Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, April 17, 2008

Kisah-kisah insan sawan

Good Morning sunshine.

Akhirnya aku di rumah. Setelah 2 minggu bertarung nyawa di sana dengan peluh dan air mata. Wallauweih. Macam samurai. Sangat tidak boleh bersabar-sabar hendak balik Cheras semalam. Tamat saja review, terus histerialah mengemas barang. Tapi Aisyah memujuk aku dengan penuh rayuan supaya aku jangan balik. Jabatan kununnya mahu membuat aktiviti lawan bowling petang semalam. Aku pon macam biasa membuat statement suam-suam panas lah ; Orang Kaya Mana Main Bowling Ma. Mereka pon ketawalah terbahak-bahak. Aku kasi tahu yang aku mahu pulang ke pangkuan keluarga kerna aku sudah kekurangan kasih sayang. Ataupon kasih sayang yang sangat kering di sini. Mereka pon argue secara direct .. "Balik mencarik kasih sayang ke, mencarik wang??? AHAHAHA," Aku pon mengiyakan. Sangat miskin ok aku dalam DUA hari yang lalu. Miskin macam sangat miskin. Rasa macam nak pergi membuat street dancing ala-ala Step Up dan mengutip wang. Tapi macam sangat drama. AHAHAH.


Kenapakah aku jatuh miskin secara sangat miskin? Nanti aku ceritalah secara berkobar-kobar ok. Sekarang mahu cerita kenapakah aku berkobar-kobar hendak pulang Cheras. Oh, ada 4 sebab.

  1. Mengutip kasih sayang keluarga. Hidup tanpa kasih sayang dan belaian ni umpama tiang Telekom yang berdiri kaku dan disepak-sepak masyarakat. Perumpamaan sajalah. Ibubapa pon semacam sangat marah setiap hari call bertanya bilakah aku mahu balik. Abah lagi dahsyat lah bertanya apakah aku sudah lupa jalan balik ke rumah. Ada ka?


  2. Haikal baru balik dari Langkawi. Dia membelikan aku baju. Bukankah surprise tu? Dia mana pernah membelikan aku baju. Warna pink pulak tu. Adoilah. Dia kata aku ni macam suka pink. Oh sangat salah. Bila masa pulak aku sangat suka pink. Aku sangat tak suka pink. Tapi err... barang aku semua pink. Mungkin semacam betullah kata Kembar. "Nurul tu suka pink tapi tak mahu admit," Eh. Mana ada! Aku memang tak suka. Tapi ni kan manusia warna warni. Selagi warna dia striking, aku memang suka. Tahukah? Aku tak suka warna soft. Sangat soft aku berasa macam suram ataupon mati. Lagi striking lagi suka. Macam notty sikitlah. AHAHAHA. Oh. Haikal jugak belikan aku coklat secara sangat banyak sampai naik sawan aku melihatnya. "Apa kau borong satu gudang ka?," aku tanya dia semalam. "Tak lah. Dek Kal abiskan selagi ada duit semua kasi beli coklat. Nah, suka sangat kan! Makannn...,". Ya ya. Aku akan makanlah macam monster.

  3. Wang. Aku miskin selama 2 hari. Sangat miskin sampai isi minyak kereta pon sebanyak RM20 saja. Tak pernah dibuat-buat. Aku pon berasa sangat malu. Aku tak kasi tahu parents nanti diketawakan sebab isi minyak RM20. Langsung tak naik meter minyak. Tapi cukup-cukuplah untuk aku balik Cheras itupon keluar warning lip lap lip lap. Tapi aku tak da cuak sikitpon. In case kereta termati tengah jalan, aku senang je. Aku call Haikal lah!! Muahahahha

  4. Kereta baru!!!!!!!!!! Yehaaa. Bolehlah aku buat Si Nasri tu bertambah sawan, meroyan, histeria tengok aku. Akhirnya dia koma-koma. Padan muka hang! Aku nak park betul-betul sebelah kereta Professor tu. Kasi shining sikit, biar silau mata dia. Lepas tu kalau dia meroyan nak report kat guard, kasi lantak kat dia. Aku pon boleh jumpa guard dan berlakon drama lagik sampai keluar air mata darah. Emosi naik ni! Nanti diceritakanlah secara detail. Drama hujung semester ni. Biasalah. Kami kan Drama Queen.










    Gila sawan aku dibuatnya!!!!!
    Balik-balik je semalam nak masuk pagar rumah, ada Honda City biru keluar dari rumah. Aku terus bunyikan hon tapi tak dilayan. Dia terus memecut laju. Aku pon semacam sawanlah. Terus call Haikal suruh balik. Aku nak tengok kereta tersebut!!! Aku yang mengantuk ni terus hilang mengantuk punya tak sabar tunggu dia balik dan test power kereta tersebut.
Oh by the way.
NOT MINE.
HAIKAL's

