Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, June 04, 2006

Ahli Silap Mata

Semalam...
Waktu aku menconteng arang tak tentu hala di sini..
Aku cuma bebel percuma tentang semua magik yang aku heboh-hebohkan.
Hari ni...
Aku pasti dgn perasaan pelik aku semalam...
Kehidupan mmg sebuah magik...
Di mana kita semua adalah ahli silap matanya...
Tak syak lagi, manusia mmg punya kepandaian untuk buat magik.
Dan hari demi hari...
Aku terasa makin ajaib semua perkara yang menyerbu masok dlm kehidupan aku.
Oleh itu, patot berbangga kita semua...
Kerana kita adalah ahli silap mata yang pandai me-magik-kan kehidupan sendiri.
*sekarang boleh tepok tangan kuat-kuat*



Ptg tadi, ke kenduri lagi. Kan dah aku bilang, semuanya ajaib-ajaib belaka agenda hidup aku kebelakangan ni. Nampaknya, aku makin kerap menghadiri kenduri kawen. Yang sebenarnya merupakan majlis keramaian yg paling aku tak gemari. Tapi memandangkan aku kena temankan bunda, aku pergi jugak dgn terhegeh-hegehnya. Kalau smlm, aku naik hangin sbb terpaksa park kereta sebatu jauh, hari ni aku 'NAIK HANGIN SANGAT' sbb kena park dua batu lagi jauh. Dan aku dah bagitau bunda time kami terkedek-kedek menapak mendapatkan kereta yg dua batu jauh dari rumah pengantin. Aku bilang pd bunda, kalau esok2 ada kenduri lagi, kita park kereta depan rumah dan menapak je dari rumah ke rumah pengantin. Bunda mengiyakan.


Majlis hari ni, biasa-biasa je.Perasaan masih plain. Cuma mata ni je yang berlagak sensasi sket hari ni. Macam2 orang aku dpt tgk hari ni. Termasoklah peminat-peminat fanatik zaman hingus meleleh dulu. Jugak senior2 lama alam persekolahan. Tiba2 terjatoh pulak pandangan aku ke sorang lelaki yg tgh makan bukan sket punya selera. Serta-merta aku tingat peristiwa kem pengawas masa aku tingkatan 1. Masa dlm bas nak ke pusat kem, lelaki tu duduk belakang aku. Macam2 dajal dia buat kat aku dgn member seblah aku. Sampai harini aku ingat. Dan terasa nak lontar semangkok dua periuk belanga ke muka dia. Tapi tak apalah. Lain kali je aku buat camtu. Hmmm... lagi satu! Ni pertemuan yang bukan magik. Sbb pertemuan ni kalau bukan dgn kuasa magik pon boleh berlaku. Aku nampak Fauzie. Member lama yang sgt baik. Kebaikan dia tu sgt konsisten. Dulu, kini dan selamanya dia akan menjadi lelaki baik. Aku yakin. Dan aku blom jumpa mana2 lelaki yang boleh gugat kedudukan dia sbg lelaki paling baik dlm senarai sahabat handai aku. *aku bukan buat promosi atau lelong barang, anggap je ni pengiktirafan aku buat dia yang dulunya sgt rajin kalau disuruh tapaukan air dan seludupkan ke dlm kelas*



Yang aku perasan.... Pengantin sekarang ni suka pilih tema purple. Kenapa? Ada fakta menarek ttg ungu ke? Atau feng-shui berpendapat ungu itu tanda murah rezeki, anak ramai dan kebahagiaan tak bertepi? Atau pengantin nampak lebih ganteng dgn pakaian ungu? Atau terpengaruh dgn filem Ungu Violet? Atau suka-suka memilih ungu? atau... atau aku terlalu menyebok mau memikirkan isu seposen dua yang tak de maknanya ni? Okay, jgn persoalkan tentang ungu lagi. Mungkin itu hanyalah salah satu magik yang berlaku dlm kehidupan sahaja. Yang aku pasti, bila aku kawen nanti, akan ku warnai seluruh alam dgn warna hijau. Dan semua tetamu juga kena berpakaian hijau. AHAHA! *Nanti semua tetamu aku kelihatan spt Shrek. Barulah nampak Lagenda perkahwinan aku kelak* - oh my god! Sila humban angan-angan ttg kawen buat masa ni.



