Okay..aku nak nangis.I'm going to cry... hope i won't. Ok..now, i'm crying...... (but still i do smile). Apa jenis perbuatan ni? Menangis sambil senyum.Seyum kesedihan....
Aku dalam 'cinema'.Tapi harini bilik kecik ni tak berfungsi sbg cinema.Terlalu sebok dengan design sampai tak ada yg berani nak buat aktiviti biasa.Harini semua luar biasa. Waktu yg luar biasa, hari yg luarbiasa,kesihatan yg luar biasa, perasaan jugak sangat luarbiasa.
Dari pagi tadi aku tak duduk kat tempat aku.Farah je yg dok tempat aku sepanjang harini.Aku tak ada rasa nak tgk keadaan studio yg sgt la hectic harini.Semua sebok dgn design termasuk aku.Tp aku nyorokkan diri dalam bilik kecik ni.Sambil online, layan mp3, design, menung dan currently....nangis.
Sedih pertama dtg sbb aku tensen.Keje melambak.Sedih kedua bila tgk orang lain cam sgt maju ngan apa yg dorang buat.Walopon hampir semua design kena kutuk, kena hentam, kena ubah 100% ngan lecturer, tapi aku rasa cam tetap tak puas ati sbb dorang dah langkah sgt jauh ke depan.Aku terkedek-kedek lagi.Blur lagi ngan character Kitaro yg aku pilih. Betul kata lecturer... klu pilih musician, mmg payah la nak kupas character.Dan sekarang sememangnya betul.
Sedih lain, cam biasa la.Aku terima kritikan lecturer, tapi aku sensitif.Haih, aku selalu je emosi lebih ngan apa yg aku buat skang.Mungkin ke sbb aku sgt suka course ni atau pon sbb aku taknak org underestimate aku.hmm..dua-dua sbb tu betul aku rasa.
Dah byk idea aku direject.Tp tak patut aku rasa damn down la, sbb klu nak ikutkan, budak boys lagi hebat perkasa design dorang.Siap ngan model. Lecturer hentam, conteng plan, conteng model, suh ubah hampir keseluruhan.... hmm...dorang pon kena apa yg aku kena. This is normal in architecture.But this is oso normal for me to be too emotional and sensitive. Everything sounds normal but it don't.
Dan kesedihan sampingan yg muncul tak pasal-pasal. My playlist! Time aku dok tekan-tekan otak aku supaya pikirkan sesuatu ttg shelter ni, lagu Kita- SO7 kuar.Tingat kat Wanie.Lama tak nyanyi sama dgn dia.Then kuar pulak lagu Marc Anthony - Love Is All. Membuatkan aku teringat balik apa yg aku lakukan mlm td lepas kelas TITAS. Yup! Ke tapak pesta konvo ngan Farah, Syikin and Alif. Entah pesal aku rasa cam meluat tgk couple yg ada. Bukan sikit, tapi hampir semua manusia mlm tadi ada couple.
"Nurul...cantiknya bunga tu!," tiba2 Farah teruja nampak bunga hidup.Bau mmg wangi... naik aura!
"Hmm...tak ada nilai kalau beli tuk diri sendiri," kata aku.Ntah macam mana aku leh terkeluarkan ayat tu.
"Nurul...cantiknya..." Farah tunjuk2 barang yg ada kat kedai souvenir.
"Tak ada nilai kalau beli tuk diri sendiri," sekali lagi ayat tu terlepas.Aku tak suh pon ayat tu terhambur kuar.Tui la! Naper smlm ntah.Aku rasa cam gila betol.Tak penah aku rasa segila tu. Meluat, menyampah dan tak suka nak pandang couple yg ada.Aku jeles ke apa?
Sebenarnya aku tak jeles.Tapi aku rasa sayup.Aku tak suka buat diri aku rasa cam terhumban kat celah org ramai.Aku tingat kat seseorang tibatiba je.Sejak seminggu ni aku ingat kat orang tu je.Gila betol. Aku benci bila aku ingat kat dia.Aku tak benci dia.Tapi mengingat dia buat aku rasa cam sgt dasyat.Aku rasa cam sgt terkilan atas...atas... atas.. *tak dpt dinyatakan*
Sesungguhnya aku ingat dia lagi rupanya.Tak sedar pulak.Sbb aku rasa dah lama sgt aku abaikan ingatan aku kat dia.Cam kepala aku tak pernah terisi ngan dia.Tapi sejak semalam, aku tersedar yg kepala aku sarat dgn kisah bersama dia.Bersama? hmmm...cam pnggunaan perkataan yg salah.
Mesti dia tak tau dia tu bg kesan besar dalam idop aku.Lepas dia, tak munul-muncul apa-apa objek tuk buangkan dia.Lepas dia, semuanya kosong.Mesti dia tak tau! Klu tau pon dia takkan percaya. Ya Allah... aku bukan nak mengeluh.Tapi aku tak tahu macam mana leh terjebak ngan dia.Dah la sekuat ni.
Sekali lagi.KENAPA SEJAK SEMINGGU ni aku rasa balik apa yg aku rasa setahun dulu??? Sebelom ni aku ok je.Kenapa? Kenapa? Yg aku tahu... dia sgt bahagia sekarang. aku pulak cam manusia yg tiba-tiba kena sumpahan keramat sejak mlm semalam. Rindu kat dia.
Kalau ada peluang, aku nak tanya dia : kita kawan lagi tak?
Kalau jawapan dia : Ye
Aku nak kata : Owh...
Kalau jawapan dia : Tak
Aku nak kata : Owh..
Sbb aku tau aku dah tak boleh nak kata apa kat dia.Aku dah tak reti nak bercakap ngan dia macam mana.Aku dah lupa jugak camner nak bercakap ngan selamba kat dia. Sbb tu jugak aku dah tak pernah contact ngan dia walopon ka ym.Aku betul-betul dah lupa macam mana nak bercakap dgn dia.aku dah tak kenal dia.... Terpikir aku macam mana aku boleh keluar ngan dia sedangkan waktu ni aku nak sebut satu perkataan pon tak tau.
=) ..... Senyuman kesedihan.
"Bila aku anggap semuanya kurang baik dari dia.. dan bila aku anggap dia adalah paling baik..."
mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
UNIC - Demi inta Suci
7 Congteng-conteng:
life goes on,
celeberate the memory,
but don't stop there.
cry if you must,
but don't forget to laugh
btw, it helps if you spend time with your family who loves you unconditionally.
:)
all the best to both of us
xmoh emo2 sgt k...
kuatkn semangat,,,,
muahsssssssss
Post a Comment