Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, May 22, 2006

Patah Hati

aku rasakan... aku rasa lah...
Hati aku ni mmg untuk dipatah-patahkan.
Atau hati aku ni tak payah dipatah-patahkan pon...
dah mmg jenis rapuh.
Jenis tak de kualiti.
Jenis yang cepat sakit.
Cepat tercedera.
Entah apa-apalah hati aku ni.
Kot iya pon kualiti rendah.... tak payahlah cepat patah!
Aku runsing tau?
Aku dah tak larat nak bawak hati berat macam ikan paus ni ke hulu ke hilir.
Lagi tak larat nak main cantum-cantum hati patah.
Keje nak patah je manjang....
Nak patah sangat kan? Patahlah! Patah....!


Apalah dosa hati aku. Asyik tercedera. Selalu dipatah-patahkan dek tingkahlaku orang lain. Aku sgt penat macam ni. Aku letih... Aku tak larat nak bergolok-bergadai nyawa demi mempertahankan sesuatu. Dia tu selalu tak sedar yang dia menyakitkan hati aku. Dia tak tau pon hati aku selalu patah disebabkan dia. Aku ni dah jadi tak de keje lain. Asyik pujuk diri sendiri utk cantum balik hati yg patah riuk ni. Rasa kadang-kadang dah kecewa menonggeng. Dah tak mau cantum lagi hati yang suka patah tu. Biarkan dia terus patah. Patah dan bergelimpangan tepi lebuh raya KOSAS.Biar padan muka dia sebab tak dapat patah-patahkan hati aku lagi.


Beylo...
Aku sangat sedih. Aku sangat kesian dgn diri aku. Malam semalam aku ketawa terbahak-bahak. Siang tadi muka aku macam buah mangga tak jadi. Lepas tu... waktu malam muda, aku bahagia sekali. Aku gelak-gelak lagi. Gelak macam dunia aku yang punya. Gelak macam esok aku akan temui lombong emas Yamashita. Tiba-tiba.... entah malapetaka apa yang datang, hati aku patah lagi. Patah tanpa bunyi. Tapi aku tau dia patah. Sbb aku dapat rasa hati aku sedang patah riuk di dalam. Macam tu lah aku sejak beberapa ketika yang malang ni.



Sekurang-kurangnya... berbual dgn Jullian tadi kasi chance yg tak seberapa utk aku sengih-sengih. Yang aku tau, hari ni adalah Hari Patah Hati.Cuma Jullian yang buat hati aku tak berapa patah. Tu pon disebabkan beberapa perkara.

  1. Dia promise nak hang out on this coming wednesday.
  2. Dia promise nak belanja walaupon katanya sekarang dia sedang 'miskin'. Dan itu lebih berharga bila dia belanja aku waktu dia sedang 'miskin'.
  3. Katanya... dia selalu miskin sbb aku. Everytime aku berhasrat nak mintak dia belanja, sure dia akan jatuh bankrap. Maknanya aku mmg membawa malang. HAHAHAH! Seronok sekali menjadi malang!
  4. Aku suka lawak Nano-Nano yg sempat dia buat sebelom dia berambus tinggalkan aku kembali patah hati pada malam yang tah apa-apa ni.
  5. Aku suka jugak bila mendapat tau, selain berpatah hati, aku masih mampu menjadi sengal. At least aku tau, aku bukan setakat menjadi perempuan si patah hati semata-mata harini. Semuanya aku sedari bila aku mula buat ulasan sengal tentang dia yang mau mandi pada jam 1 pagi. Aku sengal! Aku sengal! *syukur aku mampu menjadi sengal selain menjadi patah hati*


Apa yang cuba aku buktikan sebenarnya?


Ah!


Harap Rabu cepat datang supaya aku dapat berpesta lova-lova dan tinggalkan semua manusia yang suka nak patahkan hati aku. Hey, Beylo! Ada aku bagitau kau yang aku tgh nangis sekarang ni? Ada tak? Hmmm... aku nangis. Nangis sbb aku sgt tercedera ketika ni. Aku tak faham kenapa hati aku dijadikan permainan patah-mematah. Kenapa benda yg kita sayang, yang kita jaga bagai nak rak tu yang akan sakitkan hati kita balik? Lain kali mungkin aku tak payah sayang apa-apa lagi. Tak perlu jaga apa-apa jugak. Lain kali, kalau agak-agak aku terasa mula jatuh sayang pada sesuatu, ada baiknya aku tendang kuat-kuat benda tu sebelum dia patahkan hati aku.


Dia tu tak tau aku runsing pikirkan dia. Dia tu tak tau aku rasa macam tengah perang saudara dalam jiwa aku ni risaukan keadaan dia. Dia tak tau betapa aku selalu berhelah dgn diri aku sendiri supaya tgn gatal aku tak tergedik-gedik menghubungi dia. Cukuplah woi! Buang masa aku runsingkan dia. Tak seronok. Lagi seronok kalau sekarang ni... aku menyanyi riang seperti seorang diva.


