Maaf aku lama tinggalkan kamu tanpa pesan.
Banyak sangat yang dah berlaku. Mungkin aku takkan mampu nak humbankan semua ke sini. Aku humban sikit-sikit aje la ye. Sbb kesebokkan aku belom tamat. Agenda hidup aku masih byk kerunsingan. Memandangkan Selasa ni aku ada 1st paper utk final exam, aku tak rasa nak poya-poya banyak. Walaupon hakikatnya aku sengsara tanpa poya-poya. Aku mau pesta! Aku mau pesta lova-lova! Tapi bawak-bawaklah bersabar...
Semalam, 21 April 2006.
Tua jugak aku akhirnya.Apa yg aku takutkan selama ni, dah pon jadi. Hari tua aku sudah muncul. Membuatkan aku terasa mau bertongkat ke hulu ke hilir ketika ini. Saja nak menunjuk-nunjuk ke khalayak ramai betapa aku sudah tua. Aku bukan lagi Nurul Haizum Zainodin si kanak-kanak nakal itu. Aku bukan lagi teenagers hyperbola itu. Aku skang merupakan sorang gadis dewasa. Tapi masih nakal dan hyperbola.
Selalunya, setiap kali hari kelahiran, aku mesti tekad mau jadi lebih matang. Tak mau nakal-nakal... boleh blah! Kali ni aku tak tekad sepoyo itu lagi. Aku menjadi lebih fleksibel dan logistik. Aku mau kekalkan sifat nakal aku hingga hujung nyawa. Sbb kenakalan itu merupakan satu sikap kanak-kanak. Aku mau jadi kanak-kanak!
Eh, tak rasa tua pon! Rasa masih muda malah terasa makin sehat. Lalalala... aku bahagia begini. Plan mau menjerit sambil anak tekak bergegar macam parkinson pon terpaksa aku batalkan. Pada detik aku menjadi 20 tahun, baru aku tersedar yang aku tak perlu menjerit. Buat apa jerit-jerit? 20 hanya angka. Yang lebih penting ialah kebahagiaan. Mula dari saat ni, aku akan kejar semua peluang utk bahagia. Aku tekad! Biarpon kebahagian aku merupakan kekecewaan orang lain, aku tak mau ambil kira lagi! Sampai bila nak pikirkan orang? *tak senonoh kan aku kata camni?* aku tak mau peduli lagi! Aku mau bahagia!
Surprise!
Siang 20 april tu, mood aku macam orang gila! Serba tak kena. Sbb aku diserang lagi penyakit itu. Penyakit yg dah aku alami sejak bertahun-tahun lamanya. Rasa cam dah pendek nafas aku. Rasa nak ambil segala macam ubat termasuk ecstacy kalau itu boleh melegakan. Tapi penyakit tu biasa je. Bukan penyakit kronik pon. Cuma PMS. HAHAHA.... Tapi serius. Rasa nak tercabut nyawa dibuatnya.
Ptg, lebih kurang pukul 5 aku ajak Fara cabut balik kolej. Aku cuma pikir nak tdo ajer. Nak tdo utk hilangkan semua kesakitan. Sakit macam nak terberanak! Sampai je bilik, aku terus tido atau dlm erti kata lain, mati! Aku tdo senyenyak-nyenyaknya. Semua kesakitan pon hilang lebuh. Sedar2 je dah pukul 9 mlm. Tu pon Fara dah mai bilik ajak makan. Kalau tak memikirkan tanggungjawap aku terhadap perut, mmg nak je aku tdo lagi selama 3 hari tanpa bangun-bangun. ekekeke....
