Kali ni entry tak bertajuk. Buang masa! Paling kurang pon, aku memerlukan sepuloh minit utk mendapatkan tajuk yang kunun-kununnya gerek. Buang masa! Sekali lagi, BUANG MASA!
Dah beberapa hari aku tak bermesra dan bercandaan dengan para diplomat di arena blog antarabangsa ni. Mmg aku saja menyombong diri sbb aku tak sehat. Setiap malam aku tdo tak puas. Rasa macam tdo dalam semak-samun. Dan setiap pagi aku bangkit awal. Mmg brengsek sekali! Setiap kali aku dapat 'hidup' pada awal pagi, mesti aku konpius samada nak rasa bangga atau keciwa.Bangga sbb ini merupakan pencapaian yang sgt baik dlm kualiti hidop aku. Keciwa sbb aku sejujurnya tak suka bangun pagi. Brengsek nyerrrr....
Aku nak flash back cerita sepanjang aku terlantar tak sedarkan diri. Sungguh ni aku bilang... aku pengsan EMPAT kali sepanjang waktu sakit aku ni. Uuulala~ Perlu ke tulis tipu-tipu macam ni? Macam entry murahan. Yucks! Aku tak pengsan! *tampar muka dua tiga kali* Aku tak terlantar pon! *tampar muka lagi dua tiga kali* Aku cuma demam sejuk yang kronik tapi tak la sampai nyawa-nyawa ikan. Masih gagah untuk membebel percuma setakat dua tiga jam.
Bersedialah...untuk contengan super-saiya dari aku! Dan aku tak pedulik samada kalian penat, letih atau mual nak baca contengan yg sgt panjang ni. Terpulang! Aku menulis untuk simpanan memori aku. Kalau tak suka membaca, pergi main jauh-jauh. Arena blog ini adalah untuk mereka yang bukan saja gemar menulis (samada menulis yang baik2, yang burok2, atau pon yang menulis entah apa2 yang tak masok dek akal), tapi juga untuk org yg suka membaca. Eh, aku bagi warning ke ni? Bukan warning... cuma aku bukan dalam mood yang baik ketika ni. Dan sebarang komen yang menjatohkan sgt aku tak hargai.... Terima kasih.
Rabu, 24 may 2006.
Ptg tu fetch Jullian dan terus hangkut dia ke Times Square. Guess wut? Dia tu tak berubah langsong. Sama je macam dulu. Ingatkan lepas beberapa bulan tak jumpa, dia akan jadi sebaik-baik manusia tapi tak! Sama je macam zaman sekolah-sekolah dulu. Masih suka underestimate aku. Masih suka nak keep on fighting dgn aku. Tapi apa pon dia, dia still sorang budak yang tak pernah lupakan kawan. Thanks anyway sbb bayarkan software aku. Lain kali, boleh sponsor I beli laptop Acer, Ferrari sebijik dua. Bersama sebijik desktop apple yang nampak hebat sekali. (Lain kali tu tak kesahlah bila2 pon. Akan sentiasa keep in touch with u untill the day u become a richest man in the world) Aiza, we deal it with Jullian kan? Semoga Jullian cepat kaya dan semoga dia cepat membelikan aku satu set Apple punya product. Amin~
Aku kata, aku drive terok sbb itu 1st time aku drive ke KL yang maha sebok tu. Dan aku kata jugak... lesen aku lagi lama dari lesen dia.
Dia kata, aku selalu berada jauh sgt dgn kereta depan.Sampai tiga bijik Kelisa boleh masok antara gap tu. (tak pon!)
Aku kata aku amalkan jarak 2 saat antara kenderaan.
Dia kata, kalau ada seribu driver macam aku... mmg susahlah semua orang.
Aku kata, aku baru nak berjinak-jinak dgn kenderaan, lama-lama aku akan hebat.
Dia kata, tak best drive CRV.Sbb kereta besar menyusahkan.
Aku kata, aku suka drive kereta besar sbb aku rasa lebih selamat.
Dia kata, dia suka Kelisa. (yang dia selalu sebut sbg CLK-cute little kelisa)
Aku geram, dan aku kata... aku tak suka kereta buatan Malaysia!
