Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, June 27, 2008

Hati Kaca : Episod Akhir

Lepas tahu satu cerita dari Gedix, hati ni hangus terbakar-bakar. Tapi aku sabar. Boleh gelak lagi masa tu. Padahal hati dah menggelegak ni nak explode. Sebagai seorang perempuan comel bersama otak yang comel, aku urut dada saja. Sabar.

Malam semalam sebelum melayan The Office (Downloaded by Adian, burned by Farah), aku sms Hati Kaca tu : Ni duit CW bila nak bayar? Dia nak balik Alor Setar ni. Dah tak de duit.

Tak guna punya Hati Kaca. Dia tak reply. Aku punyalah tunggu. Sampai selesai satu episod The Office. Jadi, aku dnegan Farah membuat kesimpulan. Mungkin dia tak reply dekat aku. Tapi mungkin dia shoot Mr.Lim. Sebab dia kan memang rajin sms Mr Lim. Since cakap dengan aku ni susah kot. Mr Lim kan penyabar, baik, lembut dan soft spoken orangnya.

Hell.
Betullah tekaan kami. Pagi tadi Mr Lim bagitahu si Hati Kaca sibuk sms dia. Tahu kah anda satu perkara yang terjadi? Si Mr Lim yang penyabar dan selalu cakap ; Nurul, sabar ... jangan cepat marah... Tapi pagi tadi dia pon bukan main marah lagi dekat Hati Kaca. Sebab Hati Kaca pergi psycho dia. Stupid.

Hati Kaca cakap macam ni ;
Kalau I tahu menyusahkan you, I tak tumpang you pon. I naik bus je.

Perght! Shut up, idiot! Bukan ke dari masa dekat Pontian, masa kita singgah jumpa atuk aku lagi aku dah hint banyak kali suruh kau dengan boifren kau naik bus? Tapi terhegeh-hegeh jugak nak tumpang. Tapi aku tak cakap banyaklah sebab bukan kereta aku, kereta Mr Lim. Nak dengar cerita jenaka kah? Boifren Hati Kaca ni dulu, sebelum kami pergi Kulai ... dia cakap dekat Mr Lim nak pakai kereta Nurul. Kepala otak lu. Kalau kau sanggop bayar duit minyak RM400 aku ok je. Tapi sorry, aku tak suka kereta aku dilanyak. Dan aku tak suka kereta aku bersepah. Maka waktu tu lagi aku dah naik angin. Berani mintak nak pakai kereta aku? Gila kelakar okeh. Belum ada orang berani pakai kereta aku. Sitkom kah neh? Nak isi belanja sikit pon berkira, inikan pulak nak isi minyak CRV. Tak ke mati katak engkau berdua nanti? Aku memang benci engkau berdua. Tapi tak da inginlah engkau mati katak. Sebab macam tak berapa sedaplah kalau berlaku macam tu. HAHAHAH.

Aku tanya Mr Lim dia reply apa. Dia kata dia memang rasa bengang dengan sms perempuan tu. Aik? Bengang? Mr Lim dah pandai bengang? See. Kalau orang yang sabar pon dah boleh hilang sabar, apatah lagi aku yang tidak sabar ni. Maka tindakan aku bukanlah tak siuman malah sangat siuman dan logik.

Aku naik bilik. Terus aku call Hati Kaca. Waktu ni aku dah menggigil dah ni. Apa jadi pon, jadilah. Punya marah sampai lupa bagi salam. HAHAHA. Terus aku sergah. Dan aku rasa dia baru bangun tidur waktu tu.

"Kau kat mana?," tu lah ayat pertama aku.

Dush dush dush.

Habis-habisan aku tibai dia. Dia menjawap tau. Tapi secara lembut. Dia memang suka buat macam tu. Waktu orang marah dia, dia akan cuba psycho orang secara lembut dengan menyusun ayat skematik macam jahanam.

"Nurul, aku tak nak gadoh. Aku tak bermaksud apa-apa pon. Aku pon tak faham kenapa kau nak marah sangat. Oklah oklah. Aku tahukau memang nak marah kat aku padahal aku rasa tak de apa pon. Kalau memang aku salah aku mintak maaf,"


Oh, salah orang! Ingat aku senang kena psycho ke? Aku tak akan termakan tektik skematik tersebut okey. Apa engkau nak tunjuk woman quality kau? Tak payah. Ingat aku terharu ke dengan ayat klasik kau yang macam komponen sastera tu? Sikit tak lembut hati aku.