Dia, dia, dia!Kesemua 'dia' suka sakitkan hati aku. Aku tau dia tak sengaja. Aku tau dia tak sedar. Tapi salah ke sesekali jangan cederakan aku? Sakit ko tau tak, dol! Lain kali, aku mau kekalkan jarak 3 meter dari dia. Setiap kali dia mendekat, aku nak pura-pura berlari setempat. Setaip kali dia ajak berbual, aku nak pura-pura beraksi seperti sedang bagi ayam makan. Kurr...kurrr! Setiap kali dia nak berdamai dgn aku, aku nak pura-pura praktis taekwondo. Dan setiap kali dia ajak aku keluar sama-sama, aku nak berpura-pura seperti aku sedang belajar memandu buat kali pertamanya. aku nak memandu macam gila. Dan pura-pura terlanggar dia pada kelajuan 140km/j. Dgn alasan, 'i confuse lah antara brake dgn minyak.sorry....' dan dgn muka langsong tak bersalah, aku suruh dia ke hospital dengan sendirinya. Atau mati je kat tgh jalan tu dengan tenang sekali. *tapi ni angan-angan belaka dan sekali lagi, seronok btol dapat cakap jahat-jahat macam ni*


Yang aku pasti, tgk nyamuk gigit dia pon aku rasa nak nangis kuat-kuat. Apatah lagi nak langgar dia sampai mati. Biarlah hati aku terus dipatah-patahkan. Aih, tapi aku tak suka bila hati aku dah tergerakkan sesuatu. Sbb jangkaan aku selalu betul. Sama seperti jangkaan aku 2 tahun lepas. Semuanya betul. Dan kali ni?

 

13 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
haha..komen dulu..baca kendian..
4:26 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
ala...nurul...relax la... bukan kau sorang yang asyik patah hati. Aku sokong klau kau kata tak payah sayang sesiapa lagi, supaya hati kau tu tak kan dipatahkan lagi.

Apa kata kau berterus terang dgn dia apa yang kau rasa. Selain Beylo, aku tahu "si dia" pon sudi dengar apa yang kau fikir dan rasa. Kau pon tahu... si dia tu tak sengaja...

(Aku terjumpa blog kau yang di"link"kan oleh seorang kawan aku... sungguh menarik...)
5:09 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
ala...nurul...relax la... bukan kau sorang yang asyik patah hati. Aku sokong klau kau kata tak payah sayang sesiapa lagi, supaya hati kau tu tak kan dipatahkan lagi.

Apa kata kau berterus terang dgn dia apa yang kau rasa. Selain Beylo, aku tahu "si dia" pon sudi dengar apa yang kau fikir dan rasa. Kau pon tahu... si dia tu tak sengaja...

(Aku terjumpa blog kau yang di"link"kan oleh seorang kawan aku... sungguh menarik...)
5:09 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
terima kasihlah byk2... tapi kdg2 ada baiknya simpan dari cakap. Sbb dgn simpan, mmg kita akan sakit. Tapi lepas cakap, mungkin kita bukan je terus sakit, tapi akan terus kehilangan.... Buat masa ni, saya tak mau kehilangan apa2......

thanx anonymous
7:25 PM  
Blogger arefiz conteng...
haha baca dulu tapi taktau nak komen aper..
9:32 PM  
Blogger Adian conteng...
hmm sebuah lagi entry hanya-kau-yang-tahu. heheh...

oleh itu aku tujukan lagu patah hati khas utk ko. kekek... kalu bole pastekan lagu, aku dah taruk skali. wahaha..

Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan (2x)
Kuharap janjimu(2X)
Bahagia selalu ... sayang
Rupanya patah(2X)
Ditengahlah jalan

Patahlah hati
Teruslah merajuk
Merajuklah sampai
Merajuk sampai
Ke hutan belukar

Hati yang panas(2X)
Kembalilah sejuk ... sayang
Burung terbang(2X)
Sangkar balik ke sangkar


p/s: rindu ukm, rindu studio, rindu kolej burhan, rindu korang!!! aaa... cepatla 2 minggu..
9:41 PM  
Blogger Nashrex conteng...
patah hati.. lagu dr adian tu. smpat aku nyanyi mengikut lenggok lagu2 lama.. wiwiwiwi

tajuk patah hati.. tapi apa yg sedey sgt? cam gembir aje n3 nih!!?

*aduh!! patah hatiku membaca entry sedey berunsur gembira..
10:27 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ntah la.. aku pon rasa gembira ketika tulis entry tu. Sbb bila aku baca balik pon, ayat aku macam aku tgh menikmati hati yang patah dgn gembira sekali. AHAHAH...!!! jab ... aku leh bayangkan ko nyanyi lagu tu siap ngan lenggok2... brengsek ja adian kasi aku lagu tu. Aku rasa macam aku tgh membintangan filem klasik disamping pelakon dolu-dolu yang tak market langsong wajah mereka.... hati patah yeay!
10:47 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
sgt sakit kalo patah ati..kalo la ati bleh dikuarkan..sure sgt best..dah xde lg perasaan pasni..
8:04 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Why you must love sumone that makes you hurt most? I will never understand lovers...
5:01 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
bcoz love is a feeling. U can neva tell ur feeling.
12:23 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Best regards from NY! Best price for meridia generic only sibutramine Anger wellbutrin ultram tramadol Usa ultracet no md visit Mitsubishi holding new york ultracet abuse qoclick cheap new truck http://www.consumer-reports-mp3-player.info/2006-suzuki-gsx-r600-parts.html remedyfind patient ratings of ultracet for osteoarthritis Alamo rent a car san antonio tx Nude teens in the shower Buspirone ria Sex slave porn asian slime basketball reset epson printer cartridge Famous mesotherapy people
2:41 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it consumer price index 1974 refrigerators refrigerators and coolers for pharmacy Blair lilford mcse Land range rover stormer 2005 pontiac gto article Hidden teen upskirt Peerless tv wall mount built in freezer kitchenaid West investment Cash advance window blind
10:22 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."