Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Wednesday, May 16, 2007

Mengejar Matahari


Tarikh perbualan di atas : 21May2005

Ini cerita lama. Yang mungkin dah berulat-ulat kalau ia adalah bahan kimia. Tapi persahabatan bukan bahan kimia. Dia tak seharusnya punya tarikh luput. Basi apatah lagi. Ia patutnya bersifat tahan lama. Bukan tahan lama. Tahan selama-lamanya. Tapi sejak tarikh aku mengeluarkan entry 21 & 22 May 2005 yang lalu, semua prinsip aku tentang sahabat dah berubah sama sekali. Pada tarikh tu lah aku pergi kutip semua sisa persahabatan, aku bungkus elok-elok dan aku pergi buang jauh-jauh istilah 'friends forever'. Dan aku gantikan dengan teori baru yang waktu itu lebih memenuhi kehendak dan persekitaran ; persahabatan boleh berlaku dan berakhir pada bila-bila masa sahaja kerna perkara paling sulit dalam persahabatan itu ialah mempertahankannya.

Pada ketika tu (dalam tempoh 2 tahun yang lalu), aku betul-betul kecewa. Waktu tu ada ada keyakinan bahawa semua tentang kita sudah hilang. Kita tidak lagi mengejar matahari yang sama. Mungkin kita sudah punya matahari yang tersendiri maka 'kiblat' kita juga tidak sama lagi. Mungkin kehendak kita saling bercanggah, mungkin juga kedewasaan membataskan semua agenda kita ketika masih kecil. Mungkin. Mungkin aku yang tak dapat terima kenyataan waktu tu. Atau mungkin juga aku terlalu kurang bersabar. Banyak sangat mungkin. Banyaknya sampai boleh buat manusia lemas dalam kemungkinan. Maka, untuk mengelakkan aku mati lemas, aku mengambil kata akhir untuk bermain dengan selamat. Iaitu jangan lagi mengajak sesiapa pun atas nama 'sahabat' menyertai aku mengejar matahari. Sebab aku takut... kalau satu hari nanti, sekali lagi aku ditinggalkan sorang-sorang mengejar matahari. Sangat tak seronok rasanya berlari sendirian. Tidak mengejar mahupun dikejar. Sakit.


Disebabkan kami sudah berhenti mengejar matahari yang sama, maka hingga ke hari ini aku tekad tidak mahu ditinggalkan terkontang-kanting lagi. Walaupun aku tidak pernah menunjukkan kesakitan aku dalam bentuk air mata, (kerna aku memang manusia yang punya ego), namun the deepest part of me aku sangat terpukul. Aku tidak peduli kalau dikhianati oleh jiran tetangga, oleh masyarakat maupun sesiapa pun. Sebab perkara yang paling menyakitkan ialah dikhianati orang yang paling disayangi. Dan salah satu kumpulan manusia yang aku sayangi ialah sahabat-sahabat terpilihku.


Aku mohon maaf kerana sudah 2 tahun lamanya aku paksa diri aku untuk berkeras dengan semua orang yang datang atas nama sahabat. Aku paksa diri aku supaya jangan memberikan sepenuh persahabatan aku. Aku paksa diri supaya menjauhkan semua manusia yang berpotensi menjadi sahabat karib. Aku pura-pura dengan bertingkah laku biasa dengan semua orang supaya tiada sesiapa merasakan dia adalah teman istimewa bagi aku.Sedangkan kini, aku telah temui banyak manusia yang sangat baik dan sangat aku sayangi. Sebab semua teman yang aku anggap paling istimewa pasti pergi tinggalkan aku. Kalau setakat pergi, aku boleh temankan dia sampai dia berangkat. Tapi sebelum pergi, mereka main tikam-tikam. Sesungguhnya, sejahat-jahat aku, aku tak pernah tikam sahabat-sahabat pilihan aku. Kalau ada aku menikam, percayalah bahawa orang itu memang bukan yang menjadi pilihan. Sakit mana pun hati aku, aku paling berjaga-jaga dari menikam sahabat dari belakang.


