Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, July 01, 2008

dag dig dug

dag dig dug di dalam dada.
macam dangdut.
gila jijik punya tindakan.
jantung, silalah steady sikit.


sebenarnya aku letih.
setelah letih, aku membaham roti bersalut peanutbutter.
sedap.
salut lagi dan lagi.
memang sedap.
hidup biar sedap.


Tidak bertenaga. Anda mempunyai tenaga lebihkah? Pembaziran sumber merupakan tabiat yang tidak sustainable. Anda charge lah tenaga anda kepada saya. Anda tidak tahu bagaimana caranya? Bergabunglah! Macam super saiya. What? Anda tidak menonton Dragon Ball? Saya juga. Tapi saya tahu menyebut super saiya dan saya faham bagaimana cara-cara membuat kesatuan energy. Barulah power-pul.


Tadi saya pergi UKM. Atau lebih spesifik lagi, pergi JPP, tingkat satu, belok kanan. Hallamak! Saya pon tak tahu adakah saya men-driving atau mem-flying kan kenderaan. Sebab terlalu laju. Tapi kisah ni sad ending. Air mata rasa macam nak bertakung je. Ingat senangkah men-driving secara mem-flying kan kenderaan? Ingat senangkah? Ingat kereta biru itu jet pejuang kah? Kalau saya boleh bertindak sesuka hati saya, saya teringin mencabutkan dua daripada empat bijik tayar kenderaan supervisor. Saya sedih. Anda diam. Sebab saya sedih, anda kena diam. Kalau anda bertanya kenapa saya sedih, perasaan sedih akan berkembang menjadi perasaan marah. Anda diam. Diamlah, anda!


Esok babak akhir.
Macam anda menonton sinetron.
Bila sampai episod akhir, anda macam cuak.
Ya lah, esok babak akhir tungkus lumus saya dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina. Oh. Panjang rupanya nama course aku. Selama ni disebut selamba sebagai Architecture. Rupanya tak berapa tepat. Kalau anda suka, boleh sebut banyak kali nama course yang tersebut di atas. Pasti sakit rahanglah.


Hari ini saya pakai T-Shirt dengan statement berbunyi ' I Love Architecture'. Memandangkan Love is Cinta, Cinta is Buta dan Buta is Blind ... maka hubungan Architecture dengan Buta itu adalah agak rapat. Motif? Tiada. Tapi aku memang rasa nak membuta. Sebab aku penat dan sedih. Kalau aku tidur, aku tidak akan penat dan sedih.


Anda pakai baju apa hari ni?
Tak payah bagitahulah.
Aku tak berapa peduli pon.



p/s : kes Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Slowlah kepala aku lately. Kes ni pon aku setakat boleh baca tajuk ja. Isi-isi cerita aku belum pernah baca. Janganlah ajak aku sembang kes Liwat ni. Aku tak ada ilmu. Tapi cubalah anda dapatkan definisi Liwat. Tak payah belajar banyak pasal kes liwat ni pon tak apa. Belajar definisi sahaja. Lepas tu anda selak Kes Altantuya. Lepas tu ... lu pakai otak lu lah. Kan betul aku cakap. Barisan kepimpinan negara kita ni terlalu retro . Dia punya akal dah tak cukup panjang. Dia dah tak boleh pikir perkataan arab lain selain Liwat. Punyalah banyak perkataan arab lain. Liwat jugak jadi pilihan. Liwat pon Liwatlah. Err... tak dengarkah panggilan kubur?
 

3 Congteng-conteng:

Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
yes.. dua kali berturut2 menjadi rakyat first bg comment.. eh kamu.. apakah yg buat kamu sedih? jika tidak mahu org lain tahu tidak apalah.. boleh saja bisikkan pada saya.. maksud saya bisik secara perlahan2 tanpa orang dengar..
8:59 PM  
Blogger Masy conteng...
eh. sape kata dorang takleh fikir perkataan arab lain..

dorang juga tau "Hadhari". adeh, rasa nk gelak guling2 menuruni bukit.
8:25 AM  
Blogger Fakyew conteng...
ninja?
12:55 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."