Beylo yang ajaib...
Esok pagi aku akan berambus lagi dari rumah ni.
Kena pulang ke pangkuan UKM.
Pulang sorang-sorang tau, Beylo...
Sbb sahabat yang janji nak ikut aku pulang...
Dah mungkir pd janji...
Mungkin aku akan balas dendam satu hari nanti...
Dgn mengheret beliau ke restoren makanan mahal yang enak dan berpatutan...
Membahagiakan perut dgn segala macam hidangan mewah...
Dan memaksa beliau membereskan urusan Ringgit Malaysia di counter.
Mungkin...
Apa-apa pon boleh berlaku dlm kehidupan yang magik ini.
Termasuklah kawan makan kawan...
Sahabat....
Tunggu saja hari pembalasannya nanti.
HAR HAR HAR!



Aku mau berambus. Mencari stokin belang-belang, dan mendapatkan sweater untuk badan aku. Terasa maukan kuasa magik yang lebih hebat ketika ini. Alangkah indahnya kalau kesemua stokin, sweater dan glove ni boleh berjalan sendiri mendapatkan aku. Lebih indah lagi, kalau aku boleh buat magik melalui pikiran. Hanya pikir untuk memakai stokin, dan kuasa magik membuatkan stokin tu terkedek-kedek menuju ke kaki aku, dan membungkus kaki aku dgn sendirinya. Sayang... aku hanya ahli silap mata yang selalu silap tentang kehidupan. Aih, kehidupan ini mmg selalu menyilapkan pandangan mata.


Semalam aku hampir buat magik yang gila.
Nasib baik aku tak sempat nak test power kuasa magik aku.
Nasib baik peluang itu dgn ajaibnya melarikan diri.
Lari...lari..lari...
Ah, macam brengsek!
Nak lari, larilah!
Aku pedulik ker? Aku tak pedulik lagik.
Dan aku sikit pon tak akan pedulik.
Sbb aku boleh buat magik pada perkara lain.
Seperti menghabiskan cheezy wedges KFC dgn cepat sekali.
Dan meneguk air minuman yogurt yang enak.... sehari 13 botol.
Aku masih pandai buat magik...
Sunggohpon aku gagal melakukan magik super-saiya smlm..
Tapi.... he will always be my magical memories.
Tiba2 aku benci magik!
Ah, boleh jalan semua magik-magik murahan!


Aku nak tido. Tido dan bangun semula esok pagi. Semoga magik hari esokku lebih menarik. Aku pulang ke UKM esok. Selamat tinggal Beylo.

 

10 Congteng-conteng:

Blogger Nashrex conteng...
yeah! nombo 1~~

* fauzie tu baik? baik ada makna tu.. miahaha

Pasni ko da masuk kampus, da xde ar contengan spt slalu ek
11:27 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ye..dah tentu =(. jgn rindu sgt kat contengan aku sampai sakit ye... ekekkek
11:56 PM  
Blogger Adian conteng...
hello. slmt kembali bersama2.
1:58 AM  
Blogger Nashrex conteng...
tau ar nak world cup.. n3 bercerita pasal diri pun ada selit2 bolasepak.. Miahahaha~!

hati ini berdetak untuk merasai dunia fanatik bola yg tinggal beberapa hari lg
2:30 PM  
Blogger Nashrex conteng...
waahahahaa paiseh aku!. aku silap komen kat n3 ar plak.. tu ar ko!! post n3 byk sgt, kan dah silap taip~

*komen td adalah untuk n3 'd setiap ada kamu.. '
2:31 PM  
Blogger Jai conteng...
Pergh.... mendapat pengiktarafan lelaki baik dari Chika. hmmm... sape yg tak nak...

Blajar rajin2. Pstikan GOaL! anda untuk "CGPA 3.5++ dan graduate dgn gilang-gemilang" akan tercapai. Insyaallah...
2:43 PM  
Blogger zulkaplye conteng...
arghhh.. semakin pening aku ngn teori2 magik minah ni.hahah

2mggu lps aku g kenduri kawen kakak awek aku, ungu gak.! chess... melepas.. kn piki kale lain gak. hahahah
11:37 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
chika... saya bukan ahli silap mata.. huhu..

kenduri kawen pon kena ada warna tema ka?? ayya.. warna pon kena ikut adat.. ish ish.. pasai warna pon habih beribu..
1:18 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
try wat kaler KELABU. gerenti unik. silap2 org kata len macam ja... waahhaa
1:38 AM  
Blogger Aizar Azman conteng...
muahah..ko jumpe ngan sape??seb baik aku tak turut serta sbb mesti jumpe ramai junior2 dan senior2..aku usha dr jauh je..
2:18 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."