Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, April 21, 2008

22

selamat berusia 22 tahun kepada Chika.
Chika sudah 22 tahun.
Dia sudah besar.
Tapi tak berapa nak besar.

Kak Ju kata, semoga Chika lebih tinggi.

Kawan-kawan kata, Chika masih comel walaupon semacam sedikit tua.

Adek-adek kata, Chika ni macam tak tua-tua.
Parents kata, semoga Chika panjang umur, murah rezeki, dan berjaya.
Atuk kata, Chika kena belajar bagus-bagus untuk masa depan yang bagus.
Tak ada siapa suruh Chika belajar memasak, bercucuk tanam dan menternak. Alhamdulillah.

HAHAHA
Terima kasih semua. Saya tak larat membalas satu per satu mesej, komen, testimonial, mahupun sms. Sebab jari sudah berusia lah katakan. Semacam kurang upaya hendak mengetik sms mahupun menghentak keyboard. Terima kasih. Saya tak larat nak approve komen-komen. Saya melakukannya sebanyak tiga round secara bersiri. AHAHAHA. Orang tua lah katakan. Manalah kuat sangat *sigh*

Tadi malam Kak E call saya. Suara Kak E comel. Sangat terharu dihubungi oleh beliau. Tidak pernah kenal. Tidak pernah berjumpa. Tapi berbual semacam kenal. Suara Kak E comel. Serius. TQ Kakak. Kakak nice :)

Cerita 22.
Hari lahir kali ni ... ermm ... lain. Tak berapa menggembirakan. Tapi semacam ok jugak. Tiada siapa celebrate birthday saya di studio. Err.. saya memang sangat suka bila ada birthday party di studio. Cuma Farah saja studiomate yang ingat saya. Mereka sibuk dengan peperiksaan mungkin. Tiada sebijik kek pon. Keluarga pon tidak menyediakan kek kerna saya tidak mahu kek. Macam bosan bukan. Birthday. Kek. Kek. Birthday.

Nasib baik ramai kawan-kawan lama yang ingat saya :( Maksud saya, kawan-kawan sekolah yang semacam makin menjauh. Mungkin kejauhan hanya satu jarak. Mungkin. Apalah ertinya berada dekat di mata, jauh di hati. Bukan kah?

Hari ini. Berasa sangat immune. Aku rasa aku dah cukup memberi masa selama 11 hari. Kosong. Hanya datang membawa wish happy birthday, have a nice day. Huh? Itu saja? Tapi sungguh. Sikitpon hati aku tidak sakit lagi. Berasa semacam sangat selesa. Berada dalam satu zon yang sangat selesa. Mungkin sebab terlalu sakit sampai menjadi lali. Macam engkau disuntik ubat pelali atau ubat penenang atau pon tertelan pil bahagia. Berasa ok. Walaupon disakiti, tidak sikitpon berasa sakit lagi. Mungkin ini jalan akhir.

Aku pon tidak lagi mabuk-mabuk hendak menatap muka dia. Mencari dia mahupun menunggu-nunggu dia. Di exam hall yang begitu ramai dan besar. Biasanya, dalam timbunan besar apapon, aku mesti nampak dia juga. Tapi tidak hari ini. Sikit pon tidak terlintas jasad dia. Tamat peperiksaan, terus bergegas balik cheras. Kalau kereta boleh terbang, memang sudah berterbangan di angkasa selaju-laju petir.

Sampai rumah.
Ada sekotak kotak di atas meja. Ehehehe. Bersama sekotak kotak yang kecik (berkotak-kotak ayat ni bukan?) Aku pon apalagi. Rock and Roll! Ehehehe. Hati melonjak dan melompat kataklah. Dari semalam aku menantikan waktu untuk membuka ribbon ungu pada kotak ungu tersebut.

Oh Ijat adikku sangat comel. Menghabiskan wang untuk kakaknya ini.

"Kenapa dibeli yang mahal-mahal? Ijat bukan ada duit, sayang," bunda semacam tak puas hati melihat Ijat menghabiskan wang kerjaannya waktu cuti dulu untuk membeli hadiah tersebut. Lagipon dia budak sekolah, wang yang dia spend untuk hadiah tersebut semacam agak besar bagi budak sekolah. Lagipon itu duit yang dikumpolnya semasa cuti. Dia tolong kawan dia kat bengkel.

"Tak pe. Bukan untuk orang lain. Untuk kakak sendiri jugak," Aduh, touching ok di hati mendengar ayat tersebut. Adik-adik aku ni semuanya sangat lovely lah.

"Beli souvenir biasa je dia tak kisah," bunda masih kesian tengok si Ijat, budak sekolah yang tak da sumber pendapatan tersebut menghabiskan banyak wang untuk kakaknya yang miskin ini. AHAHAH.

"Ma, kalau beli yang murah-murah dia mana pakai ma! Ayyo... Tu pon ingat nak belikan perfume tapi tak jadi lah," Gulp! Tiba-tiba terkeluar ayat tersebut yang macam mencabar maruah aku. Jahat engkau neh jugak.

"Jangan beli perfume dia. Dia bukan pakai kalau tak mahal," si Adek masuk campur. Berdesing telinga aku. Ewah-ewah, mereka ni menghina aku kah? Tadi bukankah semacam menabur kasih sayang? Tiba-tiba semacam membuka sidang kecil mengkritik perangai aku.

"Apa kau ingat Uda nak beli yang seploh inggit ke? Nak beli CK lah. Dia kan macam sangat nak CK tu. Tapi macam tak jadi. Sebab perfume dia macam tak habis-habis sejak bertahun-tahun lamanya. Bila dia nak habiskan semua tu eh? Kalau boleh basi, dah lama basi," Ijat macam biasalah dia neh mulut laser.

Mereka dua beradik pon gelak sakan.

"AHAHAHA. Buat apa lah perfume tu kan? Beli perfume Snow White yang macam adek pakai pon ok je. Baunya harummm. Satu kelas awek nak dekat adek. Baru RM15! AHAHAHA!" adek yang bongsu ni pulak membuat jenaka macam sangat kelakar lah. Aku ada sikit panaslah. Padahal cologne Snow White tu pon aku yang belikan untuk dia. Jadilah. Budak-budak. Pakai Disney punya cologne cukuplah. AHAHAH.

"Kasi Rexona pon boleh tahan. Bau tahan 24 jam!. AHAHAHAH!," gelak budak berdua tu berderai macam jin.


Aku di manakah ketika itu? Aku mencurik dengar dari tangga. Serius jahat adek aku hina kakaknya macam tu. Murah pon aku pakai lah! Aku pakai apa! Pakai! Cuma perfume sajalah jangan dikasi yang murah nanti semacam mabuklah kepala :( Tapi aku tak da pedulilah. Sebab walau mereka ni suka mengkritik aku, mereka tetap sangat lovely la. AKu pon sangat gembira melihat ada hadiah. Aku tak da kisah pon apa hadiah tersebut. Sebab kalau adek-adek yang bagi, aku mesti berasa sangat tersentuh. Dulu masa kecik, mereka rajin buat kad guna Microsoft Paint. Lepas tu print. Sangat sweet. Adek pulak masa dia sekolah rendah, rajin belikan aku pensil-pensil kartun, note book comel dan apa-apalah yang comel sebagai hadiah. See, adik-adik aku ni macam sangat sayang akulah. AHAHAH.

Haikal bagi baju yang dibelinya kat Langkawi haritu sebgai hadiah bersama selambak coklat Hershey's. Aku dah tak larat nak telan coklat sebab macam tak habis-habis. Sangat banyak. Dan hadiah daripada bunda is the best! Sama bestlah macam hadiah daripada Ijat. Ijat tu tahu-tahu je yang aku memang memerlukan bag pack yang baru setelah beg pink tersebut sudah sangat season.