Lepas memberi nafkah kpd perut kesayangan, aku dan sahabat handai kembali ke studio. Kami ni mmg dah macam ketagih. Kalau tak ke studio, masing2 boleh gian dok kat bilik. *ayat apakah ini?Kedengaran sgt tak bermoral*. Aku yg jugak digelarkan sbg Toke Filem Indon pon mengangkut 3 keping vcd indon. Kunun2 nak nonton malam tu. Tgk2.... masing2 terkulai layu. Ainul tdo kat kusi. Aku men game. Fara plak entah apsal malam tu bukan sket punya korporat kesebokkannya. Dia pon kuar lebuh ntah ke mana. Adian ngan Mek pon tak nampak batang hidung. Chee Way pon lesap. Semua tak ada! Cuma ada Guan ngan Babe yg gelak sakan tgk Date Movie. Bila babak porno kuar, masing2 gelak bukan sket punya liar! yucky!
Akhirnya aku setuju ikut Ainul naik surau utk beribadat dan beristikharah. Umak aih! Manader! Kami naik surau utk tido. Aku pon tdo dlm kesengsaraan sbb penyakit aku dtg lagi. Ainul pulak mmg mak nenek la! Tanpa mempedulikan kesaketan aku, dia terus tdo dgn bahagia sekali. Rasa nak je aku balut dia dgn telekung2 kat surau tu. Tapi akhirnya aku tertdo jugak.
Tepat kul 12 tgh mlm, Ainul kejut aku. Muka aku sembab semacam sbb tak berapa sehat. Pulak tu mata ni bukan sket punya durjana. Asyik keje nak tdo je. Tak cukup2 lagi balas dendam tak tdo 3 minggu demi final project. Mmg malapetaka btol kehidupan kami akhir-akhir ini.
Aku dah mula nak hangin. Sbb aku saket dan mengantuk juga penat. Aku plan nak paksa Fara balik kolej kejap tu jugak. Tak mau tunggu lagi. Aktiviti menonton jugak aku tak mau teruskan. Masok2 je studio, aku tgk lengang. Aku ajak Fara balik. Jari jemari aku yg cantek pon terus menular ligat nak off laptop. FAra wat dono. Terus ke bilik seminar yg gelap gelita. Aku tiba2 rasa cam ramai org kat bilik seminar gelap tu. Apa depa dok buat dlm gelap tuh? Aku pon dgn terhoyong hayang masok sama ke bilik seminar.
Dlm gelap aku nampak samar cahaya lilin. Oh, my god! Aku terkedu terus bila ja suara-suara halus meraka itu menyanyikan lagu epi besdey ke aku. Aku rasa nak ketuk kepala aku beberapa kali supaya sedar. Aku mati kutu sat. Masih pitam dan blur. Tapi akhirnya aku sedar dan perasaan terharu pon mai slow2 dlm jiwa aku. Mmg touching sungguhla! TQ guys!
Ada sebijik kek coklat yg besar atas meja. Dgn tulisan "Dah tua buat cara tua" Nyum nyum! Aku pon capai pisau potong kek. Rasa nak kerat leher sendiri. Ehehe... Tiba2 aku terbaca tulisan cop Secret Recipe kat pisau tu. Terus ja aku menjerit dgn penuh keterujaan. "Sapa yg beli Secret Recipe nihhhhh???!!" aku dah hilang akal buat seketika. My godness... i can die for it! Aku sgt suka kek itu. COKLAT BANANA, babeh! Tentu mahal kan? Maka aku pon makan dua potong besar kek tu. Sampai perut aku rasa nak kembung.
Aku suka semua hadiah! Aku suka bintang kuning yg Babe bagi. Cantik.Mata bintang tu cantek, macam mata Babe jugak. Thanx Babe @ anuar! Aku suka Itik besar dgn 3 ekor itik kecik yg Farah bagi. Cute. Simbolik utk frenship kita 4 orang kan? Tak sangka aku akan menjadi anak itik ketika berusia 20 tahon. HOHOHO! Mek kasi satu benda yg aku tak tau apa namanya. Warna hijau. Mmg sgt mengkhayalkan benda alah tersebot. Smlm je entah berapa kali dok khayal perhatikan benda alah tu. Adian! Thanx byk2 atas mug hijau TAURUS berserta teddy bear kecik itu. Oh, nak tebus balik kegagalan ko memberi aku mug hijau masa annual dinner eyh? WAKAKAKA.... cute tho! Thanx jugak sbb buat entry edisi khas sempena besdey aku. UHUHU...