Nah, amek ko!HAHAHA! *gurauan yang menyayat hati*
Kesimpulannya, dari zaman sekolah hingga ke zaman universiti. Dari usia kecik sampai dah ke 20 tahon, kami tetap akan bertekak bila berjumpa. Tapi bila lama tak jumpa, gerenti aku akan tercarik-carik dia. Dan bila chatting atau bersms, mmg ayat super duper punya nice. Macam besfren of the year. Tapi bila dah berdepan mata ke mata, mmg Street Fighting la. (Di mana aku adalah Chun Li dan dia sbg Blanca. AHAHA!)
Tapi not to deny, just enjoy being with him and aiza. He will always be my fren. At least dia ingat jugakla nak hang out dgn aku... dari MEREKA-MEREKA itu? Teman seperjuang yang blom mati terkorban, tapi dah lebuh entah ke mana. Frens forever dearie Aiza and Jullian!
Kredit : Secret Recipe, Lot 10.
Heaven sekali dapat santap Ice Lemon Tea (Secret Recipe did good job!), Chicken black pepper, Chocolate Marshmallow, dan ... Chocolate... (aiza order pe benda ar?)
Kredit : LowYat Plaza
Cuma sempat sambar optical mouse itu (aku pilih atas dasar HIJAU), speaker nampak gedik itu (Jullian pilihkan speaker tu akhirnya lepas semua yg dia cadangkan aku reject atas sbb2 kewangan), dan mouse pad (atas dasar rupa paras). Jullian kata, aku beli semuanya tak berkualiti sbb tak branded langsong. Aku jawap... bila tgh sengkek, brand boleh letak ke tepi dulu. (tapi kenapa aku tak pernah rasa sengkek ketika membeli-belah pakaian,kasut, handbag dan bau-bauan? ; nanti aku check sistem data di kepala)
Time conference dgn aiza dan adian, mmg manis mulut aku bersetuju utk jumpa adian kat stesen putra UM pukol 12 tgh hari. Tapi pagi tadi, pukul 12 tgh hari aku baru kuar umah. Ekekek... Maka, terhegeh-hegehlah aku tekan minyak kete sambil rasa bersalah sbb buat adian tunggu setengah jam. Tapi malangnya rasa serba salah tu tak lama. Sekarang aku tak rasa berdosa pon. Rasa enjoy je. Adian pon tak marah. Na na na na~
Si Encik Shafiz Wonka tu pulak, tah sejak kebelakangan ni berlidah ular. Lidah bercabang. Kejap nak ikut, kejap tak nak. Geram btol aku ngan dia. Tingat plak kes last week kat UKM masa hari nak balik holiday tu. Yer yer je pagi tu kata nak ikut aku balik umah. Kalau ada dia, aku rasa konfiden sket since itu 1st time aku kena drive sendiri balik Cheras. Bunda pon dah lega sbb ada orang teman aku. Tiba2 dia sms... dan aku dgn Farah punyalah berasap telinga. Tapi tak tau nak bengang atau nak gelak. Sbb sms dia berbunyi kesamdol-samdolan. "Nurul, sorry la aku tak ikut kau. Tadi aku baru bangun tdo, otak aku tak waras sgt. Aku cuma pk nak balik cepat je. Skang aku dah sedar, aku nak balik ngan parents aku," mmg samdol abes!
Okay, dengan bantuan Aiza yang sgt expert selok belok Petaling Jaya, maka kami pon tiba kat umah Farah ptg tu. Tuih btol lah. Aku tak dapat parking! Plak tu terkial-kial nak reverse kat jalan yg super sempit tu. Sib baik ada sorang uncle ni pi bukak gate umah dia, kasi aku reverse ikut halaman umah dia. Baiknya uncle. Mungkin jugak uncle tu risau tgk Datin Muda macam aku. Wo, berlagak Datin aku aritu! Ngan spek hitam Angelina Jolie nya... mmg brengsek skali! Nak beragaya punya pasal, sanggop aku bergelap mata. (Kalaulah uncle tu tau aku hanya sorang budak 20 tahon yang terkedek-kedek nak idop..... mesti dia tak layan aku.Agaknya dia pikir aku ni Mak Datin bebtol kot) Lalalala~ (www.perasan.com)
Waktu tu aku blom sehat. Masih ligat aksi stunt dalam sistem badan menyebabkan aku cepat naik angin. Masa Adian dah dapat parking, aku rasa geram. Sbb aku kena pusing melilau-lilau area taman tu. Mmg brengseklah mulot aku membebel percuma. Aiza terpaksa tadah telinga sampai kebas. Dah tau situ area orang kaya dan raya. Orang kaya ni plak, jenis suka pakai kete berbijik-bijik. Plak tu, jalan depan umah sempit. Mmg ganggu laluan btollah! Berjuta-juta kali aku ulang bebel benda yang sama. Aiza pon iya kan ajer. Tah, waktu2 tak sehat ni. Aku sangat cenderung untuk menyalahkan orang lain. Termasoklah menyalahkan Beylo yang selalu menuntut komitmen dari aku. Aku sakit ko faham tak?Ko banyak sgt songeh, aku delete ko selamanya.
