Alignment akal aku lari minggu ni. Maksud aku, alignment dekat otak. Tak berapa boleh berfikir dengan baik. Tiada fokus. Melakukan perkara-perkara di luar sedar. Seperti menekan button merah pabila cellphone berbunyi. Dan err... aku juga terkantoi dua kali. Kantoi video call. Bila di call, aku terus menjawap tanpa otak neh tersedar yang itu adalah video call, bukan call biasa. Maka, aku terus menjawap call. Dengan muka sarat, bercampur pakaian tidur, terus bervideo call. Merelakan orang melihat aku dalam keadaan demikian. Ya. Berlaku secara di luar sedar. Jahanam sungguh. Dua kali. Kantoi. Buduh.
Video call adalah bahaya. Jangan video call aku lah!
Otak aku terjejas ni. Macam keretalah. Bila digasak secara kasar, terhentam sesuatu secara kuat... alignment akan lari. Aplikasi yang sama ke atas otak. Terlalu kerap dihentam. Bukan dihentam dengan senjata. Dihentam dalam istilah hentaman psikologi.
Hanya aku yang tahu apa yang terjadi. Hati aku di dalam ni tak seronok. Tapi aku tak berapa ada mood nak menangis. Sebab macam bosan je menangis. Lagipun aku malas. Kalau aku rajin, mahu juga aku menangis sebanyak tujuh tempayan air mata. Beserta tujuh dulang hati nyamuk. Aik? Macam lagenda. Engkau tahu kah? Kalau ada orang nak derma organ, dermalah kasi aku. Tapi aku tak nak organ lain sebab organ aku dah cukup berkualiti. Aku nak hati sekunder. Sebab hati aku tak berapa berkualiti. Sangat tak seronok. Sebenarnya hanya aku yang tahu. Bangun pagi tadi, aku tak da berfikir apa-apa. Sebab aku dah warning otak aku yang tak berapa betul alignment ni. Aku haramkan otak aku berfikir apa-apa. Jadi aku pon sedikit tenang. Padahal kalau ikutkan hati, aku dah buat histeria pagi ni. Dari semalam aku bertenang saja. Sikit tak goyang. Kononlah. Padahal dalam jiwa ni berteriak macam monster. Hanya aku yang tahu. Tak ada siapa yang tahu.
Aku nasihatkan engkau baca betul-betul setiap perkataan aku. Sangat complete tu. Kalau engkau baca betul-betul, engkau tak akan mendakwa yang engkau keliru. Sebab aku tak da mengelirukan apa-apa. Sangat jelas di situ. Tapi buat apakah nak tahu sangat? Baca saja okeh. Kalau engkau faham pun, engkau tak da kasi untung kepada aku. AHAHAHA. Main kasar nampak? Minta maaflah. Memang sejak beberapa hari ni aku main kasar. Sebab tak da permainan yang bagus untuk dimainkan.
Kan betul aku cakap. Alignment akal aku lari sikit. Kalau tak, tak da lah aku main kasar secara horny berani mati. Engkau baca ni bulletin yang aku post dekat friendster. Sangat membuat aku melopong membacanya kembali hari ni. Aku kah yang menjawap survey tersebut? Kenapakah sangat seksual? Sangat macam bukan aku!
I have never ridden:
guys *waaaaaa...horny*
If I won the lottery, the first thing I would buy is:
babi
Do you like your eggs scrambled or sunny side up?
my eggs??!
Gila bukan? Gangguan dalam kepala ni. Padahal aku tak da terkena gangguan seksual. Pagi tadi aku baca semula, aku terus berasa malu terblushing-blushing. Aku kah yang jawap tu? Siap nak beli babi bagai. Apahal aku neh? Macam nak tampar je muka aku ni sampai hancur berkecai.Sangat rosak.
Pada malam semalam, Lelaki Hati Besi call. Balik-balik dia. Lagi-lagi dia. Mula-mula aku rasa tak nak jawap tapi terjawap jugak.
Aku memang ada sepanjang masa dekat rumah. Hanya balik UKM menjelang hari exam. Aku ada lagi satu paper. Tapi lambat lagi. Pada 7 May. Biarlah aku duduk diam dalam rumah tangga ni. Di sini sangat banyak kasih sayang sampai melimpah ruah. Engkau nak sikit ka? Ha, kutiplah yang melimpah tu. AHAHA. Aku tak da kasih sayang yang boleh dibagi sebab aku pon tak berapa cukup ni. AHAHA.
9 Congteng-conteng:
ganas gile kak chika nerh..
huhu.
btw,
di sini perlukan kasih sayang.
parents x de kat umah.
huhu.
adek2 ganas cam monster.
x dgup nk berbaek2
;p
a. tgh bulan- sbb gaji dh abis
b. datang bulan
c. bulan mengambang- kekadang manusia leh berubah bentuk lagi.
chica, sian mamat tu. kalau kaktun kan. mmg x call chica sampai 7 keturunan. tp mamat tu.. sungguh hebat daya tahan dia. haha
KAK WEEN - tu la pasal. akak neh nak bagi nasihat kat chika ka kat afan neh??? ahahaha. kakak amek ni nombor phone dia. lepas tu kasi tazkirah la. AHAHAH.
KAK TUN - patutnya ada lagi satu pilihan jawapan. iaitu
D.SEMUA DI ATAS.
Jawapan chika ialah D. ahahah :)) Kak Tun pon boleh amek nombor dia dan ajar dia main kasar. kasi tahu dia, sangat tak berbaloi layan bulan mengambang neh. membazir usia.
huhu.. siapa kaktun nk ajar org tentang paham bahasa? hahah.. bahasa kaktun pun akak x baper paham.
inilah yang terhasil bila kita membuat sesuatu yang magik dalam keadaan akal sedang senteng dan tidak stabil. huhuhu.. :p
pasal afan tu, sangat kesian. tapi, biarlah. dia yang degil. kenkadang semacam meluat pulak dengan lelaki macam ni. bila dah dikata tak nak, kekonon nak menjadi macho dengan terus mencuba. nak wat kita rasa terharu la tu agaknya. eii.. pelish!
eh, apsal akak emo ek? ahahaha!
mmm afan. tak taw nak kata pa dah. biaq pi kat dia. banyak dah dok pusing cakap pasai dia. tapi lagu tu jugak. kepala keraih sangat. susah. uhuhuh
tol gak.
haha~
susah jadik along nerh..
haih..
kita punyai prob yg sama..
tapi akak banyak sket kasih sayang..
adik lelaki aisya yang sorang tue baru form1..
baru pandai menabur kasih sayang..
huhu..
yang laen kecik agik..
Post a Comment