Walaupun semua rasa tak terzahirkan, tapi aku ada rasa sayang yang dalam. Yang aku simpan dalam-dalam. Sekarang perasaan aku pada semua 'mereka' yang pernah mengejar matahari bersama aku suatu masa yang silam adalah sangat plain. Cuma ada seorang dua sahaja yang masih bersisa rasa sayangnya bagi aku. Dan aku tetap akan sayang walaupun keadaan mungkin akan berubah secara perlahan-lahan. Biarlah proses tu lambat sebab aku tak akan merasa sakit yang amat.


Dan pagi ni air mata au menitik bila aku terbaca semula kata-kata seorang sahabat ni. Kata2 yang dia tulis pada blog ni, (ye, blog ni saksi). Dua tahun lalu....


Aku sayang sahabat yang ini juga. Hard for me to stop the feelings because only nature can stop me.

Aku bukan orangnya yang gemar meluah-luah rasa yang melankolik lagi puitis. Tapi akulah orangnya yang melankolik, dramatis lagi puitis itu. Sayang aku mungkin tak dirasai oleh orang yang aku sayangi. Tapi sayang tu memang ada.


Buat masa ini, aku syukur pada Allah SWT sebab temukan aku dengan ramai insan-insan yang membahagiakan. Sekurang-kurangnya aku tau perlu carik siapa untuk mengadu-domba. Dearest Farah Diana, i can't hide how grateful i'm to have u. Kita punya krisis, tapi kita selalu tahu bagaimana untuk mengatasi kerna kita memang mahu mengatasinya. Alangkah baiknya kalau dua tahun lalu, kami semua dapat lakukan perkara yang sama.

Maka, kemungkinan-kemungkinan yang melemaskan pun muncul lagi.

Mungkin waktu itu kami sama-sama tidak cukup dewasa maka permikiran sangat terbatas dek kemahuan.

Mungkin waktu itu kami semua memang jenis hati batu. Mungkin batu pon kalah.

Mungkin juga... mereka memang sekumpulan manusia yang tidak sama dengan manusia yang aku temui kini.


Dearest Astri ... i love the way we keep our friendship. Its slow and steady. AHAHA... ;-)


Dan aku juga gembira punya my dearest, Dear :p Where i can talk and tell him everything tanpa meragui kalau-kalau dia akan mencanangkan cerita aku ke orang lain. *with lots of luv*



Contengan ini adalah sempena memperingati kesemua orang yang pernah, sedang dan bakal mengejar matahri bersama aku :)


contengan cebisan : hari ini saya mc. Migrain pagi tadi. Dari petang semalam saya tidur sampai lah ke pagi. Saya tidak sehat. Faktor cuaca barangkali. Mungkin juga kerna rindukan kekasih dan teman-teman seangkatan. Mungkin juga kerna lama tidak berlaku hyperactive. Farah, i can't live my day without doing sengal-sengal. Camner? Tak buat sengal, rasa tak sehat laa... :(

 

11 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
Sahabat... makin lama kita berkawan,makin banyak yang kita kenali diri shbt kita. Tapi makin banyk juga keikhlasan @ keraguan yg bakal kita ketahui. Sahabat tak sama dgn kekasih tetapi kerana sahabat,kekasih dilupakan.

Okay,tamat ayat skema aku. Yg penting sahabat yg benar-benar sahabat adalalah sahabat yg pernah(bkn sanggup) tinggalkan kepentingan dia kerana kita. For me,i already found.
5:54 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
entah aku punya SAHABAT ke tak... aku cuma ada KAWAN je... dan ORANG KESAYANGAN of course... adakah orang kesayangan terkategori dalam sahabat wahai cik chika? :)
6:12 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
kasyah - sebnarnya ssh nak jaga dua-dua belah pihak. sangat susah. akan dtg waktunya kita jadi berat seblah pada kekasih. akan datang juga waktunya kita berat seblah pada sahabat.....

fath- apakata kamu ubah sket struktur ayat jd camni : adakah ilynn dikategorikan sbg sahabat? ekekeke jawapannya.. ya! bersahabatlah dengan kekasih krn itu akan memberi lebih byk manfaatnya.... :D
7:10 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
memang hati manusia susah nak diduga.

bersahabat dengan kekasih bermakna kekasih menjadi salah seorang sahabat kita, betul?

