Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Wednesday, July 02, 2008

2 July 2008

Alhamdulillah. Selesai presentation.
Hari ini 2 July 2008.
Bukan hari biasa.

067.gif image by klasik Topical Study Presentation
Pukul 10 pagi tunggu lecturers. Encik Irfan hilang. Prof Zuhairuse pulak dikhabar anginkan sebagai tidak hadir. Huh?! Tak kan Encik Zabidi sorang assess kami? Pendekkan cerita, Encik Irfan muncul juga. Dah dekat separuh orang siap present, kuasa magik mewujudkan si Zuhairuse pulak secara tiba-tiba. Luckily. Ya, luckily ... aku sudah siap present. Volunteer tu nak present cepat. Sampai angkat-angkat tangan. Tapi bukan angkat tangan secara tinggi. Angkat ala-ala kucing malu. Zabidi nampak muka aku yang tak sabar nak present, beliau pon mempersilakan aku ke depan. Wah. Mana pergikah dag dig dug di dalam dada?

Okay. Case study aku tak cukup complete. Tapi aku puas hati. Entah apakah yang memuaskan hati, aku tak tahulah. Mungkin mood aku untuk mengaji di fakulti sudah terbuai-buai. Aku sangat teruja mahu cuti. Sebab itu aku tidak sabar hendak menyudahkah tanggungjawap terakhir. Macam orang nak matilah ayat ni.

Why did Alamanda punya parking area masih guna artificial lighting?
- Encik Zabidi.

No! Artificial lighting tu setakat menguatkan attraction pada entrance shopping mall
- aku macam kelentong. Tapi secara yakin.

Yup. Dia saja pasang along the way to the entrance. And actually lampu tu untuk entrance. Kan?




Mari tengok gambarajahlah. Aku cerita berkobar-kobar pon, anda tidak akan berminat. Sebab topiknya pasal lampu. Bosanlah bukan? Tapi architecture memang satu fenomena di mana manusia berbicara tentang topik bukan-bukan. Termasuklah tentang mangkuk tandas dan lori sayur.

Lay Ming : Ceramic Tiles


Soo Yong : Double Facade


Nuar : Vertical Landscape


Ehem : Parking Area, Alamanda.


Siapa neh? : Green Roof


Ah Toong : Product Merchandising.
(aku suka topik dia. macam bagi idea dekat aku. aku rasa teringin nak menceburkan diri dalam product merchandising pulak)



067.gif image by klasik Party!
Lepas siap presentation, kami party! HAHA. Open table la depan studio. Buat aktiviti makan besar satu jabatan termasuklah semua staff sokongan. Nuar yang masak lunch kami tu. Nuar neh kenapalah sempurna sangat sifatnya? Ekeke. Tq kat Aisyah dengan Nuar yang menggerakkan majlis makan ni.

Aku sempat cabut kejap carik kek untuk celebrate birthday Farah (30th June) Memandangkan aku tidak membeli present buat beliau, aku belanja sebijik ChocCheeze from Secret Recipe sajalah okay. Nasib baik semua orang suka kek tu. Sebab aku beli mengikut taste aku. Celebration itu mungkin terlalu kecil. Tapi aku harap, Farah happy lah. Happy 22!

Paed buat perangai. Dia nak makan topping cake sahaja. Cheese cake di bawah dia tak nak. Berlakulah pergaduhan marah-marah sayang antara Paed dengan Jamal.

"Kampong betul perangai kau. Budak kampong memang makan kek bahagian atas je. Tengok aku, orang bandar, Atas bawah aku makan,"

"Aik! Korang aphalll!," aku curiga jugak neh.

"Nurul, bolehlah. Aku nak yang atas je. Yang bawah kasilah sapa-sapa," Paed merayu-rayu.

Aku heran tau. Apsal dia nak sangat bahagian atas kek. Padahal kek tu sangat sedap walau di makan dari mana-mana bahagian, sudut, elevation mahupun section. Kami pon marah-marah Paed. Hang gila ka nak hancurkan kek tu kasi tebuk abes dia punya atas. Akhirnya dia bengang. Abes semua slices terakhir ditelannya. Suka hati anda lah. HAHA. Yang aku tak boleh tahan tu sebab dia menggelupur tu nak jugak sapu abes chocolate topping. Tapi yang cake nya nak tinggal suh orang lain makan. Banyak songeh.


