Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, June 15, 2007

Aku berhutang rupanya

[ WARKAH ] Sepucuk warkah diutuskan oleh universitas ke kediaman. Warkah melafazkan bait-bait hutang lapokku di musim yang lalu. Lantas, aku mengalami transformasi menjadi bengang. Tak semena-mena aku dituduh sebagai berhutang. Angka bertuah kita hari ini adalah... RM375.Buffalo!



[ KANTOR ] Pagi tadi aku tergedik-gedik ke kantor. Semangat bukan main. Sebab sepanjang minggu ni, aku diserang wabak malas ke kantor. Kerna minggu ini, sungguh sedikit kerjaan yang diberikan. Maka aku menjadi bosan di kantor. Kalaulah aku ni jenis suka gigit kuku di waktu lapang, tentu kuku-kuku kaki dan tangan aku sudah habis digigit. Tapi pagi tadi aku rasa semangat dikembalikan setelah semalam aku diberi kerjaan bagus oleh Ismail dan supervisor. Aku disuruhnya menyiapkan massing layout, pelan dan sebagainya untuk projek Elken warehouse. Aku akan riang ke kantor jika aku punya kerjaan tetap. Setelah projek banglo di Penang dihentikan, aku jadi kurang sebok.



[ GELISAH ] Mood baik aku pagi tadi terbunuh kerana aku diganggu oleh satu kejadian. Ketika aku online di kantor pagi-pagi tadi, aku menjadi sangat marah. Kerna nombor bertuah RM375 telah bertukar menjadi RM450. Wak lu lah! Aku sangat bengang. Bukanlah bengang sangat sebab disuruh melangsaikan hutang, tapi yang buat aku menyinga tu sebab amount dia mengelirukan. Ditambah lagi dengan warning yang terpampang kat website ukm. KONONNYA hutang mesti dijelaskan sebelum 15 Jun. Kepala hohohotak betol. Baru semalam dapat surat. Maknanya aku kena bayar hari ni jugak, kalau tak keputusan exam akan dibekukan. Maaf. Sekali lagi aku nak melafazkan kepala hohohotak kau.


[ HISTERIA ] aku call Farah untuk meluahkan perasaan terpendam tentang hutang tersebut. Aku cari nombor telefon jabatan bendahari. Aku call banyak kali. Semua staf pekak rupanya. Akhirnya aku pasrah dengan ketentuan dan menyambung kerjaan autocad. Tapi fikiran aku jadi bertambah kacau dan bilau. Berbilau-bilau rasanya. Aku pergi luah perasaan kat Kak Liza pulak.Hal ni memang kecik je. Tapi aku tak puas hati sebab aku baru je terima warkah berlagu pilu tu semalam. Tup-tup hari ni dikatakan dateline sebelum result ditahan. Memang tak siuman.


[ AKHIRNYA ] aku call boss. Aku mintak leave office untuk ke ukm. Aku kata, kalau sempat aku kembali ke kantor. Sebenarnya memang sempat. Tapi jangan harap aku akan dapat parking petang-petang kat area office tu. Maka, daripada aku membazir waktu, petrol, tenaga dan kata-kata tidak baik akibat sukar mendapatkan parking, adalah lebih baik aku terus tak balik ke kantor. Lagipon aku dah maklumkan pada boss awal-awal lagi. Aku ke ukm dengan bunda setelah Aizar gagal dihubungi. Macam biasa. Kalau cap ibu dan anak ni dah keluar, mesti sedikit sebanyak akan buat aktiviti membeli-belah. Dapatlah aku sepasang pump baru. Bunda beriya-iya nak aku pakai heels lain kerna dia sangat bencikan heels yang aku suka pakai sekarang ni. Aku faham. Bunda memang anti kat kasut aku yang veteren tu. Tak mengapalah. Asalkan aku dapat pump baru.


