Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, June 30, 2008

Channel 413

Sejak kebelakangan ni, obsesi terhadap blog merosot. Aku tak tahu aku sedang obsess apa. Obsesi terhadap tidur pon merosot. Obsesi terhadap makanan pon merosot. Obsesi terhadap movie pon merosot. Aku macam tak berapa ada motif kehidupan yang jelas. Komitmen pon tiada. Padahal aku boleh pergi menonton 27 Dresses. Kalau dah mabuk sangat dekat Dennis Oh, boleh je aku ulang tengok Sweet Spy buat pusingan yang ketiga. Hallamak! DVD Astri macam dibuat harta sepencarian pulak. Manakah Astri Fadhilah? Macam lama dia tak masuk dalam plot hidup aku. Manakah engkau, bibik?


Ramai gadis-gadis memintak aku menghubungi mereka menjelang kelapangan waktu. Tapi aku belum ada mood teenagers la (apa pulak mood teenagers neh?!) Maryam yang duduk selang dua buah rumah pon aku belum jenguk-jenguk. Athirah bekas rakan bersekedudukan pon dah tersenyap sejak balik dari Dubai. Aku tak tahulah. Aku macam malas bersosiallah. Lagipon aku macam lagi suka duduk mentengok tv dan tv mentengok aku. Picit 413. Channel favorite aku yang selalu dipertikaikan oleh objek-objek lelaki di sini. Apakah masalah dengan channel 413? Macam gerek jugak selain HBO. Nanti aku layan 611 sepanjang masa, engkau ejek aku 'budak kecik'. Tengok. Aku main 413 je sekarang. HAHA. Dan err... TV9 untuk Spongebob Seluar Kotak. Bercakap pasal Spongebob, tempoh hari aku nampak dia telanjang. Spongeboblah! Bukan jiran rumah sebelah. Aku nak beli Spongebob tanpa Seluar Kotaknya ... sekali kena tarbiyah dengan atuk aku. Akur. Dalam hati memberontak.


Selain Tom & Jerry dan Doraemon, Spongebob memang satu fenomena yang merangsang humor. Aku memasang angan-angan. Supaya satu hari nanti, Steven Spielberg mengolah animasi tersebut menjadi sebuah filem blockbuster. Err... macam Transformer. Aku masih ingat. Masa Haikal kecik. Dia punya impian... semoga siri kartun transformers difilemkan. Impian dia tercapai sudah. Dulu dia tengok Transformers the movie sama macam dia makan nasik. Iaitu makan bila lapar. Dia menonton bila gian. Kalaulah Spongebob difilemkan, aku nak Dennis Oh jadi Spongebob. Dan Tom Cruise jadi Patrick. Pelakon utama cerekarama Sutun boleh jadi Squidward Tentacles. Hallamak... gurau kasar pulak!


Engkau tak fahamkah aku tulis apa? Mesti engkau peminat 104 atau 121 HAHA. Itu channel Ijat lah! Semua sinetron dilayannya. Aku tonton yang terpilih saja. Selagi ada pari-pari, syaitan dan jin, aku sumpah aku tak akan tengok. Weh weh! Apa dekat indonesia memang separuh daripada penduduknya memang pari-pari kah? Atau orang Indonesia memang penggemar Pari-pari? Kalau engkau bagi aku koleksi Bawang Putih Bawang Merah, aku bakar cerita tu depan mata engkau. HAHA. Err... cerita apakah sangat cheap.


Sebenarnya entry ini tidak berniat untuk bercerita tentang saluran Astro. Asalnya, motif entry adalah untuk meletakkan foto sahaja. Tapi entah siapakah menggerakkan jari aku di atas keyboard. Mungkin jari mengambil keputusan secara peribadi tanpa melibatkan niat aku. Sebab itulah dia menaip word by word secara kurang logik. Memandangkan jari memang nak sangat rock and roll atas keyboard, biarlah aku tulis lagi panjang.


Engkau pernahkah fanatik terhadap sesebuah blog? Aku pernah. SEKALI SAHAJA. Dan blog tersebut sudah lama dimakamkan. Mungkin blog tersebut lari dari rumah atau tuan dia yang halau dia. Tak berapa pasti. Tapi aku berasa sangat sedih apabila pada satu pagi yang cerah, keluar error 404 ketika melawati blog tersebut. Aku sangat patah hati. Blog tersebut akan tetap menjadi blog PUJAAN hatiku. Err... engkau jangan stereotype! Bukan sebab owner blog tersebut lelaki handsome hidung mancung atau badan sasa wa cakap lu. Bukan. Owner blog adalah seorang perempuan tidak tentu arah yang tidak berapa tahu nak hidup. Tapi sangat pandai menghidupkan blog di sebalik ketidakhidupan dirinya. Bila ayat aku sudah menjadi dahsyat, maknanya otak aku dah mula teruja. Oleh itu, entry ni macam ada potensi menjadi lagi panjang.


Kenapa aku suka blog beliau?
  • Bahasa dia rock n roll. Agak cocok dengan bahasa separa sastera aku tapi menggunakan pendekatan yang berbeza. Macam bahasa aku senonoh sikit dari bahasa dia. Dia banyak mencarut dan menyumpah jiran tetangga. Blog aku pakai filter.

  • Blog dia banyak gambar yang bukan gambar dia. Aktiviti menjaja muka tak berapa aktif di blognya. Beliau capture scenario di sekitar hometown beliau. Termasuklah gambar muntah-muntah manusia di tandas pejabatnya. Sangat menjijikkan.

  • Beliau smoker tegar. Setiap kali membaca entry beliau, aku terbayang muka beliau sedang memerhatikan aku sambil dia menghembus asap rokok ke muka aku. Hallamak! Baik punya imaginasi.

  • Beliau punya kehidupan sangat bosan. Tapi bila dipindahkan ke dalam bentuk tulisan, pembaca akan enjoy kebosanan hidup beliau tersebut.
  • Aku rasa, beliau bukan perempuan bijak pandai dengan kelas Ijazah yang baik. Beliau macam tak berapa nak pandai. Tapi dia sangat pandai membuat teori kehidupan. Walaupon secara praktikalitinya beliau gagal.

  • Beliau seorang yang cool. Blog beliau tidak mempunyai pengunjung yang banyak. Tapi aku perasan, selain aku ada dua tiga readers lain yang sangat fanatik terhadap blognya. Dan mungkin ada TIGA sahaja reader di situ.

  • Aku pernah hantarkan komen sebanyak satu sahaja. Itupon sebab aku tak boleh tahan. Aku berasa sangat cintakan entry beliau dan aku berasa tidak fair kalau tidak memberitahunya. HAHA.

  • Entry beliau walaupon banyak perenggan membazir, tapi perenggan tersebut tidak boleh dilepaskan juga. Aku mesti baca setiap satu huruf. Termasuklah titik nokhtah dan koma. Semua aku baca dan perhati. Dia memang pandai menulis blog!

Tapi blog dia dah mati sejak 3 tahun lepas! Mungkin blog tersebut mati kena bunuh. Padahal tiada sebab kenapa dia harus mati. Dan percaya atau tidak, address blog tersebut juga sudah mati dari ingatan aku. Sumpah aku tak boleh ingat sikit pon nama blog tersebut.


Nampaknya niat primer untuk meletakkan foto dalam entry terpaksa dibatalkan. Sebab entry sudah memanjang. Aku macam segan-segan kucing nak buat entry panjang. Sebab entry panjang merupakan satu pembaziran sumber. Habis.

Habislah!

Pergilah tempat lain pulak.

 

6 Congteng-conteng:

Blogger Adian conteng...
haiyoh bleh plak camtu.
2:25 AM  
Blogger IamYonna conteng...
hee yonna pun ade jugak cm chika ni :))
hee..
grr..
tau blog sape?
blog chika la :))
and ade sorg lagi bloggers!
both of u punye entry mmg best :)
2:41 AM  
Blogger Totin Jamain conteng...
wey wey
aku tengah pakai streamyx ni wei
weii
besh gile streamyx weyy
ahahahahahahahahaaa
9:25 AM  
Blogger Masy conteng...
akak penah jgk kot fanatik blog. tp dah lupa blog sape. maknanya dah tak fanatik la kot.
9:51 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
adian - oh...bisaaaa. Kim salam kat chika. erk?

yonna - wah. yonna admire blog i ke? malu la ai. ekekekeke. tq yonna. rajin tau yonna ni komen :p

totin - buat dah jakun dia. tu ar aku cakap. sejak ko duduk jogja, aku rasa ko semakin ketinggalan ar. blogger tak leh masuk, astro tak reti guna. dapat streamyx pon kau dah teruja. HAHAHAHAH :p ko cuti sampai bila weh. aku cuti sampai bila-bila. aik?

masy - kalau boleh lupa, maknanya tak berapa nak fanatik ar tu. huhuhu
10:22 AM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
sy fanatik blog ini.. dulu, kini dan selamanya
9:29 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."