"Dah tak payah. Sekarang ingat, dah menumpang tu buat je cara menumpang. Bayar je la. Bukan mahal pon. Tak payah nak terkejut beruk. Tu pon aku dah bayar dah duit minyak masa kat sana. Aku dah bagitahu CW *Mr.Lim* jangan campur dalam bil. Takot korang terkejut beruk tengok bil banyak sangat. Aku pon boleh fikirlah. Lagi satu, tak payah nak ungkit-ungkit pasal pergi JB tu. Aku tak suruh pon kau ikut. Yang kau gatal sangat nak ikut kitorang apsal? Naik lah bus.Aku memang suka berjalan. Yang nak cakap belakang-belakang tu buat apa? Kau tak nak gadoh kan? Ha, aku pedulik apa. Aku memang nak gadoh" - Super Saiya jugak ayat aku neh bila marah. Nasib baik aku tak pandai maki hamun. Kalau tak, memang keringlah dia telan maki-makian semua.

"Hey Nurul. Aritu kita balik dari Pontian kau tumpang Alif, aku tak mintak satu sen pon. Kereta Alif berasap jugak. Aku tak ada suruh kau bayar pon," tiba-tiba dia ungkit pasal aku tumpang Alif. Hek eleh. Macam aku nak sangat je. Bukan best pon kereta kau. Itupon sebab masa tu aku perang besar dengan Mr Lim so aku lari angkat barang pindah kereta Alif. Tak sangka dia nak ungkit. Oh, nak main ungkit-ungkit eh. Aku pon....

"Oooo... nak ungkit sekarang. Ha..... meh sini dengar aku ungkit balik. Yang selama ni kau turun naik kereta aku tu. Yang pergi sana sini pakai kereta aku, ada aku mintak duit satu sen pon? Ada kau tolong bayar tol? parking? Tak ada kan? Tapi aku tak de ungkit sebab memang aku tak kisah. Tapi bila sekali aritu kau dah nak ungkit kan? MAcam aku heran je. MAcam aku nak sgt je tumpang kau. Ha, sekarang kau nak aku bayar? Berapa kau nak? Aku bayar sekarang jugak,"

long pause.

senyap.


ha. terdiam perempuan tu. pandai sangat nak ajak aku main ungkit-ungkit. Padahal aku rasa, perbuatan mengungkitlah aku paling tak suka nak buat. Sebab sangat jijik. Tapi since dia dah mengungkit dan aku pon memang nak attack dia, aku ungkit jugaklah! Aku memang dah tekad nak bagi je seratus kat muka dia. (Padahal dalam purse aku ada seratus je pon. hahhaa. tapi maruah punya pasal, aku sanggop je gadaikan seratus terakhir tersebut.biar tak makan tak apa.)

"Tak payah la Nurul. Aku takbermaksud pon,"

"Kau tak habis-habis dengan tak bermaksud kau tu. tapi kalau orang buat benda yang tak bermaksud kat kau, kau sentap kan? Tu lah, kau pikir perasaan kau je orang kena jaga. Perasaan orang kau tak jaga. Dah la. Bye,"


Terus aku letak phone. Lama tau aku cakap dengan dia. Macam-macam lagi. Puas. Tapi menggigil satu badan. Farah suruh aku duduk. Farah release aku secara gagahnya. Wa. Aku sangat bengang. Tak puas hati lagi ni. Aku sms pulak. HAHA. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Sms Nurul.
Kalau kau jenis cepat terasa, lain kali ingat jugak yang orang lain pon boleh terasa dengan kau. Bukan kau sorang je ada hati. Aku dengan member2 aku pon ada hati. Mind you!

Sms Hati Kaca.
Eh Nurul... aku tak suka cari gadoh ok. Dah lepas dah la. Thanks byk2 menumpangkan org miskin cam aku ni. aku bincang ngan kembar aritu. Dia suruh tengok camner korang kira tu yang aku cakap kat CW tu. Masa sebelum ni, kete Alif pon berasap teruk aku tak cakap apa pon. Nasib baik x pa pe. Bukan nak mengungkitla. Benda yang berkaitan duit kena tau gak apa yang korang kira. Bukan aku nak perang ke apa

(bodoh punya budak. Apa kau ingat aku nak buat bisnes ke kat kau dengan alif? macam aku sengkek sangat pulak nak ambik kesempatan dekat duit kau. Aku tak ada hati nak makan duit oranglah. Bapak aku kasi duit seminggu sekali lagi banyak dari duit kau sebulan. Aku pedulik apa duit kau! Tak hingin aku tipu orang pasal duit. Aku tak gelap mata ar pasal duit. Sebab aku cukup duit okeh!!!)

