Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, May 17, 2007

perfume

Entry ini merupakan kesinambungan filem PERFUME...

perfume

Minggu terakhir sebelum liburan akhir semester, aku dah bekas rumet (kak Dell) bersiar-siar ke Jusco Tmn Equine. Ia berlaku secara tidak disengajakan apabila kenderaan yang dipandu oleh saya 'tersasar' ke satu daerah yang aneh. Ia berlaku pada jam lebih kurang 9 malam. Niat nak ke Mines. Tapi dengan magiknya, kami terjumpa Jaya Jusco Tmn Equine. Kami sesat sebenarnya. Maka kami berasa sangat gembira dan melonjak ketakutan. Tapi kami tetap enjoy berbelanja di Jaya Jusco tersebut. (Kami sebenarnya hanya merujuk kepada aku seorang)


Elok je kaki saiz S aku jejak masuk JJ tu, rasa ghairah wangian Bodyshop menggoda hidung. Woh, Kak Dell, ayuh! ... Dan kami keluar dari lot kedai tu setelah aku membayar untuk 2 botol perfume. Dah lama aku tak layan Bodyshop. Zaman sekolah dulu je aku gila kentang dengan White Musk. Bila sampai je era maju, aku semakin lupakan Bodyshop sehinggalah aku tergoda dengan scent baru dia iaitu Zestini. Juga aku mabukcendawan sebentar dengan logo MTV yang ada pada botol Rougeberry. Tapi ketika aku membeli, edisi MTV sudah tamat. Tapi aku tetap beli. Kerna baunya sudah pikat aku secara halus. Dan secara halus juga aku telah membelanjakan wang, iaitu ketika aku sedang kegawatan ekonomi peribadi. Maka, aku muflis sudah.

u&i

(kuning untuk saya, merah untuk kekasih. saya harap dia suka. saya tak suka lelaki pakai perfume lelaki yang kasar-kasar tu. sebab tu saya hanya suka kekasih berbau lembut sahaja. Ye, macam saya juger :p Tapi saya lebih suka wangian Burberry kerana itu lebih mengingatkan saya tentang dia :p)



Selepas muflis, kami berjalan-jalan dan membeli belah dengan mata sahaja. Nasib baik Jaya Jusco tidak charge harga setiap pandangan. Kalau tak, dah lama aku kabur dari situ. Tapi aku tau wang aku masih berbaki lagi sedikit. Ia cukup untuk menampung sisa kehidupan aku di UKM sebelum tiba semester break. Maka, aku tergoda lagi sekali. Kali ini dengan sepasang kemeja. Oleh kerana hatiku memang mudah dicuri orang ketika membeli belah, aku korbankan wang baki itu untuk mendapatkan kemeja tersebut. Bukanlah lawa sangat. Biasa je. Bukanlah aku suka sangat. Suka sikit je. Tapi kemahuan untuk memiliki adalah... tinggi! Dan selepas membayar utk kemeja yang bukanlah aku suka sgt tu, aku diumumkan muflis , bankrap, pokai, gulung tikar, gulung lidah dan semuanya bergulung. Ayuh, Kak Dell kita teruskan kembaraan mata!

Dan.. sekali lagi!
Yer, sekali.... je lagi..
Aku tergoda lagi. Oleh perfume lagi. Disebabkan aku sangat tidak boleh bertahan lagi, aku menyambar ke mesin ATM dracula wang itu dan menuntut supaya wang simpanan aku dikeluarkan semuanya *bukan.bukan semuanya.nak mati kena lempang dgn ibubapa?* Kalian tahu the ending of the stories kan? Memang aku beli lagi satu perfume. Tapi kali ni, harganya berkali ganda dari harga dua perfume Bodyshop tadi. Dan kegembiraan aku juga berkali-kali ganda. Kemuflisan turut tumpang sekaki menjadi berganda-ganda-ganda-ganda... AKU MISKIN SUDAH! Tapi impian bagaikan tercapai setelah perfume Miss Sixty bersama clutch Miss Sixty berjaya aku kauk bawa pulang.




Selepas jatuh miskin, kami pulang. Hanya dalam masa 2 jam aku boleh jatuh miskin. Cepat betul nak miskin. Tapi sungguh lama untuk kaya. Selepas menjadi miskin, perut yang kosong pon bagi signal supaya ia dipenuhkan. Sebagai orang miskin, kami pon pulang ke Bangi untuk makan malam. Hasrat mau makan enak-enak di restoren lampu kuning romantis tidak kesampaian. Dan malam itu juga adalah malam ketika perlawanan MU menentang Everton. MU menang! Yeay! Malam kemenangan MU merupakan malam kemuflisan aku. Tamat.

Labels: ,

 

12 Congteng-conteng:

Blogger Nashrex conteng...
akunyer perfume pun br abis mnggu lpas..
skrg br pakai perfume yg DP blikan utk birhtday aku 2 thn lepas..
jahat giler!!

dah takde br nak guna org bg.. haha
1:53 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
agak cemas aku dgn kegilaan mu dgn perfume~
hehe!
5:38 AM  
Blogger Acaii Jawe conteng...
hehe, ni org paling bahaya pernah dijumpai..kekekekee..:P nasib bf kayo...
8:25 AM  
Blogger aunieZ conteng...
wahhaha..kegilaan mu mmbeli perfume mmg mnjadi2..
jgn jd mcm cite perfume sudah la..heee
owh aku pon mmg tergile2 kn perfume
tp..ku bkn jenis yg akan mmbelanja wang ku kepade perfume yg wangi..
cukup la perfume tiruan yg konon2 sma mc perfume sbnar..
sapa x suke bau wangi kn..
ahha..minom la power root utk mng dan mng lagi dan beli perfume leagi..heeeeeee
10:31 AM  
Blogger Izham Miyake conteng...
kalau bau busuk jugak tak tau la..

anyway.. dah lama tak visit sini.. color udah tukar eh?
8:38 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
haih..sy pakai fantasia je.. yang iklan mawi tu.. lantak la mawi ke hapa.. janji wangi pada hidung sy & selesa buat poket sy yang sedia nipis adanya..

:)

burberry tu wangi tak?
9:18 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
sungguh bahaya kalo sape2 laki yg kuar dgn gadis camni..konpom pokai habis.jgn balik xde baju dah...ahahaks
12:14 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
hey, u shud get urself the latest (coming soon) hugo boss femme!!! u're gonna like it, i bet!
1:30 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
OMG...
Tu lah, malas nak mandi...asyik cover guna perfume...
Wakakakaka!!! :P
12:43 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
aku tak pernah pakai minyak wangi rilek je.
2:11 PM  
Blogger shay conteng...
wah wanginya... penuh la ngan wangian minah nih...
6:39 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
apa yg bes perfume ek..
11:38 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."