Balik-balik je, atas meja ada kotak-kotak ni.


Ijat kata, dia kasi bag sebab dia tengok bag yang aku dok sumbat laptop tu macam dah buruk. AHHHAHAHA. Dah la dibelinya same brand lagik. Apa dia ingat aku sanagt fancy brand ni kot. Sangat sweet bukan? Purple lagi. Aku tak boleh imagine macam mana dia membawa kotak tersebut pulang ke rumah dari Times Square. Dah la dia keluar dengan kawan-kawan lelaki. Siap kotak purple and ribbon purple. Walllah. Cute.

Ini apakah? CJ7! Bro Ah Seng bagi. Cute bukan? Aku tak kenal pon chinese ni. Dah dikasi, di suruhnya aku pilih nak yang mana, aku pilihlah secara sukarela. AHAHA. Pantang di-offerlah.

Waaaa. Inilah yang paling surprise. Sony Ericsson W910i. Hadiah dari mak saya :) Bunda kata macam sangat tension bila di-call, handphone saya selalu tak da line. Memang sejak kebelakangan ni si Samsung tu sangat susah mendapatkan line. Susah nak connect pulak tu. Aku tak tahu menahu pasal handphone baru sebab macam yang aku kata, aku ni memang bukan peminat handphone. Kalau tak hancur handphone lama, memang aku sanggop ja pakai walaupon buruk. Handphone ni idea Ma dengan Adek Dell. Adek kata ni handphone goncang. Aku pon semacam blur. Apakah goncang?Punyalah outdated aku. AHAHAHA. Aku sanagt sukalah handphone ni. First time pakai Sony Ericsson. Nasib baik dibelikan yang Walkman. Cybershot aku tak nak. Sebab aku pon dah ada DUA digicam Cybershot. Err.. tahukah yang aku ni selain peminat Honda, aku sangat minat Sony :p

Sangat seronok. Ainul tak boleh hina handphone aku lagi. Dia kata handphone aku macam nampak sangat miskin. See, sekarang dah baru. Merah menyala lagi. Masih baru dan shining. Jangan kata handphone aku miskin lagi okeh. AHAHA. Ni pon sebab Ma beli. Kalau ikutkan aku, tak pernah terpikir nak handphone baru. Maklumlah. Kepala aku ni hanya terfikir handbag, stilettos, handbag lagik dan kereta. EHEHE. Tak ada siapa-siapa kah mahu menghadiahkan kereta? Macam seronok bukan memiliki kereta sebagai hadiah hari lahir. Berangannnn.





Pagi tadi exam macam kerbau. Masuk exam hall lambat. Paper susah. Aku konyok kertas soalan. Aku koyak sehelai. Sebagai tunjuk perasaan. Gila. Baca lain. Keluar lain. Lain kali aku nak tido je sepanjang masa. Jangan dibaca buku. Terus hentam! Hih! Stress.
 

24 Congteng-conteng:

Blogger azie conteng...
This comment has been removed by the author.
1:12 AM  
Blogger tiffany conteng...
happy burfday darling chika.... semoga membesar lebih ceria dan matang.... semoga lebih tinggi dari shieda, semoga sentiasa happy selalu!!!
2:39 AM  
Blogger tun teja conteng...
hepi bday dik nurul.
semoga berbahagia selalu
sib baik xde sape suh dia blaja memasak.
meh masuk geng kaktun.
3:44 AM  
Blogger ajathajar conteng...
happy bday chika!
11:10 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
Shieda - tq shieda. chika macam tak boleh tinggi dah :( kesian je. uhuhuhu. tapi boleh membesar dgn ceria dan matang :p tq :)

KAK TUN - tq kak tun. tak gerek ah masak-masak kan? tunggu la hari ulangtahun perkahwinan yang ketiga baru boleh sebot masak-memasak. ni baru hari lahir ke 22. mana gerek masak2 neh. AHAHAH.