bagaimana pula kalau berkasih dengan sahabat?adakah sahabat akan menjadi salah seorang kekasih kita?

tiada yg tersirat,cuma menyurat shj,hehe
8:43 PM  
Blogger fara-D conteng...
kamu!kamu saja mau buat airmata i menitik kan!! hiks.... T_T


sesunggohnya, saya tau saya banyak menyakiti anda. dan saya tau, saya mungkin byk menikam anda. itu sesunggohnya kerna kebodohan diri ini yg tak reti memahami & terlampau mengikut kata emosi.sewaktu berkrisis, slalu saja saya tekad mau mebenci awak, tp Allah tu Maha Esa. sangat sukar rasa nya mau membenci kamu. sunggoh terseksa rasanya ketika berkrisis. disini, saya mohon ampun dan maaf atas segala ketaksefahaman kita.
day by day, im learning to take things calmly and wisely. please forgive my stupid acts... learnt my lesson... thank Allah for blessing us this frenship, which is unique and beautiful with splash of colors; be it dark nor bright. just to let u know, setiap hari saya mengajar diri saya supaya menghargai dan memahami anda dan syukur Allah telah buka mata saya. ih. kita punya persahabatan rasanya agak pelik. i hate u but i love u. i know thousands of sorry may not change the past mistakes i've done, but i hope i can keep a promise not to repeat it!

aduh! ratu emosi sudah mula memainkan peranan. sekian!
hikhik!!


thanks for the frenship... frens are like the stars, they may disappear during bright daylight, they may not be seen when the dark clouds rushing the sky, but they're always there watching over u. and i know, u r one of my stars... muah!!
10:30 PM  
Blogger shafarina conteng...
layout baru yg muda remaja.. i likee!!

ps: kawan baik tak semestinya kawan yang buat baik dgn kita.. kengkadang dia tak ikhlas.. dia takde masa kita perlukan dia.. kadang2 kawan jauh yang jarang jumpa n contact boleh jadi pendengar yg setia.. my story.
11:12 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
ilynn? aku tidak mengerti sama sekali...
11:57 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
kasyah - kamu spt mengalami sesuatu between frenship n love. wuteva it is... u're rite. kekasih boleh jd sahabat at the same time. tp sahabat jd kekasih... nak kena la tuh...

farah - past is past. not meant 2 bangkitkan apa2 la. just a story la, babe. i luv u. :*. i'm sorry too 4 everything i've done that might hurt u. :)

kak wan - u're rite. kdg2 tu lg baik jarang jumpa. klu selalu sgt, nanti ada je yg tak kenanya

fath -oh, sorry. Ya Allah.i salu je terkonfius between one person to another one. tadi i thought u were... somebody else. Sorry eyh. ihihi.. *salah org la pulak*. sori fath :p. kdg2 slalu je konpius antara blogger2 yg ada ni. aih.. hiks :D
1:11 AM  
Blogger fara-D conteng...
sahabat tak bleh jadik kekaseh hati eyh...???

isk.....
2:32 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
ngahaha.. slow and steady.. I love the way that sound.. :D// ngahaaa..
mengejar matahari..
tajuk yg mengingatkan aku kepade ceriter persahabatan//
hidup bersahabat mesti ade ups and downs nyer.. takyah kate bersahabat sahajer, hidup berkeluarga, hidup berkekasih.. segala kehidupan yang kita jalani ade senangnye, ade susahnye, ade sukanya, ada dukanya .. rase nak nanges je kalo mengingat citer itu kembali..

sahabat xleh jd kekasih eh??? nampaknye kene putuskan persahabatan la ek?? kerhkerher.. x kesahla.. laen org..laen konsepnye..

anyway... thanks 4 everything... :)
12:11 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
weh..ko buat aku nak nangis bace entri tuh(aku br bukak PC nieh..huwaaaaaaaa..
sedey la..takpe2..
igt satu perkara je,kite saling jujurkan?xcontact bkn xigt,xjumpe bkn lupe..yg penting aku nak ko tau : AKU TETAP SAYANG KO SAMPAI BILA2..hingga akhir hayat!walaupon matahari yg kita kejar nampak xsama,tp same sbenarnye,hanya hati je yg tau,ngeh3..
12:36 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."