Nampak ja Si Kelisa Kuning comel lotey milik Farah, aku dah lega. Mmg tak salah umah. Bangga aku sbb sejak dapat 'LESEN' dari parents utk guna kete kat kampus ni, aku dah makin panjang langkah. Tunggu la ko. Nanti langit ke tujuh, dengan awan ke sembilan pon aku sampai. Sabaq sat naaa! Uhuhu... dan yang paling tak bley tahan. Kami pergi 3 orang, 2 kete. Mmg pakat kena gelak ngan Farah. Uish, kalau orang tengok, mesti ingat kami buat trip 12 orang. ekekeke...
Cam biasa. Meskipon kekurangan sorang Drama Queen, juga kekurangan tanduk dan taring tajam yang menjahanamkan masyarakat, pertemuan aku, fara dan Adian (campur Aiza sbg ahli baru jarak jauh), dah cukop syarat dah utk bukak site baru bernama www.gosipliar.brengsek.com. Macam2 insan tak berdosa dikaitkan dlm 'saluran informasi' (gosip) kami. Rasa macam gian nak bergosip. akhirnya, bagaikan mendapat ubat perangsang, kami rasa puas! (i know, i know! ini ayat masalah sosial) Dan aku tiba-tiba rasa nak meletop macam gunung Merapi dan rasa bergegar cam gempa bumi Jogja bila je Adian si tak sayang mulut tu acah-cah nak ajak DUA MUSOH AGONG aku. Wo, nak tengok gusti mania, silalah temukan aku dgn mereka dalam satu majlis keramian yang sama. Tapi dah lepas pon. aku bahagia...
Thanks Farah banyak2 atas jemputan. Kalau Enol (si kecik paling nakal di alam semesta) dan Babe (budak lelaki mengada) tu ada, tentu lagi best. Tentu gegar majlis kawen kakak ko! Miahaha... syukur hanya aku yang sakit, bersama Adian yang ala-ala malu ayam kampong di khalayak ramai je yang mai. Ahaha... btw la kan, rindu nak pesta lova-lova. Patot pon aku saket. Aku rasa, sistem aku butuh hiburan extreme yg dah lebih seminggu tak dirasainya.
Untuk Kak Lin. (Kakak kpd Farah)
Semoga kekal ke anak cucu...
Bersabarlah sistem-sistem yang sakit.Sikit hari lagi, kita akan pulih. Lepas pulih, kita makan sakan segala macam makanan yang tak dpt kita telan ketika ini. Aih, kenapalah aku rasa panas sangat ni. Ke aircond aku dah tukar cawangan. Dah pergi ke cawangan 'PEMANASAN'. Hell lah!
Balik dari umah Farah, aku rasa haus semacam tekak aku. Mungkin sbb panas. So, aku tanya Aiza mana leh minum-minum. Aiza pon jawap, boleh singgah mencedok air sungai Klang kalau mau. Ngee =D Tipu je. Tak, Aiza kata, leh singgah seksyen 14. Aku ikut je telunjuk dia. Kalau dia bawak ke Sg Klang pon aku bukannyer tau. Ikut ja... Ekeke... Pastu dapat idea nak stop kat Amcorp Mall. Tapi kansel! Sbb kat situ macam pusat pelupusan kenderaan. Gerenti ak ada parking. Maka, melenconglah kami ke A&W. Pendek kata, kami sgt tak senonoh sbb balik kenduri, terus ke A&W. Patot pon aku makin 'membesar'. Sbb aku sgt bahagia. Tekak ku juga.
