fikiran aku makin tumpul untuk mengisi ruang 'title' entri.
sebab ada macam2 benda yg berlaku dlm satu hari ...
dan aku jadi rambang mata nuntuk memilih,
yang mana satu paling cocok dijadikan 'headline'.
untuk berlaku adil dgn kehidupan,
aku memilih tajuk yang tidak berkaitan.
seperti di atas.
Tup-tup mulai semalam, suara aku sengau ja mengalahkan MANJALARA (oyya, aku mabuk cendawan pulak dgn drama ni). Dengan ini, aku umumkan yang suara aku secara officialnya sedang mengalami kekeliruan identiti. Dia keliru nak jadi apa. Runsing betul aku.Ikutkan hati, aku minum ubat-ubatan klinik swasta tu sampai kembung. Tapi ikut hati, mati. Disebabkan aku belum mau mati, aku redha je dengan apa jua jenis suara yang akan aku miliki.
Hari ni ke kantor macam biasa. Main-main lego, main injit-injit semut, main dam haji, lepas tu pulang. (Tolonglah jangan bayangkan aku betul2 pegi main lego dan sebagainya di kantor pulak). Hari ini game AUTOCAD STRIKE dan SKETCHUP FIGHTING naik ke level yang lebih mencabar. Sakit bahu aku mengadap game-game aksi ni. Tapi syukur. Hari ni belajar few things. Aku tak la buat apa sangat, tapi mengadap muka desktop memang meloyakan. Aku harap satu hari nanti, muka desktop yang bosan akan diteknologikan menyerupai wajah lelaki-lelaki hensem dan jambu. (bukan jambu air!).
Tapikan, pernah tak kau rasa bengang lepas tau sesuatu? Maksud aku, dulu kau tak tahu. Kau pun bersusah payah melakukan sesuatu untuk mencapai target. Tapi tiba2, kau sudah tau sbb kau sudah diberitahu. Rupa2nya, ada cara mudah mencapai target dan ia lebih berkesan, lebih praktikal dan lebih bijak. Aku rasa sedih dengan kubuduhan masa lalu. Iaitu ketika aku bertungkus-lumus menyiapkan autocad 3d untuk final sem lepas. Sepatutnya... dengan pengetahuan yang aku dapat hari ini, aku tak perlu bertungkus. Berlumus apatah lagi. Aku boleh siapkan 3D dlm masa satu hari saja dengan AUTODESK. Siapa nak bertanggungjawap atas kebuduhan aku ni? (sms jawapan ke rakan-rakan terdekat) KENAPAKAH 'cikgu saya' tidak pernah ajar saya kesemua yang diajar oleh Ismail tadi? KENAPAKAH??? Rasa nak pukul gendang Jepun je sambil buat tarian naga!
Cuba kau bayangkan aku buat tarian naga. Sambi menyanyi lagu rakyat versi sengau. Okay, aku sudah baca kembali apa yang aku conteng di atas tadi. Seperti sebuah contengan cetek akal.Pegi tidur lah!
8 Congteng-conteng:
smlm, bkn nye mereka yg ajar aku, aku yg kasik2 tips2 bernas menggunakan potosop. har har.... berguna jugak klas encik tuh kan...
ps: ini rahsia. saya addicted to manjalara juga, entah kenapa ya
interesting to noe more...
ask u later..
cuya - hye cuya. bz eh. diam je... :p i'm... fine. sebok keje je skang ni. letih.
kak wan - Manjalara tu best sebnarnya.... dok gian ari2 rushing baru umah nk tgk Manjalara. Ensem la pulak Jehan tu eh.Rambut dia sexy ar.
Adian - Memang syok ar Manjalara. ari2 tak leh miss. punyalah aku histeria klu jam time balik opis tu. Tp aku bengang tak boleh blah kat Sahara tu. Rasa nak tikam dia lapan kali. Hah? SATU HARAPAN? JAC? no way... no way... BENCI DIA!
wayne - no.its not autocad. its autodesk. easier. no need to press2 ctrl+alt like crazy and then i become histeria when it didn't work to b extruded. no need to pening2 on building up the 3D roof. set up je semua. But still hav to extrude few things using those 'nonsense' ways. Show u how la.. later. Oyya... i'm goin to holiday next week!!! boss gimme holiday liao. :p syok eh. cant wait.
ehek...kelas incik tuh berguna gak 1% semalam... bg aku la... haha! supervisor aku sendiri tak caya aku leh bekeje ala2 pantas ngn menatang tuh!tp jadi tensen guna potosop yg lambat. hampas. mau tak, render paper size a1, menanges gak tunggu. dan woh... makin gila bila libary utk sumbat pokok2 nya cam ... adoi! smlm maseh sronok lyn menatang tuh. tp hari ni da stat tensen sbb kena re-do. bleh plak tak kompem warna lagik.pastu nak bising lak...ayoh!!
fuh. hari ni hari mencabar i la u... XD
Post a Comment