AJATHAJAR - tq!!!! kalau setiap hari adalah hari lahir, ok ka? macam tak ok. AHA. sebab nanti bosan. :p
11:41 AM  
Blogger Along conteng...
happy birthday again!
ok, da kire belated ah, but i dontcare ah.

=P

beshnye dikutuk, dikritik namun mendapat hadiah besh =P
rela terpaksa adek2 kamu tuh..wahaha~~
ke chika peras ugut sama deranggg~~

anyways, am glad u had a great birthday turning 22.
along x ingat ape jadi kat alg umo 22.



owh, now i do.
busy doing my software degree.
n bercinta dgn mamat muke ala farid kamil.
wooot~~

happy birthday again dik.
lantak pi la komen alg panjang =P
happy oways~~~
1:02 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ALONG - chika tak da peras ugut pon. itu hadiah secara sukarela tu. :p mmm.. chika langsong tak da idea apa yg jadi pada bday ke 19. langsong tak ingat apa-apa. macam bday paling terus. paling tak best. err.. tak sure teruk ke tak. sbb mmg tak da dlm memori. sbb sibuk dgn matrikulasi and patah hati.

ahahaha.

oh. pernah bercinta dgn bf muka ala farid kamil? dgn farid kamil? tak nak? :p kakak, tq anyway!!!! muahhh :-*
1:10 PM  
Blogger fara-D conteng...
fara d suda tiba!!! wuhu! happy bday!

err... bertembungan 2 hati tuh rabu nih ek? erk.... xpe2 ...aku kasik laluan! asal kek@puding sok ko makan puas2! heh!!
3:06 PM  
Blogger Masy conteng...
sgt teringin disurprise oleh team Casa Impian - kasik renovate dan upgrade ma new home. lai lai lai..~

*tutup mata berangan*
3:46 PM  
Blogger MarlissaMusa conteng...
c.h.i.k.a
wahhh..kak mar ingat kak mar je golongan yg tak ble access ur blog..rupanya farah pon baru dapat access? wah dasyat!hehe
anyway!HAPPY BESDAY TO U!
3:58 PM  
Blogger fara-D conteng...
haha! tu la pasal kak mar!! senasib kiter eyh! ...aduihai....
6:27 PM  
Blogger Totin Jamain conteng...
oit!~
happy birthday!!
haish aku punyela berusaha nak masuk blog ko ni
susah btul
sb indon dlm process nak block blogspot
sunggu ntahapaapa
sengsara aku nk bukak beloksepot ni
smpai nak wish bday ko pon dah tlewat
btw, syaff pon sruh sampaikan wish happy bday kat ko
die xley onlen!~

yeay!~
chika dah melangkah setapak ke generasi tua!~
8:19 PM  
Blogger a[l2]isa shi[l2]ahata conteng...
best nye!!
dpt fon baru!!
aisya baru je terpk nk fon tue, klo aisya dapat 5a ke ats exam bln 5 nerh..
chantek larh!
8:21 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
FARAH - selamat masok!! aahahhaha. baik bukan aku neh? miahaha :p esok kita nyam nyam okeh. kuak tenggelam timbul okeh. ahahahh. err... engkau buat kek ke puding? err.. macam sangat tak sabar je neh. =)) *terlentang-lentang atas floor*

KAK MAR - tq for da wish. kakak jgn berkecil hati okeh. see, nurul ni nampak je macam jahat sikit tapi sebenarnya baik. ahaha.utk kakak yang comel dan seorang kawan yang sangat dicintai dalam hati, sanggop neh nurul kasi access. secara grand lagik. :p
8:40 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
TOTIN - oho. tq tq. tapi bukankah engkau dah wish pon kat fs? erk? indon nak block blogspot? motif? aduh payahla. tak dapatlah engkau berpesta lova-loca mengunjungi sanak-saudara termasuk aku dan kaum yg lain :( sungguh eh? apsal? apsal? ehehe. chika curious :p Oh, cakap THANKS kat syaff eh. lama tak nmpk dia lah.

