luar biasa. kadang2 KO terus kiok. macam drama. kos ni byk surprise/ byk yg tak dijangka. unpredictable. uhuuu...

tu kain tu saja gantung buat tutop belakang tu berselerak. nanti org luar dtg aksess, ak da lah malu. ahahah. tu kain banner tu
11:51 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
oh sgt cantik byk kaler ijau.hehe.besnhye bergambo2 dgn kwn2 sekuliah.kak ween sgt windu lah zmn itu.*sob*

eh si dia itu x abis lg merajuknye yek..hehe sbr jelah
2:20 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK WEEN - hmm.. nanti mesti terasa rindu bila tengok2 balik gambar ni....

entahla kakak. dia tu dah marah sangat kot kat chika neh. padahal macam chika yang marah dia. tapi dia pulak yang marah. chika malas nak cakap. nanti bertegang urat. chika nak diam je.
2:25 PM  
Blogger ScarLet Jiem conteng...
suke la tgk gmbr u yg background ijaun tu..ceria abis laaa..
9:03 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
SARRA - asalnya ... dia berfungsi sebagai penutop sampah. tapi semacam cantik secara magik. lalu menjadi tempat beraksilah. macam best bukan? :p
9:15 PM  
Blogger fara-D conteng...
oi oi...apa da penutop sampah?!!itu kan backdrop pentas masa festsena : archinature tuh dlu....aihh!
3:44 PM  
Blogger fara-D conteng...
This comment has been removed by the author.
3:44 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
maksud aku, dia digantung utk tutop sampah kat belakang tu. puan akmal yg cakap... ahahahaha :p
4:23 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."