Sms Nurul.
Welcome. Mmg ni soal duit je. Xde hal bagi aku. Klu kau nak duit kete alif pon aku leh bayar.Ko sensitif kan? Just that ingatlah. Bukan kau je ada hati. Lain kali cakap elok2 dengan orang kalau nak orang cakap elok2 ngan ko.

Sms Hati Kaca.
Aku cakap elok-elok. Kau yg tetiba sensitif. Sapa member2 ko yg banyak sgt terasa ngan aku? Suruhlah member ko cakap kat aku. Tak payahla nak kutuk kat belakang jugak. And satu hal Nurul. Hal tadi dah selesai ok. Klu aku tak bayar kau nak tengking tak pe.Bukan aku tak bayar. Aku tak harap benda ni berpanjangan. Aku cakap dah, dah la. Nak aku mintak maaf, ok. Fine... sorry.

Sms Nurul.
Nak ke dorang serang kau plak? Ok. Nanti aku bagitau Ok, dah. Pergi!! Abes dah kisah kau dalam hidop aku. End.

Sms Hati Kaca.
Suruhlah dorang serang. Tak kisah. Ok, stop psl dorang. Aku cakap pasal ko n aku plak. Aku berterima kasih sbb pernah baik dgn aku. So, aku tak harap kita gadoh psl benda ni.Klu aku salah, aku mintak maaf. Td aku mmg ikhlas. Cuma satu hal je, klu kau sendiri mmg xnak kawan dgn aku tak pe lah. Asal aku dah terlepas dari dosa memutuskan hubungan sbb aku dah mintak maaf. aku dah ckp tak nak gadoh. So terpulang pd ko lah...

Sms Nurul.
Aku tak nak ah kawan ko! Bye.
(gila arght gerek ayat ni )

Hati Kaca.
Tak nak kawan tak pe. Tp jgn la bermasam muka bila jumpa. Anggap x kenal je dah.

Sms Nurul.
Ah tak kuasa aku! Aku tetap kenal kau!

Sms Hati Kaca.
Sukati ko la.


Lepas baca sms ni, engkau mesti lagi nampak betapa jahatnya aku dan betapa baiknya dia. Suka hati engkau. Sebab engkau semua tak tahu kisah bertahun lamanya. Kalau engkau jadi aku, engkau akan tahu alasan apa engkau explode dan membuang dia. Semacam clean-up your desktop item. Aku sudah masukkan dia dalam recycle bin. Dan akan empty recycle bin tersebut. Dia boleh berambus. Dan aku pon akan berambus tak akan ganggu hidup dia.

Aku tak larat dah nak tahan hati dengan sentap-menyentap dia.

Lagipon dia stupid. Tak habis-habis dengan modal yang sama. Balik-balik cakap pasal tak bermaksud apa-apa. Bila orang serang dia, dia pon akan membuat ayat baik-baik. Certain orang mungkin rasa berdetak jantung semacam .. oh baiknya dia dan akan rasa bersalah. Tapi bukan aku! Aku tak akan terpengaruh dengan benda-benda murahan macam ni. Jangan lelong bahasa dekat aku. Kau buat ayat lelong 10 kali punya baik, aku hentam kepala kau 100 kali dengan bahasa aku. Sebab ayat lelong kau tak ikhlas. Tu ayat nak melepaskan diri. Aku tak akan terpsycho.

Dia kata dia tak suka gadoh. Okay fine, aku ada few questions. Semester lepas dia bergadoh dengan kembar tu sebab apa? Pon dia kata dia tak bermaksud dan taknak gadoh. Tapi cara dia cakap tu bukan main buat orang makan hati lagi sampai Ai yang baik hati pon boleh bengang. Satu semester tu tak bertegur sapa. Few years ago, dia msg Farah dekat Friendster. Dia hantar surat dekat Mek. Dia serbu aku masa aku baru lepas sembahyang dalam surau. Masa tu kami 1st year. Tu namanya tak nak gadoh? Memang dia tak gunakan suara tinggi. Tapi suara perlahan dan tindakan dalam diam dia tu lagi galak dari perangai aku yang hyper ni. Lepas orang dah explode, dia pon dengan ayat pujangga dia buatlah macam dia sangat innocent. Macam pari-pari.

