Magik kedua mungkin berlaku pada jam-jam berikutnya. Dan aku masih berharap, akan berlaku magik super-saiya yg cemerlang. Yang bisa buat aku senyum meleret-leret.... atau ketawa terbahak-bahak macam gergasi dapat kuasa. Hmmm *sengih*
Perutku lapar.Dia berbunyi lagi.Cam biasa ar! Menghasilkan bunyi-bunyian genderang mau perang. Dan aku rasa tertekan dgn kerenah perut lapar. Lepas mandi sesiram dua ni, aku kena tunaikan tanggungjawap terhadap perut. Menyogoknya dgn makanan-makanan sedap. Sbb aku adalah penggemar kata-kata komersial yang berbunyi 'hidup biar sedap'. Kalau hidup ini tak sedap, kan lebih baik mati. Tapi aku bersyukur sbb hidup aku selau sedap. Lagi sedap kalau aku dapat mendebik beberapa ekor 'buffalo' liar yg suka sgt buat hidup aku tak sedap. Oh, ha! Sebut pasal 'buffalo', aku harap kesemua 'buffalo' ini tidak akan ganggu kejadian magikku yang bakal cemerlang pada jam-jam berikutnya nanti.
Sbb tu....
Aku kadng2 malas nak balik kampus.Bukan sbb aku benci kampus. Aku kasih pada kampus. Kampus merupakan sebahgian dari rumahtangga aku yg perlu dijaga cermat. Tapi di kampus, terlalu byk aktiviti menternak 'buffalo' jahat. Dan aku runsing! Semoga tiada buffalo berani mengendeng sekitar aku.Aku cuma mau tenang. Tenang melakukan apa yg aku mau sesuka dan sesuki aku. Faham? Tak faham sila diam dan terus ke bacaan berikutnya.
[ Magik Hati ] - Selain kehidupan yang magik, hati juga sgt magik. Patot pon di setiap ada kamu... otakku berfikir.Bagaimanakah caranya...untuk berdua bersama kamu. Tapi sebenarnya aku tak berapa sukakan magik perasaan.Sbb magik tu susah nak faham. Contohnya dalam fasa pertama percubaan aku melembutkan hati. Ternyata, gagal dan brengsek sekali! Dalam fasa kedua, aku macam byk sgt bermain lompat si katak lompat hingga akhirnya aku dianggap seperti anak-anak kecil yang blom mumayiz. Dan dalam fasa ketiga mengobat hati yang cedera, aku hampir tergolek-golek utk kembali ke fasa terakhir program 'patah hati'. Sekarang, aku tengah bergolok bergadai perasaan dalam fasa paling genting. Iaitu fasa membuat keputusan. Keputusan utk teruskan... atau hentikan semuanya. Aku bingung dan kebingungan membuatkan aku rasa macam orang bangang. Sedangkan aku tak pernah bangang sebelom ini. Aku bengang! Hmmm... contohi permainan bola sepak. Tak salah kalau aku berlengah-lengahkan permainan pada masa-masa tambahan yg genting.Tak salah jugak kalau aku main passing-passing dan menggelecek dgn licik sekali seblom menyumbat gol. Tapi yang pasti, aku tak mau tendangan penalti atau tendangan percuma. Aku mau gol secara magik yang cemerlang! GOLLLLLL~!!!!!
Lagi beberapa jam...
Mungkin aku kembali terkedu.
Ah, kat beylo je aku berani bertegang leher menegakkan semua cetuhan rasa aku yang berkobar-kobar ni.
Bila dah berdepan...
Aku jugak yang tertunduk-tunduk.
Kesimpulannya, magik aku takkan pernah berjaya kalau aku terus dgn perangai tarik tali aku ni.
Dah, sekarang musim bola, bukan musim tarik tali.
Baik aku berambus...mandi dan pergi sogokkan perut sampai pengsan!
Jumpa lagi.
*ah, sebetulnya, di setiap ada aku... jantung kamu yang berdetak*
13 Congteng-conteng:
hehe..bahasa sungguh tggi..isk2
hati ini berdetak untuk merasai dunia fanatik bola yg tinggal beberapa hari lg
Tak jadi?? Makanla banyak2. satu cara yg baik untuk melegakan masalah hati...(jgn gemuk sudah...)
***buffalo?? apa tu??***
gelecek-gelecek, tanduk ke pemain pasukan sendiri, pastu suruh dia pass balik, lepas tu baru rembat, saya tak pasti, gol atau tidak.. yang pasti itulah salah satu aktiviti magik anda setiap hari.. fikirkan bagaimana untuk mendapatkan GOL.. (cakap apa ni? aku pon taktau)
fi amanillah..
nah 5 ringgit sebagai saguhati..
teruskan mencoret untuk aku baca lagi..
chika.. i'll miss ur campus once u r not part of it anymore. aku rindu zmn blaja aku. dah keje lg bosan beb.. wuuuu... maka sayangilah kampus anda.heheh
nash - sbb tu aku demam tak kebah2 kot.Sbb warm up world cup aku hebat sgt kut....
jai - ha, ayat2 terakhir tu mmg best... mmg praktikal. =)
east - demi beylo....
anasx - saya suka bercakap byk2, tulis byk2, conteng byk2, tdo byk2...mkn byk2.. semua sy suka byk2.Pendek kata, sy tamak orangnya.
bukancicak - ha.. silalah baca kisah2 magik murahan ni.
zulkaplye - saya sayang kampus la. Cuma kadang-kadang je...
din - tu pencapaian plg susah dlm hidup ini...huhu..
kaloizz - bukan student yg boleh bgn sesuka hati.Tapi student MACAM SAYA yg boleh bgn sesuka hati.. huduh sikap nih
buffalo tu gelaran kepada makhluk yang bernama apa?
Post a Comment