067.gif image by klasik Kamera!
Lepas party, kami bergambarlah! Adian nak sangat turun tasek. Sebab setiap kali studio buat shoot beramai-ramai, dia mesti tak ada. Akhirnya kami turun tasek dan bergambar lagi dpan tasek tu. Padahal dah pernah buat perbuatan ni semester lepas. HAHA. Tak apa. Asalkan gembira.



067.gif image by klasik Babak geram
Hati kaca sudah war-warkan yang dia sudah putus kawan dengan Nurul. Amboi hang! Bangganya anda membuat kenyataan tersebut. Aku tidak ada bercerita pasal konflik ni dengan siapa-siapa kecuali yang terlibat. Hati Kaca yang menyebarkannya pada Kembar dan Mek Ti. HAHA. Aku dah tak ada kemarahan lagi. Aku rasa semuanya jenaka semata-mata yang merupakan hiburan akhir semester. Boleh la. Layan. Tapi kesian hati kaca. Cerita punya cerita, orang tersebut akhirnya sampaikan pada aku. Hati kaca, jangan bercakaplah. Duduk diam sudah. Jaga hati anda yang fragile itu. Nanti pecah, siapa nak repair?

067.gif image by klasik Babak air mata
Tiba-tiba jadi babak air mata. Itulah. Bila masing-masing dah angkat barang nak balik ke rumah masing-masing, kami pun sedih. Selesai sudah rupanya tiga tahun. Tiga tahun mengadap muka yang sama. Duduk dalam studio yang sama. Makan benda yang sama. Tidur atas board yang sama secara bergilir-gilir. Pendek kata, tiga tahun ni ... hanya mereka yang ada dalam hidup aku. Balik-balik mengadap muka tu. Hampir 20 jam sehari. Selepas ni, kita semua akan menghadap satu dimensi yang lagi luas. Iaitu dunia. Dan akan berjumpa dengan kumpulan manusia yang lain pula. Dan kita akan kehilangan satu sama lain. But the loves remain.



Masa Beh cakap "Bye, Nurul" aku rasa sebak dow. Sebab selama ni, mana ada dia pandai cakap elok-elok dengan orang. Dia kuat menyakat. Menyakat bukan sikit-sikit. Bergurau secara berani mati. Sampai orang melalak menangis pon pernah dikerjakannya. Itulah dia Beh. Notty. Tapi tadi muka dia pon lain macam je aku tengok. Oh. Sedih.



Berpelukkanlah anda. Minggu depan jumpa lagi. HAHA. Bukan ke mana sangat pon sebenarnya. Pusing-pusing jumpa jugak. Dah lah masing-masing pakat kerja area KL. HAHA. Jangan menangis lah. MAcam membazir dan memakan masalah. Lebih baik kita bergelak ketawa.

Kembar nak balik dah.
Tadi Ai buat ayat yang sangat 'cannot go'.
"Nurul, bilalah dapat jumpa kau lagi,"
"Eh, kau nak balik keje kat Pahang ke?"
"Ishk. Tak de maknanya. Kat sana mana senang nak jumpa architect firm. Aku keje kat KL jugak,"
"Hek eleh,"
"Ehehe"


Tak percaya?
Entah-entah masa Festival Senibina bulan depan... masing-masing still join. Aku macam confirm je nak join. HAHA. Macam tak berpisahlah sebenarnya. Releks. Steadynya aku. Gagah gila! HAHAHA!


067.gif image by klasik Betul-betul punya sedih.
Masa kemas studio, kemas locker dan bawak balik semua harta benda untuk kosongkan studio. Sebab nanti junior nak masuk studio tu. TIGA TAHUN kami pakai studio tu. TIGA TAHUN barang-barang terbiar dalam studio tu. Hilang hilang pon semua dalam studio. Rupa-rupanya, hari ni semua sudah berakhir. Kena ambik semua barang. Part ni lah paling sebak sebenarnya untuk hari ni. Selalunya, lepas cuti dan sebaik saja mula semester baru kami akan kemas studio secara berjemaah. Tapoi hari ni kami kemas studio untuk dikosongkan. Sedihnya. Sangat sayang studio tu. Sayang corner yang aku duduki selama tiga tahun. Tempah tumpahnya ink teknikal pen ku. Kesan ink pon masih ada. Hmmm. Mr Lim yang tolong aku berkemas. Dan mungkin aku akan sangat rindukan dia.


Tapi Sarah dengan Gedix tak de hari ni. Gedix pergi menggedik dekat Bangkok. Sarah mana? Balik Sabah kot. Ishk.


Dating last minum Coca-Cola dekat cafe fakulti.
Gonna miss MakCik Cafe, Abang-abang Cafe yang suka Mengorat, nasik dan lauk-pauk yang sunggguhhhh memuaskan nafsu serakah. Seriously. Tiga tahun makan lauk-pauk situ. Sikit tak ada komplen. Memang best.


disebabkan heels berinci-inci ni aku berkaki ayam petang tadi. Tak boleh tahan pakai lama-lama. Nasib baik dalam kereta aku bawak kasut spare. Kalau tak, memang aku berkaki ayam. Ayam pun berkaki ayam. Aku dan ayam menjadi sama.

Oh. Mata aku sangat mengantuk.
Mari tidur nyenyak.
 

28 Congteng-conteng:

Blogger Adian conteng...
aku menjangkakan aku akan sedih gile siang tadi. tp mood sedih xterkuar plak. xtau nape.

maybe kalu time kemas2 yang rase sedih kot. time kemas bilik dulu la yg aku diserang sedih attack. hehe

hmm bajingian sungguh dak2 yg duk lepak depan studio tanak join gamba kite. xpela last2 yg amik gamba tu sume close friends aku. tu yg penting.

good luck 2 all!
4:56 AM  
Blogger pphoenix conteng...
oh pnjg sgt
nnt blk kelas br bc
6:51 AM  
Blogger Masy conteng...
alahai tingat zaman blajau dulu. tingat studio yg ditinggalkan. isk!!~

cik adik chika, sangat cantek heels itu. sekian saja pujian berbaur cemburu (eh nape cemburu pon tatau) dari kakak yg comel. hehe.
8:32 AM  
Blogger fara-D conteng...
hiks!thanks for tha cake!cedap cedap! tp ms tu da kenyang, sbb tu aku main cubit2 kek yg org len dok mkn!hehe... erk, tp kalo di calculate cubit2an tu, aku rasa...maybe sampai kot 2 potong kek tuh! heeee


aku suka gambar2 tu...kang kite exchange ek....aku tak tgk lg gambar2 dari kamera aku yg jd harta wakaf smlm sampai bateri habis disaat paling kemuncak tu!huhu!

party was great, paling suka the roti ketam by cHef aNuar!hehe...n again, thanks 4 the cake...patot aku jwb phone a'ai ko tamo ckp ngn aku ek!! hamboi!!
8:41 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
adian - aku pon sama. aku ingatkan semalam akan sedih secara sangat. atau sampai merambu-ramba air mata. tapi tak terasa sangat. maybe sbb kita mmg tahu, ada masa lagik akan jumpa kot.

tapi masa aku kemas studio tu, sebak gila. bergenang jugak air mata. sebab macam tak boleh nak percaya pon ada. kan dah tiga tahun. kalau cuti ke ribut ke taufan ke, jangan harap kita kemas atau maek barang2 keluar dr studio. tapi semalam, kemas abes semua diangkut. mmg sedih gila. sbb kena terima kenyataan jugak, studio life dah berakhir, dan sebenarnya tanpa disedari, studiolife dah berakhir lama dulu. kita pon dah tak sedar bila. kan?

ye lah. aku pon cam bengang gak sbb dorang tak sporting. ajak amek gambar pon susah. tapi bila tgk balik muka2 dlm gmbar tu, ha ah . semua geng kita je. ekekek.
8:47 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
pphoenix - haha. pergi kelas dulu :p

masy - studiolife best kan? mmm.. kasut tu menyusahkan. T_T
8:49 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
farah - aku pon makan kek tu cubit-cubit je. Aku, ainul dengan a'ai kitorang macam calit-calit secara bersama. tapi actually banyak gila aku makan. sbb walaupon calit2 je, tapi gila banyak ah.

nanti da transfer gambar, send kat aku eh. sebab nak update lagi gambar PARTY! ekekek.