Ainul kasi keychain TAURUS. Tak tau nak gantung kat mana. Gantung kat leher bley? Sambil berjalan-jalan mengelilingi fakulti. Tentu sensasi! Chee Way plak berkongsi hadiah dgn Hoay San dan Guan. Sgt suka HANTU yg dia bagi tu. Sbb dah lama aku nak beli HANTU tu tapi ma tak kasi. Thanx sgt!!!! Tak sangka aku, baru je beberapa ari seblom tu, time kat warta aku bitau dia.. "awak, saya suka hantu ni," tapi dia buat dek je. Bukan aku suh dia beli, tapi aku saja buat ayat penyata. Nak beritau yg aku mmg suka sgt kat HANTU tu. Tiba2 mai satu bungkusan hitam besar. Yeay! Dapat HANTU tu! Ma pon sengih je tgk aku memelok HANTU tersebot.
Besdey aku sama dgn aki, atok aku. Tak sempat aku call dia, dia yg call aku wish epi besdey. Kata aki, dia dah buat majlis doa selamat. Terima kaseh. Parents aku pulak... awal-awal dah minta supaya aku jgn menuntut apa-apa lagi. Kata abah, cukoplah abah dah bagi sebijik kete. Anggap je duit isi minyak kete sbg hadiah ari jadi aku kata abah. Mana taknya, aku melantak kete tu bagai nak ghak. Macam dapat minyak free. Apa pon, thanks kat bunda sbb hadiahkan baju kurung kain mahal-mahal tu. Wut to say la kan, bunda. Anakanda ni mmg maintenance tinggi......
Beylo Tanpa Aku...
Sepanjang tiga minggu bermati-matian tu.... kami satu studio parah. Aku kesian tgk orang lain. Tapi aku kesiankan diri aku jugak. Melihat orang tertido-tido sambil pegang cutter, aku rasa kesian sgt. TApi aku pon lebih kurang camtu jugak. Tgk pulak adegan air mata. Pon aku tak leh nak buat apa sbb aku sendiri byk kali tumpah air mata utk final ni. DAn tah berapa byk kali aku give up. NAseb baik aku punya byk kwn2 yg supportive. Tiap kali aku give up, tiap kali tu lah dorang motivate aku. Saling memotivasikan antara satu sama lain. Kalaulah masing2 pentingkan diri sendiri... alamatnya mmg pakat lingkup semua.
Sampaila malam sebelum final review. Pukul 5 pagi tu, aku dah mula give up sehabis-habisnya, Aku tekad tak mau sambung lagi. Masih byk yg belom siap. Model aku tak ada roof pon. Dgn panel aku yang tak touched up. Aku dah runsing sgt. Sampai dah terpotong tgn menyebabkan aku rasa kebas semacam tgk darah menitik. Kepala aku dah pitam. Tgn aku dah lembek tak boleh nak pegang satu apa pon. Maybe sbb fizikal dgn mental aku dah letih sgt. Dah sampai tahap kritikal. Akhirnya aku tekad. Tak akan buat apa-apa lagi. Tepat kul 5 pagi, aku stop keje. Aku campak semua benda alah tu dan aku naik surau sorang2. Aku nampak ramai yg masih bertungkus lumus walopon dah genting sgt waktu tu. Aku tau aku kesal dgn diri aku yg cepat mengalah sedangkan aku ada beberapa jam lagi utk review.
Pukul 7.30, encik mazlan sampai fac. Aku lekas2 pegi bilik dia. "Saya dah tak larat. Dah tak boleh teruskan. Sy tekad takkan sambung lagi," entah evil spirit mana tah yg dorong aku kata camtu kat encik mazlan.En Mazlan cam gamam sket. Maybe tak suka kata-kata aku. TApi at the end dia kata.. "Ok, stop.Jgn teruskan. Cukop apa yg ada. Pegi rehat," apalagi, tanpa pikir pjg, aku balik kolej dan tido lena-lena sampai pukul 10 pagi.
