Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, April 22, 2008

22 tahun 1 hari


Tarik nafas!
Tarik!
Tarik lagi!
Tahan nafas!
Tahan!
Tahan!
Ha, tahanlah sampai mati!
Okeh?


Muka aku yang tak berapa siap ni sudah DUA TAHUN berturut-turut teriklan di blog Nieja. Alah, blog Nieja tu *rolling eyes and tongue hanging out* Blog tu, yes blog tu! Yang iklaneka hari lahir tu. AHAHA. Hi, there Nieja sweetheart. Engkau rock bukan? Jangan marah okeh. HAHA. Siapa kata muka tak siap ni tak berguna. See, dah dua tahun jugaklah si Nieja tu sudi tayang muka aku ni sempena birthday wishes. Lepas ni aku buat muka yang bertambah-tambah tak siap. Atau dalam kata lain, muka langsung tak siap. AHAHA :p Terima kasih kat Nieja. Tahun depan sambung kontrak okeh. 21 April 2009. Usia 23. Muka bertambah tua sikit.


Blog Aizar pon ada wish untuk aku. Macam sangat menarik je aku ni bukan? AHAHA. (www.perasan.com) Thank you, darling. Aku macam rindu engkau secara banyak. Apakah engkau merasa yang sama? Tapi engkau pon sudah mengaku yang engkau termimpi-mimpikan aku datang di dalam mimpimu membawa burger, maknanya memang engkau ada rindukan aku. Tunggu aku habis pantang ok. Exam aku masih ada 2 paper. Macam tak berapa senonoh kalau berpesta lova-lova ketika musim exam. Nanti aku akan rasa bersalah. Walaupun di sini aku tidak membaca buku, tetapi semacam bagus lah diam di rumah menghormati peperiksaan.


Errr... paling senyum. Dari Cookie Monster. Cute and sweet. Cute macam Cookie Monster. Sweet macam Czai Hong. Perfect bukan? Thank you yang banyak :) Tahukah bahawa aku sudah lama tak melihat Czai Hong. Semacam sudah bertahun. Tapi semacam melihat Czai Hong setiap hari. Melihat Czai Hong samalah seperti memainkan Nocturne di telinga dan addicted to the melody. Aku tak berapa faham Nocturne. Tapi aku addicted to the melody. Aplikasi yang sama atas kewujudan Cookie Monster ke dalam dunia aku. Faham kah? Tak faham kah? Okay teruskan ke perenggan seterusnya.


Hari ini hari memakan coklat. Kan dah dikata, lagi dimakan, semacam makin tak habis. Sangat extreme kelakuan Haikal membeli coklat tempoh hari. Abah kami merupakan coklat lover. Tahukah? Beliau memakan kesemua bar coklat tanpa meninggalkan sikitpun untuk aku. Sebab beliau sangat sukakan coklat bar cadbury. Abah, dahsyat! Hari ini beliau tak berapa sihat. Ma kata macam ni ; "Tu penangan makan coklat tu! Hari ni dah sakit-sakit tekak, terus tak sihat". AHAHA. Macam comel. Ma tak da memakan coklat. Beliau sangat tak suka memakan snack. Sebab itu beliau mendakwa dirinya sihat total kerna tidak memakan makanan yang bukan-bukan. Sebaliknya sibuk meminum jus tomato dan jus oren setiap pagi. Malam pula meminum susu. Tanpa perlu mengadakan aktiviti lumba susu. Macam aku. Err.. kalau tak da adek yang mengajak lumba susu, aku tak da meminum susu. Susu tak berapa sedap. Tapi susu ibu macam sedap bukan? Aku pon sudah lupa rasanya tapi semacam masih boleh diimaginasikan tahap nikmat seorang bayi mendapat susu ibu. Apakah motif? Mana ada motif. Semacam tertulis.


(Ada banyak ni lagi coklat yang perlu dihabiskan dengan kesungguhan)

Terlanjur tertulis tentang susu ibu, semalam aku membaca fakta tentang susu ibu. Tahukah bahawa susu ibu itu dari segi saintifiknya baik untuk ibu dan bayi? Ibu sihat, bayi sihat. Dari sudut Islamnya, susu ibu itu mendekatkan anak dengan ibunya. Kepada ibu-ibu, susukan bayi okeh. Jangan dibiarkan anak-anak menagih khasiat dari susu yang lain. Apakah? Hiarght! Kenapakah aku menconteng semacam ini??? Bukankah pelik? Sekejaplah aku menghirup udara di luar tingkap selama tiga minit okeh. Fikiran tak berapa lurus. Macam selekeh.


Tiga minute, plis!










Di luar sana bau asap. Apakah ada jiran tetangga membakar sampah pada waktu malam? Sangat bosankah hidupnya sampai melakukan aktiviti membakar sampah pada waktu malam? Bukankah ada banyak lagi kerjaan bagus untuk dibuat pada waktu malam? Erk? Aku tak bermaksud apa-apa. Lu pikirlah sendiri!


AIMAN.

Oh. Esok pagi akan terbang balik kampus sekejap. (Kereta aku boleh terbang tahu) Ada kelas Encik Ismar jam 9 pagi. Yibba Yibba. Aku neh suka En. Ismar. Beliau ada anak lelaki. Yang cute. Macam akan menjadi handsome kelak. Matanya sepet. Mukanya ayu. Senyumannya manis macam corn in cup. Rambotnya terpacak-pacak macam durian. Kulitnya putih macam susu. Perangainya malu-malu macam cupcake (?) Namanya... jeng jeng jeng. Aiman. Ngehehehe.

Satu petang yang damai, ketika sedang berautoCAD secara sikit dan bermain ColorLinez secara banyak, Encik Ismar lalu di depan mata bersama si Aiman. Aku pon terus melupakan nikmat bermain ColorLinez dan secara automatic berkata...

"En.Ismar, kirim salam dekat si Aiman yang di belakang itu,"

En. Ismar pon sengih semacam bangga anaknya sudah punya market. Si Aiman pon terus terblushing-blushing. Tapi yang aku tak tahan tu....... dalam terblushing-blushing malu tu si Aiman ni terus datang kat aku dan... salam aku! Umak aih!

"AHAHAHA! Nurul, dia ingat you nak salam dia. Padahal you kata kirim salam. Aiman ni tak faham bahasa lah," En. Ismar ketawa berdekah-dekah. Dah la lecturer yang satu ni memang kaki gelak. Dia kalau dapat gelakkan student, memang rasa tak mahu hidup lagi dah. Memang gelak sakan. Aku neh dah kena banyak kali. Lagi-lagi bila kita membuat design yang macam lawak. Memang abis kena gelak mati-matian dengan beliau. Farah tu dah puas kena bahan. Sampai aku tak larat nak ingat. Nanti jantung aku boleh jam geli hati.

Cute tahu si Aiman. Kecik lagi. Baru darjah ... err.. tak sure. Memang cute. Emaknya kata, dah ramai orang sudah cop dia. Jadinya aku semacam tak berapa ada chance. Tak pa lah. Asalkan merasa bersalam dengannya. Dia siap cium tangan aku tuh. Perght! Nak ja aku mengusap-usap pipinya tapi semacam malulah. Bukan aku malu, dia malulah. Dia tu sangat pemalu. Kalau ditegur, mesti terus blushing secara merah pekat. Dan lepas tu akan tersenyum sampai matanya yang sepet tu macam terus tak nampak mata. Oh Aiman sangat cute. Nanti mengorat anak saya okeh. Erk? Lepas tu aku berbesan dengan Encik Ismar? Macam tak nak ja :( Cancel!


aku rasa macam terlalu banyak merepek yang tak perlu. Jantung aku macam bertindak agresif neh. Heart attack? Bukanlah hoi! Aku pon dah menyejuk sampai takat beku ni. Nak pergi off aircond sebelum aku mati beku di sini. Lepas tu nak sambung aktiviti TARIK dan TAHAN NAFAS.





Nota : Siapa-siapa yang baru access tu, jangan cuba melakukan kegiatan thrill. Nanti semacam risau hendak membaca post-post lama. Bukankah sangat stress itu? AHAHAH. Tulisan aku ni dangerous tahu? Tak ilmiah, panjang berjela dan tertekan. AHAHA :p aku cuma memberi nasihat sebagai penulis yang bertanggungjawap. EKEKEKE. Macam bagus tak aku? Teruskan membaca post baru. Past is past. Jangan dibaca lagi. Aku sendiri tak da membuka post lama. Kalau ditanya apa yang ada dalam blog ni pon aku tak berapa sure. ehehe. sangat baguslah readers aku. Tabah. Tapi aku tak bertanggungjawap okeh :p Sebenarnya aku nak ucap selamat datang kepada pembaca yang baru dikasi permission. Sikit lagi ja, blog ni akan capai limitnya 100 readers. Dan selepas itu, mana-mana readers yang macam membosankan aku akan remove. Jangan kata aku tak bagitahu.
 

20 Congteng-conteng:

Blogger fara-D conteng...
CHOCOLATES??? wuuuuu *drooling*
isk.....
siap ko!
12:56 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
ye. boleh saya bantu? *pretending like she has no idea at all*
1:02 AM  
Blogger cepotet conteng...
banyaknyaaaaaaaaa!

nak choc kisses! walaupun akak tak suka choc tapi kisses tetap salah satu choc peberet.

jeles.. jeles..
1:08 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK ERNI - best kan? tapi sebab dah byk sgt chika rasa nak muntah... meh la sini amek kalau nak :p
1:11 AM  
Blogger cepotet conteng...
amboiii.. sampai nak muntah ek?

ececece, sib baik la akak ni tau perkataan 'malu' ye dik. kalau tak, mesti dah tercangak dah kat depan umah tu. ahahahah!
1:31 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK ERNI - siyes kak. chika dah tak lalu nak telan. kena stop cam satu hari baru continue. sebab makan coklat byk boleh muak. lagipon skang chika dah byk benda tak berapa addict. coklat, kek, ais krim dengan nescafe. chika dah kurang layan.

tapi BUN chika mmg sentiasa suka :p
1:38 AM  
Blogger tun teja conteng...
amboi..kaktun tgk nurul mcm dh hepi je...

dik.. nota terakhir tu wat akak tersedak lak. akak mungkin diantara mereka yg suka baca entry yg lepas2. mcm best. sorry la ye
1:49 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK TUN - err... chika mana marah. chika cuma macam nasihatkan ja. sebab macam malu2 ayam pon ada dibuatnya kalau orang membaca entry lama. nanti semacam orang tengok chika ni tak da improve pon. merepek dari dulu. ehehehehhee. :D ngeee. Chika neh bila ada kat rumah lama2 memang bahagia. kalau byk keje akan stress dan sawan dengan hal kecik. ekeke. manusia tipikal la katakan :p
1:52 AM  
Blogger Unknown conteng...
chikaaa.. epi belated besdayy! dah 22 tahun si adik kecik comei neh ye. moga bahagia slalu!

coklat tu manyaknye. kalo stress mmg bagos lah makan coklat tu. menenangkan :P
1:56 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
LINDOSH - mekasih lindoshh *bila sebut lindosh mulut chika macam berasa sukar sebab nak menebalkan bunyik.hiks*. sebenarnya saya dah stress nak makan coklat tersebut. ahahaha
2:04 AM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
adakah aku membosankan kau?

kalau tidak, sila jangan delete aku dari list reader blog kau nih ye sayangku nurul haizum...
2:59 AM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
eh, btw, aku dah berkirim wish kat totin utk wish ko hepi bday. ada dpt x?

aku x dpt nk online tepat 12 mlm 21 April haritu. nak sms, tapi tade nombor kau plak.

hepi belated bday tau~!
3:02 AM  
Blogger ajathajar conteng...
byknye coklat.
bak cni sikit!
ajat suke mkn coklat =)
9:07 AM  
Blogger Masy conteng...
mak aih banyaknya.. stok utk setahun ni. sy dpn 4 bar thn lps pun x habis2 lg..


eh eh ye jugeklah. ada lg. dah expiredkah?


(balik nanti kene check dlm fridge)
9:41 AM  
Blogger Along conteng...
wah.

seperti terkesima jap dengan ayat warning anda.

along xde ah baca sme.
tp along neh konfem membosankan kamu eyh.





along redha ah dengan ketentuan hidup ini.





chewah.
emo.
10:16 AM  
Blogger Darling conteng...
chika, selamat ari tua ye.. eh eh hehehe.. kiranya i orang yg terakhir wish agaknya ye.. lama tak tgk blog (kemalasan melanda)

moga ceria2 selalu..
11:05 AM  
Blogger Dieyla conteng...
aa... ok2..
tak bace..
ngeh2..

btw,
epi belated bday chika!!

stay comel!! =)
12:11 PM  
Blogger a[l2]isa shi[l2]ahata conteng...
jangan di delete diriku ini...
6:53 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
abah chika suke mkn coklat.besh besh.sama mcm kak ween.hehe tp malangnya my abah lgsung tidak suke coklat, kek, sweets & lain2 yg sama waktu dgnnya.Beliau hanya tau mkn makanan seimbang saja.Sgt buring bermakan-makan dgn my abah.haha.

Coklat itu sgt byk okeh? meh bg skit kat kak ween lenkali.hehehehhe
12:48 AM  
Blogger Unknown conteng...
nk coklat =(
2:41 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."