AISYA - apalagikk! dapatkan sebanyak-banyak A okeh. Lepas tu jangan mintak satu, mintak henpon sama banyak dengan jumlah A tersebut. okeh? kakak doakan aisya berjaya in studies. Major exam kan end of this year. So, study first okeh. soal perasaan ketepikan menjadi yg kedua atau yg ketiga. Iaitu lebih bawah dr study :)
8:43 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
MASY - urk? macam seronok jugak surprise tersebut. Tapi saya macam nak surprise macam.. Fahrin ahmad buat miskol ke. lepas tu kacau saya. sampai kami pon bergadoh, berjumpa dan ter'falling cinta. macam berangan secara tak logik eh? ok cancel. :p
8:46 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
lg skali, hepi besday dr kak ween.Moga makin vogue & kiut selalu.beshnye dpt hp kaler merah.my peberet kaler tu.hehhe tgk slip peksa chika & kad matriks tu..tingat zmn kak ween dulu..isk isk sungguh windulahhhhhhhhh! *sob*
9:34 PM  
Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
=D

chika sayam..
kalau la kju ada adik2 yg sgt sweet like urs.. kju la paling bertuah dlm dunia ni tau !

tapi kju tak bertuah pun. huhu~

hmm ini bermakna.. chika seorang kakak yg paling bertuah di dunia sbb ada adik2 yg sgt sweet !

kotak purple.. bag purple.. ribbon purple..

alahaiiii.. =D

happy birthday chika ! semoga happy2 selalu..
10:24 PM  
Blogger J u l i a 。.゜✿ conteng...
haihhh..
kju pening baca kes chika ngan tokpek tu. umm keputusan hari rabu pulak ?? alaaaahhhhhhh.. esok la tu kan ??

umm agak2 chika.. apa yg terjadi ?
chika rasa chika mau "camana" sebenarnya ?

ehh enfon merah berkilat itu dah wat setting mms ke ? senang kju nak anta gamba bogel

gamba bogel dolls kju laaaaaa.. =P
nyahaha
10:26 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK WEEN - chika pon suka enpon tu. suka sgt sebab tak penah pon merasa enpon berwarna. selama ni samsung je manjang. tahu2la kan samsung tu warna dia camner. ehehehe. tq again la kak ween. chika dah 22 tahon dah. dah besar!!! :p

KAK JU - pasal tu, chika pon macam sgt blur. tak tahu nak rasa apa sebab ada macam2 rasa sampai satu takat, tak de rasa apa2. let time decide :| uhuhu... chika sangat sayang semua adek2! mereka sgt kelakar sampai kadang2 stress duduk ngan depa ni kat umah. ahahha. mmm.. kak ju send la gambar bogel. tapi nk gmbar kak ju. tanak si barbie bogel tu. :p tapi tak penah tgk blythe bogel. nak tengok! AHAHAHHAH
10:38 PM  
Blogger lara conteng...
chika..happy birthday...walaupun ku terlambat 2hari...semoga kau berbhgia selalu dgn autocad..haha...

gila byk hadiah tu..jelous seh...
12:12 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
EIZA - tq eiza. lambat sehari tak pa. jangan lambat sebulan sudah. :p oh chika dah tak da mengautocad lagik. dah submit semua. skang nak exam. bukak buku pulak :( ehehehe
12:14 AM  
Blogger cepotet conteng...
uiiiiiii.. syioknyaaaaaa!

untung kan kalau dapat adik beradik macam ni. rasa sangat besh walaupun hati sedang tak besh. :)

adik, mak adik tanak amik anak angkat ke? yang comei dan rajin memasak. lalalala.. ;p
1:35 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK ERNI - mmm.. ni tawaran ke atau permintaan eh? kakak send la resume kakak yang paling gempak. ehehehehhe. tapi dlm rumah ni blom ada yg hebat masak. macam boleh dipertimbangkan. ahahaha
1:42 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."