Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, October 21, 2005

- Entry ini tiada tajuk -




...yang tersisa hilai tawamu...
di sudut benakku....
...seperti kau masih di sini...
lalu dipelukku....
:: Lara Hati ::
Aku... aku... aku apa heh? aku tak tau cerita apa nak tulis.Waktu puncak aku rasa sgt nak conteng kat sini, waktu tu lah aku tak tau nak conteng apa sebenarnya.Waktu aku tengah bermalas-malas, waktu tu pulak kepala aku melimpah-ruah ngan cerita.
Kisah Aku
Balik-balik cerita ttg diri sendiri.Sbb aku tak ada cerita lain.Aku hanya peduli ttg hal aku. Kadang-kadang je aku bukak mata dan pandang hal ehwal alam fana ni.Sbb kebanyakkan masa, aku lagi suka pikirkan ttg hal aku sendiri. Sampai aku rasa aku ni sangat sebok.Sebok berputar-belit dgn diri aku sendiri.
Aku ada diri aku je. (Keluarga not included in this case). Aku tak ada orang lain yg menjadi tanggungjawap aku.Maksud aku, anak, suami, atau keluaraga aku sendiri untuk aku pikirkan.Sbb tu aku selalu rasa, aku hanya ada diri aku untuk aku jaga.Jgn pikir yg bukan-bukan weih! Aku cuma nak kata, aku rasa aku sgt tak ada tanggungjawap ke atas seseorang. Sejak kebelakangan yang kurang waras ni, aku nak sangat tgk, apa rasanya ada tanggungjawap ke atas seseorang. Maksud aku manusia lain. Tak kisahla apa jenis pon, asalkan manusia. *faham ke apa aku tulis ni?*
Okay, pernah beberapa hari kebelakangan ni aku rasa nak jaga baby. Tak kisahla anak sapa pon.Aku tak suka budak-budak.Sgt runsing kalau ada budak-budak dlm hidup aku. Tapi aku nak jugak rasa camner perasaannya bertanggungjawap.Sebab... aku dah mula perasan yg aku ni tak ada sikap tanggungjawap langsung. Aku rasa makin aku besar, aku ni membesar sbg seorang pengumpul sikap tak baik. Kalau dulu, sikap-sikap aku mungkin sesuai dengan umur, tapi skang aku rasa... umur aku naik, naik jugak. tapi sikap tak dinamik pon. Tak boleh relate langsung sikap yg aku ada dengan usia aku.
  • Sepatutnya aku tau bertanggungjawap atas semua kelakuan, perbuatan, tingkah laku dan tindakkan. Tapi tak lah!
  • Aku perlu pupuk sikap sukakan kanak-kanak.
  • Aku tak boleh jadi pelari pecut negara bila aku nampak kucing. Ni simbol ketakutan yg sangat ketara.
  • Perlu jadi lebih mesra ngan ramai orang. Lupakan dasar 'pergaulan tertutup'
  • Tak boleh asyik naik angin. Tak elok dalam masyarakat (ayat apakah ini?) dan tak elok untuk kesihatan.
  • Tak payah jadi pemimpi di siang hari. Tak elok mimpi siang-siang. Mimpi malam-malam?

Aku rasa aku sangat-sangat banyak kekurangan. Untuk mengatasi kekurangan adalah dengan kelebihan.Tapi kelebihan apa yg melebihi kekurangan? Semua benda yang aku jumpa dlm diri aku ni majoritinya kekurangan je.

TAPI! Masalahnya aku ni selalu hilang pertimbangan. Aku sedar aku byk kekurangan dan kekurangan tu problem bagi aku. TAPI! Aku tetap bahagia. Aku tetap gembira dan aku tetap suka dengan kehidupan camni. Tak sepatutnya aku gembira sedangkan aku ni tak reti bertanggungjawap. Hmmm.. aku rasa.. aku jadi seorang yg sentiasa gembira sbb aku ni tak bertanggungjawap. (apa sebenar aku tulis ni?????)

Lantak ah...Pedulikkan boleh tak?

Cerita lain pulak.
Aku sangat suka muzik. Aku cam dah gila muzik sejak dua menjak ni.Kegilaan apakah yang dah merasuk nih? Lepas satu-satu penyakit gila aku ni. Masalahnya, bila aku dah obsess kat satu-satu lagu tu, aku sanggup dengar berulang kali. Sampai berpuluh-puluh kali pon aku sanggup.

:: Dunia Milik Berdua ::

Melly Goeslow

Berjumpa dengan mu belum ku suka,
Sedikit pun rasa cinta tak ada,
Melamunkan saja, aku tak sudi,
Di mata ku kau yah, biasa saja.
Makin lama dekat, ada yang beda,
Bersama dirimu tenang hati ku,
Getar cinta ini baru terasa,
Kini ku tak ingin jauh darimu.
Kau dan aku satu,
Terikat dalam kisah cinta,
Sepertinya dunia hanya milik kita berdunia,
Kunantikan waktu, yg membawa aku padamu,
Jangan ada ragu pasti ku bahagiakanmu
.

Dunia Milik Berdunia : Lagu ni jadi besfren aku bila aku stay up.Menyebabkan, ilmu yg aku baca masuk sikit je dalam kepala, tapi lagu ni bukan main aku fokus lagi. (Kan aku dah cakap... aku makin hilang pertimbangan)

 

9 Congteng-conteng:

Blogger Fakyew conteng...
Kau perlu mimpi di siang hari. Baru dapat banyak ilham.
1:45 AM  
Blogger Nashrex conteng...
cuba ko gi check kat pakar psikiatri... hoho
3:07 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
As a matter of fact, kalau kamu masih manusia normal .. perasaan bertanggungjawab itu akan datang juga. mgkn dlm beberapa tahun ni. Insya Allah.

Mgkn agak keterlaluan, but i used to think the same thinking as u experienced now. and that's why in my profile you can see a pic of "me" holding a baby in my hand (huhu pengakuan jujur ikhlas neh)

Btw, kalau manusia hyperbola, pakcik pun tatau nak kate ape keskeskes ..
6:37 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
same la kite. kalo dah suke satu lagu tu..dgr berpuluh2 kali..hehhe

-azurin-
8:15 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
ermm...kopnfius sebenarnya aku baca entry ko ni...neway,selamad hari raya..makan rendang ngan ketupat leklok..
2:28 PM  
Blogger jed1 conteng...
Selamat hari raya dari saya :)
7:36 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
selamat ari raya deq chikaaaaaaaaaaaa

lebiuuuuuuuuuuuuuu

kekekekke
10:18 AM  
Blogger Semut Api conteng...
Knock! Knock! Salam Aidilfitri buat tuan rumah..drive safely & stay alive…
11:48 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Sya rasa begini. Manusia itu walaupun orang sekeliling kata sudah cukup umur untuk belajar tentang sesuatu perkara (misalnya tanggungjawab), dia sebenarnya masih lagi harus belajar. Kalau akak pernah dengar kata-kata orang bijak pandai : Ilmu kita hanyalah setitik air di lautan berbanding ilmu Allah. Jadi, cari masa dan belajarlah semua itu. Satu persatu. Nanti jangan merindu hidup tanpa tanggungjawab terhadap orang lain pula! Jadi, hargailah masa ini.

Muzik juga penyembuh sengsara hati. Damaikanlah hati dengan muzik. Tentunya dengan muzik yang 'mendamaikan' dan bukannya yang hiruk-pikuk. :)
7:38 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."