[ BABAK SATU : FEVER ]
Aku telah fever. Fevernya agak kuat. Kuatnya seperti harimau bintang. Mencakar-cakar tubuh badan dan mematah-riukkan temulang. Mulut terasa tawar. Semua manisan terasa pahit. Semua kepahitan terasa terlalu pahit. Oleh itu, sempena menghormati keadaan mulut yang tidak berapa baik, aku tidak pergi lunch hari ini. Aku menghabiskan waktu rehat di kantor sahaja. Menjamu mata sampai kenyang dengan lukisan senibina. Inilah kali pertama perut tidak disogok dengan makanan ruji karborhidrat tinggi. Baik untuk orang
*solid* sepertiku. Tetapi....
... aku tetaplah aku.walaupon tidak menjamah makanan ruji karborhidrat tinggi, aku telah replace kedudukan makanan ruji itu dengan 3 bijik roti. Sebenarnya istilah amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sehat tidak berlaku hari ini. Kerna...
aku tetaplah aku.
[ BABAK DUA : JAM ]
Kebiasaannya, tepat jam 6 ptg aku sudah terhegeh-hegeh bergegas keluar dari pintu kantor. Tapi hari ini adalah luar biasa. Aku telah buat overtime selama 5 minit. Dan alangkah terkejutnya aku, akibat
overtime 5 minit yang tidak sama sekali bakal menaikkan jumlah elaun itu, aku telah terperangkap dlm kesesakan lalulintas. Seperti biasa, histeria menyerang aku. Aku pon teriak-teriak sendirian. Tidak disangka, kenderaan-kenderaan pun bertindak membina banglo dua tingkat. Kami pon panjat-panjat atas kenderaan orang lain. Fenomena luarbiasa ini sempat aku rakamkan :
Sekarang aku berasa sangat penat setelah melakukan panduan bertingkat petang tadi. Bukan kerja mudah melakukannya. Harapanku, semoga esok pagi dan juga petang... kejadian aneh ini tidak berlaku lagi. Kerana aku tidak berapa suka menaikkan kenderaan aku ke atas kenderaan orang lain. Kalau bukan kerana aku sedang sebuk dengan industrial training, pasti aku kini menjadi tunggak kepimpinan tunjuk perasaan supaya jalanraya diperlebar.
Bila aku sudah mengeluarkan ilham kreatif seperti ayat-ayat di atas, adalah lebih baik untuk aku pergi tidur. Hanya tidur yang bisa mengembalikan aku kepada norma kehidupan yang hakiki. Selamat malam semua.
Labels: Kosong
11 Congteng-conteng:
cerita pasal kereta itu sangat lawak.
adian - tak wonder pon. ko kan bai roti. huh? jalan? ? jalan? uuuumak aih.
tak seronok betul jadi seorang pemandu dalam lebuhraya yang jam..
p/s: slame ni aku slalu balek dr kolej malam nak ngelak jem dr ampang sampai ke rumah.. kol 5 pon da stat jem.. ape dorang ni keje ke tak?/ hahahahha
wuh!hari makin hari makin bes plak... tp hari jumaat ttp terbalas sisa2 kemalasan yg lazimnya hadir pd hari JUMAAT...aishh...
fath - oh hooo... ga bisa.. ga bisa! kecuali klu dibayar mengikut jam. ekekekek...
adian - gila ke haper RM1500?! tu bukan praktikal, tu namanya makan gaji. cissss! tak pe la. asalkan aku sennag hati dan gembira dgn kerjaan kantor. tak ada beban, tak sakit jiwa. eleh, ko patot syukur tau leh online walopon dial-up. aku? boss dah block. pe? pompuan? gatal jugak ko eh. aku bitau nisa!
astri - klu aku kuar kul 6, 15 min je da sampai. Jln ok ja. lancar! tp klu kuar kul 6.o5pm, alamatnya buat banglo ar! ekekeke.. stress sgt stress. pagi pon camtu jugak.
farah - tiap2 ari aku nyanyi lagu DEWI kuat-kuat. Aku tak tau kenapa tabiat tu dtg. Bila aku rasa nak teriak dlm kete, mesti lagu DEWI yang keluar. Sbb HOT asyik main lagu tu ja kot.
tumpang lalu sebentar ya..
(",)
Post a Comment