[ APARTMENT ] Lepas ayahanda balik solat Jumaat, kami pergi ziarah apartment. First time aku naik apartment tu. Neighbor next door kami tu friendly juga. Baru ku tahu. Chinese mereka semua. Maka...terjadilah satu perbualan :



Encik N : Chinese next door ni friendly. Neighbor kamu ni semua friendly don't worry. Rumah sebelah ni anak dia dah besar-besar. Anak-anak dara dah semua.

Bunda : Kita pon ada anak dara ni ha. (sambil kerling ke aku)

Encik N : Eh, ni kira baru-baru remaja. Yang sebelah ni memang anak dara. Dah dewasa.


Hati aku : apakah maksud encik ye? Remaja dengan anak dara berbezakah? Saya tidak dewasakah?


Bunda : Dia ni pon dah besar dah ni (kata bunda lagi)


Encik N : Tak de lah besar sangat. Budak lagi. Sebelah ni memang betul dah anak dara. Yang ini masih sunti lagi kata orang.


Hati aku : Aik? Apa sunti-sunti? 21 tahun masih boleh dikatakan sunti ye encik? seronoknya aku kalau semua masyarakat fikir begini. Syukur...


Bunda : Budak apanya. Dah 21 tahon.


Encik N : Gulp???! 21 tahon?!!! (separoh menjerit)


Hati aku : apakah???


Encik N : Ingatkan 15 atau 16 tahon!


Hati aku : Cis! Jangan adili buku kerna kulit buku.

Bunda : (Gelak)
Ayahanda : (Senyum)
Adek Dell : (Terbahak-bahak)
Aku : (Senyum menutup hati yang remuk redam)




Kesimpulan hari ini : Aku adalah seorang gadis berusia 21 tahun yang dituduh sebagai budak-budak 16 tahun dan sekaligus didakwa berhutang kepada universiti . Entah apa-apa.
 

8 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
cap ibu& anak *LOL*
sempat shopping tu :p
2:32 AM  
Blogger Nashrex conteng...
budak 16thn dah pandai berhutang...
7:54 AM  
Blogger fara-D conteng...
siyes aku nak guling lentang gelak ni!!!
ko tepon siang smlm wat aku tros check ewarga mlm td. cis!rm215!!
tp setau aku, takde apa surat pon yg diterima.... puas aku tny mak aku ada tak surat ukm sampai, dan puas jugak le beliau habaq hny surat PAM kejadah tuh je yg ada.... cis!dan oh maaf tadapat nak luahkan kata2 bernas ms ko tepon tuh sbb dan2 la plak bos dok diskas berdekatan aku! dan pula, aku br berpindah tempat ke tempat dihadapan bilik besfren bos yg agak....weng itU! huwaaa...makin skema la aku!!

har har...cuba ko enul ngan nua jln2 sebelah aku kat mines, pasti ada yg menjeling sambil menyangka anak2 itu kegirangan dibawa bersiar2 oleh seorang bonda. cet!
9:00 AM  
Blogger aunieZ conteng...
ahha..i pon slalu org ingat masih bdak skola lagi..hampeh
tp best gak cos nmpak masih awet muda..huhu
tapi daku masih x caya saye udah 20 tahun..adeyh..
10:13 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
adakah kamu terlalu kiut miut sehingga dituduh budak berusia 16 tahun? hehehe! Oh... memang tak siuman tentang surat dan dateline tu..
11:32 AM  
Blogger Izham Miyake conteng...
adakah anda bersalah? dah bayar ke belum?
11:42 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
ngahaha..
hai adik haizum..
oke pe.. masih awet mude.. mcm si cica tuh ha..
1:02 PM  
Blogger Adian conteng...
dan angka bertuah aku adalah... 694.5! ahahaha ade tertunggak sem lepas, malehnye nk bayar. die dah suro kite daftar kursus next sem awal2 aritu, tetiba blom bukak sem dh kene byr. ape plak, cambiase la tunggu ptptn kan.

nak tahan result aku? tahanla.. xheran. (mentang2 dh tau kali ni design plg tinggi tupun sorang je A-)
10:09 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."