:p

Malam baru dia balik. Abang Ngah datang pulak try-try kereta. Malam tu, dia sampai rumah ja aku terus sambar kereta baru tersebut. Tak menyempat-neyempat nak pakai tudung, dengan baju buruk, seluar buruk.. aku terus start enjin dan jalan! Pusing-pusing secara sawanlah. Aku pon kata pada Ma.. "Ma, Ay nak kete baruuuuu! Tak boleh tahan wo. Sedapnya kereta ni. Aaaa... nak pinjam seminggu. Tukar keretalah dengan dia." Mak aku kata dia mesti kasi. Tapi kalau mintak kereta baru mak aku kata macam ni.. "Apa kau ingat mak kau ni cop duit? Kalau setiap hari beli kereta, pengsan mak kau ni," AHAHA. Tapi abah tak kasilah tukar-tukar kereta dengan Haikal. Abah kata guna kereta masing-masing. Nnati ada problem boleh bergadoh. Abah kata lagi, kalau aku tercalar kereta sendiri pon tak pa. Tapi kalau ditukar-tukar nanti rasa bengang ja kalau Haikal tercalar kereta aku atau sebaliknya. Betul jugak. Tapi aku nak jugak tukar kereta dengan dia.

Aik? Bukankah dulu Haikal mintak GTI? Kenapakah magik menjadi kereta lain? Kalaulah dia pakai GTI, aku tak da sawanlah. Tak da gila meroyan ajak bertukar. Tapi tiba-tiba keluar sebijik kereta lawa. Warna pon sangat korporat. Apakah engkau ni? Warna tersebut memang tak boleh tahan. Sangat tak sesuai dengan engkau! Engkau dah la budak umur 19 tahun mana sesuai bawak kereta warna businessman. Gila!! AHAHAHA. Tak sangka kereta dia warna korporat macam tu. Bukan aku ja dok ketawa, abis kawan-kawan dia dengan cousin kami pon ketawa. Tapi sangat cantiklah warna tersebut. Sangat cantik. Berbulu ja aku tengok. Tapi aku tak da dengki. Aku sangat syukurlah kepada Allah sebab bagi jugak dia rezeki memakai kereta pada usia muda macam tu. Ya. Kami disponsor parents then what? Aku paling bencilah kalau orang keliling mengata yang kami di-sponsor parents. Dah parents kau tak nak sponsor kau, kau diam saja di sana ok. Aku sangat panaslah di dalam hati kalau mulut orang menyoal-nyoal buatpalah dibagi kami ni kereta dalam usia muda. Apa account bank engkau terjejaskah? Get lost engkau lah ok.

Parents aku ni takut anak-anak dia tak dapat bina hidup in the future. Diorang kata, selagi mampu tolong sediakan ruang hidup, mereka akan tolong. Yang mampu sajalah. Tak da lah sampai kasi rumah sebijik dua bagai. Bertenang saja ok.

"Umur saya hampir 22 tahun. Masih bujang. Belum berumah tangga. Mempunyai sebijik saja kereta dan belum memiliki mana-mana rumah samada kos rendah ataupon mewah. Kewangan saya sangat tidak stabil. Tidak pernah menjadi kaya tetapi selalu miskin. Kehidupan saya ditaja oleh ibubapa. Tidak ditaja oleh mana-mana lelaki korporat. Terima kasih.



Haikal, i lap yu! :p (read : Haikal, pinjam kereta)
 

9 Congteng-conteng:

Blogger Totin Jamain conteng...
mak aku pakai kreta tu..
adik ko skrg dah pakai
haish.....
3:55 PM  
Blogger Fakyew conteng...
mak dan ayah mana nak tengok anak-anak hidup susah.

susah mana pun diorg tolong jgk.


*terima kasih, aku dah ada idea utk menulis.
3:58 PM  
Blogger Masy conteng...
uhh sangatlah untung.

ckp kat parents nurul, tamau ka tambah sorang anak lg? anak angkat yg baik, berbudi pekerti mulia dan mampu mencurahkan kebahagiaan dunia secara saksama dan tulus hihihi *sambil tunjuk2 diri sndiri*

mcm x tulus je ni?? hahahah
4:09 PM  
Blogger tun teja conteng...
beruntungnye dia dpt parents berkemampuan. kaktun lak..nk apa smua kena usaha sendiri. tragiss kan kan.
8:17 PM  
Blogger GadiS HebaT conteng...
kak chika syg...kite kan adik beradik sejak dari kecik lagi kan? bile 'ma ngan abah' nak bagi aku keta plak nih?
x aci la camnih... chevrolet aveo 1 pun jadi laa... comei je tu cam aku. hahaha~
11:09 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
OH kamu semua janganlah begitu. Rezeki Allah bagi.Setiap orang ada rezekinya :)
11:42 PM  
Blogger cepotet conteng...
Alhamdulillah. beruntung chika adik beradik. =)

lantakkan je la chika kalau orang nak kata adik guna duit mak bapak ke ape ke. janji mak ayah sendiri. takde pun nak kaco mereka mereka tu.

study rerajin tau!
3:31 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
KAK ERNI - tq kakak. :-*
9:40 AM  
Blogger Nyetok conteng...
keychain tu chika, aku suka keychain tu.. ada emblem x kat keychain tu? pekida, 30,36,double7 ?? Adik ko pon join kongsi gak ke?
2:48 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."