Aku tak kuasa nak jaga hati kaca dia tu. Baik aku jaga hati aku sendiri. Orang bergurau lebih pon nak sentap. Kau pergi duduk dalam gua batu kapur sana! Tak ada siapa boleh buat kau sentap. Berkawanlah dengan burung kasawari di rimba. Pasti burung tersebut tak akan bergurau sampai kau terguris. Sorrylah. kami ni mmg kuat bergurau. Kau je tak ada sense of humor. Pergi buat medical check-up lah. Tengok apa tak kena dengan rangsangan humor kau ni. Macam jahanam je.

Lepas aku puas dan ending dengan dia, Farah pulak sms dia. Tapi aku tak ada hasut okeh sapa-sapa. Sebab yang aku tahu ni masalah aku. Aku tak akan sebut suruh sapa2 serang dia. Ni masalah AKU SAHAJA dengan dia. Member lain kalau masih boleh bertahan dengan perangai hati kaca dia tu, silalah bertahan. Aku memang dah tak boleh sabar lagi. All the bestlah kepada kawan-kawan seperjuangan. Semoga dapat terus bersabar dengan hatinya yang kaca. Sebab dia bukan kawan aku. Dia nobody.

Lepas breakfast tu, aku dengan Farah pon siap-siap dah start engine masing-masing nak balik rumah. Tiba-tiba Farah bukak pintu kereta aku, hulur satu sms dari Gedik. Tahulah Gedik tu kan. Memang habis keluar ayat maki kat pompuan tu. Tahu tak perempuan tu pergi serang Gedix. Kononnya Gedix mungkir janji. Tak simpan rahsia. Aku rasa nak gelak terbahak-bahak.

Memang gila la perempuan ni. Dah tahu Gedix tu kawan rapat kami, confirm la dia sampaikan kat aku. Si Hati Kaca ni macam tak tahu-tahu je dalam studio ni mana ada orang nak ikut cakap dia. Semua orang menyampah kat dia. Tapi masih nak mengutuk aku belakang2. Akhirnya sampai jugak dekat aku. Ha, pecah lubang! Ayyok! See. Siapa kutuk siapa sekarang. Dia yang mengata aku belakang-belakang. Bila Gedix dah bocor, tahu dia mengamuk kat Gedix. Bongok. Kenapakah serang Gedix? Padahal Gedix tak ada kaitan pon. Kau je yang pandai sangat mengutuk aku dekat Gedix. HAHAHA.


Sudah. Letih aku hari ni layan perempuan tu. Esok tak akan ada cerita hati kaca lagi. Sebab dia sudah get out!


Selamat datang, Adian!
Macam yang aku janjikan, sebaik saja habis pengajian aku akan invite few of my studiomates. Adian aku dah invite tadi. Yehuu. Seronok. Sebab macam bosan sikitlah tanpa komen2 'tanpa motif' si Adian. AHAH. Nak invite Gedix tapi dia sibuk nak gi Bangkok pulak. Shida dengan A'ai, tunggu okeh. Ihihi..


Warning : ayat-ayat bombastik bukan bertujuan meninggi diri. Tapi ayat tersebut sebagai penguat kemarahan. sebenarnya aku pon memang sengkek. tapi kata jangan jatuh maruah kan. haruslah exaggerate sikit kasi panas. HAHA. Dan err.. aku pon malas bergadoh. Aku bukan kaki gadoh. Tapi kalau diajak, oh marilah! Aku bukan penakut punya orang okeh.



 

12 Congteng-conteng:

Blogger fara-D conteng...
itu budak sangat bertuah sbb ai mampu bertahan melayan dia. aku? aku da tatahan.lg pun, dia da nak brambus dr ukm. maka, aku no hal! tak heran.... easy to forgive, definitely hard to forget. dia sentap, biau je la. wa masih syg hati ni... lagi baik jaga hati diri sendiri...wuuuuu
11:53 PM  
Blogger aisyah conteng...
x berasas, sedikit bermoral (kasi can la..) dan langsung x mcm org yg hidup bermasyarakat.

gilak ah ayat2 menjaga maruah kau. lagi sadis lagi menarik. yg penting sedar diri.

ish..ni buat aku bersemangat nak kasi abis sume hal dgn dia walaupon xde hal sbenarnye. xpa.. bleh sabar lagi dia wat mmbr2 camtu.. klu pas abis dr ukm ni pon cari hal xtau la aku. huhu.
12:49 AM  
Blogger aisyah conteng...
mau tulis jadi cerpen, pastu hantar kat mana2. wah, seronoknya!
1:04 AM  
Blogger Adian conteng...
wuu bestnye bace. tp fara dh citer 85% dari kisah ni siang td kalu tak aku berenti bace lari amik popcorn, sambung baca sambil makan popcorn.

pecah kepala aku sat tadi merecap post2 ko 2-3 bulan ini.

aai, nk wat cerpen tajuk ape plak kali ni, "hatian atau kacaan"? hehe..
2:21 AM  
Blogger yOnnA conteng...
grrr..
mmg patot chika comel sumpah dia sebegitu hahah :p
padan muka..
org cmtuh mmg suka ckp slow2..
bajet hati baik sgt la?
padahal badan kite ni dah menggigil tahan marah die!
sengal betol
6:45 AM  
Blogger Nyetok conteng...
Aku rasa nk smack down jer kamu berdua hahahak...

Lace up your boxing gloves lar.. Biru dan merah, masuk ring..

Ppn kalo gadoh.. ayat dorg lebih keras dari buku lima..
7:55 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
farah : luckily jugak ramai budak studio tu penyabar macam kau. and unluckily, ada sorang yang gila emotional macam aku. hahaha. tak pe, u guys jgnlah terpengaruh dgn aku. aku tau semua org sakit hati dgn perangai dia tapi selagi boleh tahan, jgnlah buat macam yg aku buat ; membuang dia dr hidop. Tapi since dah memang tak akan tgk muka dia lagikan, silalah get out. aku tak hingin nak tahu apa2 pon psl dia in the future. done.

Aisyah - tak boleh blah ok nak buat cerpen. hahaha. tapi kalau kau TERbuat, kasi aku mastercopy dia tau. ekeke. dan aku boleh jadi sebahagian daripada penulis sokongan. wahahaha. oyya, a'ai. aku berasa sgt kagum bila kau smash dia beberapa kali during Tranxxit tu. tu pon dia tak sedar2 dan tanya lagi sapa yang tak puas ati ngan dia. dia tak perasan ke selama ni semua org pandang sipi kat dia? makhluk yang malang...

Adian - ya Allah. Sabar je lah. Nak ambik popcorn bagai. apa ingat tgk filem 'Pensil'? atau 'Panda?'.(puan akmal yg panggil citer ni PANDA. ekeke) Amboi farah tu laju je dia dah cerita kepada semua kroni. Ekekeke. Ok aa tu. Nanti kita main tembak menembak. engkau tembak boifren dia, aku tembak dia. wah, beghehh!

yonna - kalau u nak tahu kan yonna, dia tu jenis cakap laju. speed habis. mungkin lagi dahsyat dari turbo. err..bukan. lagi dahsyat dari bullet. cakap tak ada fullstop sampai rasa nak lempang muka dia suh stop. HAHAHA. stupid monkey.

Nyetok - berani ko nak smack down aku. Aku mesti ar kasi counter attack. hahah. ye ar. takkan kau nak suh aku belasah dia. Kuar CNN kang.
9:18 AM  
Blogger fara-D conteng...
aku beritau kat orang2 penting dlm idup aku....ko da tpon ainul blom?? haha.....
10:49 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
blom tipon agi. sebab leteh sgt. tgk arght mlm2 kang
11:48 AM  
Blogger faisal conteng...
chika, byk mengucap,hehe..kalau aku dapat kawan cam dia mmg aku tumbuk sekali dah,hahaha..kekadang hubungan kawan2 perempuan ni mmg sangat complicated betul,heh..tapi mmg percaya ada org camtu yg buat ayat2 best supaya dia tak nampak bersalah sangat...dahla, yg lepas tu tak payah fikirkan lagi..tenang skit fikiran..
1:40 PM  
Blogger Adian conteng...
yaa bagusla tu, aku berbabian ngan lelakinye, ko berbabian ngan pempuannya. tak ke match made in hell itu?
2:50 PM  
Blogger azie conteng...
ppuan2 yang lemah lembut memang bahaya like hell. nampak baik gila, tapi disebalik kelembutan tu, masyaallah dia punya s**l, tuhan je tau.

p/s: respek chika coz kebal dari ayat2 psycho dia tu.
10:09 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."