Untuk final project tu, aku dah buat parents aku susah hati. Bunda byk kali call aku utk support aku. Maybe dia tak senang kot bila aku buat kali pertama sebot tentang tukar course. Aku tak maksudkan pon. Aku cuma ckp2 kosong. TApi abah cam risau sgt. Byk kali abah call aku jugak. Macam2 benda abah motivate aku. Itulah kali pertama aku give up dalam course ni. Dan aku janji takkan ulang sikap tu. JANJI!!!!! Tapi sungguh aku cakap ni. Waktu tu mmg badan aku dah tak leh nak respon apa2. Lagi2 bila design aku 2 kali kena reject last minute.
Sekarang, aku rasa aku hebat. Sbb aku adalah student paling lambat mula buat drawing. Sbb drawing aku yg hampir siap, kena reject abes2 pada saat nak dekat review. Aku mmg nangis tak hingat alam la time tu. Sampai aku ulang byk2 kali kat lecturer.. "matila sy kali ni..takkan sempat," kata aku sambil menitik air mata. Lecturer pulak iya-iya yakinkan yg aku AKAN sempat.
Sebenarnya, nak kata aku tak waras sgt, tak jugak. Sbb waktu tu aku masih ambik kira kritikkan lecturer positively. Aku sanggup ubah design aku walopon aku tak perlu ubah kalau aku tak nak. TApi aku tau ada baiknya kalau aku ubah. Sekarang, aku rasa semuanya baik utk rekod peribadi aku. Kalaupon aku tak dpt A lagi utk kali ni, aku ttp puas hati sbb aku dah buat byk progress utk project gallery ni. Aku puas jugak sbb byk improvement yg jelas dari design pertama aku sampai ke final... Semuanya terserah pada Allah SWY skang.....
Tolong aku! Aku perlukan RM500 utk mendapatkan buku Zaha Hadid idaman itu!
Ini esemen terakhir kami selain membuat postcad. Dgn ter-submit-nya fasad Taiping Wet Market ni, tamatla sudah penat lelah kami. Yang tinggal hanyalah mengulangkaji semua subjek selain design. Aih, rasa tak biasa pulak nak baca-baca buku... =( Syukur sbb fasad group aku tak kena reject. Thanx kat semua ahli group yg byk komitmen siapkan fasad ni. Aku minta maaf sbb sgt sikit menyumbang. Aku sgt bermasalah pada lewat kebelakangan ini. But i think its all over.
Sempena 20, aku mahu hidup untuk masa ini dan akan datang.
Aku mahu lepaskan masa lampau aku.
Leave my precious, and appreciate my present.
Apa yg aku ada kini sebenarnya mampu membahagiakan.
Cuma aku yg suka mengheret masa lampau...
Utk my precious....
Selamat tinggal.
Cukup.
Jgn tambah-tambah lagi.
Jgn dtg-dtg lagi...
Walaupon aku masih nakal mau bawak ia kembali...
Good bye memories.
Aku sayang semua kenangan tapi kenangan tu menyakitkan.
Aku bukan si kecik 17 tahun lagi.
aku bukan si bodoh 18 tahun lagi.
Bukan juga si bahlul 19 tahun
aku mau jadi si bahagia 20 tahun.
Tak mau apa-apa.
Kecuali bahagia.
Bahagia....
Bahagia...
Pergi main jauh-jauh semua kenangan!
Sgt melukakan utk dihalau.Tapi kalau tak dihalau, aku rasa macam nak mati.
Sedih berkata macam ni.
But once again...
Bye bye memories...
AKU TAKUT RUSUHAN YANG MAU DILANCARKAN KE ATAS BEYLO! HENTIKAN PLIS, DONG!
Once - Dewa [Dealova OST]
aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih
aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan
reff: kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada
hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi
repeat reff [2x] selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada