Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, May 21, 2005

:: Sahabat ::

aku : berada di bwh suhu 22 darjah celcius.Sejuk.Berstokin hitam belang-belang,bersweater,rambut tak berikat tapi berklip,memanjakan telinga dgn IKIM.fm.
Selamat Berjuang
Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu Tiada berhenti
Oh syahdunya...Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan Penuh onak dan cabalan
Bersama teman - teman ... Arungi kehidupan
Oh indahnya... Berat rasanya didalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina...Diakan selamanya...
Slamat berjuang sahabatku...
Semoga Alloh berkatimu....
Kenangan indah bersamamu....
Takkan kubiar ia berlalu...
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita...
Hati ini sayu mengenangkan...
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan ...
Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
Kita main sama-sama.Dari seronok dengan Barbie Doll,dewasa kita gemar pula bermain UNO.Kita nyanyi sama-sama.Dari zaman lagu 'anak itik tok wi', dewasa kita suka pula lagu2 cinta indonesia.Kita lakukan semuanya sama-sama.Waktu kecik dulu,kita ke sekolah sama-sama.Dewasa sikit, kita keluar shopping sama-sama sambil bergosip isu2 semasa di Secret Recipe.Semuanya bersama.Hinggalah satu masa....
Kita masing2 ada haluan sendiri.Kita tak lagi memerlukan satu sama lain. Ye ke begitu?Dah sampai ke masanya kita saling tak memerlukan lagi?Bukan ke kita ada angan2 utk terus bersama?Kita sesama kita melihat masing2 punyai keluarga sendiri,punyai anak2...dan seterusnya redahi usia bersama-sama. SAMA-SAMA? Sama-sama yang dulunya slalu kita sebutkan sekarang dah jelas..hanyalah satu angan-angan.
Aku tak tahu sama ada aku masih punyai mereka.Mmg perpisahan hanya waktu.Tapi waktu tu penentu sebenarnya.Seorang kawan yg pernah aku ada dalam sejarah dunia ni, dah mula menampakkan tompok2 kelainan.Betul awak dah berubah.Kenapa,wak? 1 Julai 2003 , kita buat perjanjian. "apapon selepas ni...kehidupan kita ttp bersama.Semua rahsia milik kita sama-sama" itulah perjanjian yg aku dan sahabat baik aku tu buat.Waktu tu kitorang tingkatan 5.Saat ni,detik ni,sewaktu aku menaip semula intipati perjanjian tu aku rasa mual.Aku rasa meluat.Meluat dgn janji yg tak pasal-pasal dicipta tu. Mungkin bukan salah kami yg mencipta, tapi salah masa.Waktu tu masing2 berjiwa kanak2.Sekarang jiwa tu dah dewasa.Kedewasaan barangkali buat dia pergi jauh dari aku dan kawan2 yg lain.
Bukan dia sorang!Yang lain pun berubah.Aku benci perubahan yang jadi.Mencari atau diam buat bodoh?Aku tak rasa diri aku perlu terhegeh-hegeh mencari kawan yang hilang.Dari aku susah payah mencari yang hilang, lebih baik aku ajar je diri aku untuk terima insan2 baru yang datang pada masa akan datang.Mungkin persahabatan boleh berakhir.Sekarang aku betul2 yakin... persahabatan boleh berakhir bila2 masa je.Dan aku...langsung tak kesah dah.
Semoga semua sahabat, bekas-bekas sahabat yang pernah menjadi sahabat dan bakal-bakal sahabat aku bahagia selalu.Selamat berjuang... Malang bagi kita sbb tak sempat berjuang bersama.Sbb istilah 'sama-sama' tak wujud lagi... Semoga kita semua boleh menjadi kuat walaupon hanya dengan istilah 'masing-masing'.
"aku syg persahabatan kita semua...."
dearest
  • aizar (thanx masih bergelar sahabat)
  • hani (juga masih bergelar sahabat)
  • mimi (we need to reunite)
  • marlia (awk dah terlalu jauh dr kitorang semua... pliz sedar!)
  • astri (susah nak faham)
  • nadia (tolong jgn hilang)
  • ...dan nama2 yg tak tersebut...

Currently on IKIM : Rabiatul Adawiyah (In-Team)

"....Rabiatul Adawiyah Serikandi yang tercipta..Sungguh agung pengabdianmu..Kau berjaya menjadi iktibar..Asmaramu dihampar suci..Pintalan dari awanan putih..Membuahkan titisan rahmatMenyuburkan mawar yang layu..."


Image hosted by Photobucket.com

[ ni lah namanya kenangan 'sama-sama']

 

2 Congteng-conteng:

Blogger Aizar Azman conteng...
syukur alhamdulillah..kau setia disisi aku dan harap2 kita setia sampai kita bersama2 mengejar impian,aku tau kau kecewa,aku pon same,tp aku tau ada hikmahnya,..persahabatan kite bukannye sehari dua..malah mencapai berbelas tahun..ntah kenape kite tak pernah mengucapkan perjanjian2 seperti dengan sahabat2 yang lain..mungkin ade hikmah dan sebabnya..saat awak dan saye ditinggalkan tanpa sesiapa yang bernama sahabat,kita tiba-tiba menjadi rapat..sungguh aku katakan bahawa tiba-tiba perasaan sayang yg amat menebal tercipta dalam hati,secara tak langsung..kalau boleh,nak hari2 dengan kau..nak bercerita,nak suruh kau ajar aku,nak belikan kau macam2(kalau aku byk duit),nak menikmati air kegemaran kite sambil melihat burung2 berterbangan..ntah kenapa plak aku bermadah tapi sesungguhnye aku nak kau tau..kite ni seperti saling memerlukan..kau kehilangan teman baik..aku pula seperti hidup keseorangan..tiba-tiba kita jadi rapat macam sekolah rendah..kat mana kau ada..adelah aku kat situ..hari2 bertandang ke rumah..macam kembar..hihi..(nape lak hari nih tetibe jiwang laks)..

lurve u..
9:29 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
aizar... big thanx!Seriously big thanx.... luv u infinity...
10:36 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."