Harini.
Harini rumah sunyi. Tinggal aku dgn Haikal je lagi. Kesemua budak-budak lelaki tu dah diangkut oleh aki balik Johor. Selamat bercuti adek-adekku semua! akan rindui kalian. Dan sgt menyedihkan kondisi rumah ini tanpa kalian. Semuanya kerana beberapa sebab yang akan merubah keadaan hari esokku tanpa kalian.
pesanan penaja : semua site berwarna biru yang ditulis di atas adalah tidak sah dan tidak wujud. Tetapi sekiranya berminat untuk mencuba nasib, silalah berbuat demikian. Sebarang masalah lanjutan, tidak akan dilayan.
25 Congteng-conteng:
aku mengambil mase selame 12 minit utk bace n3 ko yg pnjg berjela ney..
aku menghayati setiap baris ayat2 ko..
penuh puitis..
leh jd penulis novel ko ney..
amat berbakat!!
er.. Pehal ko ada gak teddy cokelat cam mrbean tu? aku nya kat sblh pc ni gak, tp aku baru tau betapa kotornya teddy cokelat ni bila tgk gambo teddy ko ni.. Sungguh berdaki!!
*lawak ngan gambo aiza tu.. dedua gambo tetutup katub.. dia ada gigi ke x? kui3...
Brape minit nak buat karangan panjang ni??? Huhu~
Alhamdulillah. Huhuhu...
syaff - aku penah tulis novel.Tapi akunyampah sbb ditipu. x dpt sesen pon! hampesh..
diane - ai mmg pendek.. :(
nash - sampai ati ko nak jadikan aku bola pingpong. Tak heran.. aku pasti jadi bola pingpong yg berkualiti dan tahan lasak... weh, sukati ja kata dia tak de gigi. Brengsek lo!
din - woo..berejam dek oi... tu yg sampai nak hantuk paler kat dinding tu. :p
jai - saya bukan bosan. Sy tak sehat. Ye la..lama tak mengaji al-quran. Mungkin sbb tu, sy salu runsing kot... *taubat*
muahahahaha!!
best ar wat gossip liar nieh..
brengsek ko nash..suke-suki je ckp aku xde gigi..aku xsuke tunjuk gigi aku sbb gigi aku lowprofile..bkn cam ko!dengki la tuh kan??org lain tutp mulut ko xdengki pon..
akakakakaka...
adian - JANGAN UNGKIT LAGIK!! aku malu... :(
irwansyah - tu la namanya komitmen yg sentiasa tinggi utk beylo. Kang btol2 saya buat entry sampai zimbabwe kang, sapa nak tanggong???
aash - tahniah. Tapi... apa yg nak digelakkan? *jgn gelakkan isu bowling dan pingpong sudah...*
aiza - nash mmg camtu. Jgn ambik hati. Ko kumpol je duit, beli M16, ada rezeki, jumpa dia dan tembak dia... uuulalala...~
Syaff - ni lagi sorang nak malukan aku... :( uhuhu.... eh, adalah... syah tu ialah encik wonka. aku hanya panggil nama orang tu bebetol bila aku tgh marah je. Bila dlm mood biasa dan mood kejahatan, aku akan panggil dgn nama2 yg aku cipta utk mereka....
cuya - semoga cuya berjaya dpt lesen.Insyaallah. Nanti boleh join club 'kaki gatal'... like me. Lalala~
sbenanyeh jadik bler nak komen ape. hohoohohoh.
aku jeles seh. hahahaha. nak itut. nak ituttt. alallalala
Y apple??? pear cannot ke? :p
Kat KL, keter kecik la bes! Parking pun senang! :p
I prefer to be Ryu la..... O_o"
Yupz...had a good time too' Thanx for being the driver of the day! (altough driving skill tu takde...) :p
p/s: Friends forever!!!
y izit so hard to say something better bout me??. wut if u practice about giving me at least A COMPLIMENT? no need 2b honest. juz admit that i can drive. at least I CAN. and i will improve. Just 4 da sake of getting some better words from you. eheheh... friends 4eva!
syaf tomok ke yg aku minat? bkn mat shah mat salleh ke? ahahahaha...
kotak2 da x men laa.. skrg men laen..
miahhahaha...
Post a Comment