Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Wednesday, June 03, 2009

NURULISM.COM DAH MUSNAH DAH

Assalamulaikum :)

Saya berbesar hati mengistiharkan, NURULISM.COM sudah tiada lagi weh Chika apa ni gurau kasar! Baling bijik cempedak kat muka dia! Baling batu! Baling polisterin bekas nasik lemak! Eh kejaplah kejap. Belum habis cakap lagi. NURULISM.COM sudah tiada lagi untuk beberapa hari ini. Insyaallah akan dikembalikan ke pangkal jalan kelak setelah admin berjaya dihubungi. Habis mana Mr.Kay, manager terbaik ah yang digembar-gemburkan tu? Anda memang ah. Sikit-sikit nak salahkan Mr.Kay. Sikit-sikit nak salahkan Mr.Kay. HAHAHAHA. Ini tiada kena-mengena dengan Mr.Kay. Ini semua kecuaian penulis sendiri. (CEH CEH. Seboleh-boleh tak nak cakap ini kesalahan CHIKA sendiri. HAHA. Ini kesalahan PENULIS)

Yang pergi angkat sepanduk jadi ketua puak nak serang hospital ke apatah tu, janganlah begitu. Kita gunakan hari-hari yang indah tanpa kewujudan NURULISM.COM tersebut dengan aktiviti berfaedah. Mengikut cadangan penulis,

  • Pergilah riadah di tepi tasek UKM menyaksikan anak-anak biawak yang kadang-kadang kita sangkakan anak buaya. Cukup dramatik.
  • Atau pergilah memancing udang di kedai udang.
  • Boleh juga belajar membakar kek bersama emak.
  • Atau paling mulia sekali, kunjungilah blog-blog penulis lain yang selama ini banyak menyokong NURULISM.COM. Inilah masanya kita menghargai semula mereka yang banyak memberi sokongan.
Apa ah korang neh mintak dadah kat I. Kalau polis dengar kang habis. Nahas. Eh I tak jual dadah ah. I jual toaster. HAHA. Eh sumpah comellah. Penjual dadah mengaku jual toaster. Habis. Merepek dah.

Oh lupa. Sebenarnya nak memberitahu kepada pembaca NURULISM.COM bahawa entry terbaru untuk beberapa hari ini akan dikemaskini di blogspot ini. Atau dalam kata lain, kembali ke sarang penagihan yang lama. Eceh. Macam tidak menseronokkanlah mentulis entry di blogspot. Wordpress tetap yang terbaik ah. Okay tak tak. Blogspot pon terbaik jugak.

Dan seperti biasa. Entry akan disudahi secara mendadak.
 

21 Congteng-conteng:

Blogger Fazlinil Irma conteng...
hahahaaa...

dah boleh bersurai..

kain sepanduk dah turun...
10:47 AM  
Blogger una husna conteng...
patot ah terkejut tgok ktiadaan nurulism tadik.. fuuuhh~
naseb baek unt0k sementara je.. cam paham2 lak saya nak exam skang ni..
ahahaha~
10:48 AM  
Blogger kdee conteng...
hahaha..chika ni wat luruh jantung kite je.. :D
10:49 AM  
Anonymous seri lyana conteng...
wohhhh naseb baik...
i terlopong kejap sambil makan roti canai sebelah tangan.. lagi sebelah duk taip komen terkejut nih... ish3

mybe u should share apa yg terjadi seingga terjadi begitu sbg ilmu tambhan kepada dot com sperti i yg mengikut jejak langkahmu ni...

tq in advance

chika ni pandai tau buat gimik hari rabu taw... hehehe
10:57 AM  
Blogger Unknown conteng...
Nasib baik temporary saja. Kalau tidak, tiada lagi warna warni di dalam hidupku.:( Huwarrghh. Nak baca entry Ming-ming tu.
11:10 AM  
Blogger Masy conteng...
oooooooooooooo ok ok :)
11:16 AM  
Blogger I.L.Y.A.N.I.E conteng...
Fuh, lega.
sambil lap peluh.


=)
penat tlg pegang sepanduk panjang tuh
Hiks
11:18 AM  
Anonymous ila nursalida conteng...
walaupun saya masih baru mengikuti, namun seb baik otak saya masih teringat alamat alternative penulis. akhirnya saya sampai di sini. yeah!
nurul sudah balik ke pangkuan dr. ke?
11:29 AM  
Anonymous ast3 conteng...
ala kak faz.. ni baru dtg nk bawak sepandukkkk .. hahahah.
11:32 AM  
Blogger mrs e conteng...
something comes up yer chika?
11:37 AM  
Anonymous Shaira conteng...
This is so sad, takpe2 at least Nurul still blogging :)

Bila nak jumpa ek? :D
11:43 AM  
Blogger ♥ Teacher Nonoi ♥ conteng...
hahahaha..
nasib baik tau blog ni wujud. Kalo tak histeria gak le nurulism dah takde..

Overused? Dalam hati "Aik? Chika overused?"
11:50 AM  
Anonymous mrkay conteng...
traffic nurulism mmg tinggi.. mmg kuat makan bandwidth.. but currently seems like system ada masalah.. kita tgh cuba dptkan provider utk setelkan masalah ni...

aku dgr ramai yg offer hosting la ape la.. why not korang offer kat aku direct? tp make sure reputasi korang lebih tinggi dari our current provider ( i doubt it!).. mesti dah established bisnes utk more than SIX YEARS (6 Years) and buktikan 99.99% uptime kat aku.. tak yah la peningkan kepala chika dok offer hosting kalo reputasi korang tak sampai 2 syarat yg aku letak tuh... kalo lepas, contact aku direct...
12:06 PM  
Blogger Fina Sophie conteng...
habes meraung sume readers nurulism.com =)terkejut gak tadi pagi2 tengok.
12:39 PM  
Blogger IamYonna conteng...
go go mr kay!! anak2 buah ni support u,bro :D

tu ah chika.bagi dadah byk2 lg hahhaa abeh semua org lintang pukang masuk nuruloveme :p
12:49 PM  
Anonymous mrkay conteng...
nurulism.com dah berfungsi.. sape2 yg still takleh masuk, sile hard refresh (CTRL + refresh)
1:25 PM  
Blogger Huda Luna conteng...
phiuhhh...
ingt kn nurulism.com dh ilang trus...
tkejut badak dh tadi..


jom la bsurai..
bersurai dgn mendadak..
huhu
2:29 PM  
Blogger MZ conteng...
pergh. sempat lagi membuat blog dengan design yg masih comel seperti ini.
3:44 PM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
uish, i tertinggal ketapi..
u neh ske wat gimik taw :P
6:54 PM  
Blogger Unknown conteng...
no wonder pg2 td nak masuk taleh...
11:12 AM  
Anonymous Syair Sdy conteng...
Nice post Syair Sydney
10:26 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."