hopefully semua enjoylah semalam. tq farah for everything. haha. semalam mmg ar. takkan nak tanya kat ko mana nak letak kek. dan dan plak ko yg jawap call. ko ni setiap kali pon, tahu2 jek. ahaks
8:52 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Balajar dah abis.. bila Konvonyer.. Tahun Ni Ke Tahun Depan..
10:50 AM  
Blogger IamYonna conteng...
chika..
mmg sangat sedih kan :(
hina2..kutuk2 tempat blajar kite pun, 3 tahun kita kat sana.. :)
what a long journey kan :)

lepas ni...
keadaan kite ngan kawan kite dah xkan sama ..
hee..

but memories remains kan :)

cheer up chika comel!
2:01 PM  
Blogger Totin Jamain conteng...
gambar kau bercakap kat depan tu macam gaya seorang lecturer aku yang garang.
nyampah
haha
4:10 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
kenapa tetiba rasa sedih jugak nie.. :-s
6:40 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
rozaidi - insyaallah tahun ni.

yonna - 3 tahun. bukanlah panjang rupanya.... :)

totin - cet. sabar je lah aku :p

angel baik - haha. ni sebenarnya bukan entry sedih. tapi macam ada efek sedih pulak. ekekek :p
7:05 PM  
Blogger Adian conteng...
eh adakah itu laptop berdesing digunakan untuk presentation? huuu nasib baik aku xsame bilik ngan korang kalu x aku rela carik laptop lain. ahahaha
7:12 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
adian - huh? ye ke? BERDESING punya ke? hallamak! aku pon tak tau. hahahahaha. aku main cucok ja pendrive. kihkih. aik? kenal kerrr laptop dia? :p
7:25 PM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
berapa byk peringkat sedih nih?? erm tp sedih2.. sebak den nih ha.. inikan pulak yang menulisnya.. isk isk
7:40 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
zul - oh, penulisnya masih steady... ekeke
7:56 PM  
Blogger fara-D conteng...
ala adian tu, desing2 pun, habis hapal rete si desing tu. elelele adian!!
8:00 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
tu ar kan, farah. sekali imbas dah leh tahu laptop tu DESING yang punya. ekekeke :p
8:46 PM  
Blogger Adian conteng...
alaa kan laptop compaq tu AKU ngan BERDESING je yg ade dlm studio kite. Kemba ade tp dienye widescreen. Mestila aku tau.. hehe.
10:38 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
amboih hang. korang berdua je pakai latop tu eh. ada citarasa yang sama di situ. *abes kena hantuk kepala aku!* hahaha
11:24 PM  
Blogger aisyahmokhtar conteng...
aku tapau gambar kamu masuk fs aku ye? hehe. trimas.
1:41 AM  
Blogger aisyahmokhtar conteng...
ah lagi, jom join festsena. aku da chop nama kat junior. bila lagi nak melalak masuk hutan..pastu kena sampuk. hish!!
1:43 AM  
Blogger aisyahmokhtar conteng...
ah, ada lagi..
sejuk ati aku dgr ayat puji-pujian antara kau dgn irfan nih. dalam maksud nih. jgn delete ye komen ni. tata!
1:44 AM  
Blogger Adian conteng...
eh festsena next year dlm hutan ke? wah...
4:29 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
aisyah - aku puji dia> ada ke? haha. aku cuma cakap, dia back-up aku. sikit. hahaha *devil*

yeay. nanti kalau junior sibuk2 susun name list ke apa, masukkan nama saya yek. saya sgt nak join. hutan pon hutanlah. sampok pon sampoklah. huyeyay!

adiab - lah adian lom tahu eh. kali ni fest sena camping tau dalam hutam. Kat Frim. syok wo. (wahhaha) nanti kita bergembira di sana okeh.
8:14 AM  
Blogger fara-D conteng...
ha? chika camping? chika syok camping?? mcm tak caya ayat tu ko nyatakan...err... *kagum skejap*
8:41 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
since dah takdak komitmen dlm hidop ni.... apa salahnya melakukan perkara yang thrill. ekekeke.
8:59 AM  
Blogger aisyahmokhtar conteng...
ok, nanti aku bitau nuar kak nurul nak join. haha. hey, lahi, jadi ke mau ikut trip ke ganu? studio 4th yr join dgn 2nd yr tau? aku pk mau join pn akmal ke kelantan. wah!!
9:15 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."